Pages


Petikan Hadith Kelapan, Kitab "Empat Puluh Hadith Kelebihan Ilmu Dan Ulama'"

Kedai Buku Tinta Ilmu, Lot 2-8-8, Tingkat 1, Pusat Beli Belah Ole-Ole, Jalan Pinang A 18/A, Seksyen 18, 40200 SHAH ALAM, Selangor.

Saturday, January 21, 2012

Petunjuk Nabawi Bagi Hati

Buku Petunjuk Nabi (SAW) merupakan koleksi Hadith yang sangat diperlukan oleh Muslim hari ini dalam pertarungan keperibadian dan akhlak. Pertarungan pemikiran antara Islam dan agama serta pemikiran lain telah sampai ke penghujung dimana kesudahan pertarungan ini berpihak kepada Islam. Hasilnya, manusia dari segala agama dan pemikiran berbondong-bondong  telah menganut agama Allah. Dengan itu, pertarungan pertama kini ialah merubah agama ini dari alam pemikiran ke alam keperibadian dan akhlak, dari alam kemunduran ke alam pembangunan insan, dari era ketewasan ke era kemenangan, dari pengabdian sesama manusia dan dari material kepada pengabdian hanya kepada Allah Tuhan Sekalian Alam. Oleh itu, Hadith-Hadith yang dikumpulkan oleh Prof. Dr. Sharaf Qudha dalam buku ini merupakan sekumpulan hadith yang boleh mengetuk dan merawat hati mereka. Hadith-Hadith yang dipilih dari Sahih Al-Bukhari ini akan dapat merawat semua sebab penyelewengan yang terdapat pada manusia dalam kepelbagaian tahapnya dan memfokuskan secara khusus kepada hati. Dimana hati disebut sebagai seketul daging bagi satu jasad, jika elok daging tersebut maka sihatlah jasadnya dan begitulah sebalikya. Hadith-Hadith yang disebut dalam buku ini boleh melembutkan hati pembaca dan menghilangkan segala karat daki yang menjadi penghalang seseorang hamba dari Tuhannya. Seperti yang sedia dimaklumi, hati adalah mahkota kehidupan. Sesuatu yang sedia bertahta di hati amat sukar dikeluarkan. Bacalah buku ini dan anda akan rasai kelainannya.

- Penerbit

KANDUNGAN
  • Hadith 1: Ujian Dengan Nikmat
  • Hadith 2: Ujian Dengan Musibah
  • Hadith 3: Perbandingan Dunia Dan Akhirat
  • Hadith 4: Jadilah Kamu Di Dunia Ini Sebagai Anak Dagang
  • Hadith 5: Panjang Angan-Angan
  • Hadith 6: Sesiapa Yang Mengucap La Ilaha Illallah
  • Hadith 7: Bahaya Dunia
  • Hadith 8: Celaka Hamba Dinar
  • Hadith 9: Al-Mukthirun Merekalah Al-Muqillun Pada Hari Kiamat
  • Hadith 10: Amalan Seseorang Tidak Dapat Menajamin Syurga
  • Hadith 11: Harap Beriringan Dengan Perasaan Takut
  • Hadith 12: Larangan Dari Banyak Berkata Perkara Yang Tidak Berfaedah
  • Hadith 13: Sesiapa Yang Ingin Melakukan Kebaikan Dan Kejahatan
  • Hadith 14: Setiap Amalan Adalah Kesudahannya
  • Hadith 15: Uzlah
  • Hadith 16: Diangkatnya Amanah
  • Hadith 17: Wali-Wali Allah
  • Hadith 18: Perbandingan Ahli Syurga Dan Neraka
  • Hadith 19: Qisas Pada Hari Akhirat
  • Hadith 20: Orang-Orang Yang Masuk Syurga Tanpa Perhitungan Amalnya
  • Hadith 21: Syafaat Di Akhirat
Harga = RM30.00
Mukasurat = 270
Penulis = Dr. Sharaf Al-Qudha
Penterjemah = Prof. Madya Dr. Fauzi Deraman, Prof. Dato' Dr. Zulkifli Mohd Yusof & Prof. Madya Dr. Abdul Rashid Ahmad
Penerbit = Warisan Nabawi Enterprise & Centre of Quranic Research (CQR), Universiti Malaya, Malaysia

9 Comments:

Anonymous said...

camne nak beli buku ni...ade dijual dimana..?

Anonymous said...

assalamualaikum..mcm mana nak cari buku ni,dimana ade di jual?

Anonymous said...

assalamualaikum....dimana ada jual buku ni ye?

Anonymous said...

buku petunjuk nabawi bagi hati ni

BookKeeper said...

waalaikumussalam wbt.. buku ni boleh didapati di kedai buku tinta ilmu, kompleks ole-ole, sek 18, shah alam.. atau tuan boleh order online dengan menghantar emel ke aouism@gmail.com.. sertakan nama penuh, alamat, no tel, tajuk buku dan kuantitinya.. insyaAllah saya akan hantar ke alamat yang diberikan..

Shukri Ismail said...

Di bahagian utara sem. Di mana boleh dapat?

cYNicaL~cYNosuRe said...

Buku ni ada lagi?

Anonymous said...

Buku ada lagi

Anonymous said...

Bagaimana hendak beli

Popular Posts

Borang Pesanan / Soalan / Pendapat

Nama:
Nombor Telefon:
Alamat Surat Menyurat:
Alamat Email:
Pesanan:

Home

IKLAN!!!

IKLAN!!!
Sticker Keyboard Arab. RM 7.00 je satu...