
Sebahagian penulis dan pengkaji pandai menulis kisah-kisah khayalan yang dijangka akan terjadi, khayalan dan kepalsuan itu dinamakan dengan khayalan ilmiah, sedangkan ia bukan ilmiah, maka kebanyakannya adalah khayalan-khayalan palsu, ia tidak mempunyai sebarang hakikat, manusia memasukkan padanya teori-teori, pandangan-pandangan dan falsafah-falsafah mereka, maka kebanyakan khayalan-khayalan ini adalah khayalan-khayalan dari pengarangnya seperti yang ada pada dongeng Seribu Satu Malam, iaitu khayalan-khayalan yang direka-reka ahli falsaah mengenai apa yang terjadi di sebalik alam metafizik; sesungguhnya pericaraan saya mengenai perkara ghaib yang akan datang adalah benar tidak ada kedustaan padanya, dan ia akan terjadi sepertimana yang diberitahukan Rasulullah S.A.W. tanpa penambahan dan pengurangan, kerana ia wahyu yang diwahyukan kepada Rasulullah S.A.W., dan Rasulullah S.A.W. membaritahu sahabat-sahabatnya atau musuh-musuhnya akan perkara ghaub yang timbul dalam hati-hati mereka, atau perkara ghaib yang tidak diketahui mereka, atau perkara ghaib yang akan terjadi dalam kehidupan mereka melihatnya pada hari-hari akan datang sepertimana yang diberitahukan Rasulullah S.A.W..
Kitab ini seperimana yang diketahui dari tajuknya terbatas pada hadis-hadis yang sah sanadnya dari Rasulullah S.A.W., dan saya tidak menyalahi kaedah ini kecuali hanya dalam beberapa kisah yang mauquf ke atas sahabat-sahabat yang sah sanadnya dari mereka, dan kemungkinan mereka mendengarnya dari Rasulullah S.A.W., dan kemungkinan mereka mengetahuinya dari selainnya.
- Penulis
Harga = RM25.00
Mukasurat = 501
Mukasurat = 501
Penterjemah = Arifin Ladari
Penerbit = Berlian Publication Sdn Bhd
0 Comments:
Post a Comment