Pages


Petikan Hadith Kelapan, Kitab "Empat Puluh Hadith Kelebihan Ilmu Dan Ulama'"

Kedai Buku Tinta Ilmu, Lot 2-8-8, Tingkat 1, Pusat Beli Belah Ole-Ole, Jalan Pinang A 18/A, Seksyen 18, 40200 SHAH ALAM, Selangor.

Monday, June 1, 2009

Rahsia Malaikat Dan Keajaibannya

Umat Islam wajib mengetahui dan yakin bahawa ada suatu makhluk Allah yang dijadikan daripada nur (cahaya) bernama Malaikat.

Malaikat itu banyaknya tidak terhitung. Setiap makhluk mempunyai tugas masing-masing. Mereka taat kepada Allah dan tidak pernah menderhaka.

Malaikat adalah Jisim Nurani (jisim yang sangat halus / lembut) dan ia boleh merupa dengan apa sahaja. Ia tidak bersifat lelaki atau wanita dan ia sentiasa taat kepada perintah Allah. Ia mempunyai kudrat / kekuatan yang luar biasa. Ia tidak berkahwin dan tidak berzuriat dan ia tidak boleh dipanah atau ditembak.

Al-Quran tidak menyebut secara terperinci mengenai rupa bentuk dan organ tubuh Malaikat, begitu juga hadis Nabi mahupun pendapat para ulama. Ini disebabkan rupa bentuk dan organ tubuh Malaikat adalah halus dan sangat menakjubkan.

Buku ini menghuraikan tentang kewujudan Malaikat, peranan, tugas dan tanggungjawabnya yang diamanahkan oleh Allah S.W.T. dan juga menghuraikan tentang sifat, rupa bentuk dan organ tubuh Malaikat yang sungguh ajaib. Semoga ia memberi manfaat kepada kita untuk menambah khazanah ilmu kita dan sekali gus menguatkan keimanan kita kepada Allah S.W.T..

- Penerbit

KANDUNGAN

1. MENGENAL MALAIKAT
A - Nama-Nama Malaikat Dan Tugas-Tugasnya
B - Perbezaan Malaikat, Jin & Iblis
C - Adakah Iblis Asalnya Dari Golongan Malaikat?
D - Malaikat Mengajarkan Tentang Erti Dunia

2. MALAIKAT MENJADI SAKSI DI PADANG MAHSYAR
A - Manusia Dihimpunkan Di Padang Mahsyar
B - Malaikat Mencampakkan Amalan Riak
C - Dialog Malaikat Dengan Calon Penghuni Syurga
D - Malaikat Dan Bidadari Menyambut Arwah Para Syuhada

3. MALAIKAT MAUT
A - Malaikat Yang Paling Ditakuti
B - Janji Allah Kepada Malaikat Maut
C - Rupa Dan Bentuk Malaikat Izrail

4. MALAIKAT MEMBINA KAABAH
A - Kaabah Di Bawah Arasy
B - Kaabah Di Bumi

5. MALAIKAT JIBRIL KHABARKAN TENTANG NERAKA
A - Gunung Di Dasar Neraka
B - Takutnya Nabi Yahya Kepada Neraka

6. UZAIR BERSAMA MALAIKAT
A - Tidur Selama 100 Tahun
B - Uzair Dihidupkan Semula

7. NABI DAUD DIUJI MALAIKAT
A - Dua Malaikat Memasuki Istana Nabi Daud
B - Nabi Daud Bertaubat

8. MALAIKAT MENJEMPUT ROH NABI ILYAS

9. JERITAN MALAIKAT JIBRIL
A - Pembunuhan Unta Mukjizat Nabi Saleh
B - Malaikat Jibril Memegang Tugu Kota Sambil Menjerit

10. DIALOG NABI ADAM DENGAN MALAIKAT DAN SYAITAN
A - Bantahan Para Malaikat
B - Syaitan Menentang Nabi Adam Dan Melawan Kepada Allah
C - Pengakuan Malaikat Mengenai Kelemahan Dirinya Dan Kelebihan Nabi Adam

11. HATINYA DIBASUH JIBRIL
A - Air Dari Telaga Kautsar
B - Jibril Membelah Dada Muhammad S.A.W.

12. MALAIKAT JIBRIL DAN WAHYU TERAKHIR
A - Wahyu Terakhir
B - Malaikat Dan Para Sahabat Menangis
C - Rasulullah S.A.W. Diqisas
D - Detik-Detik Hayat Rasulullah S.A.W.

13. DIALOG ROH DENGAN MALAIKAT
A - Pesan Roh Kepada Jasad
B - Diallog Malaikat Dengan Roh
C - Pengembaraan Roh
D - Golongan Yang Dijabat Tangan Oleh Malaikat
E - Golongan Yang Dimuliakan Malaikat

14. GOLONGAN YANG MEMUSUHI MALAIKAT JIBRIL

15. DIALOG MALAIKAT DENGAN PENGHUNI NERAKA
A - Gambaran Tentang Tangan, Kaki, Mata, Gigi, Bibir & Bahu Malaikat Malik
B - Dialog Dengan Penghuni Neraka

16. BAYI, IBU DAN MALAIKAT

17. KISAH RASULULLAH S.A.W. MELIHAT RUPA JIBRIL A.S.

18. DIALOG MALAIKAT DENGAN KERBAU, KELAWAR DAN CACING

19. ORGAN TUBUH BADAN MALAIKAT DAN KEJAIBANNYA
A - Tidak Berjantina
B - Tidak Mempunyai Nafsu
C - Rupa Bentuk Dan Organ Tubuh Malaikat

Harga = RM9.00
Mukasurat = 134
Penulis = Ilyas Mohamad Umar
Penerbit = Pustaka Al-Shafa

2 Comments:

Affee said...

Salam.. mcm mana nak order buku nie? Saya di sarawak

Anonymous said...

mcm mn nk dapatkan buku ini? berapa harganya.. sms saya 017-9026740

Popular Posts

Borang Pesanan / Soalan / Pendapat

Nama:
Nombor Telefon:
Alamat Surat Menyurat:
Alamat Email:
Pesanan:

Home

IKLAN!!!

IKLAN!!!
Sticker Keyboard Arab. RM 7.00 je satu...