Daripada baris pertama sehingga baris terakhir buku Aminah - Bunga Kaum Quraisy, kita dihidangkan secara terperinci babak-babak hidup Aminah, bonda junjungan hebat, Nabi Muhammad. Hidup beliau singkat namun sentiasa diuji dengan pelbagai peristiwa.
Puji-pujian pada keelokan fizikal dan pekerti Aminah diolah sehingga membuatkan kita sedar pada kehebatan ibu Nabi terakhir ini. Betapa beliau adalah permata terlindung yang mampu dilihat oleh beberapa mata yang terpilih sahaja.
Episod cemas yang berlaku apabila Abdul Mutalib perlu memilih salah seorang daripada anaknya sebagai korban juga diceritakan satu persatu secara terperinci. Buku ini membawa pembaca meneliti kegusaran pelbagai pihak termasuk Aminah, tatkala mendengar bakal kekasih hatinya mungkin dikorbankan sebelum mereka sempat diijab kabul.
Kisah di sebalik perkahwinan Aminah dan Abdullah, juga kehidupan mereka selepas berkahwin turut diperincikan dalam tulisan ini. Apa lagi susunan ceritanya yang teratur dan melewati saat cemas. Lebih dahsyat lagi apabila Abdullah meninggalkan rumah, sedangkan mereka masih lagi dalam fasa berbulan madu.
Abdullah menemui Tuhan tatkala Aminah sedang mengandungkan anak sulung mereka, yang akhirnya menjadi pemimpin terunggul umat Islam. Lalu, bermula episod kehidupan Aminah sebagai ibu tunggal.
Hayati dan fahami setiap baris ayat di dalam buku ini supaya semua wanita mampu menempuh dugaan hidup di dunia masa kini tanpa ada keluhan panjang.

- Penerbit
KANDUNGAN
Bab 1: Bunga Kaum Quraisy
Bab 2: Kejutan Buat Aminah
Bab 3: Apakah Nazarnya?
Bab 4: Debaran Nazar
Bab 5: Jejaka Pilihan Tuhan
Bab 6: 100 Ekor Unta
Bab 7: Hari Bahagia Menjelang Tiba
Bab 8: Tangisan Bulan Madu
Bab 9: Rindu Semasa Bulan Madu
Bab 10: Gelaran Yang Tidak Diundang
Bab 11: Rumah Tuhan
Bab 12: Cahaya Kelahiran
Bab 13: Kegembiraan Dalam Kegembiraan
Bab 14: Siapakah Yang Layak?
Bab 15: Anak Yatim Miskin
Bab 16: Limpahan Rahmat
Bab 17: Bertemu Dan Berpisah
Bab 18: Pulang Ke Pangkuan
Bab 19: Meluah Rindu
Bab 20: Terbongkar
Bab 21: Hidup Perlu Diteruskan
Pautan : Aminah : Ibu Muhammad S.A.W.
Harga = RM17.90 (Sem) RM19.90 (Sab/Swk)
Mukasurat = 203
Penulis = Ezee Rahmani
Penerbit = PTS Millennia Sdn. Bhd.
Bab 1: Bunga Kaum Quraisy
Bab 2: Kejutan Buat Aminah
Bab 3: Apakah Nazarnya?
Bab 4: Debaran Nazar
Bab 5: Jejaka Pilihan Tuhan
Bab 6: 100 Ekor Unta
Bab 7: Hari Bahagia Menjelang Tiba
Bab 8: Tangisan Bulan Madu
Bab 9: Rindu Semasa Bulan Madu
Bab 10: Gelaran Yang Tidak Diundang
Bab 11: Rumah Tuhan
Bab 12: Cahaya Kelahiran
Bab 13: Kegembiraan Dalam Kegembiraan
Bab 14: Siapakah Yang Layak?
Bab 15: Anak Yatim Miskin
Bab 16: Limpahan Rahmat
Bab 17: Bertemu Dan Berpisah
Bab 18: Pulang Ke Pangkuan
Bab 19: Meluah Rindu
Bab 20: Terbongkar
Bab 21: Hidup Perlu Diteruskan
Pautan : Aminah : Ibu Muhammad S.A.W.
Harga = RM17.90 (Sem) RM19.90 (Sab/Swk)
Mukasurat = 203
Penulis = Ezee Rahmani
Penerbit = PTS Millennia Sdn. Bhd.
0 Comments:
Post a Comment