Pages


Petikan Hadith Kelapan, Kitab "Empat Puluh Hadith Kelebihan Ilmu Dan Ulama'"

Kedai Buku Tinta Ilmu, Lot 2-8-8, Tingkat 1, Pusat Beli Belah Ole-Ole, Jalan Pinang A 18/A, Seksyen 18, 40200 SHAH ALAM, Selangor.

Tuesday, September 30, 2008

Khusyuk Dalam Solat - Edisi Baru

Sesungguhnya ibadah solat itu adalah suatu urusan yang besar di sisi Allah S.W.T., terlalu banyak halangan untuk mencapai maksud solat yang sebenar seperti yang dikehendaki syariat. Memenuhi segala tuntutan syarat-syaratnya dan menepati segala perbuatan dan pengucapan sebagai suatu ibadah khusus yang menggambarkan percakapan atau dialog antara hamba dan Khaliq.

Sesungguhnya amat sukar untuk memberikan tumpuan sepenuhnya di dalam solat, ada kalanya tumpuan dan ingatan sesorang itu kepada Allah S.W.T. di dalam solat hanya sedikit saja. Selebihnya hanyalah ucapan-ucapan yang terlompat dari lidah tanpa kawalan hati dan kesedaran fikiran.

"Saya mendapat banyak faedah dari buku ini..ia mengajak kita menilai kembali pencapaian mutu solat kita." - Dr. Kamaruzaman Yusof, Pensyarah UKM

"Bahasa yang mudah, perumpamaan yang tak terfikir di minda." - Ahmad Lutfi Othman, Ketua Pengarang Harakah

"Apabila hati lalai, ia akan menjadi hijab yang menghalang untuk hampir kepada Allah S.W.T."

Harga = RM13.00 (Sem) RM15.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 118
Siri Tazkirah Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat
Penerbit = Nufair Street Sdn Bhd

Monday, September 29, 2008

Nota Kepada Diri - 71 Nasihat Agama & Akhlak

Putera dunia adalah mereka yang bergiat di sekeliling kehidupan duniawi tanpa menghubungkannya dengan Akhirat. Mereka memiliki kesenangan hanya untuk kepentingannya sendiri.

Orang lain seolah-olah tidak ada kaitan dengan dirinya, sekalipn di sekeliling mereka ramai orang yang menderita.

Sementara itu, putera Akhirat adalah orang yang kehidupannya berteraskan akidah yang sebenar serta amalan yang bersumberkan syariat yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W.

Putera Akhirat adalah orang yang mempertahankan jiwa dan raga demi membela Islam, selain menghindari dan memerangi segala yang berbentuk mungkar serta maksiat.

Putera dunia dan putera Akhirat mempunyai perbedaan yang jelas. Antara kedua-duanya yang berlainan anutan itu tidak mungkin bersatu.

Harga = RM25.00 (Sem) RM28.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 255
Penulis = Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat
Penerbit = Harakah

Mutiara 2 Tok Guru - Membangun Ummah - Tertakluk Kepada Stok!!!

Menegakkan negara Islam dan pemerintahan Islam merupakan Sunnah Amaliyyah (perbuatan yang mengandungi pengajaran secara praktikal) yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. setelah melaksanakan hijrah yang sangat penting dan besar di dalam sejarah itu. Perkara yang sangat penting di dalam hijrah itu ialah menegakkan kerajaan Islam dengan segala syarat dan rukunnya yang menjadi kewajipan kepada umat Islam mematuhinya.

Mereka tidak menyedari bahawa kemajuan kebendaan yang ada pada dunia barat adalah sebahagian daripada kemajuan yang telah ditempa oleh Islam sejak zaman berzaman tetapi barat mengambil kebendaannya sahaja dan meninggalkan ajaran Islam yang membentuk roh dan peribadi mereka.

Kita telah melihat bagaimana kemajuan kebendaan yang ditaja oleh barat itu sedang mengalami kehancurannya dan yang menjadi halangan kepada kemajuan umat Islam bukan masalah kebendaan.

- Penerbit

Harga = RM25.00 (Sem) RM27.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 280
Penerbit = Nufair Street Sdn Bhd

Kemelut Kenaikan Harga Minyak: Kenapa Kita Tidak Kembali Kepada Islam?

Sebenarnya, pengislahan tidak boleh diukur melalui lidah dan kenyataan akhbar, tetapi pengislahan hanya mampu diketahui melalui pembedahan terhadap hakikat sebenar. Oleh itu persoalannya ialah, apakah hakikat sebenar di sebalik kenaikan harga minyak? Adakah penghapusan subsidi satu pengislahan? Dan kita sebagai seorang Islam, perlu kita mengetahui bagaimana sistem ekonomi Islam menyelesaikannya.

Secara tabii, tidak ada makhluk yang mengaku membuat kerosakan, sebaliknya pelaku kerosakan ini mengaku mengaku diri mereka sebagai pengislah. Mafhum firman Allah S.W.T. :
"Dan apabila dikatakan kepada mereka: Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi, mereka menjawab: Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan". - (Al-Baqarah : 11)

Harga = RM10.00
Mukasurat = 128
Penulis = Zaharuddin Mohammad
Penerbit = Lajnah Keahlian & Ulama' Pelapis, Dewan Ulama' PAS Selangor

Saturday, September 27, 2008

Manhaj Qiraat 7 - Beserta Dalil Matan Imam As-Syatibi - Tertakluk Kepada Stok!!!

AL-Quran merupakan satu kitab mukjizat agung yang sering menjadi tumpuan kajian oleh segenap golongan ilmuwan dan cendekiawan. Tanpa berasa jemu, mereka mencedok segala ilmu yang terkandung di dalamnya. Ilmu Qiraat merupakan salah satu ilmu yang sangat berkait rapat dengan Al-Quran. Ia membincangkan kaedah pembacaan Al-Quran dengan pelbagai riwayat yang mutawatir daripada Baginda Rasulullah S.A.W.. Kepentingan dan keutamaan ilmu ini adalah amat besar sekali kerana ia merupakan maklumat penting bagi mereka yang mempelajari ilmu pembacaan Al-Quran dengan pelbagai riwayat.

- Pengarah Darul Quran

Telah lama saya impikan untuk menulis sebuah buku berkaitan dengan ilmu Qiraat. Kini, Allah telah memudahkan dan memakbulkan cita-cita saya tersebut. Semoga dengan kehadiran buku ini akan menambahkan lagi koleksi buku-buku rujukan ilmu Qiraat di Malaysia. Antara faktor penting dalam penulisan buku ini adalah untuk memudahkan pelajar dan pendidik memahami dan mempelajari ilmu Qiraat, membuat rujukan terutamanya dalam bab Wakaf Imam Hamzah dan mengatahui manhaj-manhaj asas bagi setiap imam dan rawinya berserta dalil-dalil yang bersumberkan daripada matan as-Syatibi kerana tiada lagi buku khusus yang ditulis tentang manhaj Qiraat dan dalil-dalilnya dalam bahasa Melayu. Di dalam buku ini juga disentuh tentang ilmu berkaitan Tarikh Qurra', Tarikh Mushaf dan Fawasil serta manhaj bacaan riwayat Hafs dan khilafnya yang perlu diberi perhatian semasa membaca Al-Quran.

- Penulis

Harga = RM15.00
Mukasurat = 157
Penulis = Haji Mohd Nazri Abdullah
Penerbit = Pustaka Salam Sdn Bhd

Saling Memahami Dalam Bahtera Rumah Tangga (Bahasa Indonesia)

Perselisihan dalam rumah tangga ibarat garam dalam masakan. Apabila masakan kebanyakan garamnya, akan asin rasanya. Sebaliknya, jika tiada garam, masakan pun terasa hambar. Seorang juru masak harus memberi garam sesuai takaran agar masakannya lezat disantap. Demikianlah perselisihan dalam bahtera rumah tangga. Apabila terlalu sering, maka keutuhan akan terancam. Dan jika sama sekali tidak pernah ada, maka kehidupan suami istri akan monoton, cenderung tertutup, dan enggan saling terbuka. Bukan tidak mungkin, ketika permasalahan yang terpendam sudah sampai tiada puncaknya, maka yang ada adalah perpisahan. Tak ada semangat untuk berbicara karena mereka memang tidak terbiasa.

Sesungguhnya, rumah tangga yang kokoh itu berdiri di atas fondasi dialog, saling memahami, dan saling mengisi antara dua pihak. Bagaimanapun juga, manusia tidak terlahir sebagai sosok yang langsung menguasai metode paling ideal dalam berumah tangga. Diperlukan kesiapan mental dan tekad yang kuat apabila seseorang ingin menjadi suami yang sukses atau istri yang berhasil. Alangkah baiknya jika masing-masing suami istri menambah referensi pemahamannya tentang tips hidup berumah tangga, berusaha memahami karakter pasangannya, menumbuhkan sikap mengalah, melatih tehnik berdialog yang menyenangkan, selalu memperbarui rasa cinta kasih, dan mengasah berbagai keterampilannya.

Buku ini bukan hanya diperuntukkan bagi Anda yang baru saja berkeluarga ataupun akan berkeluarga, bahkan yang sudah lama berkeluarga pun perlu memilikinya. Terlebih Anda yang sudah lama mengalami berbagai masalah dalam hubungan perkahwinan dan sangat ingin memperbaiki ikatan suci antara Anda dengan pasangan Anda, maka buku ini adalah pilihan tepat. Dengan disertai berbagai contoh kasus berikut solusinya, buku ini memang menawarkan kebahagiaan hidup berumah tangga yang hangat lagi romantis bagi pembacanya.

- Penerbit

Harga = RM49.00 (Kulit tebal)
Mukasurat = 423
Penulis = Dr. Makmun Mubayidh
Penterjemah = Saefuddin Zuhri
Penerbit = Pustaka Al-Kautsar

Friday, September 26, 2008

Afkar - Jurnal Akidah & Pemikiran Islam ( Bil 5 / Rabi' al-Awwal 1425 / Mei 2004 )

KANDUNGAN / CONTENTS / محتويات العدد

- Hakikat Ilmu Kalam: Definisi, Matlamat, Metode, Topik Perbincangan dan Kedudukannya Dalam Ilmu-ilmu Islam - Hasan Mahmud al-Shafe'i - Terj.: Wan Suhaimi Wan Abdullah
- Sumbangan Pengajian Akidah Dalam Membangun Minda Melayu: Suatu Sorotan Ringkas - Mohd Fauzi Hamat
- Analysis of The Doctrine of Sufism in Jami' al-Haqa'iq bi Tajrid al-'Ala'iq - Che Zarrina Sa'ari
- Shaykh Dawud al-Fatani and His Manhal al-Safi: An Overview - Mohd Zain Abd. Rahman
- Ibn al-'Arabi Tentang Ragam Faham Agama (Religious Pluralism) - Mohd Sani Badron
- Menghadapi Cabaran Penisbian Nilai (Moral Subjectivism): Agama Sebagai Asas Kekuatan Akhlak - Mohd Farid Mohd Shahran
- Sadra and German Idealist Philosphy: On the Problem of Intellectual Intuition - Ernest Wolf-Gazo
- فكر مالك بن نبي والمجتمع الملايوي المسلم في العصر الحديث - عثمان شهاب
- Laporan Penyelidikan: Pengajaran Ilmu Tauhid di Johor: Tumpuan Kepada Sumber-sumber Pengajaran Di Institusi-institusi Non-Formal - Wan Zailan Kamaruddin Wan Ali

Harga = RM20.00
Mukasurat = 226
Penerbit = Jabatan Akidah & Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur

Jurnal Syariah (Jilid 9 / Bilangan 1 / Januari 2001)

KANDUNGAN

- Tadarruj (Beransur-ansur) Dalam Perlaksanaan Hukum Islam Masa Kini - Amir Husin Mohd Nor
- Fatwa dan Realitinya Pada Zaman Rasulullah - Nor Naemah Abd Rahman
- Orientalime dan Keutuhan Ummah Islam: Suatu Analisis - Rahimin Affandi Abdul Rahim
- Percanggahan Strategik Dalam Pentadbiran Islam: Suatu Tinjauan Perbandingan - Syarifah Hayaati Syed Ismail
- Pengurusan Organisasi Dari Perspektif Islam: Satu Kajian Kes di Perbadanan Johor dan SAPURA Holdings - Siti Arni Basir
- Masalah Asas Ekonomi dan Penyelesaiannya Menurut Islam - Shofian Ahmad
- Pasaran Niaga Hadapan: Satu Tinjauan - Khairul Anuar Ahmad
- Pengakuan Tanpa Sukarela Serta Kesannya Dalam Undang-undang Keterangan Islam - Mohd. Nasran Mohamad
- Konsep Penjara Islam: Tinjauan Aktiviti Institusi Penjara dan Pengalaman Para Banduan di Penjara Malaysia - Abdullah Yusof

Harga = RM15.00
Mukasurat = 140
Penerbit = Bahagian Pengajian Syariah, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur

Tafsir Mimpi Menurut Al-Quran - Tertakluk Kepada Stok!

Menjadi satu kebiasaan bahawa ada di kalangan manusia yang begitu cenderung menjejaki persoalan alam ghaib. Dan di dalam buku ini dibicarakan 'MIMPI' salah satu daripada 1001 persoalan alam ghaib yang ingin diketahui.

Bermulanya fenomena pendapat dan tinjauan melalui buku-buku tentang mimpi sesuai dengan petunjuk Nabi S.A.W. itulah di antaranya sehingga buku ini diterbitkan. Ianya disaji dalam bentuk perbahasan mimpi telah dirangkumi dalam buku ini dengan berlandaskan Al-Quran dan keterangan hadis-hadis sahih.

Dengan membaca buku ini anda akan dapat memahami selok-belok mimpi, dari sejak manalah, hakikat mimpi, adab mimpi, tabir mimpi dan sebagainya. Berdasarkan dalil-dalil sahih dari teks-teks wahyu Ilahi. Wallahua'lam.

- Penerbit

Harga = RM25.00
Mukasurat = 503
Penulis = Syeikh Abul Sidak, Muhammad 'Azat & Muhammad 'Aris

Jurnal Usuluddin (Bil. 15 / Jamadil Al-Awwal 1423 / Julai 2002)

KANDUNGAN

- Konsep Manazil Sufi 'Abdullah al-Ansari al-Herawi Dalam Kitab Manazil al-Sa'irin - Wan Suhaimi Wan Abdullah
- Haji Muhammad Sa'id Bin Jamaluddin al-Linggi: Amalan dan Sumbangannya Dalam Perkembangan Tarekat Ahmadiyyah Di Malaysia - Che Zarrina Sa'ari
- Pembangunan Minda Ummah Berasaskan Asas Utama Pemikiran Epistemologi Islam: Satu Perbincangan - Mohd Fauzi Hamat
- Epistemologi Hukum Islam: Satu Pengenalan - Rahimin Affandi Abdul Rahim
- Metodologi Ekonomi Islam: Satu Analisis Perbandingan - Joni Tamkin Borhan
- The Themes of The Shu'sbi Polemic: An Analysis - Roziah Sidik @ Mat Sidek
- Non-Muslim Chinese Fear of Islam in Malaysia: An Analysis - Osman Chuah
- Konsep dan Ciri-ciri Tamadun Dalam al-Qur'an - Ali Mohammad
- Cabaran Dakwah Islam Di Era Siber - Zulkiple b. Abd. Ghani
- موقع الرؤية الكونية الإسلامية في التجديد الحضاري المعاصر - عبد العزيز برغوث

Harga = RM20.00
Mukasurat = 198
Penerbit = Bahagian Pengajian Usuluddin, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur

Al-Bayan - Jurnal Al-Quran & Al-Hadith (Bil. 5 / Mei 2007 / Rabi'ul Awal 1428)

KANDUNGAN

1- Tafsiran Islah Syeikh Abu Bakar al-Ash'aari Dalam Bidang Akidah - Nornajwa Ghazali dan Mustaffa Abdullah

2- Faktor Keruntuhan Masyarakat Dari Perspektif al-Quran dan al-Hadith: Satu Tinjauan Awal - Syed Abdurrahman Syed Hussin

3- Shah Wali Allah's Methodology of Interpreting the Qur'an - Thameem Ushama

4- Kritik Terhadap Metode Kajian Sanad G.H.A Juynboll: Tumpuan Terhadap Teori Common Link dan Single Strand - Fauzi Deraman dan Arif Chasanul Muna

5- Autoriti Hadith Dalam Kitab Tasawuf Tulisan Jawi: Satu Kajian Terhadap Kitab Hidayah Al-Salikin - Khadher Ahmad dan Ishak Hj. Sulaiman

6- Ketokohan Yusuf Al-Qaradawi dan Sumbangannya Dalam Bidang Hadis: Perbincangan Mengenai Pandangannya Dalam Pembahagian Sunnah Kepada Tasyri'iyyah dan Gayr Tasyri'iyyah - Abdul Karim Ali dan Mohammad Safiri Ismail

7- Tasahul Imam Al-Timidhi Terhadap Hukum Hadith: Analisis Pendapat Ulama - Faisal Ahmad Shah

8- Perkembangan Huraian Hadith: Satu Sorotan - Anwar Ridwan Zakaria dan Fauzi Deraman

9- Sumbangan Wanita Dalam Bidang Hadith - Fauzi Deraman

10- مفهوم الأمن في الإسلام وسبل تحقيقه في مكة المكرمة في ضوء القرآن والسنة - عبدالله بن عبد الرحمن الخطيب

Harga = RM20.00
Mukasurat = 266
Penerbit = Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur

Popular Posts

Borang Pesanan / Soalan / Pendapat

Nama:
Nombor Telefon:
Alamat Surat Menyurat:
Alamat Email:
Pesanan:

Home

IKLAN!!!

IKLAN!!!
Sticker Keyboard Arab. RM 7.00 je satu...