Islam tidak pernah kering dengan catatan perjalanan umatnya. Pada Zaman Kegemilangan, Islam telah melahirkan begitu ramai tokoh ilmuwan ulung yang berjaya mencetuskan idea untuk pembangunan ummah. Golongan ini membawa mercu budaya dan tamadun Islam ke seluruh dunia sehingga ia menjadi ikutan arus kemodenan negara Barat.
Hari ini kita banyak didedahkan dengan penemuan saintis Barat dan hanya sedikit tentang keagungan ilmuwan Islam. Malah, ramai yang tidak mengetahui bahawa ilmuwan ini telah mendahului saintis Barat dalam penemuan bebapa teori. Sudahnya, banyak ciptaan ilmuwan kita digunapakai dan Barat dengan mudah mengaku bahawa penciptaan itu milik mutlak mereka!
Rentetan daripada senario inilah, MENEROKAI KEGEMILANGAN SAINTIS ISLAM mengajak kita menyelami sendiri sejarah cendekiawan yang tidak pernah surut menyumbang ke arah kemajuan tamadun Islam. Juga membawa kita merentasi keagungan Al-Quran sebagai sumber sains serta membongkar sains para Nabi ALLAH. Iqra'... dengan Nama TUHAN agar ditemui kebenaran yang nyata.
- Penerbit
KANDUNGAN
- BAB 1: Asal-Usul Sains
- BAB 2: Kehebatan Kejadian Manusia
- BAB 3: Mengapa Belajar Sains
- BAB 4: Sains Dan Etika
- BAB 5: Ciri-Ciri Saintis
- BAB 6: Strategi Cemerlang Sains
- BAB 7: Idola Dalam Sains
- BAB 8: Sains Dan Hadiah Nobel
- BAB 9: Kegemilangan Sains Tamadun Islam
- BAB 10: Rahsia Pemakanan Saintis Islam
- BAB 11: Rahsia Solat Dari Sudut Sains
- BAB 12: Sains, Kreativiti Dan Inovasi
Mukasurat = 282
Penulis = Dr. Yazid Abdul Manap (Pensyarah Jabatan Sains Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Temenggong Ibrahim, Johor)
Penerbit = Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd.
0 Comments:
Post a Comment