Pages


Petikan Hadith Kelapan, Kitab "Empat Puluh Hadith Kelebihan Ilmu Dan Ulama'"

Kedai Buku Tinta Ilmu, Lot 2-8-8, Tingkat 1, Pusat Beli Belah Ole-Ole, Jalan Pinang A 18/A, Seksyen 18, 40200 SHAH ALAM, Selangor.

Friday, December 14, 2012

Himpunan Kisah Benar Tapi Pelik - Mendidik Ummah Di Taman Kisah

Buku "HIMPUNAN KISAH BENAR TAPI BENAR" ini disusun   berdasarkan kitab-kitab sejarah yang muktabar, yang merekodkan peristiwa-peristiwa luar biasa yang sangat memberikan rasa kekaguman dan keinsafan kepada diri yang membaca. Perkara-perkara 'benar tapi pelik' yang didatangkan oleh para nabi dengan izin Allah SWT menjadi al-bayyinat dan al-ayat, iaitu tanda-tanda kebenaran dakwah yang diperjuangkan oleh mereka serta menjadi bukti-bukti kebesaran Allah. Firman SWT dalam surah Ali 'Imran ayat 62 yang bermaksud :

Sesungguhnya ini ialah kisah-kisah yang benar; dan tiadalah Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah; dan (ingatlah) sesungguhnya Allah, Dialah jua yang Maha Bijaksana.

Perkataan "Qasas" yang membawa maksud kisah-kisah, banyak digunakan oleh Allah SWT dalam al-Quran sehinggakan teknik penceritaan dan pengisahan dijadikan panduan oleh para pendakwah yang ingin menyampaikan Islam mengikut pendekatan yang digunakan dalam al-Quran.

ANTARA KEISTIMEWAAN DAN KELEBIHAN BUKU INI:
  • Mengajak masyarakat menggunakan akal secara optimum dalam mengkaji dan merenung kebesaran Allah SWT.
  • Memasakkan keteguhan iman dan takwa kepada Allah SWT melalui kisah-kisah yang menakjubkan.
  • Memotivasikan orang ramai agar beriman dan beramal soleh supaya mendapat nusrah (pertolongan) dan karamah (kemuliaan) di sisi Allah SWT.
  • Menunjukkan tauladan, panduan dan pedoman berguna selaku hamba Allah SWT sehingga benar-benar menjadi insan yang berakhlak dan beriman.
  • Sebagai satu usaha menghidupkan kembali khazanah ilmu tulisan ulama silam yang semakin pupus ditelan zaman.
  • Sesuai dijadikan sebagai santapan rohani, renungan sebelum tidur atau sebagai koleksi peribadi mahupun cenderahati agar kita sama-sama dapat mengoreksi diri.
 - Penerbit

KANDUNGAN
  1. Dab Yang Beriman
  2. Dengan Nama Allah Tuhan Si Pemuda
  3. Jenazahnya Dilindungi Lebah Berbisa
  4. Syuraih: Hakim Yang Celik Hati
  5. Ya Allah, Aku Tidak Mahu Menjadi Pemimpin Al-Bashrah...
  6. Cukup Allah Menjadi Saksi
  7. Saiyidina Umar Menulis Kepada Sungai Nil
  8. Keadaan Mayat Setelah Dikuburkan
  9. Para Sahabat Memakan Bangkai Binatang
  10. Lumpuh Setiap Kali Berniat Jahat Kepada Sarah
  11. Syafaat Yang Paling Agung
  12. Doa Pengasih Yang Diajar Oleh Nabi
  13. Balasan Mempermainkan Sunnah
  14. Ain yang Memudaratkan
  15. Air Keluar Dari Jari Jemari Rasulullah SAW
  16. Pokok Kurma Menangis Ditinggalkan Nabi SAW
  17. Pokok Datang Kepada Nabi SAW
  18. Jin Melarikan Gadis
  19. Gurauan Rasulullah SAW
  20. Padah Mempelajari Sihir
  21. Pemimpin Memasak Untuk Rakyat
  22. Taubat Nasuha Seorang Ahli Maksiat
  23. Musa Berguru Dengan Khidir
  24. Pemimpin Pertama Digelar Amirul Mukminin
  25. Matahari Ditahan Daripada Terbenam
  26. Ditimpa Demam Sepanjang Hayat
  27. Tidak Menangis Walau Kematian Anak
  28. Bulan Terbelah
  29. Lelaki Yang Dimakbulkan Doanya
  30. Mulianya Hati Seorang Isteri Mujahid
  31. Mulia Walaupun Bekas Hamba
  32. Kecerdasan Anugerah Agung Kurniaan Ilahi
  33. Lelaki Yang Diberikan Cahaya Di Kepalanya
  34. Tanda Putih Di Telapak Tangan Uwais
  35. Tiada Kain Kafan Untukmu Sahabat
  36. Bertaubat Setelah 40 Tahun Bergelumang Dosa
  37. Sedikit Namun Mencukupi
  38. Dipenjarakan Kerana Seekor Tikus
Mungkin anda tidak pernah baca,
mungkin juga anda tidak pernah dengar
tapi... INI IALAH KISAH BENAR!

Harga = RM26.00
Mukasurat = 218
Penulis = Dr. Hj. Zahazan Mohamed
Penerbit = Telaga Biru Sdn. Bhd.
 

0 Comments:

Popular Posts

Borang Pesanan / Soalan / Pendapat

Nama:
Nombor Telefon:
Alamat Surat Menyurat:
Alamat Email:
Pesanan:

Home

IKLAN!!!

IKLAN!!!
Sticker Keyboard Arab. RM 7.00 je satu...