Pages


Petikan Hadith Kelapan, Kitab "Empat Puluh Hadith Kelebihan Ilmu Dan Ulama'"

Kedai Buku Tinta Ilmu, Lot 2-8-8, Tingkat 1, Pusat Beli Belah Ole-Ole, Jalan Pinang A 18/A, Seksyen 18, 40200 SHAH ALAM, Selangor.

Friday, December 4, 2009

Al-Jawahir Al-Sufiyyah - Huraian Kitab Karangan Al-Fakir Billah Tuan Guru Haji Husin Nasir Al-Banjari (Tuan Husin Kedah)

Buku ini dihasilkan oleh seorang ulama yang alim lagi arif dalam bidang pengajian Islam iaitu Dato' Sheikh Zakaria Bin Haji Ahmad Wan Besaar yang telah membuat huraian dan kupasan lebih lanjut bagi memudahkan kefahaman kepada ahli masyarakat masa kini berkaitan dengan sebuah kitab yang ditulis oleh al-fakir billah Tuan Guru Haji Husin Nasir Al-Banjari, yang lebih dikenali dengan panggilan Tuan Husin Kedah. Perbincangan buku ini ditumpukan kepada tajuk-tajuk asas dalam bidang ilmu tasawuf bagi memberi gambaran awal maksud ilmu tersebut. Pendedahan sebegini dapat membantu masyarakat awam dalam memahami secara baik dan tersusun persoalan berkatan ilmu tasawuf. Perbincangan ilmu tasawuf diberi penumpuan dalam beberapa tajuk asas dengan dilengkapi empat fasal. Antara tajuk-tajuk penting ialah dasar ilmu tasawuf, nas-nas asas ilmu tasawuf, mushahadah, sifat ahli tasawuf, faktor penghalang ahli tasawuf untuk beribadat kepada Allah SWT dan hal ehwal berkaitan dengan maqam, adab bersuluk dan cara bersuluk. Justeru, buku kecil ini sangat sesuai untuk ditatapi dan dibaca oleh sesiapa sahaja yang berminat dengan ilmu tasawuf.

- Penerbit

KANDUNGAN

DASAAR ILMU TASAWUF
1. Pengertian Ilmu Tasawuf
2. Tajuk Perbahasan
3. Faedah
4. Kelebihan
5. Kedudukan Ilmu Tasawuf Dengan Ilmu-Ilmu Lain
6. Asal Ilmu Tasawuf
7. Nama-Nama Lain Ilmu Tasawuf
8. Sumber Rujukan Ilmu Tasawuf
9. Hukum Mempelajari Ilmu Tasawuf
10. Persoalan Ilmu Tasawuf

ALASAN MENGAPA ILMU TASAWUF DINAMAKAN DENGAN NAMA-NAMA LAIN

SEJARAH RINGKAS ILMU TASAWUF

FASAL PERTAMA: NAS-NAS ASAS ILMU TASAWUF

FASAL KEDUA: PADA MENYATAKAN MUSHAHADAH AHLI TASAWUF MELALUI HATI TERHADAP KEWUJUDAN HAQQ ALLAH TA'ALA
- Maksud Mushahadah Dari Sudut Bahasa Dan Istilah

FASAL KETIGA: KEPENTINGAN ILMU TASAWUF

SIFAT AHLI TASAWUF
- Sifat-Sifat Keji (Sifat-Sifat Madhmumah)
1. Banyak Makan Dan Minum
2. Banyak Bercakap
3. Kasih Kepada Harta Benda
4. Kasih Kepada Pangkat Kebesaran
5. Kasih Menjadi Ketua
6. Kasih Kepada Pujian
7. Kasih Kepada Dunia
8. Marah
9. Dengki / Hasad Dengki
10. Sombong
11. Memperlihatkan Amalan Kepada Orang Lain
12. Merasakan Diri Lebih Baik
13. Memperdengarkan / Menceritakan Amalan Kepada Orang Lain

- Sifat-Sifat Terpuji (Sifat-Sifat Mahmudah)
1. Taubat
2. Takutkan Allah Ta'ala
3. Zuhud
4. Sabar
5. Syukur
6. Ikhlas
7. Tawakal
8. Mahabbah
9. Reda
10. Mengingati Mati
11. Berharap

FASAL KEEMPAT: FAKTOR PENGHALANG SALIKIN DALAM PERJALANAN MENUJU KEPADA ALLAH TA'ALA
- Perbezaan Antara 'Awa'iq, 'Awarid Dan Qawadih
- Bawa'ith Para Salik Dalam Melakukan Ketaatan Kepada Allah Ta'ala

KHATIMAH (KATA AKHIR) PERHATIAN
1. Maqam Taubat
2. Maqam Warak
3. Maqam Zuhud
4. Maqam Sabar
5. Maqam Faqr
6. Maqam Syukur
7. Maqam Khawf
8. Maqam Raja'
9. Maqam Tawakal
10. Maqam Reda

- Adab-Adab Bersuluk
- Cara-Cara Bersuluk

PERHATIAN

RUJUKAN

DOA AL-MARHUM TUAN HUSIN KEDAH

Harga = RM12.50
Mukasurat = 116
Oleh = Dato' Sheikh Zakaria Bin Haji Ahmad Wan Besar, Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah Darul Aman
Disunting Oleh = Prof. Madya Dr. Abdul Basir Bin Haji Mohamad, Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, UKM
Penerbit = Mahzum Book Services

Thursday, December 3, 2009

Jom Tanya Ustaz - Menjawab 200 Kemusykilan Adik-Adik

Perkara biasa bila ada ibu bapa yang berdepan kebuntuan menjawab kemusykilan agama atau masalah fardu ain yang ditanyakan oleh anak-anak. Selain daripada guru atau ustaz di sekolah, ibu dan bapa adalah pilihan utama anak-anak untuk menanyakan masalah yang mereka hadapi. Mereka mahu tahu dan mereka perlu tahu.

Selain bertanya, barangkali mereka boleh membaca. Tetapi memandangkan sukarnya mendapatkan bahan bacaan yang khusus menjawab masalah fardu di kalangan anak-anak, alternatif kedua itu (membaca) tidak dapat dipraktikkan.

Dengan izin Allah SWT, kini kami tampilkan kepada anda sebuah bahan bacaan yang membicarakan khusus mengenai kemusykilan agama di kalangan anak-anak. Buku Jom Tanya Ustaz ini pasti dapat membantu mengungkai kebuntuan - anak-anak yang bertanya dan ibu bapa yang ditanya.

Buku ini menghimpunkan 200 kemusykilan yang biasa dihadapi oleh anak-anak berkaitan masalah fikah, akhlak dan motivasi...

- Penerbit

KANDUNGAN

- Wuduk
- Solat
- Puasa
- Membaca Al-Quran
- Akhlak
- Aurat
- Umum

Harga = RM12.00 (Sem) RM14.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 117
Penulis = Dr. Nik Yusri Musa
Penerbit = Galeri Ilmu Sdn. Bhd.

* Jom! Tanya Ustaz 2

Sejarah Khalifah Rasulullah

Bagaimana pergolakan yang berlaku dalam masyarakat Islam menimbulkan kekeliruan dan fitnah dalam pemilihan pemimpin? Siapakah yang bertanggungjawab memilih pemimpin? Siapa pula yang digelar 'Khalifah Rasyidin'? Adakah pemilihan pemimpin mengikut citarasa masyarakat ataupun dinilai berdasarkan sistem Islam yang unggul?

Kepemimpinan dilihat sebagai perkara yang penting dalam Islam. Ia adalah salah satu aspek yang perlu dititikberatkan oleh masyarakaat Islam. Ini kerana pemimpin adalah orang yang bertanggungjawab membawa hala tuju Islam dan kemajuan serta perkembangannya. Jatuh bangun Islam terletak pada pemimpin. Sorotan sejarah Islam memperlihatkan ketokohan kepemimpinan sahabat-sahabat Rasulullah sebagai pengganti Baginda dalam mengembangkan ajaran Islam hingga ke hari ini.

Melalui buku ini, kita dapat mengenal pasti sorotan dan kronologi peristiwa-peristiwa penting yang terjadi selepas Rasulullah meninggal dunia. Selain itu, buku ini juga dapat membuka mata masyarakat bagi memahami kedudukan kepemimpinan dalam Islam dan sejarah tercetusnya isu kepemimpinan dalam Islam.

Prof. Dr. Amin Qudah adalah pensyarah di Universiti Yarmouk, Jordon. Pernah menjawat jawatan sebagai Timbalan Dekan Fakulti Syariah.

- Penerbit

KANDUNGAN

Khalifah Pertama: Abu Bakar Al-Siddiq
- Keislaman Abu Bakar
- Sifat-Sifat Abu Bakar
- Kedudukan Abu Bakar Dalam Masyarakat
- Keimanan Abu Bakar
- Pengorbanan Abu Bakar
- Petunjuk Rasulullah Tentang Keutamaan Abu Bakar
- Abu Bakar Pengganti Rasulullah
- Abu Bakar Menyampaikan Penjelasan Kepimpinan
- Pengkhususan Harta Bagi Pemimpin
- Sumbangan Abu Bakar
- Mengumpul Al-Quran
- Akhir Hayat Abu Bakar

Khalifah Kedua: Umar Bin Khattab
- Keislaman Umar
- Sifat-Sifat Umar
- Kedudukan Umar Di Sisi Kaumnya
- Keimanan Umar
- Ketegasan Umar Dalam Kebenaran
- Sikap Umar
- Umar Menerima Kepimpinan
- Khutbah Umar
- Sumbangan Umar
- Meneruskan Perluasan Pemerintahan Islam
- Asas Peraturan Pemerintahan
- Akhir Hayat Umar

Khalifah Ketiga: Usman Bin Affan
- Keislaman Usman
- Sifat-Sifat Usman
- Pengorbanan Usman
- Usman Menjadi Khalifah
- Kontroversi Dalam Pemilihan Khalifah
- Fitnah Ke Atas Usman
- Laporan Saif Bin Umar Berkenaan Fitnah Dan Pembunuhan Usman
- Sumbangan Usman
- Penaklukan Daerah-Daerah Islam
- Mengemas Kini Peraturan Pemerintahan

Khalifah Keempat: Ali Bin Abu Talib
- Keislaman Ali
- Keutamaan Ali
- Pengorbanan Ali
- Ali Menjadi Pemimpin
- Sikap Ali Terhadap Pembunuh Usman
- Fitnah Semasa Pemerintahan Ali
- Sumbangan Ali Pada Masyarakat
- Pemberontakan Ke Atas Ali
- Akhir Hayat Ali
- Tahun Penyatuan Dan Kesepakatan Orang Islam

Harga = RM18.00 (Sem) RM20.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 136
Pengarang = Prof. Dr. Amin Qudah
Penterjemah = Prof. Dr. Zulkifli Haji Mohd Yusoff
Penerbit = PTS Islamika Sdn Bhd

Ibadat Haji, Umrah Dan Ziarah Madinah

Nota ini disusun oleh Ustaz Hj. Muhd Najib Bin Hj. Abdul Kadir, Pensyarah Kanan di Jabatan Pengajian Al-Quran Dan Al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam, UKM. Beliau adalah seorang yang berpengetahuan dan berpengalaman dalam mengendalikan kursus haji bersiri di beberapa tempat di Tanah Air.

Dipercayai nota ini membantu jemaah haji memahami pelajaran bagi setiap tajuk yang disampaikan melalui kursus haji bersiri. Ia juga mudah dirujuk dan diadikan bahan untuk ulangkaji bagi meningkatkan kefahaman.

- Penerbit

KANDUNGAN


SIRI 1
- Penerangan Ringkas Ibadat Haji Dan Umrah

SIRI 2
- Sejarah Dan Pengenalan Tanah Suci

SIRI 3
- Pengenalan Kepada Ibadat Haji & Umrah

SIRI 4
- Ibadat Umrah

SIRI 5
- Ibadat Haji

SIRI 6
- Tawaf

SIRI 7
- Sa'ie & Bercukur / Bergunting

SIRI 8
- Wajib-Wajib Haji

SIRI 9
- Mabit Di Muzdalifah, Melontar Jamrah & Mabit Di Mina

SIRI 10
- Dam

SIRI 11
- Cara-Cara Mengerjakan Haji

SIRI 12
- Taharah Dan Solat

SIRI 13
- Permasalahan Wanita

SIRI 14
- Ziarah Madinah

SIRI 15
- Ceramah Kesihatan

SIRI 16
- Pengurusan Haji

SIRI 17
- Latihan Amali

Harga = RM20.00
Mukasurat = 272
Penyusun = Hj. Muhd Najib Hj. Abdul Kadir
Penerbit = Pena Gemilang Sdn Bhd

Wednesday, December 2, 2009

Solat Malam Menggamit Kedamaian

Buku ini membicarakan keutamaan-keutamaan berkaitan dengan Solat Malam, serta peranannya dalam menghidupkan hati, menguatakan jiwa, melapangkan dada, memberi ketenangan bagi roh serta melawan hawa nafsu dan membentengi dari musuh zahir dan batin, yang diambil dari contoh teladan serta praktikal daripada peribadi Rasulallah S.A.W. serta para sahabat dan para tabi'in.

Sebahagian orang soleh berkata: "Orang yang paling menyedihkan di dunia ini ialah mereka yang meninggalkan dunia tanpa sempat merasakan kebaikan yang ada di dalamnya." Lalu ada yang bertanya: "Apakah gerangan yang terbaik di dunia ini?" Kemudian dijawab: "Mengenal dan cinta kepada Allah, sentiasa mengingat-Nya dan mengagung-Nya melalui Solat Malam."

Salah seorang ulama taabi'in bercerita: "Saya telah bermimpi bertemu dengan seorang wanita yang cantik jelita. Saya betanya kepadanya: 'Siapakah kamu?' Dia menjawab: 'Saya Bidadari Syurga.' Kemudian saya bertanya lagi kepadanya: 'Apakah kamu mahu berkahwin dengan saya?' Dia menjawab: 'Lamarlah aku dulu tuan.' Saya bertanya lagi: 'Apakah maskahwinmu?' Dia menjawab: 'Solat pada sepanjang malam.'"

Cucu Rasulullah S.A.W. iaitu Hasan Bin Ali berkata: "Jika anda tidak mampu melakukan solat pada waktu malam (Solat Malam) dan puasa (sunat) pada siang harinya, maka (menandakan) anda telah 'terhalang' dari rahmat Allah dan menandakan bahawa dosa anda akan melimpah-limpah."

- Penerbit

KANDUNGAN

1. Solat Sebagai Sumber Kekuatan Jiwa, Akal Dan Fizikal
2. Sesungguhnya Kita Akan Hidup Dalam Syurga Walaupun Sesaat
3. Dua Belas Rakaat Solat Sunat Lebih Baik Daripada Dunia Dan Seisinya
4. Solat Sunat Yang Sering Dilakukan Oleh Nabi S.A.W.
5. Boleh Menggandakan Dan Memperbanyakkan Niat Dalam Satu Solat Sunat
6. Allah Cinta Kepada Orang Yang Solat Ganjil
7. Balasan Pahala Ibadah Berdasarkan Kemampuan Dan Keikhlasan
8. Allah Menantimu Ketika Malam Sunyi Sepi Untuk Memberi Apa Yang Anda Pinta
9. Tanda Anda Akrab Dengan Maha Pencinta, Mohonlah Keizinan Dan Petunjuk-Nya
10. Tidakkah Anda Ingin Menjadi Jutawan Akhirat?
11. Betapa Indah Dan Bahagianya Bersama Yang Maha Menyayangi Anda
12. Buktikan Cinta Yang Menyintai Anda Dengan Merindui-Nya
13. Hakikat Cinta Dan Rindu Bagi Orang Yang Bercinta
14. Buktikan Cinta Dan Rindu Anda Dan Janganlah Disia-siakan
15. Ketika Malam Sunyi Sepilah Saat Paling Intim Untuk Bercinta
16. Roh Anda Dahagakan Kasih Sayang Dan Kerinduan Allah
17. Inilah Jalan Menuju Kemuliaan, Sentiasa Bersama Allah Pada Waktu Malam Hari
18. Sesungguhnya Solat Malam Mendatangkan Berkat
19. Wahai Hati, Hadaplah Tuhanmu Dan Tepatilah Tujuannya
20. Malam Menjadi Saksi Kecintaan Hati Anda Tulus Kepada Allah
21. Bandingkan Diri Anda Dengan Orang Yang Bangun Solat Malam
22. Kekasih Allah, Sedikit Tidurr, Lambungnya Jauh Dari Tilam Empuk
23. Hati Orang Merindui Sentiasa Menggetar Kerinduan Pada Malam Hari
24. Solat Malam Sunnah Nabi S.A.W. Dan Syiar Mukmin Bertakwa
25. Nabi S.A.W. Amat Ambil Berat Dengan Keluarganya Dalam Urusan Solat Malam
26. Orang Yang Asyik Meluahkan Cintanya Akan Melupakan Alam Sekelilingnya
27. Hati Orang Sedang Bercinta Dan Merindu Kekasihnya Amat Peka Dan Perasa Sekali
28. Kehidupan Lebih Damai Dan Berkat Bersama Kekasih Allah
29. Sudahkah Anda Sediakan Mas Kahwin Untuk Kahwini Bidadari Syurga?
30. Alangkah Lazatnya Ketika Bersama-sama Kekasih Dan Sedih Berpisah Dengan-Nya
31. Wajah Anda Bersinar Bila Dipancar Sinar Kasih Sayang Sejati
32. Orang Yang Sedang Bercinta Perasaannya Amat Halus
33. Munajat Dan Doa Orang Yang Asyik Merindui Kekasihnya
34. Indahnya Munajat Dan Doa Nabi S.A.W. Ketika Merindui Allah
35. Beberapa Pendorong Pencetus Cinta Dan Hubungan Intim Dengan Kekasih Anda
36. Waktu Dan Cara Menyatakan Cinta Dan Rindu Kepada Yang Dicintai

Harga = RM15.00
Mukasurat = 217
Penulis = Syeikh Amru Khalid & Syeikh Sulaiman Bin Nasih Al-Ulwan
Penterjemah = Syeik Abu Muhammad Tolha Al-Khairi
Penerbit = Penerbit Al-Bayan

Anak Kunci Syurga

Ini adalah sebuah kitab kecil yang membahaskan secara ringkas mengenai 'Aqa'id Al-Iman dan hukum-hukum yang bersangkut-paut dengan Feqah seperti bersuci, sembahyang, sujud sahwi, sujud tilawah dan sujud syukur, puasa, iktikaf dan zakat fitrah. Kitab ini turut membahaskan berkaitan dengan sifat-sifat yang dicela dan dipuji pada akhir pembahasannya.

- Penerbit

KANDUNGAN

- 'Aqa'id Al-Iman
- Hukum-Hukum Yang Bersangkut-Paut Dengan Sembahyang
- Bab Haid
- Sembahyang
- Sujud Sahwi, Tilawah Dan Syukur
- Sembahyang Sunat
- Sembahyang Jama'ah
- Sembahyang Juma'at
- Sembahyang Dua Hari Raya
- Sembahyang Mayat
- Puasa
- Iktikaf
- Zakat Fitrah
- Penutup: Meminta Kami Akan Allah Ta'ala Akan Kebaikannya

Harga = RM11.00
Mukasurat = 193
Penulis = Asy-Syeikh 'Abdul Qadir Bin 'Abdul Muthalib Al-Indunisi Al-Mandili
Pengalihan Tulis Jawi Ke Rumi = Noraiine Abu
Penerbit = Al-Hidayah Publications

Bahagi Biar Adil - Mempelajari Konsep Ilmu Faraid Dan Kaedah Dalam Pembahagian Pusaka

Ilmu Faraid merupakan kunci untuk kita mengurus, membahagi dan merancang harta pusaka.

Sesungguhnya terlalu ramai umat Islam hari ini mengabaikan Ilmu Faraid. Ramai yang menganggap ianya remeh. Yang kemudian bila berlaku kematian, akhirnya membahagi harta mengikut:
- Suka hati,
- Siapa besar dia dapat banyak
- Siapa cepat dia dapat
- Siapa yang paling akhir duduk ngan arwah ayah berhak dapat
- Dan seumpamanya

Sedangkan Islam adalah agama yang sempurna, kerana Islam telah mengajar kita:
- Cara untuk mencari serta mengumpul harta semasa hidup di dunia
- Cara bagaimana untuk menggunakan harta yang ada untuk keperluan hidup di dunia (nafkah keluarga, zakat, sedekah dan lain-lain)
- Dan cara untuk mempusakakan harta kepada waris-waris selepas kita meninggal dunia iaitu melalui ilmu pewarisan (Ilmu Faraid)

- Penerbit

KANDUNGAN

BAB PERTAMA: TAHU FARAID TAHU BANYAK ILMU
- Ilmu Faraid Sebahagian Dari Ilmu Yang Banyak
- Ilmu Syarak
- Ilmu Nasab
- Ilmu Hisab
- Persoalan Zakat, Wakaf, Sedekah, Wasiat, Harta Sepencarian, Hibah, Hadiah Dan Seumpamanya

BAB KEDUA: FARAID ILMU YANG DILUPAKAN
- Ilmu Faraid Adalah Ilmu Yang Dilupakan
- Ilmu Faraid Adalah Ilmu Yang Mula-Mula Dicabut Dari Umatku

BAB KETIGA: AKIBAT MENGABAIKAN ILMU FARAID
- Berlaku 1001 Fitnah Harta
- Fitnah Harta (Bukti Fakta) - Longgokan Kes Pusaka Yang Belum Selesai / Tuntut Selepas 100 Tahun / Perebutan Pusaka / Penama KWSP / Tanah Di Kg. Baru Kuala Lumpur
- Fitnah Harta (Bukti Pengalaman) - Pusaka Datuk / Ditipu Anak Saudara / Dimarahi Anak Tiri / Abang Sulong Keras Kepala / Tak Berhak Tuntut Pusaka
- Harta Yang Tidak Bersih, Menyumbang Kepada Kehancuran Masyarakat

BAB KEEMPAT: APA ITU ILMU FARAID
- Pengertian Faraid
- Sumber Hukum Faraid (Al-Quran / Hadis / Ijmak & Ijtihad)
- Hukum Memperlajari Ilmu Faraid
- Cara Mempusakakan Harta Sebelum Islam
- Sebab Turunnya Ayat Faraid
- Syarat Mendapat Pusaka
- Sebab Menerima Pusaka
- Rukun Pewarisan
- Waris-Waris Yang Berhak (Lelaki & Perempuan)
- Waris Paling Kuat
- Menerima Pusaka Secara Fardhu
- Bahagian Ahli Fardhu
- Menerima Pusaka Secara Asobah
- Waris Lelaki Yang Mendapat Pusaka Secara Asobah
- Jeni-Jenis Asobah
- Contoh Pengiraan Ringkas

Harga = RM18.00 (Sem) RM21.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 105
Penulis = Md Ghazali Ibrahim
Penerbit = Must Read Sdn Bhd

Supaya Gelisah Bernilai Ibadah - Sebuah Pesan Bagi Mereka Yang Dilanda Kegundahan Dan Rasa Gelisah

Sedih dan berbenih boleh membuat fikiran kacau dan jiwa celaru. Maka perlu ada cara yang cepat untuk menakluki kesedihan itu. Jangan sampai ia berlarutan dan kelamaan dalam kubangan lumpur kesedihan. Atau malah akan terhanyut dibawa arus kesedihan itu.

Ini saatnya bangkit dari peluh yang membuatnya runtuh. Berdiri di atas kaki sendiri, tegap menghadapi masalah yang membelit hati. Mengucap bismillah sebagai awal dari usaha untuk menghindar rasa sedih yang perih.

Buku ini sebagai inisiatif untuk membantu anda mengatasi kesedihan. Ada beberapa point penting yang patut anda baca:
- Bagaimana mengubah kesedihan menjadi ibadah?
- Bagaimana menghadapi kritikan pedas orang lain?
- Dan kaedah Islam untuk mengubati gelisah.

- Penerbit

KANDUNGAN

- Apa Itu Kesedihan Dan Bagaimana Ia Boleh Mempengaruhi Anda
- Sedih Adalah Sesuatu Yang Sederhana Dan Bersifat Sementara
- Ketidakmampuan Dalam Menguasai Suasana
- Sebahagian Kesedihan Dapat Menghidupkan Anda Dan Sebahagian Lain Dapat Mematikan Anda
- Sedih
- Bagaimana Merubah Kesedihan Menjadi Ibadah
- Wahai Orang-Orang Yang Bersabar... Wahai Orang-Orang Yang Bersabar
- Jangan Bersedih: Sebuah Inspirasi Daripada Syeikh Aidh Al-Qarny
- Fikirkanlah Dan Bersyukurlah
- Segala Sesuatu Yang Telah Berlalu Tidak Akan Kembali
- Harimu! Harimu!
- Biarkanlah Masa Depan Hingga Ia Datang Sendiri
- Bagaimana Menghadapi Kritikan Pedas
- Jangan Menunggu Ucapan Terima Kasih Daripada Orang Lain
- Betapa Besarnya Pahala Yang Ia Dapatkan
- Berbuat Baiklah Pada Orang Lain Hati Anda Akan Menjadi Lapang
- Qada Dan Qadar
- Berbuatlah Dari Lemon Minuman Yang Enak
- "Atau Siapakah Yang Memperkenankan (Doa) Orang Yang Dalam Kesulitan Apabila Dia Berdoa Pada-Nya"
- Ganti Daripada Allah S.W.T
- Iman Adalah Kehidupan
- Ambillah Madunya Dan Jangan Rosakkan Sarangnya
- Hanya Dengan Mengingat Allah Hati Menjadi Tenteram
- "Atau Mereka Dengki Kepada Manusia Lantaran Kurnia Yang Allah Telah Berikan"
- Terimalah Hidup Apa Adanya
- Menghibur Orang Yang Ditimpa Musibah
- Solat!! Solat!!
- "Cukuplah Allah Menjadi Penolong Kami Dan Allah Adalah Sebaik-Baik Pelindung"
- Katakanlah: "Berjalanlah Di Muka Bumi"
- "Maka Kesabaran Yang Baik Itulah (Kesabaranku)"
- Renungan
- Nasihat Terakhir Untuk Anda
- Kesedihan Membunuh Anda Secara Perlahan-lahan
- Cara Islam Dalam Mengubati Tekanan

Harga = RM15.00 (Sem) RM18.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 177
Penulis = Dr. Ibrahim Fiqhy
Penerbit = Kemilau Publika Sdn Bhd

Pembangunan Di Malaysia: Ke Arah Satu Kefahaman Baru Yang Lebih Sempurna

Pembangunan Di Malaysia karya Prof. Wan Mohd Nor Wan Daud ini menghidangkan perbincangan menarik tentang realiti dan fahaman sebenar pembangunan insan dan negara. Dengan mengemukakan hujah-hujah yang asli dan mendalam tentang pelbagai persoalan dasar berkaitan makna pembangunan sebenar di Malaysia, beliau mengutarakan pelbagai isu penting dan menarik. Ini merangkumi antaranya istilah sebenar yang lebih tepat bagi mentafsir faham dan makna pembangunan dari perspektif Islam; kelemahan Petunjuk Pembangunan Insan anjuran Bangsa-Bangsa Bersatu; dasar agama dan akhlak dalam Rancangan Pembangunan Malaysia; makna kebahagiaan dan penyempurnaan diri insan; isu jenayah kolar putih; hujah sejarah dan akhlak mengenai hak-hak Bumiputera khasnya orang Melayu isu perpaduan dan kestabilan negara; dan faham model pembangunan sebenar menurut perspektif Islam. Dengan pendekatan perbandingan antara agama dan tamadun utama di Malaysia, serta persembahan yang kritis dan adil, penulis mengupas isu-isu berkaitan pembangunan insan dan negara secara menyeluruh dan terarah. Ia sesuai dijadikan panduan setiap anggota masyarakat sama ada yang terlibat secara langsung dengan penggubalan dan pelaksanaan rancangan pembangunan di Malaysia mahupun pembaca umum yang inginkan kefahaman yang menyeluruh tentang hakikat pembangunan insan dan negara dalam Islam.

- Penerbit

KANDUNGAN

- Prakata
- Persoalan Asasi
- Pengislahan Sebagai Pembangunan Sebenar
- Indeks Pembangunan Insan (IPI)
- Kesedaran Kebendaan Dan Pengislahan Sifar
- Pengislahan Dan Kebahagiaan
- Dasar Pembangunan Negara
- Pembangunan Ekonomi, Kemiskinan Dan Penyempurnaan Atau Pengihsanan Diri
- Ilmi Dan Pendidikan
- Kepentingan Pendidikan Tinggi
- Keadilan Dan Zuhurnya
- Keadilan Dan Kestabilan Negara
- Hak-Hak Istimewa Bumiputera
- Keadilan Dalam Pendidikan
- Sukan Dan Hiburan
- Perpaduan Dan Keutuhan Negara
- Dasar Kebudayaan Kebangsaan

Harga = RM20.00
Mukasurat = 175
Penulis = Wan Mohd Nor Wan Daud
Penerbit = Jabatan Akidah Dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya

Tuesday, December 1, 2009

Rahsia Bisnes Rasulullah

12 Rahsia Kejayaan Rasulullah Memimpin Dan Membangun Empayar Bisnes Yang Sentiasa Untung Sepanjang Perniagaan Yang Dijalankan

Nabi Muhammad S.A.W. adalah prototaip anak muda yang tidak diam dan mengalah. Baginda adalah anak muda yang berfikir dan bertindak membuktikan kepada dunia; bahawa orang lahir dalam keadaan miskin dan yatim piatu, juga berhak dan boleh berhasil dan kaya; bahawa orang yang lahir dengan tidak mempunyai modal materi seperti Baginda juga boleh menjadi orang terkaya; bahawa Baginda tidak mampu membaca dan menulis (ummy) bukanlah menjadi penghalang untuk menjadi berjaya-kaya dan sejahtera. Anda ingin kaya-berjaya dalam berniaga seperti Nabi Muhammad S.A.W.? Terutama dalam hal menghilangkan rasa rendah diri, diam diam dan malas? Buku ini jawabannya. Dahsyat dan luar biasa.

- Penerbit

KANDUNGAN

Bahagian Pertama: Rahsia Bisnes Rasulullah
- Rahsia Bisnes Pertama: Menjadikan Bekerja Sebagai Ladang Menjemput Syurga
- Rahsia Bisnes Kedua: Dalam Dunia Bisnes Kejujuran Dan Kepercayaan Tak Boleh Ditawar Sama Sekali
- Rahsia Bisnes Ketiga: Bukan Hanya Boleh Mimpi, Tapi Harus Mampu Mewujudkan Mimpi Itu
- Rahsia Bisnes Keempat: Berfikir Visioner, Kreatif, Dan Siap Menghadapi Perubahan
- Rahsia Bisnes Kelima: Rasulullah Memiliki Planning Dan Goal Setting Yang Jelas
- Rahsia Bisnes Keenam: Pintar Mempromosikan Diri
- Rahsia Bisnes Ketujuh: Membayar Gaji Pekerja Sebelum Kering Keringatnya
- Rahsia Bisnes Kelapan: Mengetahui Rumus 'Bekerja Dengan Cerdas'
- Rahsia Bisnes Kesembilan: Mengutamakan Sinergisme
- Rahsia Bisnes Kesepuluh: Berbisnes Dengan Cinta
- Rahsia Bisnes Kesebelas: Pandai Bersyukur Dan Mengucapkan Terima Kasih
- Rahsia Bisnes Keduabelas: Be The Best! Menjadi Manusia Paling Bermanfaat
- Penutup Sekaligus Pengantar Buku Ketiga: Sekali Lagi Tentang Trusty Atau Amanah

Bahagian Kedua: Kapsul-Kapsul 'Motivasi Bisnes' Dari Rasulullah

Harga = RM24.00 (Sem) RM27.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 179
Penulis = Prof. Dr Laode M Kamaluddin, Pakar Ekonomi Antarabangsa Dan CEO Syarikat Global Eco Rescue Ltd
Pengantar = Anif Sirsaeba, MBQ, Pengerusi Majlis Ta'lim Wisata Ruhani, Pondok Basmala
Penerbit = Alam Raya Enterprise

Penyakit Rohani Dan Rawatannya Dalam Islam

Umat Islam masa kini banyak mengalami gejala penyakit rohani sehingga boleh menimbulkan keresahan dan kegelisahan. Kesannya kesihatan fizikal atau jasmani maanusia mengalami seksaan dan penderitaan jiwa. Penyakit rohani yang boleh membawa kepada keresahan kehidupan manusia telah timbul sejak adanya manusia di dunia ini sebagainya yang dijelaskan oleh Allah S.W.T. di dalam Al-Quran dengan firman-Nya yang bermaksud:

"Sesungguhnya manusia dijadikan bersifat keluh kesah, apabila ia ditimpa keburukan, ia keluh kesah dan apabila ia mendapat kebaikan (harta), ia enggan (bersedekah) kecuali orang yang bersolat." - Surah Al-Ma'rij: 17-22

Dalam Islam, penawar atau rawatan yang paling mujarab untuk mengubat penyakit rohani adalah dengan meningkatkan taqwa kepada Allah, mendekatkan diri kepada-Nya, banyak mengerjakan amal salih, mentaati segala perintah Allah dan menjauhi segala larangan-Nya serta mencontohi atau mengamalkan Sunnah Rasulullah S.A.W.

Semoga buku ini dapat memberi sedikit sebanyak iltizam dan komitmen bagi umat Islam meningkatkan kesedaran, kefahaman dan memperbaiki diri ke arah menjadi Muslim yang benar-benar beriman, berakhlak mulia dan bertaqwa kepada Allah S.W.T. serta mendapat perlindungan, kerahmatan dan keberkatan hidup di dunia dan akhirat. Amin.

- Penulis

KANDUNGAN

BAB I: PENYAKIT ROHANI DAN PENGARUHNYA
1. Penyebab Keresahan Hidup
2. Agama Penangkal Penyakit Rohani

BAB II: JENIS-JENIS PENYAKIT ROHANI
1. Hasad Dengki
2. Sombong
3. Riyak
4. Fitnah (Namimah)
5. Mengumpat
6. Zalim (Kejam)
7. Dusta
8. Marah
9. Mancaci Maki
10. Bakhil (Kikir)
11. Mungkir Janji
12. Cintakan Dunia
13. Munafik (Nifak)

BAB III: RAWATAN PENYAKIT ROHANI SECARA KESELRUHAN
1. Mengingati Allah
2. Mengerjakan Solat
3. Taubat
4. Takut Kepada Allah
5. Mujahadah
6. Muhasabah
7. Muraqabah
8. Takwa
9. Sabar
10. Qana'ah
11. Warak
12. Zuhud
13. Tawaduk
14. Istiqamah
15. Menjauhi Makanan Dan Minuman Haram

BAB IV: DOA-DOA PENTING UNTUK MEMBERSIHKAN ROHANI
1. Doa Pengampunan Dosa
2. Doa Menguatkan Iman
3. Doa Memperoleh Petunjuk Allah
4. Doa Agar Sentiasa Bersyukur Kepada Allah
5. Doa Memohon Perlindungan Akhlak Buruk
6. Doa Untuk Membersihkan Hati Dan Jiwa
7. Doa Untuk Menghilangkan Keresahan
8. Doa Agar Dijauhkan Sifat Nifak, Kufur Dan Fasiq
9. Doa Agar Dijauhkan Daripada Maksiat
10. Doa Mencapai Kebahagiaan Dunia Dan Akhirat

Harga = RM13.00
Mukasurat = 199
Penulis = Drs. Hanafi Mohamed
Penerbit = Pustaka Haji Abdul Majid

Popular Posts

Borang Pesanan / Soalan / Pendapat

Nama:
Nombor Telefon:
Alamat Surat Menyurat:
Alamat Email:
Pesanan:

Home

IKLAN!!!

IKLAN!!!
Sticker Keyboard Arab. RM 7.00 je satu...