Manusia adalah hamba Allah di muka bumi ini yang bertugas mengabdikan diri kepada-Nya. Setiap amal perbuatan mereka akan dinilai di akhirat kelak sama ada amalan kebaikan ataupun amalan kejahatan. Manusia yang baik dan membuat amalan soleh akan dimasukkan ke dalam syurga, manakala yang sebaliknya akan dimasukkan ke dalam neraka. Sebagai hamba, manusia itu perlu mematuhi araan Tuannya, jika tidak manusia itu perlu mencari alam lain di luar kekuasaan Allah (itupun jika ada).
Pentingnya hidayah kepada manusia sebagaimana manusia memerlukan makanan dan minuman untuk meneruskan hidup. Ini kerana hidup manusia bukan sekadar di dunia semata-mata. Apabila ajal menjemput, bukan bermakna kehidupan seseorang manusia itu sudaah berakhir, sebaliknya mereka berpindah dari alam dunia ke alam lain yang kekal abadi. Tidak ada siapa yang akan terlepas daripadanya. Bagi mereka yang soleh, mereka akan berbahagia selama-lamanya. Tetapi bagi yang tidak soleh, mereka akan menderita selama-lamanya. Dalam sastera Melayu, apabila sesuatu watak itu dimatikan, penulisnya akan menulis "'tamatlah riwayatnya". Sebenarnya ia tidak begitu. Kerana mati bukan panamat bagi segala-galanya. Mati adalah suatu proses yang perlu dialami oleh manusia, sebagaimana manusia sebelumnya dilahirkan dari perut ibunya, kemudian membesar menjadi kanak-kanak, remaja, seterusnya dewasa dan akhirnya menjadi tua. Kemudian apabila kematian menjemput, tidak bermakna mereka ini lenyap begitu sahaja. Sebaliknya, mereka akan dihidupkan kembali di alam akhirat.
Mukasurat = 312Pentingnya hidayah kepada manusia sebagaimana manusia memerlukan makanan dan minuman untuk meneruskan hidup. Ini kerana hidup manusia bukan sekadar di dunia semata-mata. Apabila ajal menjemput, bukan bermakna kehidupan seseorang manusia itu sudaah berakhir, sebaliknya mereka berpindah dari alam dunia ke alam lain yang kekal abadi. Tidak ada siapa yang akan terlepas daripadanya. Bagi mereka yang soleh, mereka akan berbahagia selama-lamanya. Tetapi bagi yang tidak soleh, mereka akan menderita selama-lamanya. Dalam sastera Melayu, apabila sesuatu watak itu dimatikan, penulisnya akan menulis "'tamatlah riwayatnya". Sebenarnya ia tidak begitu. Kerana mati bukan panamat bagi segala-galanya. Mati adalah suatu proses yang perlu dialami oleh manusia, sebagaimana manusia sebelumnya dilahirkan dari perut ibunya, kemudian membesar menjadi kanak-kanak, remaja, seterusnya dewasa dan akhirnya menjadi tua. Kemudian apabila kematian menjemput, tidak bermakna mereka ini lenyap begitu sahaja. Sebaliknya, mereka akan dihidupkan kembali di alam akhirat.
- Penerbit
Harga = RM25.00 (Sem) RM28.00 (Sab/Swk)
Karya = Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat
Penerbit = Anbakri Publika Sdn Bhd
1 Comment:
It's very cool hidayah,dont forget to visit MY zroo-blog
Post a Comment