Pages


Petikan Hadith Kelapan, Kitab "Empat Puluh Hadith Kelebihan Ilmu Dan Ulama'"

Kedai Buku Tinta Ilmu, Lot 2-8-8, Tingkat 1, Pusat Beli Belah Ole-Ole, Jalan Pinang A 18/A, Seksyen 18, 40200 SHAH ALAM, Selangor.

Monday, October 10, 2011

Nabi Khidir: Di Sebalik Tabir Laduni

Kisah Nabi Musa A.S. dan Nabi Khidir A.S. diceritakan dalam al-Quran melalui surah al-Kahfi, ayat 60-82. Dalam surah al-Kahfi terdapat kisah pertemuan dan pengembaraan antara kedua-dua nabi Allah ini. Dalam pengembaraan tersebut Nabi Musa A.S. mendapati tindakan-tindakan Nabi Khidir A.S. menyalahi syariat sebagaimana yang diturunkan Allah kepadanya. Justeri bantahan demi bantahan yang dikemukakan oleh Nabi Musa A.S. terhadap Nabi Khidir A.S., maka Nabi Khidir A.S. memutuskan untuk mengakhiri pertemuan mereka setelah baginda menceritakan segala yang tersirat di sebalik tindakan-tindakannya itu.

Ironinya, kisah pertemuan ini telah dieksploitasi oleh sesetengah golongan yang mendakwa berfahaman sufi. Maka menjelmalah pelbagai versi cerita tentang dakwaan-dakwaan pertemuan orang tertentu dengan Nabi Khidir A.S.. Malah golongan ini mendakwa agama yang diturunkan Allah ini terbahagi kepada zahir dan batin. Implikasinya, para wali dianggap tidak terikat kepada syariat Allah dan boleh melakukan apa jua tindakan yang zahirnya dilihat menyalahi syariat namun hakikatnya betul.

- Penulis

KANDUNGAN

Bab Pertama: Keturunan Nabi Khidir A.S.
  • Nama Hamba Yang Soleh
  • Perkara Awal Tentang Khidir
  • Nasab (Keturunan) Hamba Yang Soleh
  • Kehidupan Khidir A.S.
  • Kisah-Khidir A.S. Menerusi Sumber-Sumber Selain Al-Quran
  • Khidir Dan Kumpulan Batiniah
  • Perbincangan Tentang Kehidupan Khidir
Bab Kedua: Adakah Khidir A.S. Nabi Atau Wali?
  • Pendahuluan Dan Takrif
  • Mukjizat Dan Karamah
  • Misi Khidir A.S.
  • Dalil-Dalil Kenabian Khidir
Bab Ketiga: Pertemuan Musa A.S. Dengan Khidir A.S.
  • Peristiwa-Peristiwa Dalam Kehidupan Musa A.S.
  • Peristiwa Ketika Pertemuan
  • Analogi Tiga Peristiwa Dalam Hidup Musa A.S.
  • Iktibar Dan Pengajaran
Bab Keempat: Ilmu Laduni
  • Pemikiran Ilmu Laduni
Harga = RM23.00 (Sem) RM25.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 207
Penulis = Ustaz Harun Arrasyid Haji Tuskan
Penerbit = Telaga Biru Sdn Bhd

2 Comments:

Unknown said...

Sya nak beli buku laduni ada tak

Unknown said...

Sya nak beli buku laduni ada tak

Popular Posts

Borang Pesanan / Soalan / Pendapat

Nama:
Nombor Telefon:
Alamat Surat Menyurat:
Alamat Email:
Pesanan:

Home

IKLAN!!!

IKLAN!!!
Sticker Keyboard Arab. RM 7.00 je satu...