Pages


Petikan Hadith Kelapan, Kitab "Empat Puluh Hadith Kelebihan Ilmu Dan Ulama'"

Kedai Buku Tinta Ilmu, Lot 2-8-8, Tingkat 1, Pusat Beli Belah Ole-Ole, Jalan Pinang A 18/A, Seksyen 18, 40200 SHAH ALAM, Selangor.

Friday, December 14, 2012

Himpunan Kisah Benar Tapi Pelik - Mendidik Ummah Di Taman Kisah

Buku "HIMPUNAN KISAH BENAR TAPI BENAR" ini disusun   berdasarkan kitab-kitab sejarah yang muktabar, yang merekodkan peristiwa-peristiwa luar biasa yang sangat memberikan rasa kekaguman dan keinsafan kepada diri yang membaca. Perkara-perkara 'benar tapi pelik' yang didatangkan oleh para nabi dengan izin Allah SWT menjadi al-bayyinat dan al-ayat, iaitu tanda-tanda kebenaran dakwah yang diperjuangkan oleh mereka serta menjadi bukti-bukti kebesaran Allah. Firman SWT dalam surah Ali 'Imran ayat 62 yang bermaksud :

Sesungguhnya ini ialah kisah-kisah yang benar; dan tiadalah Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah; dan (ingatlah) sesungguhnya Allah, Dialah jua yang Maha Bijaksana.

Perkataan "Qasas" yang membawa maksud kisah-kisah, banyak digunakan oleh Allah SWT dalam al-Quran sehinggakan teknik penceritaan dan pengisahan dijadikan panduan oleh para pendakwah yang ingin menyampaikan Islam mengikut pendekatan yang digunakan dalam al-Quran.

ANTARA KEISTIMEWAAN DAN KELEBIHAN BUKU INI:
  • Mengajak masyarakat menggunakan akal secara optimum dalam mengkaji dan merenung kebesaran Allah SWT.
  • Memasakkan keteguhan iman dan takwa kepada Allah SWT melalui kisah-kisah yang menakjubkan.
  • Memotivasikan orang ramai agar beriman dan beramal soleh supaya mendapat nusrah (pertolongan) dan karamah (kemuliaan) di sisi Allah SWT.
  • Menunjukkan tauladan, panduan dan pedoman berguna selaku hamba Allah SWT sehingga benar-benar menjadi insan yang berakhlak dan beriman.
  • Sebagai satu usaha menghidupkan kembali khazanah ilmu tulisan ulama silam yang semakin pupus ditelan zaman.
  • Sesuai dijadikan sebagai santapan rohani, renungan sebelum tidur atau sebagai koleksi peribadi mahupun cenderahati agar kita sama-sama dapat mengoreksi diri.
 - Penerbit

KANDUNGAN
  1. Dab Yang Beriman
  2. Dengan Nama Allah Tuhan Si Pemuda
  3. Jenazahnya Dilindungi Lebah Berbisa
  4. Syuraih: Hakim Yang Celik Hati
  5. Ya Allah, Aku Tidak Mahu Menjadi Pemimpin Al-Bashrah...
  6. Cukup Allah Menjadi Saksi
  7. Saiyidina Umar Menulis Kepada Sungai Nil
  8. Keadaan Mayat Setelah Dikuburkan
  9. Para Sahabat Memakan Bangkai Binatang
  10. Lumpuh Setiap Kali Berniat Jahat Kepada Sarah
  11. Syafaat Yang Paling Agung
  12. Doa Pengasih Yang Diajar Oleh Nabi
  13. Balasan Mempermainkan Sunnah
  14. Ain yang Memudaratkan
  15. Air Keluar Dari Jari Jemari Rasulullah SAW
  16. Pokok Kurma Menangis Ditinggalkan Nabi SAW
  17. Pokok Datang Kepada Nabi SAW
  18. Jin Melarikan Gadis
  19. Gurauan Rasulullah SAW
  20. Padah Mempelajari Sihir
  21. Pemimpin Memasak Untuk Rakyat
  22. Taubat Nasuha Seorang Ahli Maksiat
  23. Musa Berguru Dengan Khidir
  24. Pemimpin Pertama Digelar Amirul Mukminin
  25. Matahari Ditahan Daripada Terbenam
  26. Ditimpa Demam Sepanjang Hayat
  27. Tidak Menangis Walau Kematian Anak
  28. Bulan Terbelah
  29. Lelaki Yang Dimakbulkan Doanya
  30. Mulianya Hati Seorang Isteri Mujahid
  31. Mulia Walaupun Bekas Hamba
  32. Kecerdasan Anugerah Agung Kurniaan Ilahi
  33. Lelaki Yang Diberikan Cahaya Di Kepalanya
  34. Tanda Putih Di Telapak Tangan Uwais
  35. Tiada Kain Kafan Untukmu Sahabat
  36. Bertaubat Setelah 40 Tahun Bergelumang Dosa
  37. Sedikit Namun Mencukupi
  38. Dipenjarakan Kerana Seekor Tikus
Mungkin anda tidak pernah baca,
mungkin juga anda tidak pernah dengar
tapi... INI IALAH KISAH BENAR!

Harga = RM26.00
Mukasurat = 218
Penulis = Dr. Hj. Zahazan Mohamed
Penerbit = Telaga Biru Sdn. Bhd.
 

Thursday, December 13, 2012

Senyumlah - Apa Pun Masalahmu Ia Pasti Akan Berlalu

Mengapa harus membenci masalah dan kesusahan, sedangkan ia tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan? Mengapa harus berputus asa saat mengalami kesusahan hidup, sedangkan kemudahan yang Allah janjikan sebagai jalan keluarnya lebih banyak? Mengapa harus berkeluh-kesah, sedangkan apa pun masalah yang datang, ia akan berlalu jua akhirnya? Buku ini ingin membuat pembaca tersenyum dan gembira, walaupun ada masalah dan kesusahan yang sedang dihadapi. Ia mengajak pembaca memahami rahsia permasalahan hidup dan mengetahui bagaimana cara mengatasinya dengan baik.

Ditulis dengan bahasa yang sederhana dan mudah difahami, buku ini disokong oleh banyak kisah serta rajah yang akan memudahkan pembaca memahami isinya. Selesai membacanya, mudah-mudahan pandangan pembaca terhadap masalah dan kesusahan hidup berubah sepenuhnya. Dada akan menjadi lapang, beban terasa ringan, dan bibir lebih mudah tersenyum.

- Penulis

"Hidup akan menjadi lebih
bahagia apabila masalah
dan kesusahan dapat dihadapi
dengan cara yang betul."

KANDUNGAN
  • Bab 1: Bagaimana Cara Kita Melihat Masalah?
  • Bab 2: Yang Lebih Penting Adalah Tindak Balas Kita
  • Bab 3: Mengambil Manfaat Daripada Permasalahan Hidup
  • Bab 4: Ubat Paling Mujarab
  • Bab 5: Kita Memang Sering Menemui Masalah
  • Bab 6: Allah Lebih Mengetahui
Harga = RM21.00 (Sem) RM23.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 300
Penulis = Syed Alwi Alatas (www.alwialatas.multiply.com)
Penerbit = Galeri Ilmu Sdn. Bhd.

Wednesday, December 12, 2012

Q & A Bersama Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri Jilid 2

Buku Q & A BERSAMA DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI JILID 2 ini diterbitkan bagi menyelesaikan pelbagai  persoalan dan kemusykilan berkaitan agama dan kehidupan individu dan masyarakat masa kini.

Buku ini merupakan saluran informasi ilmu agama dan hal ehwal kehidupan harian. Perbahasan buku ini menyingkap tentang pelbagai persoalan agama dan kehidupan berserta dengan jawapan yang bersumberkan rujukan yang autentik dan mudah difahami pembaca.

Keistimewaan dan kelebihan buku ini ialah ia mengandungi sembilan bab penting yang menyentuh tentang aspek kehidupan individu dan masyarakat yang meliputi keseluruhan bidang agama.

Semoga buku ini dijadikan sebagai rujukan dan panduan oleh individu dan masyarakat dalam mempertingkatkan kefahaman dan pengetahuan agama serta memberi impak yang besar dalam kehidupan demi menggapai kebahagiaan dan keredhaan Ilahi di dunia dan di Akhirat.

- Penerbit

KANDUNGAN
  1. Bab Pertama - Akidah
  2. Bab Kedua - Kelompok Dan Ajaran
  3. Bab Ketiga - Fiqah
  4. Bab Keempat - Tasawuf
  5. Bab Kelima - Tafsir
  6. Bab Keenam - Hadis Dan Mustolah Hadis
  7. Bab Ketujuh - Sirah Dan Sejarah
  8. Bab Kelapan - Usul Fiqah Dan Kaedah-Kaedah Fiqah
  9. Bab Kesembilan - Masalah-Masalah Umum
 * Q & A Bersama Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri Jilid 1
Harga = RM27.00 (Sem) RM30.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 272
Penulis = Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Penerbit = PSN Publications Sdn. Bhd.

Tuesday, December 11, 2012

Fadzil Noor - Dia Guru, Dia Kawan; Selepas 10 Tahun Pergi

FADZIL NOOR, dia guru, dia kawan; adalah satu catatan ringkas, satu pandangan peribadi dan satu ingatan semula mengenai Fadzil Noor sebagai kawan yang boleh dianggap guru.

Buku ini bukan satu sejarahnya, bukan biografinya, bukan ajaran dan pemikirannya, tetapi adalah satu kumpulan pengalaman bagi mengenali beliau secara umum sepintas lalu. Biar sejarahnya dirakam oleh para sejarawan, ajaran dan pemikirannya dikaji dan dianalisis oleh para propagandis zaman dan orang-orang yang lebih dekat dengannya.

Moga-moga para pengkaji dan peminatnya dapat memanfaatkan catatan ini sebagai persiapan awal untuk menghasilkan rakaman khazanah peninggalannya yang lebih besar dan bernilai. Paling penting di sini ialah Ustaz Fadzil Noor mesti dikenali oleh orang-orang yang hidup sezaman dengannya dan mereka yang tahu nama tetapi tidak sempat mendekatinya serta belum dilahirkan semasa beliau pergi dulu.

Menerusi buku ini generasi terkemudian akan mengetahui kehadiran seorang putera besar di dunia yang bernama Fadzil Noor.

- Penulis

KANDUNGAN
  • Bab 1: Tahun-Tahun Yang Berlalu
  • Bab 2: Lambat
  • Bab 3: Uzur
  • Bab 4: Alam Anak-Anak, Remaja
  • Bab 5: Bapa, Suami Dan Ketua Keluarga
  • Bab 6: Terjun Padang
  • Bab 7: Membayangi Era Asri
  • Bab 8: Regu Haji Yusof Rawa
  • Bab 9: Teraju Utama PAS
  • Bab 10: Yang Dipertua Menjadi Presiden
  • Bab 11: Ketua Pembangkang
  • Bab 12: Muafakat Pembangkang
  • Bab 13: Anwar Ibrahim
  • Bab 14: Diplomasi Ke Indonesia
  • Bab 15: Afghanistan - Iraq
  • Bab 16: Putih Mata Tak Jumpa KPN
  • Bab 17: Kes Muhammad Sabu
  • Bab 18: Hak Istimewa Orang Melayu
  • Bab 19: Undi Bukan Islam
  • Bab 20: Calon Wanita
  • Bab 21: PAS Tubuhkan PAS
  • Bab 22: Pimpinan Ulama
  • Bab 23: Memali
  • Bab 24: Muassasah Darul Ulum
  • Bab 25: Kalah Menang Kalah
  • Bab 26: Pemikiran Ustaz Fadzil, Keutamaan Ummah
  • Bab 27: Agung Fadzil Noor Bagai Raja Di Rimba
  • Bab 28: 10 Tahun Ustaz Fadzil Pergi
Harga = RM20.00 (Sem) RM23.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 268
Penulis = Subky Abdul Latif
Penerbit = Kemilau Publika Sdn Bhd

Monday, December 3, 2012

Q & A Bersama Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki

Buku Q & A bersama Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin al-Banjari al-Makki menyingkap pelbagai persoalan yang berkaitan dengan akidah, fiqah, tasauf dan persoalan umum secara ringkas agar mudah difahami.

Setiap persoalan diadaptasikan dari CD yang bertajuk "12 Jam Soal Jawab Bersama Syeikh Muhammad Nuruddin". Manfaat ilmu yang besar ingin dikongsikan bersama penuntut ilmu dan umat Islam khasnya di Malaysia. Fatwa dan jawapan yang diberikan mampu menjawab segala permasalahan berkaitan kehidupan, fiqah dan lain-lain. Ia merupakan jawapan lisan secara spontan daripada beliau dengan berpandukan ilmu dan kefahaman yang diberikan oleh Allah SWT kepadanya, tanpa merujuk kepada buku atau catatan di hadapannya.

Semoga buku ini dapat menjadi panduan dan memberi impak yang besar kepada umat Islam khususnya dalam usaha mempertingkatkan iman dan ibadah kepada Allah SWT.

- Penerbit


KANDUNGAN

BAHAGIAN 1: AQIDAH
  • Bab 1: Syiah
  • Bab 2: Alam Ghaib
  • Bab 3: Bidaah
  • Bab 4: Perbezaan Mazhab
  • Bab 5: Pemimpin Dan Kepimpinan
  • Bab 6: Bertemu Rasulullah Dalam Mimpi
BAHAGIAN 2: AL-QURAN DAN HADIS
  • Bab 7: Al-Quran Dan Zikir
  • Bab 8: Penjelasan Tafsir Dan Hadis
BAHAGIAN 3: FIQAH
  • Bab 9: Penjelasan Tafsir Dan Hadis
  • Bab 10: Darah Wanita (Haid, Istihadah, Nifas Dan Wiladah)
  • Bab 11: Wuduk
  • Bab 12: Solat
  • Bab 13: Solat Musafir
  • Bab 14: Puasa
  • Bab 15: Zakat
  • Bab 16: Korban, Akikah Dan Sembelihan
  • Bab 17: Haji
  • Bab 18: Jenazah
  • Bab 19: Jinayat
BAHAGIAN 4: MUAMALAT
  • Bab 20: Jual Beli
  • Bab 21: Faraid, Wasiat Dan Warisan
  • Bab 22: Nazar Dan Sumpah
  • Bab 23: Perubatan
  • Bab 24: Tanah
  • Bab 25: Wakaf
  • Bab 26: Alat Muzik Dan Hiburan
  • Bab 27: Haiwan Peliharaan Dan Perniagaan
BAHAGIAN 5: MUNAKAHAT
  • Bab 28: Nikah Kahwin
  • Bab 29: Talak
  • Bab 30: Iddah
  • Bab 31: Zihar
BAHAGIAN 6: ADAB KOMUNIKASI
  • Bab 32: Pergaulan Suami Dan Isteri
  • Bab 33: Pergaulan Dalam Masyarakat
  • Bab 34: Pergaulan Antara Gender
  • Bab 35: Aurat
  • Bab 36: Hubungan Kekeluargaan
  • Bab 37: Etika Berpakaian Dan Berhias
  • Bab 38: Penampilan Diri
  • Bab 39: Tasawuf
  • Bab 40: Pelbagai Masalah Umum
Harga = RM38.00 (Sem) RM40.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 504
Penyusun = Muhadir Haji Joll
Penerbit = PSN Publications Sdn. Bhd
 

Thursday, November 22, 2012

U-Turn Ke Jalan Lurus

Berfirman Allah Taala yang bermaksud:

"Wahai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pengajaraan daripada Tuhanmu dan penawar bagi hati.

Kenapakah kamu memilih untuk bersilaturahim hanya kepada mereka yang bersilaturahim denganmu?
Kenapa kamu memilih untuk berbicara hanya kepada mereka yang berbicara denganmu?
Kenapa kamu memilih untuk memberi makan hanya kepada mereka yang memberi makan kepadamu?
Kenapa kamu memilih untuk memuliakan hanya kepada mereka yang memuliakanmu? Tidak terlebih baik seseorang itu daripada yang lain. Sesungguhnya orang yang beriman kepada Allah dan Rasul, mereka melakukan kebaikan kepada orang yang jahat kepada mereka, bersilaturahim kepada mereka yang memutuskannya.
Maafkanlah mereka yang tidak memberi kemaafan kepadanya. Mereka amanah kepada mereka yang mengkhianatinya. Berbicara kepada mereka yang enggan  berbicara dengannya. Memuliakan mereka yang menghinanya.

Sesungguhnya Aku tersangat mengetahui tentang perbuatan kamu."

- Petikan Hadis Qudsi, Kitab Imam Al-Ghazali
Al-Mawa'iz Fil Ahadis Al-Qudsiah

KANDUNGAN
  • Mutiara 1: Manusia yang mempunyai arah akan menguasai nasib dan gaya hidupnya.
  • Mutiara 2: Untuk jadi hebat tidak perlu jadi orang lain, jadilah diri sendiri.
  • Mutiara 3: Ibbadah bukan beban, ia hadiah terindah daripada Tuhan.
  • Mutiara 4: Tidurlah bersama kesyukuran, jangan tidur bersama kesedihan.
  • Mutiara 5: Orang dungu hanya tahu setelah terkena.
  • Mutiara 6: Lihat apa yang kita lihat, fikir apa yang kita fikir.
  • Mutiara 7: Bukan semua yang disukai memberikan kesukaan akhirnya.
  • Mutiara 8: Sabar itu lebih mudah daripada tidak bersabar.
  • Mutiara 9: Jengan bertanya kepada kejahilan kerana ia akan menjawab.
  • Mutiara 10: Musuh ketat bagi terbaik adalah baik. Buat betul biar betul-betul.
  • Mutiara 11: Apabila semboyan nafsu dibunyikan. Bolehlah berikan ciuman dan ucapan selamat tinggal kepada sebarang kebaikan.
  • Mutiara 12: Semakin menuju ke utara, selatan semakin menjauh.
  • Mutiara 13: Keinginan ialah penipu dalam diri yang tidak memerlukan izin untuk masuk.
  • Mutiara 14: Sesetengah nikmat itu hanya datang sekali tetapi bersyukur kena selalu.
  • Mutiara 15: Emas dan kerikil tidak boleh ditimbang sekali.
  • Mutiara 16: Fikir kematian seperti mengaktifkan penggera jam, dengannya kita terbangun; tanpanya kita terus lena.
  • Mutiara 17: Serik ialah pusingan-U terakhir untuk kembali ke jalan betul.
  • Mutiara 18: Selarikan apa kita yakin, apa kita bikin.
  • Mutiara 19: Ketagihan pujian ialah mukadimah kebinasaan.
  • Mutiara 20: Lidah seperti sebilah pedang, sarungkanlah agar terselamat daripada hirisannya.
  • Mutiara 21: Apabila semua perkara telah tewas, harapan jangan tewas!
  • Mutiara 22: Semakin kita beremosi semakin akal tidak berfungsi.
  • Mutiara 23: Sekali kita mahu belajar seisi dunia mahu menjadi guru.
  • Mutiara 24: Sekiranya kelebihan diri seluas lautan, kerendahan hati harus selebar bumi.
  • Mutiara 25: Jika hati membisik: Bolehkah aku berubah? Katakan: Tidak! Kepada soalan itu.
  • Mutiara 26: Antara lukisan dan tajuk, manakah lebih awal? Jawapannya: Sudut Pandangan!
  • Mutiara 27: Sekiranya Hamman itu baik nescaya Lembah Luxor dipenuhi masjid.
  • Mutiara 28: Syukur andainya kita boleh bersyukur.
  • Mutiara 29: Sekiranya seseorang bertanya mengenai harga diri, jawapannya ada pada kesetiaan.
  • Mutiara 30: Apabila dua orang pahlawan menghunuskan senjata beradu, yang bakal tewas berkata: Aku akan mati hari ini; yang bakal menang berkata: Aku ingin mati hari ini!
  • Mutiara 31: Puppet digerakkan oleh tali. Manusia punyai tali ghaib yang menggerakkan hidup!
  • Mutiara 32: Seorang pendeta menuruni lembah, menakluki puncak gunung untuk menguasai hikmat, ia menemuinya di puncak faham.
  • Mutiara 33: Tanya kepada fitrah, jawapannya tidak pernah menipu.
  • Mutiara 34: Pada setiap butiran pasir tersembunyi hikmah.
  • Mutiara 35: Kalaulah fatamorgana sememangnya air sudah tentu gurun itu lautan.
  • Mutiara 36: Sebelum mendaki, pastikan terlebih dahulu tangga disandarkan ke dinding.
  • Mutiara 37: Dua benda perlu bergabung untuk memperolehi hasil, anak benih dengan tanah, perancangan dengan menuliskannya.
  • Mutiara 38: Sedetik menoleh kepada Allah, baru tersedar bahawa selama-lamanya kita diperhatikan oleh kasih sayang-Nya.
  • Mutiara 39: Orang yang hidup untuk memberi akan hidup dilimpahi pemberian Tuhan.
  • Mutiara 40: Inginkan Tuhan adalah naluri terindah.
Harga = RM22.00 (Sem) RM24.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 208
Penulis = Zul Ramli M. Razali
Penerbit = Galeri Ilmu Sdn. Bhd.
 

Keajaiban Firasat: 63 Kisah Pengubat Jiwa

Sesungguhnya, sangat banyak kisah orang soleh yang disebutkan dalam banyak tulisan para ulama. Buku ini menghimpunkan 63 kisah sahaja daripada sejumlah banyak kisah tersebut sebagai tafa'ul (mengambil berkat) dengan usia 63 tahun Rasulullah S.A.W wafat. Semoga hati-hati ini akan lebih mencintai Rasulullah S.A.W dan orang yang soleh terutama sekali dalam bulan Rabi' al-Anwar ini.

- Penulis

KANDUNGAN
  • Kisah 1: Keadilan Tuhan
  • Kisah 2: Menguji Tuhan
  • Kisah 3: Doa Yang Menggetarkan Jiwa
  • Kisah 4: Jasa Seutas Rantai
  • Kisah 5: Saiyidina Umar Dan Budak Kecil Pengembala Kambing
  • Kisah 6: Kasih Sayang Allah S.W.T Melebihi Kasih Sayang Seorang Ibu
  • Kisah 7: Alangkah Untungnya Jika Akulah Mayat Itu
  • Kisah 8: Cucu Rasulullah S.A.W Makan Bersama Orang Miskin Dan Kanak-Kanak
  • Kisah 9: Kebijaksanaan Cucu Rasulullah S.A.W
  • Kisah 10: Ketinggian Adab Penuntut Ilmu
  • Kisah 11: Botol Berisi Air
  • Kisah 12: Roti Dan Anjing
  • Kisah 13: Lari Dari Neraka
  • Kisah 14: 'Alqamah Dan Ibunya
  • Kisah 15: Garis Hitam Di Bahu
  • Kisah 16: Api Itu Milik Kaum Muslimin
  • Kisah 17: Akhlak Mulia Umar Bin Abdul Aziz
  • Kisah 18: Balasan Mencela Ibu Bapa
  • Kisah 19: Karamah Abu Muslim Al-Khulani
  • Kisah 20: Burung Yang Patah Sayapnya
  • Kisah 21: Berfikir Sebelum Membuat Maksiat
  • Kisah 22: Berhutang Untuk Orang Lain
  • Kisah 23: Sebab Doa Tidak Dimakbulkan
  • Kisah 24: Di Mana Kampung Paling Dekat
  • Kisah 25: Imam Malik Memuliakan Rasulullah S.A.W
  • Kisah 26: Malaikat Menyerupainya Mengerjakan Haji
  • Kisah 27: Perbicaraan Dengan Ayat Al-Quran
  • Kisah 28: Semalam Aku Ke Makkah
  • Kisah 29: Membatalkan Puasa Sunat Demi Doa Seorang Muslim
  • Kisah 30: Keajaiban Firasat Kekasih Allah S.W.T
  • Kisah 31: Lengan Baju Kanan Yang Sempit
  • Kisah 32: Buah Dan Talaq
  • Kisah 33: Memuliakan Nama Allah S.W.T
  • Kisah 34: Tip Khusyuk Dalam Solat
  • Kisah 35: Imam Ahmad Dan Seorang Pekerja Buruh
  • Kisah 36: Penduduk Baghdad Menguji Imam Bukhari
  • Kisah 37: Beristighfar Selepas Menyebut Alhamdulillah
  • Kisah 38: Meludah Ke Arah Kiblat
  • Kisah 39: Akibat Makan Harta Orang Lain Tanpa Izin
  • Kisah 40: Keningnya Dicium Rasulullah S.A.W
  • Kisah 41: Jangan Tunda Berbuat Kebaikan
  • Kisah 42: Kemuliaan Imam Ghazzali
  • Kisah 43: Nilai Ikhlas Dan Siddiq (Benar) Dalam Menyampaikan Ilmu
  • Kisah 44: Salim Bin Abdullah Dan Khalifah
  • Kisah 45: Kedua-Dua Matanya Pernah Melihat Imam An-Nawawi
  • Kisah 46: Dunia Penjara Bagi Mukmin Dan Syurga Bagi Kafir
  • Kisah 47: Nur Huruf
  • Kisah 48: Keajaiban Firasat Imam Al-Haddad
  • Kisah 49: Menjadi Tetamu Rasulullah S.A.W
  • Kisah 50: Pemuda Ahli Kasyaf
  • Kisah 51: Terpaksa Meninggalkan Wirid
  • Kisah 52: Akhlak Mulia
  • Kisah 53: Allah Melihatku
  • Kisah 54: Kekayaan Yang Tidak Disedari
  • Kisah 55: Rumah Sujud
  • Kisah 56: Keutamaan Sedekah
  • Kisah 57: Nafsu Selalu Suka Kepada Yang Dilarang Allah S.W.T
  • Kisah 58: Manusia Sebenar
  • Kisah 59: Selawat Yang Diterima
  • Kisah 60: Kiriman Pahala
  • Kisah 61: 'Abid Dan Tukang Kasut
  • Kisah 62: Sukar Mimpi Berjumpa Rasulullah S.A.W
  • Kisah 63: Ya Rasulullah... Kami Merinduimu...
Harga = RM19.00 (Sem) RM21.00 (Sab/SWK)
Mukasurat = 192
Penulis = Muhadir Haji Joll
Penerbit = Galeri Ilmu Sdn. Bhd.
 

Monday, November 19, 2012

Lembutkanlah Hatimu

Kenapakah hati jadi sakit, kotor, kasar, keras, buta atau terkunci? Jawapan kepada semua persoalan tersebut tidak lain disebabkan oleh dosa yang kita lakukan sama ada sedar ataupun tidak. Dosa-dosa itulah yang menjadi penghalang taqarrub kita kepada Allah SWT. Dosa-dosa itulah yang menjauhkan kita dari jalan kebenaran. Dosa-dosa itulah yang mengeraskan hati kita hingga payah untuk menerima ilmu, nasihat dan teguran.

LEMBUTKANLAH HATIMU...
nescaya episod kehidupan akan lebih bermakna.

KANDUNGAN
  1. Hati Amanah Allah Kepada Kita
  2. Kekalkan Hati Yang Bersih
  3. Apabila Azan Diswastakan
  4. Aktifkan Akaun Hasanat Anak-Anak
  5. Ibu Bapa Guru Pertama Anak-Anak
  6. Bermula Daripada Solat
  7. Jadikan Rumah Sebagai Madrasah
  8. Lembutkan Hati  Untuk Mendapat Rahmat Allah
  9. Memadam Memori Silam
  10. Mulai Dengan Taubat Nasuha
  11. Baki Usia Yang Sia-Sia
  12. Masa Yang Berlalu Tidak Dapat Diganti Lagi
  13. Lima Puluh Tahun Mendambakan Redha-Nya
  14. Apa Nak Jadi
  15. Akibat Mensia-siakan Solat
  16. Sujud Menyerlahkan Sifat Kehambaan
  17. Langkah Ke Masjid Langkah Hasanat
  18. Rahsia Terkandung Dalam Ucapan "Amin"
  19. Rindukan Doa Malaikat
  20. Ada Cara Hajat Cepat Ditunaikan
  21. Antara Nikmat Dengan Istidraj
  22. Banyak Songel Tanda Tidak Syukur
  23. Jadikan Rumah Sebagai Tempat Beribadat
  24. Kuntuman Senyum Jumaat
  25. Muliakan Jumaat Dengan Banyak Berdoa Dan Berselawat
  26. Hidup Sentiasa Berzikir
  27. Dua Kegembiraan
  28. Kita Masih Jahil
  29. Mudah-Mudahan Sebagaimana Yang Disangkakan Orang
  30. Penilaian Yang Benar Mengenai Baik Dan Betul
  31. Allah Yang Menjadikan Manusia Pandai
  32. Natijah Ilmu Untuk Mencari Redha-Nya
  33. Sedekah Yang Afdal
  34. Sesuatu Yang Diinfakkan, Itulah Milik Kita
  35. Pencetus Kebaikan Dapat Pahala Berlipat Ganda
  36. Makrufat Mahar Ke Syurga
  37. Disayangi Allah Dicintai Manusia
  38. Dia Lebih Baik Daripada Diriku
  39. Berilah Kemaafan Untuk Mendapat Ketenangan
  40. Kitalah Yang Mula Menghulur Tangan Dan Memberi Salam
  41. Tiga Hari Sahaja
  42. Hanya Seorang Diri
  43. Tiada Yang Terlepas Daripada Pengetahuan Allah
  44. Apabila Allah Murka
  45. Jauhi Perangai Himar
  46. Seringan-Ringan Azab Allah
  47. Orang Zalim Akan Bankrapp Di Akhirat
  48. Kezaliman Yang Tidak Popular
  49. Istighfar Mengindahkan Majlis
  50. Nifaq Mengheret Ke Dasar Kawah Api Neraka
  51. Penyakit Yang Paling Ditakuti Rasulullah SAW
  52. Bank Amalan Jadi Zero!
  53. Riddah Meranapkan Semua Amal Ibadah
  54. Berserah Diri Kepada Allah
  55. Satu Keluarga Besar Dengan Ikatan Akidah
  56. Memelihara Dan Merealisasikan Misi Agung
  57. Berjuanglah Atas Keyakinan Janji-Janji Allah
  58. Usah Bersikap Lemah
  59. Menyambung Tugas Rasul Sebagai Muzakkir
  60. Warnai Dakwah Dengan Hikmah
Harga = RM21.00 (Sem) RM23.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 216
Penulis = Amaluddin Mohd Napiah
Penerbit = Galeri Ilmmu Sdn Bhd
 

Kebangkitan Gerakan Islam: Analisis Strategi Dan Polisi AKP Turki Memenangi Pilihanraya Umum

Bagaimana sumbangan Islam dalam membangun bangsa dan negara adalah pertanyaan menarik; buku bukan hanya untuk Turki dan AKP, melainkan juga untuk negara-negara di rantau ini.

Perkembangan Islam dan politik di Turki menjadi fenomena yang sangat menarik pada zaman mutakhir ini. Keberasilan kelompok Islam untuk mempengaruhi proses politik nasional setelah wujud dalam parti politik yang dominan perlu mendapat  perehatian khusus.

Bukan saja kerana kehadiran para aktivis gerakan Islam yang bergabung dalam AKP (Adeletve Kalkunma Partisi) mampu menghurai persoalan rumit hubungan Islam dan negara. Namun lebih daripada itu, proses panjang gerakan Islam mampu masuk ke dalam mainstream politik Turki dengan ideologi sekular yang kuat di dunia, ini patut juga menjadi bahan kajian.

Dengan kenyataan AKP dalam mendapatkan dukungan masyarakat awam yang kuat di Turki tentu disebabkan banyak sebab yang saling berkaitan. Beranikah kita menerima Recep Tayyib Erdogan sebagai disamakan dengan Sultan Muhammad Al Fatih di abad ini?

- Penerbit

"Saya merekomenkan kepada aktivis gerakan Islam, pelajar, pemerhati Islam (khasnya Timur Tengah), politisi, akademisi dan orang awam untuk membaca buku ini. Kerana analisisnya yang dalam tentang dinamika Turki, juga buku pertama berbahasa Melayu membahaskan dinamika Turki Moden"

~ Dr. Yon Machmudi
Pengarah Penyelidikan Pusak Kajian
Timur Tengah dan Islam

KANDUNGAN
  • Bab 1: Gerakan Islam Antara Erbakan Dan Erdogan; Pendewasaan Gerakan Islam
  • Bab 2: Islam Versus Kemalisme; Tafsiran Sekularisme
  • Bab 3: Menundukkan Tentera; Penjaga Ideologi Kemalisme
  • Bab 4: Strategi Dan Dasar Politik Luar Negeri; Parmeter Baru Politik Luar Negeri Turki
  • Bab 5: Erdogan Pahlawan Palestin Dan Dunia Islam
  • Bab 6: Strategi Dan Dasar Ekonomi AKP; Protek Ekonomi Islam
  • Bab 7: Strategi Dan Dasar Sosial AKP; Semoga Allah Menolong Kita Berkhidmat Kepada Negara
  • Bab 8: Republik Islam Turki; Model Demokrasi Di Dunia Islam?
Harga = RM25.00 (Sem) RM28.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 383
Penulis = Ahmad Dzakirin
Penerbit = Alam Raya Enterprise Sdn Bhd
 

Fitnah Terhadap Sahabat Rasulullah - Merungkai Kontroversi, Menyingkap Realiti

Perpecahan umat Islam berlaku sejak lebih 700 tahun yang lampau. Ahli Sunnah Waljamaah, Syiah, Khawarij dan sebagainya muncul pada zaman itu. Semuanya didakwa berpunca daripada kelemahan pemerintahan Khalifah Uthman berbanding pemerintahan Khalifah Abu Bakar dan Khalifah Umar yang menyebabkan beliau dibunuh. Perlantikan Saidina Ali sebagai khalilfah bertambah kritikal apabila berlaku konflik antara pengikut Saidina Ali dengan pengikut Muawwiyah dan diikuti perang antara kedua belah pihak dan perang dengan Saidatina Aishah.

Pertelingkahan antara sahabat turut mengheret umat Islam dalam pertelingkahan pandangan pada zaman ini.

Buku ini mendedahkan:
  • Keutamaan dan kelebihan para sahabat Rasulullah S.A.W.
  • Kaedah memahami Al-Quran dan hadis, serta cara menilai sebuah hadis.
  • Cara dan kaedah menapis sumber sejarah daripada buku-buku sejarah.
  • Bagaimana memahami situasi yang berlaku dan ijtihad para sahabat pada masa itu.
  • Mengenali musuh Islam yang melaga-laga sesama Islam.

- Penerbit

KANDUNGAN
  • Bab 1: Al-Quran Memartabatkan Para Sahabat
  • Bab 2: Sunnah Memartabatkan Para Sahabat
  • Bab 3: Percanggahan Antara Islam Dengan Rekod Sejarah
  • Bab 4: Kekeliruan Fakta Sejarah
  • Bab 5: Sejarah Pembunuhan Saidina Uthman Bin Affan
  • Bab 6:  Peperangan Sahabat Antara Ahli Sunnah Dengan Syiah
  • Bab 7: Pendirian Ahli Sunnah Dalam Pertelingkahan Para Sahabat
Harga = RM15.00 (Sem) RM17.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 161
Penulis = Prof. Madya Dato' Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Ph.D.
Penerbit = PTS Islamika Sdn. Bhd.

Sunday, November 18, 2012

Siapa Penghuni Bumi Sebelum Manusia

Usia bumi ini, tempat kita hidup, menurut kebanyakan pendapat lebih dari seribu juta tahun, tetapi ini tidak bererti kehidupan manusia di bumi ini dimulai pada periode itu. Ia hanya berupa "bahagian" terbesar dari rangkaian kehidupan masa lalu, yang hidup dan menguasai bumi ini.

Kehidupan ini muncul setelah kebinasaan makhluk yang mendahului kita. Makhluk itu berupa makhluk-makhluk asing yang tidak kita ketahui.

Mereka binasa dengan pengetahuan para ahli terhadap pancaran atom. Terdapat kesulitan yang akan kami perbincangkan di dalam buku ini. Selain itu, kami akan tunjukkan kitab lain, iaitu yang menembus dan mengangkat ketersembunyian masalah ini. Ia adalah kitab semesta yang terbuka bagi setiap orang yang ingin membaca dan memahami.

- Penulis

KANDUNGAN
  • Para Penghuni Bumi Sebelum Manusia
  • Bersama-sama Melihat Buku Ini
  • Kita, Sebelum Membicarakan Mereka
  • Pembodohan Pembahasan Tentang Bahtera Nuh
  • Kenyataan-Kenyataan Di Bumi, Kebatilan-Kebatilan Dalam Taurat Dan Kontradiksi-Kontradiksi Dalam Injil
  • Lima Juta Tahun Sebelum Adam
  • Masalah Jin
  • Hari-Hari Terakhir Bumi Sebelum Turun Adam
  • Apakah Ini Merupakan Syurga Adam Dan Hawa?
  • Adam Dan Hawa Di Atas Potongan Benda Yang Terbang Dari Syurga
  • Tetaplah Pertanyaan-Pertanyaan Itu Sebagai Misteri
  • Misteri Di Danau Kematian Dan Api Yang Besar Dan Misteri Terbesar Bersama Setiap Batu Atau Peninggalan
  • Api Aneh Di Bumi Aneh Tidak Ada Kehidupan Di Bumi Kita Yang Datang Dari Planet Lain
Harga = RM16.00
Mukasurat = 257
Penulis = Muhammad Isa Dawud
Penerbit = Pustaka Syuhada


Popular Posts

Borang Pesanan / Soalan / Pendapat

Nama:
Nombor Telefon:
Alamat Surat Menyurat:
Alamat Email:
Pesanan:

Home

IKLAN!!!

IKLAN!!!
Sticker Keyboard Arab. RM 7.00 je satu...