Pages


Petikan Hadith Kelapan, Kitab "Empat Puluh Hadith Kelebihan Ilmu Dan Ulama'"

Kedai Buku Tinta Ilmu, Lot 2-8-8, Tingkat 1, Pusat Beli Belah Ole-Ole, Jalan Pinang A 18/A, Seksyen 18, 40200 SHAH ALAM, Selangor.

Sunday, October 21, 2012

25 Pahlawan Islam

Sejak Islam diutus melalui Nabi Muhammad SAW, bukan sedikit lahirnya pejuang dan pahlawan-pahlawan Islam yang sanggup mengorbankan diri mereka demi mempertahankan kesucian agama Islam. Mereka meletakkan kepentingan agama melebihi daripada segala kepentingan diri, demi menegakkan agama Allah SWT di muka bumi ini. Pada zaman Nabi Muhammad SAW, baginda telah berjaya mendidik para sahabat yang menjadi generasi Al-Quran, yang sanggup berkorban nyawa demi melindungi Rasulullah SAW, agama Islam dan orang-orang Islam ketika itu. Maka lahirlah para pejuang terulung seperti Saiyidina Hamzah, Mus'ab bin Umair, Abu Ubaidah Al-Jarrah, Khalid Al-Walid, Saad bin Abi Waqqas, Jaafar bin Abi talib dan ramai lagi.

Perlulah diingat bahawa kisah-kisah kepahlawanan ini tidak seharusnya dijadikan sebagai satu catatan sejarah yang kemudian hilang atau dilupai dengan peredaran masa. Kisah-kisah pahlawan terkemuka dalam sejarah dunia Islam ini sewajarnya kita hidupkan terus dalam diri kita terutamanya dalam perjuangan kita menjalani hidup sebagai seorang Muslim sejati, mengamalkan Islam sebagai satu ad-din dan nizamul hayat. Elakkan diri daripada mencontohi mereka yang di luar lingkungan dunia  Islam kerana pahlawan-pahlawan Islam ini telah berjaya mencorakkan dunia Islam dengan darah mereka yang harum mewangi, bak burung-burung yang bebas berterbangan di syurga.

Semoga pemaparan suka duka perjuangan para pahlawan Islam yang dipaparkan dalam buku ini dapat dijadikan pedoman. Seterusnya sama-samalah kita menghayati dan cuba menjadikan mereka sebagai ikon generasi muda umat Islam kini dalam mempertahankan kesucian agama Islam, Insya-Allah.

- Penerbit


KANDUNGAN
  1. Saiyidina Hamzah Bin Abdul Mutalib
  2. Mus'ab Bin Umair
  3. Jaafar Bin Abi Talib
  4. Zaid Bin Harithah
  5. Qaqa' Bin Amru
  6. Nukman Bin Al-Muqarrin
  7. Saad Bin Abi Waqqas
  8. Abu Ubaidah Al-Jarrah
  9.  Khalid Bin Al-Walid
  10. Amru Bin Al-Aas
  11. Musa Bin Nusair
  12. Tariq Bin Ziyad
  13. Abdul Rahman Bin Al-Ghafiqi
  14. Yusuf Ibnu Tashfin
  15. Salahuddin Al-Ayyubi
  16. Sultan Bayazid
  17. Timurlane
  18. Sultan Muhammad Al-Fateh
  19. Khairuddin Barbarossa
  20. Syeikh Yusuf Makassar
  21. Sulltan Hasanuddin Makassar
  22. Raja Haji Pulau Penyengat
  23. Ahmad Shah Abdali
  24. Omar Mukhtar
  25. Syeikh Ahmad Yassin
Harga = RM20.00 (Sem) RM23.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 205
Penulis = Shafie Abdul Rahman
Penerbit = Must Read Sdn Bhd
 

0 Comments:

Popular Posts

Borang Pesanan / Soalan / Pendapat

Nama:
Nombor Telefon:
Alamat Surat Menyurat:
Alamat Email:
Pesanan:

Home

IKLAN!!!

IKLAN!!!
Sticker Keyboard Arab. RM 7.00 je satu...