Makkah dan Madinah, dua kota besar ini sangat mengesankan, bukan kerana pembangunannya yang rancak, tetapi justeru ia sungguh agung dan istimewa dalam hubungannya dengan perjuangan umat Islam.
Dua kota ini mempunyai sejarah yang panjang dengan pelbagai peristiwa kemanusiaan. Ia adalah monumen sejarah peradaban manusia dari Adam A.S. hingga ke Muhammad S.A.W.. Kaabah di dalamnya adalah simbol perubahan penyembahan manusia dari menyembah berhala kepada menyembah Allah S.W.T. yang satu dan Makkah sendiri menyimpan nama-nama besar para pejuang agama Tauhid zaman berzaman dari Ibrahim A.S. membawa kepada Nabi Muhammad S.A.W..
Madinah dan Masjid Nabawinya penuh dengan keistimewaan dan kekudusannya. Ia adalah kota Nabi S.A.W. yang dibina dari keringat dan air mata. Ia adalah monumen ketakwaan, pengorbanan serta ketahanan jiwa generasi pertama Islam pimpinan Nabi S.A.W..
Semua ciri-ciri inilah, mendorong penulis merakamkan catatan perjalanan di kedua kota suci harum semerbak ini. Ia bukan buku mengenai panduan haji dan umrah, bukan catatan pengembara biasa, tidak juga sebuah tulisan ilmiah, tetapi ia hanya sebuah catatan sederhana untuk merakamkan cinta kasih kepada Rasulullah S.A.W. yang kerananya Islam tertegak hingga kini. Di dalam buku kecil ini terungkap pandangan, tafsiran dan emosi penulis ketika dalam dakapan dua kota istimewa ini.

- Penulis
KANDUNGAN
- Harum Semerbak Raudhatul-Jannah
- Menterjemah Cinta Rasul Dalam Kehidupan
- Khutbah Terakhir Nabi S.A.W. Dan Cabaran Masa Kini
- Intelektual Sebagai Penggerak Ajaran Nabi S.A.W.
- Kecelaran Fikiran Umat Islam Apabila Meninggalkan Al-Qur'an
- Rasulullah S.A.W. Wafat, Madinatul-Munawwarah Berduka
- Hizbullah: Kekuatan Baru Menggerunkan Israel!
- Masjidil-Haram Yang Agung, Kaabah Yang Hebat
- Lambaian Arafah Dan Mina
Harga = RM9.00
Mukasurat = 94
Penulis = Abd. Shukur Harun
Penerbit = Intel Multimedia And Publication

0 Comments:
Post a Comment