Buku ini diluncurkan ke tengah masyarakat dengan beberapa matlamat, yang pertama ialah untuk mendokumentasikan sejarah gerakan mahasiswa di negara ini dalam tempoh empat dekad sebagai tatapan kepada generasi muda dan mengilas kembali nostalgia silam bekas anak-anak kampus yang kini berada di segenap lapisan masyarakat. Yang keduanya ialah untuk mengartikulasikan titik kekuatan dan kelemahan setiap dekad gerakan mahasiswa kerana latarbelakang politik, ekonomi dan sosial yang berbeza di setiap dekad. Matlamat yang ketiga adalah untuk menimbulkan kesedaran kepada masyarakat kampus bahawa suara mereka adalah suara rakyat yang sangat bernilai serta mampu mencipta sejarah, contohnya gerakan nasionalisme bahasa anak-anak kampus kampus pada penghujung dekad 1960an telah memungkinkan tertubuhnya Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan pemerkasaan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan di negara ini. Tuntutan demi asakan suara kampus, di samping beberapa faktor yang lain telah menyebabkan Tunku berundur daripada kerusi panas Perdana Menteri pada tahun 1970.
Matlamat yang terakhir ialah untuk menyemarakkan dunia ilmu dan penerbitan di negara ini yang masih jauh ketinggalan berbanding dengan negara-negara lain, semoga ia mampu menyumbang sesuatu di tengah kesuraman intelektual di negara ini.
- Aktivisme Mahasiswa Dekad 60anMatlamat yang terakhir ialah untuk menyemarakkan dunia ilmu dan penerbitan di negara ini yang masih jauh ketinggalan berbanding dengan negara-negara lain, semoga ia mampu menyumbang sesuatu di tengah kesuraman intelektual di negara ini.
- Penerbit
KANDUNGAN
- Suara Kampus Meledakkan Perubahan
- Suara Kampus Meledakkan Perubahan
- 13 Mei: Pembabitan Siswa Dan Kesan Kepada Kampus
- Kesimpulan Daripada Cermin Dekad 60an
- Gemilang Dekad 70an
- Laungan Tanpa Suara
- Dekad 80an: Dikotomi Hitam Putih
- Dekad 90an: Merakyat Perjuangan
- Alaf Baru Yang Suram
Harga = RM12.00
Mukasurat = 123
Penulis = Riduan Mohamad Nor
Penerbit = Jundi Resources
0 Comments:
Post a Comment