Seseorang pemimpin itu perlu lebih arif mengenai mafhum Islam yang menjadi jalan dan matlamat dengan penuh keimanan sehingga dia tidak berpaling kepada segala bentuk gangguan yang menghalang. Dia akan istiqamah dalam menegakkan cita-cita Islam bermula dengan mentauhidkan Allah, membawa manusia supaya mengakuinya sehingga tegaknya kalimah Allah dan bersihnya bumi ini daripada segala macam kufur dan syirik dengan terlaksana segala nizam yang ada dalam ajaran Islam.
Asy-Syahid Sayyid Qutb sebelum digantung sampai mati sebagai syahid sempat menulis surat kepada adik perempuannya dan berkata kepadanya; "Wahai adikku, barangkali sekarang ini engkau sedang melihat dengan gerun tali gantung yang akan menjerat leherku. Kita akan merasakan perjuangan kita ini sempit apabila kita memikirkan bahawa kita yang memulakan perjuangan dan kita yang akan mengakhiri perjuangan ini tetapi apabila kita memikirkan bahawa bukan kita yang memulakan perjuangan ini dan bukan kita yang menamatkannya, maka ketika itu terasalah bagaimana luasnya perjuangan kita, bagaimana luasnya keluarga kita kerana keluarga kita bukan keluarga yang diikat oleh keturunan darah tetapi keturunan kita diikat oleh kesatuan akidah La Ilaha Illallah Muhammad Rasulullah."
Yakinlah, bahawa kita adalah penyambung perjuangan kebenaran yang dimulakan oleh para rasul dan para anbiya hanya akan berakhir apabila berkhirnya dunia ini. Oleh itu yakinlah kita bahawa tidak ada kekuasaan manusia di bumi ini yang boleh menghalang perjuangan Islam ini. Takbir!!!
- Penerbit
KANDUNGAN
- Akidah Dan Kepimpinan
- Akidah Dan Pengaruhnya Dalam Kehidupan Muslim
- Keruntuhan Umat Islam Kerana Kejahilan Dan Pengaruh Barat
- Beberapa Tuntutan Ke Atas Pendokong Harakah Islamiyyah
- Peranan Ulama Sebagai Pemimpin Umat
- Abad Kebangkitan Islam
- Perjuangan Dan Ujian
- Kezaliman Nasionalisme
- Muslimat Dan Perjuangan
Mukasurat = 140
Penulis = Al-Fadhil Ustaz Fadzil Noor & Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang
Penerbit = Jundi Resources
1 Comment:
Nak beli macamana?
Post a Comment