Pages


Petikan Hadith Kelapan, Kitab "Empat Puluh Hadith Kelebihan Ilmu Dan Ulama'"

Kedai Buku Tinta Ilmu, Lot 2-8-8, Tingkat 1, Pusat Beli Belah Ole-Ole, Jalan Pinang A 18/A, Seksyen 18, 40200 SHAH ALAM, Selangor.

Monday, November 24, 2008

Ayyuhal Walad (Wahai Anakku Yang Tercinta) - Siri Bimbingan Remaja Islam 1

Apabila kita cuba meneliti kandungan surat Imam Al-Ghazali r.a. ini kita akan mendapati bahawa beliau sangat ikhlas sekali di dalam memberi nasihat dan di celah-celah ungkapan beliau tersingkaplah kebolehan Imam Al-Ghazali dalam menggambarkan tipuan negeri dunia yang fana ini dan kekalnya negeri akhirat dan betapa perlunya kita kepada iman, amal soleh dan kejernihan jiwa. Kita juga dapat melihat kasih sayang Imam Al-Ghazali terhadap muris-muridnya menerusi nasihat ini kerana ia disampaikan dalam bahasa yang halus, mencuit perasaan, menyentuh hati nurani sehingga kadang-kadang dapat mengalirkan air mata dan memberikan kesan yang sangat mendalam sekali di hati para pembacanya dan membawa kepada suatu perubahan dalam kehidupan.

- Penerbit

Harga = RM5.00
Mukasurat = 83
Karya = Al-Imam Hujjatul Islam Abu Hamid Muhammad Bin Muhammad Al-Ghazali
Penterjemah = Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi (Ahmad Fahmi Zamzam)
Penerbit = Khazanah Banjariah

Mengapa Aurat Haram Didedah - Satu Realiti Masa Kini

Aurat merupakan satu suruhan syariat supaya ditutup kerana pada asalnya aurat bererti pendedahan mana-mana bahagian tubuh badan, sebab itu disuruh supaya ditutup dengan pakaian yang tebal dan longgar, tujuannya untuk menutupi kulit dan bentuk badan supaya jangan nampak terlalu ketara serta dapat menggambarkan lambang identiti muslimah sejati yang disyariatkan oleh Allah S.W.T..

Dalam buku ini terdapat perbahasan dari dalil-dalil al-Quran dan al-Sunnah, juga pandangan ulama' terhadap pendedahan itu sendiri bagi menyatakan hukum-hukum yang jelas terhadap pendedahan aurat yang dilarang oleh Allah dan Rasul-Nya.

KANDUNGAN

1 - Mengapa Aurat Haram Didedah? Satu Realiti Masakini
- Pengertian Aurat
- Siapakah Yang Diistilahkan Sebagai Aurat?
- Aurat Pada Syarak
- Hukum Buka Aurat
- Mengapa Islam Mementingkan Tutup Aurat
- Sejauh Mana Aurat Wanita
- Ketika Mana Hukum Menutup Aurat Diwajibkan
- Persoalannya? Mengapa Aurat Disuruh Tutup Sepanjang Waktu
- Hukum Memakai Yang Nipis Atau Ketat
- Tutup Aurat Adalah Tuntutan Syariat. Mengapa Demikian?
- Hubungan Aurat Dengan Maruah
- Ganjaran Bagi Yang Menutup Aurat, Balasan Bagi Yang Mendedah

2 - Jaminan Islam Terhadap Orang Yang Menutup Aurat, Dan Janji Bagi Yang Mendedahkannya
- Menjauh Diri Dari Jurang Fitnah
- Apakah Faktor Yang Menyebabkan Demikian
- Menjaga Pakaian Satu Kewajipan Dan Tuntutan
- Kelebihan Wanita Dalam Menutup Aurat
- Cara Pergaulan
- Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pakaian Dan Perhiasan Wanita Masa Kini

3 - Hukum Wanita Memakai Seluar Panjang
- Pakaian Ketat Lambang Keruntuhan Akhlak

Harga = RM6.00
Mukasurat = 57
Penulis = Dr. Rokiah Ahmad
Penerbit = Pustaka Haji Abdul Majid

Sunday, November 23, 2008

Al-Bayan - Jurnal Al-Quran & Al-Hadith (Bil. 3 / Mei 2005 / Rabi'ul Awal 1426)

KANDUNGAN

1 - Tafsir al-Nasafi dan Tafsir al-Jalalayn: Kajian Perbandingan Daripada Aspek Huruf al-Tahajji - Abdul Rashid Ahmad

2 - Mashaf al-Quran Rasm 'Uthmani: Kajian Mengenai Keutamaan dan Keistimewaannya - Abd. Rahman Abd. Ghani

3 - Asbab al-Nuzul and its Relevance in Interpreting The Qur'anic Text - Thameem Ushama

4 - Sejarah Penulisan Tafsir al-Manar Karya Sayyid Muhammad Rasyid Rida - Mustaffa Abdullah

5 - Biografi Haji Muhammad Said dan Sejarah Penulisan Tafsir Nur al-Ehsan - Zulkifli Hj Yusoff & Hamza bt. Muhammad

6 - Aplikasi Pendekatan Talaqqi dan Musyafahah Dalam Pembangunan Perisian Multimedia Tajwid - Norasikin Fabil, Zawawi Ismail, Zarina Shukur, Siti Fadzillah Mat Noor & Khairuddin Omar

7 - Penjelasan Terhadap Keesaan Allah Dalam al-Qur'an: Fokus Kepada Penciptaan Langit Dan Bumi Melalui Pendekatan Sains - Syed Abdurahman b. Syed Hussin

8 - Metode Imam al-Shafi'i dan Ulama' di Malaysia Dalam Menangani Golongan Yang Mempertikaikan Hadith: Satu Perbandingan - Abdul Karim Ali

9 - The Juristic Concept of al-Maslahah wa al-Nass: An Approach to Analyse the Ahadith Nabawi S.A.W. - Ishak Hj. Sulaiman

10 - Prevention of Desease in Al-Tibb al-Nabawi: A Contemporary Relevance - Nurdeen Deuraseh

11 - فلسفة التعدد و مرتكزات الوحدة البيانية في تفسير النص - نجم الدين قادر كريم الزنكي

منهجية علماء القرآن في وحدة العقيدة - محمد إقبال أحمد حسن فرحات - 12

Harga = RM20.00
Mukasurat = 252
Penerbit = Jabatan A-Quran & Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universsiti Malaya, Kuala Lumpur

Bertemu Janji Allah Siri 2 - Baru!!!

Membicarakan alam akhirat adalah percubaan untuk menjangkau segala yang misteri di belakang tabir keduniaan. Tiada siapa yang layak untuk membimbing segala apa yang terkandung di alam itu melainkan apa yang dikhabarkan oleh Pemilik, Pencipta dan Penguasanya melalui wahyu yang diturunkan kepada NabiNya. Tanpa pergi terlalu jauh, dalam pengertian wahyu yang terkandung di dalam surah Al-Fatihah Ayat 4 sahaja, kita sudah dipandu dengan sebuah proklamasi berbunyi, "Dialah (yakni Allah) penguasa hari akhirat". Mungkin William Shakespeare juga termakan dengan tempias firman Allah ini dengan kata-katanya yang pernah direkodkan di dalam skrip teaternya King Henry VIII 3 berbunyi, "heaven is above all yet; there sits a judge that no king can corrupt."

Buku ini bertungkus lumus menggali pelbagai rahsia akhirat, yang sedang berada di tangan pembaca sekarang ini adalah sebuah catatan. Ia bukan memo sembarangan. Ia memunggah kandungan dan pengertian alam ghaib yang akan sama-sama kita lalui lambat launnya. Bagi mereka yang sudah pergi, mereka sudah dan sedang berada sebahagiannya di alam itu. Sekarang, soalnya masih adakah pilihan kita untuk tidak cuba memahaminya sedangkan kita memang perlu ke sana - sememangnya akan ke situ? Dalam gugur hari yang beralih minggu ke minggu, masih adakah khilaf bahawa kita sedang mendekati satu tarikh kematian yang tidak pernah berganjak? Sebaliknya, kita pula yang semakin mendekat!

- Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, seorang ulama' yang tak pernah jemu menyampaikan ilmu dari dulu hingga kini...

Harga = RM17.00 (Sem) RM19.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 224
Karya = Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat
Penerbit = Anbakri Publika Sdn Bhd

Thursday, November 20, 2008

Perbahasan Kaedah-Kaedah Fiqh

KANDUNGAN

BAHAGIAN A - Pengenalan Kaedah Fiqh
- Definisi Kaedah Fiqh
- Perbezaan Antara Kaedah Fiqh Dan Kaedah Usul
- Faktor Terbentuknya Kaedah Fiqh
- Sejarah Perkembangan Dan Penyusunan
- Sumber Rujukan Kaedah Fiqh Mazhab

BAHAGIAN B - Lima Kaedah Asas
- Kaedah Asas 1 - Setiap Perkara Dinilai Berdasarkan Niat
- Kaedah Asas 2 - Keyakinan Tidak Hilang Dengan Keraguan
- Kaedah Asas 3 - Kesukaran Membawa Kemudahan
- Kaedah Asas 4 - Bahaya Mesti Dihapuskan
- Kaedah Asas 5 - Adat Dijadikan Hakim
- Kaedah Pecahan

BAHAGIAN C - Empat Puluh Kaedah Kulliyyah

BAHAGIAN D - Dua Puluh Kaedah Yang Diperselisihkan

Harga = RM28.50
Mukasurat = 570
Penulis = Ustaz Abdul Latif Muda & Ustazah Rosmawati Ali @ Mat Zin
Penerbit = Pustaka Salam Sdn Bhd

Monday, November 17, 2008

Masjid Al-Aqsa - Kiblat Pertama & Tanah Haram Ketiga

Hadis riwayat Abu Hurairah, dia berkata bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud : "Tidak dianjurkan untuk berpergian kecuali kepada tiga masjid : Masjidku ini (Masjid Nabawi), Masjidil Haram dan Masjid Aqsa".

Diriwayatkan juga dari Maimunah pembantu Nabi S.A.W. ia bertanya kepada Rasulullah S.A.W., maksudnya : "Wahai Nabi Allah fatwakanlah kepada kami tentang Baitul Maqdis", Rasulullah S.A.W. bersabda "Ia adalah tanah tempat asal dan juga merupakan tempat berkumpul, datanglah kepadanya dan lakukanlah solat di sana kerana sesungguhnya sekali solat di Baitul Maqdis sama dengan seribu kali solat di tempat lain", kemudian Maimunah kembali bertanya : "Bagaimana pendapatmu wahai Rasulullah tentang orang yang tidak sanggup menanggung beban padanya atau tiada mampu datang ke sana?", Rasulullah menjawab : "Hendaklah orang tersebut menghadiahkan minyak untuk menyalakan lampu padanya, kerana sesungguhnya orang yang memberikan hadiah kepadanya sama seperti orang yang solat di sana".

Harga = RM5.00
Mukasurat = 55
Penulis = Dr. Mushtafa Abdul Jawwad Ahmad Rasywan
Penerbit = Pustaka Syuhada

Isa Al-Masih - Jawapan Islam Terhadap Risalah Kristian (Bahagian 1)

Sejak dulu hingga kini golongan Kristian terutama para missionari Barat berusaha dengan gigih menyebarkan agama mereka. Ini dilakukan menerusi satu gerakan yang dikenali sebagai "Evangelism" (Penginjilan). Sehubungan ini, Allah Subhanahu Wa Ta'ala memberikan peringatan agar umat Islam sentiasa berwaspada menerusi firmanNya yang bermaksud : Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau mengikuti agama mereka. Katakanlah : Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar). Dan sesungguhnya jika engkau mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. (Surah Al-Baqarah 2 : 120)

Mendiang Pope John Paul II di dalam penulisan terkenalnya Crossing The Threshold of Hope mengulas seperti berikut : "As the year 2000 approaches, our world feels an urgent need for the Gospel. Perhaps we feel this need precisely because the world seems to be distancing itself from the Gospel, or rather because the world has not yet drawn near to the Gospel. The first case - the move away from the Gospel - is particularly true of the "Old World", especially of Europe; the second is true of Asia, the Far East and Africa".

Beliau menambah "As they are diminishing in Europe, the more they are growing in Africa and Asia".

Saya berdoa kepada Allah Subhaanahu Wa Ta'ala agar buku ini dapat memberi manfaat kepada umat Islam seluruhnya. Pada masa yang sama saya akui kemungkinan wujud kekurangan di sana sini. Oleh itu dialu-alukan supaya para pembaca dapat memberi nasihat, pembaikan serta pembetulan.

- Penulis

Harga = RM15.00
Mukasurat = 118
Penulis = Mohammed Amin Yaacob
Penerbit = Pustaka Salam Sdn Bhd

Sunday, November 16, 2008

Sayyid Muhammad Bin Alawi Al-Maliki Al-Hasani Rahimahullahu Ta'ala (1365 - 1425H) (1946 - 2004M) - Sejarah Hidup Dan Dasar-Dasar Pemikirannya

Prof. Dr. Habib As-Sayyid Muhammad Bin Alawi Al-Maliki Al-Hasani adalah seorang tokoh yang terkenal pada abad ini. Ayahnya dan datuknya sehingga tujuh keturunan adalh dari kalangan ulama yang terkenal di Makkah beliau adalah dari keurunan Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam dari zuriat Hasan Bin Ali Bin Abu Thalib r.a.. Kitab-kitab karangannya lebih dari empat puluh buah yang tersebar luas di seluruh pelusuk dunia. Rumah kediamannya di Rushaifah, di Jalan Al-Maliki yang bersambung ke jalan antara Makkah menuju Jeddah merupakan tempat perhimpunan para ulama dari seluruh dunia di musim haji dan umrah.

Pada subuh Jumaat 15 Ramadhan 1425H bertepatan dengan 29 Oktober 2004M yang lalu, sekitar jam 0430 waktu Makkah (pukul 1030 jam Malaysia) umat Islam di seluruh dunia dikejutkan dengan berita kewafatannya, sehingga rasa kesedihan meliputi mereka, kerana kepergiannya dirasakan sebagai suatu kerugian yang amat besar bagi umat Islam.

Maka untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi, penulis rasa terpanggil untuk menulis sedikit dari riwayat hidupnya dan dasar-dasar pemikiran serta usaha-usaha beliau dalam dakwah dan pengembangan agama.

Semoga Allah Ta'ala senetiasa mencucuri beliau dengan rahmatNya yang luas dan mengumpulkan beliau dan juga kita nantinya bersama-sama dengan hamba-hambaNya yang soleh, Amin.

- Penulis

Harga = RM8.00
Mukasurat = 67
Penulis = Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi Al-Maliki (Ahmad Fahmi Zamzam)
Penerbit = Khazanah Banjariah

Saturday, November 15, 2008

Misteri Dunia - Rahsia Di Sebalik Rahsia

MISTERI DUNIA menghimpunkan 54 kisah misteri yang meliputi tokoh, tempat, makhluk, sejarah, fenomena dan angkasa. Anda akan didedahkan bahawa tidak semua perkara yang dianggap misteri itu adalah misteri yang tiada jawapannya.

Kita akan mengetahui bagaimana sejarah misteri itu bermula dan berkembang, usaha untuk membongkarnya dan juga hasil atau teori yang diperolehi. Pelbagi misteri dunia ini pasti membuatkan anda terkejut dan tidak menyangka bahawa di sebalik sesuatu kejadian yang berlaku, ada penjelasan yang terselindung di sebaliknya.

- Penulis

Harga = RM10.00 (Sem) RM13.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 303
Penulis = Nasron Sira Rahim
Penerbit = Alaf 21

Friday, November 14, 2008

Respons - Intelektual Muslim & Isu-isu Semasa

Sejak kebelakangan ini kedudukan agama Islam dan hak umat Islam semakin tercabar. Cabaran dan ancaman itu bukan sahaja datang daripada kalangan masyarakat bukan Islam, tetapi juga umat Islam sendiri.

Pelbagai pandangan dan isu mengenai Islam telah diutarakan dan banyak daripadanya disampaikan dalam nada yang negatif. Tidak kurang yang berupa provokasi bertujuan memburuk-burukkan Islam dan memberi gambaran yang salah kepada masyarakat bukan Islam.

Buku ini berusaha memberi respons terhadap isu-isu itu dan menjawab beberapa tuduhan yang dilemparkan terhadap Islam daripada neraca pandangan intelektual Muslim.

Kebanyakan penulis yang ditampilkan adalah daripada latar belakang dunia akademik dan merupakan golongan yang berwibawa dalam bidang masing-masing.

Persoalan yang ditampilkan cukup luas dan meliputi aspek-aspek yang berkaitan dengan politik, undang-undang, sosial, dakwah, sains, wanita dan hal-hal yang melibatkan survival umat serta rakyat dalam konteks negara kita.

- Penyusun

Harga = RM15.00
Mukasurat = 139
Penyusun = Ann Wn Seng
Penerbit = Harakah

Wali Songo - Perjuangan Dalam Dakwah Islam

Sejarah telah mencatatkan bahawa para penyebar agama Islam di Tanah Jawa adalah para ulama yang dikenali sebagai Wali Songo. Kisah mengenai mereka penuh dengan keajaiban dan peristiwa-peristiwa yang aneh, seperti mana kisah ajaib kaum sifu di Timur Tengah.

Wali Songo ini mempunyai ilmu yang tinggi dan sakti kerana dekatnya dengan Tuhan. Mereka dikurniakan keramat atau keistimewaan yang lebih daripada kebanyakan orang.

Walaupun kisah Wali Songo sebenarnya penuh kontroversi, tetapi kisah ini sendiri cukup menarik dan memikat hati. Bahkan banyak sekali hikmah yang dapat kita petik untuk berjuang menegakkan Islam di daerah kita masing-masing.

Harga = RM17.00
Mukasurat = 296
Penulis = MB. Rahimsyah AR.
Penerbit = Pustaka Syuhada

Popular Posts

Borang Pesanan / Soalan / Pendapat

Nama:
Nombor Telefon:
Alamat Surat Menyurat:
Alamat Email:
Pesanan:

Home

IKLAN!!!

IKLAN!!!
Sticker Keyboard Arab. RM 7.00 je satu...