Pages


Petikan Hadith Kelapan, Kitab "Empat Puluh Hadith Kelebihan Ilmu Dan Ulama'"

Kedai Buku Tinta Ilmu, Lot 2-8-8, Tingkat 1, Pusat Beli Belah Ole-Ole, Jalan Pinang A 18/A, Seksyen 18, 40200 SHAH ALAM, Selangor.

Sunday, January 11, 2009

Amalan Sunnah Selepas Solat Dan Kelebihannya - Mesti Baca!!!

Buku ini mengesahkan bahawa zikir-zikir yang dibaca selepas solat fardhu dan berdoa beramai-ramai secara nyaring yang dilakukan oleh imam dan para makmum bukanlah Suatu Amalan Bida'ah Yang Menyesatkan sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh segelintir golongan tertentu, bahkan ianya juga termasuk di dalam kumpulan Amalan Sunnah yang sunat dilakukan selepas solat fardhu.

Buku ini juga telah berjaya mendedahkan betapa zikir-zikir Sunnah selepas solat fardhu, mempunyai kelebihan yang tidak ada tolok bandingnya. Justeru itu marilah kita semua memberi perhatian dan beristiqamah mangamalkannya. Janganlah kita termasuk di dalam golongan yang sengaja meninggalkan zikir-zikir Sunnah selepas solat fardhu kerana disibukkan oleh tugas-tugas harian kerana ianya masih boleh terus diamalkan walaupun ketika sedang berjalan, menaiki kenderaan, hatta ketika memandu.

Mengikut pengarang, buku ini ditulis antaranya bertujuan mengumpul Dana Pembinaan Masjid Imam Syafi'e di Maahad Tahfiz Darul Quran Wal Qiraat Repek, Pasir Mas, Kelantan yang dianggarkan bernilai RM 5 juta. Oleh itu, marilah sama-sama kita membeli buku ini di atas dasar "MEMBELI SAMBIL MENDERMA". Kemudian kita membacanya, supaya zikir-zikir yang kita sebut selepas solat fardhu, diamalkan dengan penuh kesedaran dan penghayatan. Tanamkan budaya membaca di dalam diri dan keluarga kita kerana pepatah Arab ada menyebut: "Sebenarnya Ilmu Itu Ialah Apa Yang Terpahat Dan Tersemat Di Dalam Hati Dan Bukannya Yang Sedia Tercatat Di Atas Lembaran-Lembaran Kertas."

- Dato' Dr. Haron Din

KANDUNGAN

BAB SATU
- Berzikir Secara Nyaring Selepas Solat

BAB DUA - Amalan Pertama
- Menyapu Kepala Sampai Ke Muka

BAB TIGA - Amalan Kedua
- Memilih Posisi Terbaik Selepas Salam

BAB EMPAT - Amalan Ketiga
- Berterusan Duduk Di Tempat Solat

BAB LIMA - Amalan Keempat
- Memuji Allah SWT Dan Beristighfar

BAB ENAM - Amalan Kelima
- Berzikir Sepuluh Kali Dengan Menyebut لا إله إلاالله وحده لاشريك له

BAB TUJUH - Amalan Keenam
- Berdoa Memohon Perlindungan Daripada Neraka

BAB LAPAN - Amalan Ketujuh
- Membaca Zikir اللهم أنت السلام ومنك السلام تباركت ياذا الجلال والإكرام

BAB SEMBILAN - Amalan Kelapan
- Membaca Surah Al-Fatihah, Ayat Kursi, Dua Ayat Surah Al-Baqarah Dan Dua Ayat Surah Ali Imran

BAB SEPULUH - Amalan Kesembilan
- Membaca Surah-Surah Al-Mu'awwizaat

BAB SEBELAS - Amalan Kesepuluh
- Bertasbih, Bertahmid Dan Bertakbir
- Al-Syeikh Al-Albaani Dan Tasbih

BAB DUA BELAS - Amalan Kesebelas
- Selawat Ke Atas Nabi Muhammad SAW

BAB TIGA BELAS - Amalan Kedua Belas
- Berdoa Untuk Kesejahteraan Di Dunia Dan Akhirat
- Perselisihan Pendapat Ulama' Mengenai Berdoa Selepas Solat
- Berdoa Dengan Mengangkat Tangan

BAB EMPAT BELAS - Amalan Ketiga Belas
- Bersalam-salaman Di Antara Imam Dan Makmum
- Hukum Bersalam Selepas Solat
- Bersalam Ketika Berpisah
- Cara Bersalam

BAB LIMA BELAS - Amalan Keempat Belas
- Amalan Sunnah Selepas Solat Di Sisi Mazhab Empat

Harga = RM35.00
Mukasurat = 279
Penyusun = Ustaz Mohammad Subki Abdul Rahman Al-Hafiz & Ustaz Mohd Rifqi Myiddin
Penerbit = Maahad Tahfiz Darul Quran Wal-Qiraat, Repek, Pasir Mas, Kelantan

5 Comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum..maaf jika saya ingin bertanya.adakah buku Amalam Sunnah Selepas Solat dan Kelebihannya tiada dijual di pasaran? saya berminat untuk membelinya tetapi saya tidak tahu bagaimana hendak melakukan proses pembayaran buku tersebut tanpa melalui akaun.harap tuan dapat membantu saya.terima kasih.

BookKeeper said...

waalaikumussalam.. tuan boleh dapatkan buku tersebut di kedai buku tinta ilmu di sek. 18 s.alam, atau tuan emel je maklumat seperti nama penuh, tajuk buku, alamat utk dihantar buku tersebut dan no fon kepada saya, insyaAllah saya hantar.. bersama buku tu nanti saya akan sertakan invois yg ada no akaun CIMB di situ.. tuan boleh bank in je bila dah terima buku.. sebarang kemusykilan tuan boleh call atau emel je saya.. wallahu a'lam.

Anonymous said...

sekadar perkongsian,

Synopsis:
Kadangkala sebuah buku itu kelihatan ilmiah, dipenuhi dengan hujah dan
dalil. Kemudian ia dihiasi dengan kata-kata aluan para agamawan yang terkenal di tanah air. Namun apakah semua itu menjanjikan buku tersebut
menyampaikan ilmu yang benar?Tidak semestinya.
Salah sebuah buku yang dimaksudkan ialah "Amalan Sunnah Selepas Solat dan Kelebihannya". Penelitian, kajian dan analisa mendapati ia mengandungi banyak kesalahan, sebahagiannya kelihatan seolah-olah disengajakan.
buku di tangan anda sekarang ini membuktikan apa yang disebut di atas.
Jangan sekadar mempercayai kata-kata di belakang buku ini, sebaliknya
semaklah 36 kritikan yang terkandung di dalamny.Nescaya anda akan temui
kritikan yang memeranjatkan.

dari buku
36 Kritikan Ke Atas Buku Amalan Sunnah Selepas Solat Dan Kelebihannya

Author:
Hafiz Firdaus Abdullah

Unknown said...

Buku amalan sunnah dan kelebihannya masih ada lg x

Unknown said...

salam.mcmn nak dptkan buku ini.

Popular Posts

Borang Pesanan / Soalan / Pendapat

Nama:
Nombor Telefon:
Alamat Surat Menyurat:
Alamat Email:
Pesanan:

Home

IKLAN!!!

IKLAN!!!
Sticker Keyboard Arab. RM 7.00 je satu...