Pages


Petikan Hadith Kelapan, Kitab "Empat Puluh Hadith Kelebihan Ilmu Dan Ulama'"

Kedai Buku Tinta Ilmu, Lot 2-8-8, Tingkat 1, Pusat Beli Belah Ole-Ole, Jalan Pinang A 18/A, Seksyen 18, 40200 SHAH ALAM, Selangor.

Saturday, February 9, 2013

Ahli Sihir Ke Tali Gantung ~ Buku Paling Ditakuti Ahli Sihir Kini Sudah Tiba!

..Bagi jenayah sihir, ahli sihir tidak perlu berada di lokasi kejadian, tetapi sihir yang dilaksanakannya dapat mengenai mangsa yang berada beratus-ratus kilometer dari lokasi sihir yang dilkukannya. Perkara ini dianggap sebagai tidak masuk akal, tetapi itu hakikat yang berlaku. Ahli sihir tidak perlu berada berdekatan kerana senjata yang digunakan oleh mereka adalah senjata hidup serta mempunyai mata dan akal bagi memahami kehendak tuannya. ~ Penulis

KANDUNGAN
  • Kata Pengantar Pengurus Besar Yayasan Pahang
  • Kata Pengantar Yang Dipertua Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia
  • Prakata Penulis
  • Pengenalan
  • Sekelumit Bicara Perihal Sihir
  1. Melihat Sihir Daripada Kacamata Bahasa
  2. Melihat Dihir Daripada Kacamata Istilah
  3. Elemen Pembentuk Sihir
  4. Sihir Dan Perkara Ajaib Yang Lain
  • Jenayah Yang Dilaknat Sejak Zaman Berzaman
  1. Sihir Mesopotamia
  2. Sihir Mesir
  3. Sihir Yunani Dan Rom
  4. Sihir Parsi
  5. Sihir China
  6. Islam Dan Sihir
  7. Barat Dijajah Sihir
  • Amalan Sihir... Rahsia Yang Terbongkar
  1. Hakikat Sihir: Kerja Di Sebalik Tabir
  2. Tanda Sihir: Antara Hakikat Dan Khayalan
  3. Dahsyatnya Sihir
  4. Seiras Sihir
  5. Sihir vs. Doktor
  • Sihir Itu Jenayah
  1. Jenayah Sihir Dan Jenayah Biasa: Apa Bezanya?
  2. Actus Reus, Mens Rea
  • Di Mana Sihir Dalam Undang-Undang?
  1. Sihir Dan Tali Gantung
  • Sihir Di Malaysia
  1. Sihir Berhampiran Kita
  2. Sihir Di Mahkamah
  • Penjara Untuk Ahli Sihir
  1. Lebih Berkuasa Daripada Penyihir
  • Mantera Penduduk Sihir
  1. Kini Ahli Sihir Kalah
  • Undang-Undang Sihir Millenium Baru
  1. Undang-Undang Sihir Abad Ke-21
  • Kitab Mantera Pengalah Sihir
  1. Hikmat Penangkap Sihir: Deraf Undang-Undang Jenayah Sihir Malaysia
  • Penutup
  • Biodata Penulis
  • Bibliografi
Harga = RM25.00 (Sem) RM28.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 366
Penerbit = PTS Millennia Sdn. Bhd.

Sunday, January 27, 2013

Khutbah Terakhir Rasulullah

"Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku daripada yang terus mendengar dariku..."

Sebuah bait patah daripada Rasulullah SAW di dalam khutbah terakhir baginda. Sabda baginda ini seolah-olah meniup sebuah harapan untuk penulis bagi meneroka apa mesej yang tersembunyi di dalam 'Khutbah Terakhir' ini kerana Nabi mengharapkan supaya semakin lama, semakin ramai yang lebih memahami isi khutbah terakhir baginda ini. Apakah mesej tersirat di dalamnya?

Lalu, penulis cuba selami dan perincikan ayat demi ayat di dalam lembaran khutbah bersejarah ini. Hasilnya, subhanallah... begitu lengkap! Dalam satu khutbah yang ringkas, baginda Nabi mendidik dan menyimpulkan kepada kita tentang persoalan akidah, ibadah, muamalat, munakahat, akhlak dan banyak lagi. Maka benarlah sabda baginda.

Khutbah terakhir Rasulullah SAW ini adalah ibarat sebuah rumusan bagi ajaran Islam yang baginda sebarkan selama 23 tahun. Kesemuanya dikumpulkan di dalam sebuah khutbah. Buku ini digarap berpandukan rujukan-rujukan yang masyhur dan diselitkan kisah-kisah tauladan umat terdahulu sebagai contoh huraian yang lebih jelas dan 'mesra pembaca'. Selain itu, sepanjang bab para pembaca akan disentuh kalbunya agar kembali menyulam benih-benih cinta buat Rasulullah SAW dan segala keperibadian mulia baginda terserlah melalui khutbah terakhir ini. Di akhir bacaan, insya-Allah pembaca akan dapat merasakan perasaan cinta yang maha agung buat Rasulullah SAW dan akan lebih memahami khutbah terakhir Rasulullah SAW ini serta keajaiban yang ada di dalamnya. Mudah-mudahan...

- Penerbit

KANDUNGAN
  • Bab 1: Takdir Hak Abadi Allah SWT
  • Bab 2: Ketekunan Dan Kewajipan Berdakwah
  • Bab 3: Silaturahim Ukhuwah Suci
  • Bab 4: Kematian Itu Pasti
  • Bab 5: Bahaya Riba
  • Bab 6: Syaitan: Musuh Yang Nyata
  • Bab 7: Kerukunan Rumah Tangga
  • Bab 8: Kedaulatan Rukun Islam
  • Bab 9: Takwa, Sebaik-Baik Bekal
  • Bab 10: Wasiat Penyelamat
Harga = RM18.00 (Sem) RM21.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 133
Penyusun = Ibnu Rijal
Penerbit = Must Read Sdn. Bhd.

Al-Hayah - Kamus Istilah Muamalat

KELEBIHAN KAMUS INI
  • Dinamakan dengan 'al-Hayah' yang bermaksud kehidupan, selari dengan persoalan muamalat yang merupakan persoalan kehidupan.
  • Mengadunkan istilah-istilah muamalat yang digunakan oleh ulama-ulama Islam klasik dan juga kontemporari.
  • Menyediakan jadual kadar timbangan, sukatan, urkuran jarak dan luas yang pernah diguna pakai pada masa silam.
  • Terdapat juga istilah-istilah muamalat yang diguna pakai dalam al-Quran dan as-Sunnah bagi memudahkan para pengguna.
Harga = RM17.00
Mukasurat = 177
Penulis = Mohd Soberi Awang
Penerbit = Telaga Biru Sdn. Bhd.

Monday, January 21, 2013

Mukjizat Rasulullah SAW - 40 Kisah Motivasi

"Allah SWT tidak pernah memberikan suatu mukjizat kepada sesiapa pun dalam kalangan nabi-nabi melainkan Allah SWT akan memberikannya juga kepada Nabi kita Muhammad SAW mukjizat yang sama tarafnya atau yang lebih hebat daripadanya atau yang hampir sama dengannya. Allah berfirman, maksudnya: Yang demikian ialah limpah kurnia Allah, diberikan-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya; dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar. ~ Surah al-Hadid 57: ayat 21

Oleh sebab itu, buku ini mengandungi sejumlah mukjizat, yang dipilih daripada pelbagai mukjizat yang berlaku kepada Nabi SAW iaitu sebaik-baik manusia. Saya memilihnya daripada ribuan mukjizat yang terkandung di dalamnya pelbagai keajaiban dan pengajaran, yang dapat memenuhi hati orang yang beriman, rasa agung dan rasa cinta kepada pemimpin seluruh manusia. ~ Penulis

KANDUNGAN
  • Mukjizat 1: Bulan Terbelah
  • Mukjizat 2: Pohon Kayu Tunduk Kepada Perintah Rasulullah SAW
  • Mukjizat 3: Penyaksian Pohon Terhadap Kerasulan Nabi SAW
  • Mukjizat 4: Unta Sujud Kepada Rasulullah SAW
  • Mukjizat 5: Perbualan Rasulullah SAW Dengan Musuh Allah
  • Mukjizat 6: Percakapan Kijang Dan Penyaksiannya Terhadap Kerasulan Nabi Muhammad SAW
  • Mukjizat 7: Penyaksian Biawak Pasir Terhadap Kerasulan Nabi SAW
  • Mukjizat 8: Pemberitahuan Nabi SAW Kepada Ummu Waraqah Bahawa Dia Akan Mati Syahid
  • Mukjizat 9: Percakapan Serigala Dan Penyaksian Tentang Kerasulan Nabi Muhammad SAW
  • Mukjizat 10: Angkatlah, Kamu Laksana Kapal
  • Mukjizat 11: Penyaksian Seorang Bayi Terhadap Kerasulan Nabi Muhammad SAW
  • Mukjizat 12: Makanan Bertasbih Dan Air Memancar Daripada Jari-Jemari Nabi SAW
  • Mukjizat 13: Tasbih Anak Batu Di Telapak Tangan Nabi SAW
  • Mukjizat 14: Rintihan Batang Pohon Kurma Yang Rasulullah SAW Berkhutbah Di Sampingnya
  • Mukjizat 15: Bau Harum Setiap Jalan Yang Dilalui Baginda SAW, Batu Dan Pohon Kayu Sujud Kepadanya
  • Mukjizat 16: Air Kumuran Rasulullah SAW Lebih Harum Daripada Kasturi
  • Mukjizat 17: Baginda SAW Melihat Para Sahabat Di Belakangnya
  • Mukjizat 18: Rasulullah SAW Dapat Melihat Di Dalam Gelap
  • Mukjizat 19: Abu Tholhah Al-Ansari r.a Mengundang Rasulullah SAW Makanan
  • Mukjizat 20: Sedulang Sajian Yang Ditambah Dari Langit
  • Mukjizat 21: Undangan Abu Ayyub Al-Ansari r.a.
  • Mukjizat 22: Keberkatan Kambing Yang Dibeli Rasulullah SAW
  • Mukjizat 23: Kurma Berbuah Pada Tahun Ditanam
  • Mukjizat 24: Undangan Rasulullah SAW Untuk Menikmati Susu Yang Sedikit
  • Mukjizat 25: Hilang Rasa Lapar Daripada Sayidah Fatimah
  • Mukjizat 26: Kejadian Mukjizat Di Dalam Kantung Abu Hurairah r.a.
  • Mukjizat 27: Keberkatan Peninggalan Rasulullah SAW
  • Mukjizat 28: Keberkatan Gandum Pemberian Rasulullah SAW
  • Mukjizat 29: Berlaku Keramat Kepada Utusan Rasulullah SAW
  • Mukjizat 30: Keramat Ummu Syuraik Ketika Berhijrah Menemui Rasulullah SAW
  • Mukjizat 31: Mukjizat Pada Dua Bekas Air Dengan Berkat Doa Rasulullah SAW
  • Mukjizat 32: Allah Makbulkan Doa Diturunkan Hujan
  • Mukjizat 33: Muncul Keberkatan Pada Tunggangan Jabir r.a.
  • Mukjizat 34: Rasulullah SAW Mengalahkan Rukanah Ahli Gusti Terhandal
  • Mukjizat 35: Memberitahu Si Penanya Soalan Yang Akan Ditanya
  • Mukjizat 36: Memberitahu Musibah Yang Bakal Menimpa Uthman r.a.
  • Mukjizat 37: Mukjizat Kenabian pada 'Utbah Bin Farqad r.a.
  • Mukjizat 38: Mukjizat Kenabian Pada Wajah Qatadah Bin Milhan r.a.
  • Mukjizat 39: Doa Rasulullah SAW Untuk 'Urwah Al-Bariqi r.a.
  • Mukjizat 40: Doa Nabi SAW Dihilangkan Kesejukan Jemaah Masjid Nabawi
  • Mukjizat 41: Doa Nabi SAW Untuk Suami Isteri Agar Bermesra Dan Berkasih Sayang
  • Mukjizat 42: Doa Nabi SAW Ke Atas Orang Yang Makan Dengan Tangan Kiri
  • Mukjizat 43: Balasan Terhadap Orang Tidak Beradab Ketika Mendengar Sabdanya
  • Mukjizat 44: Doa Nabi SAW Ke Atas Orang Yang Berdusta Atas Namanya
  • Mukjizat 45: Berkat Rambut Rasulullah SAW
  • Mukjizat 46: Syurga Tidak Layak Untuk Penderhaka
  • Mukjizat 47: Pereka Hadis Palsu Menempah Tempat Di Neraka
Harga = RM24.00 (Sem) RM26.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 193
Penerbit - PSN Publications Sdn Bhd

Sunday, January 20, 2013

Sejarah & Perkembangan Gerakan Islam Abad Moden

...Buku ini menemui pembaca dengan beberapa matlamat, yang pertamanya untuk berk0ngsi ilmu dan maklumat tentang sejarah dan perkembangan gerakan Islam yang muncul selepas era kejatuhan Khilafah Uthmaniah, di mana gerakan ini telah mengalami pasang surut perjuangan, menghadapi tajribah politik, diasak dan dimatangkan dengan pengalaman sejarah mereka sendiri. Yang keduanya ialah untuk memahami kekuatan dan potensi sesebuah gerakan Islam yang berinteraksi dengan massa atau regim di mana mereka beroperasi.

Matlamat yang ketiga ialah untuk mengembangkan fikrah harakiah kepada pembaca budiman yang seboleh mungkin akan memancing minat pembaca untuk terlibat dengan kerja-kerja amal Islami yang luasnya tidak bertepi, dalam 'fitnah' besar yang sedang dihempap kepada umat Islam masa kini yang serba terpuruk dan semakin songsang kefahaman agamanya.

- Penerbit

KANDUNGAN

- Gerakan Islam Dalam Dekad Kebangkitan: Suatu Refleksi Kepada Kebejatan
- Ikhwanul Muslimin: Merintis Kembali Khalifah Yang Hilang
- Indonesia Dan Sejarah Gerakan Islam
- Sejarah Dan Perkembangan FIS (Barisan Penyelamat Islam) di Algeria
- Sejarah Dan Perkembangan Jami'at Islami
- HAMAS: Mengharungi Medan Tempur Di Palestin
- Sejarah Dan Perkembangan Parti Islam SeMalaysia (PAS)
- Geraka Islam Turki
- Galeri

Harga = RM18.00
Mukasurat = 175
Penulis = Ustaz Riduan Mohamad Nor
Penerbit = Jundi Resources

Yusuf Al-Qaradhawi & Kebangkitan Rakyat

Mari kita renung kata-kata Saiyidina Umar RA yang pernah mencadangkan sebuah perarakan. Beliau berkata kepada Rasulullah SAW setelah mengisytiharkan pengislamannya di rumah al-Arqam bin Abi al-Arqam. Katanya: "Ya Rasulullah, bukankan kita di pihak yang benar, sama ada kita hidup mahupun mati?" Nabi SAW menjawab: "Ya, demi Tuhan yang jiwaku berada di dalam kekuasaan-Nya, sesungguhnya kamu berada di pihak yang benar, sama ada kamu hidup atau mati."

Saiyidina Umar RA berkata: "Jika begitu, kenapa kita bersembunyi? Demi Tuhan yang mengutusmu dengan kebenaran, kamu pasti akan keluarkan kami (dari persembunyian)." Lalu baginda mengeluarkan para sahabat dalam dua barisan. Satu barisan diketuai oleh Saiyidina Hamzah RA, satu lagi pula diketuai oleh Saiyidina Umar RA. Derapan langkah mereka begitu mantap dan teratur, seperti hentakan penumbuk batu ke dalam lesungnya, sehingga mereka berjaya memasuki Masjid al-Haram. Kata Saiyidina Umar RA: "Pada saat itu, ketika golongan Quraisy melihat aku dan Hamzah, mereka terus berasa kecewa dan hampa. Semenjak itu, Rasulullah SAW telah menggelarkanku sebagai al-Faruq."

KANDUNGAN

BAHAGIAN 1: HIMPUNAN KETERANGAN, KHUTBAH, FATWA, SEMINAR BERKAITAN KEBANGKITAN RAKYAT MESIR
  • Siapakah Yang Menentukan Kerosakan Pemimpin?
  • Adakah Islam Membenarkan Demonstrasi Dan Protes Secara Aman?
  • Kenyataan Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi Yang Pertama Dalam Akhbar Asy-Syuruq Al-Qahirriyyah (27 Januari 2011)
  • Kenyataan Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi Secara Langsung Menerusi Al-Jazeera Mendesak Pengunduran Mubarak (29 Januari 2011)
  • Kenyataan Persatuan Ulama Sedunia Terhadap Gerakan Intifadhah Mesir (30 Januari 2011)
  • Ucapan Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi Untuk Seluruh Rakyat Mesir (2 Februari 2011)
  • Ucapan Dan Doa Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi Untuk Generasi Muda Penggerak Revolusi Mesir Menerusi Al-Jazeera (2 Februari 2011)
  • Khutbah Jumaat Bertemakan 'Masa Untuk Berundur' (4 Februari 2011)
  • Ucapan Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi Dalam Pehimpunan Menyokong Revolusi Rakyat Mesir di Doha (4 Februari 2011)
  • Ucapan Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi Pada Pembukaan Multaqa Ilmi Kali Ke-2 (4 Februari 2011)
  • Khutbah Jumaat Hari Perletakan Jawatan Hosni Mubarak Di Masjid Umat Al-Khattab, Doha (11 Februari 2011)
  • Ucapan Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi Menerusi Al-Jazeera Pada Jumaat Hari Perletakan Jawatan Hosni Mubarak (11 Februari 2011)
  • Wawancara 'Syariah Dan Kehidupan' Menerusi Al-Jazeera (13 Februari 2011)
  • Jawapan Kepada Fatwa 'Demonstrasi Bererti Khuruj Ke Atas Pemerintah'
  • Adakah Menyokong Demonstrasi Aman Bererti Menyokong Perbuatan Fitnah?
  • Ucapan Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi Di Festival Komuniti Mesir Di Qatar (16 Februari 2011)
  • Khutbah Jumaat Kemenangan Di Dataran Tahrir (18 Februari 2011)
BAHAGIAN 2: LAPORAN BERITA, TULISAN-TULISAN TOKOH, PENDAKWAH, WARTAWAN DAN LAIN-LAIN
  • Keruntuhan Institusi Kajian Dan Penyelidikan (Barat): Di Antara Kejayaan Bouazizi Dan Dokongan Al-Qaradhawi (Laman Web Akhbar Al-Syarq)
  • Al-Qaradhawi Seorang Pemidato Agung Menyokong Kelangsungan Revolusi (Harian Mesir)
  • Haikal, Al-Qaradhawi Dan Khomeini (Al-Yaum As-Sabi')
  • Al-Qaradhawi: Saya Tiada Kena Mengena Dengan Ikhwan (Al-Ahram)
  • Kitab Taurat Bukanlah Bahan Sejarah (Al-Hayat - 'Uyun Wa Azaan)
  • Mantan Ketua Mossad Mengajak Netanyahu Berdamai Dengan Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi (Al-Yaum As-Sabi')
  • Tolak Kepimpinan Al-Qaradhawi (Al-Madinah)
  • Pembohong Berita-Berita Sensasi (Asy-Syuruq)
  • Mesir Moden Menolak Sekularisme (Al-Wafdu)
  • Di Atas Pentas (Al-Madinah)
  • Pusat Kajian Zionis: Al-Qaradhawi Menghantui Israel Islamofobia (Al-Misriyyun)
  • Al-Qaradhawi, Faqih Yang Marah Kezaliman Pemerintah Dan Golongan Pelampau (Al-Qaradhawi)
  • Al-Qaradhawi Dan Revolusi Islam (Harian Mesir)
Harga = RM22.00 (Sem) RM25.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 270
Editor = Sheikh Sirhan Bakatal
Tajuk Asal = 25 Yanair Sanah 2011, Thaurah Sha'ab

Tuesday, January 8, 2013

Ledakan Facebook: Antara Pahala & Dosa

Zaman ini, Facebook digunakan di mana sahaja, di rumah, di pejabat, perniagaan kecil, besar, NGO, malah kerajaan sebuah negara juga menggunakan Facebook. Daripada presiden sebuah negara, perdana menteri, artis sehingga pelajar sekolah sudah mahir menggunakan Facebook.

Cuma golongan yang masih kurang menggunakan Facebook adalah golongan agamawan. Antara hujah yang diberikan:
  • Facebook adalah agenda Yahudi yang cuba menyesatkan umat Islam
  • Facebook ejen CIA
  • Facebook mendedahkan diri kepada zina
  • Facebook mendedahkan aib diri sendiri
  • Dan banyak lagi
Benarkah dakwaan begitu? Benarkah Facebook begitu jahat sehingga haram digunakan oleh umat Islam. Tokoh terkenal, Dr. Zaharuddin Abd Rahman menjawab persoalan ini dengan penuh hikmah dan rasional.

- Penerbit

KANDUNGAN

Bahagian 1: Facebook: Ke Syurga Ataupun Neraka?
  • Bab 1: Hukum Facebook Dan Blog
  • Bab 2: Dosa-Dosa Dan Facebook
  • Bab 3: Facebook Menjadi Tempat Promosi Maksiat Dan Buka Aib Sendiri
  • Bab 4: Panduan Berblog Dan Facebook
  • Bab 5: Blog Dan Facebook Perantara Ulama Dan Rakyat
  • Bab 6: Kaedah Mengambil Manfaat Daripada Facebook, Ceramah Dan Blog Ilmuwan
  • Bab 7: Fenomena Puji, Ampu Dan Bodek Di Facebook
Bahagian 2: Kongsi Status Facebook Berhikmah
  • Bab 8: Akidah
  • Bab 9: Ibadah
  • Bab 10: Bersih Jiwa
  • Bab 11: Keluarga Dan Rumah Tangga
  • Bab 12: Lelaki Dan Wanita
  • Bab 13: Motivasi
  • Bab 14: Hari Raya
  • Bab 15: English
Harga = RM18.00 (Sem) RM20.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 170 (Berwarna penuh)
Penerbit = PTS Islamika Sdn Bhd

Sunday, December 23, 2012

Suami Yang Teruji

Para suami adalah pemimpin kepada ahli keluarganya. Jika pincang kepimpinannya maka runtuhlah mahligai rumah tangga yang dibina. Pada pundaknya terpikul tanggungjawab yang maha berat untuk memastikan ahli keluarga yang dipimpin berada di jalan Allah. Justeru, tidak sedikit ujian yang perlu ditempuh oleh setiap kaum Adam yang bergelar suami.

Apabila ditanya siapakah orang yang paling rapat dengan seorang suami? Pasti jawapan yang diberikan ialah isteri. Jadi apakah yang sewajarnya dilaksanakan oleh para suami terhadap insan yang paling rapat dengan mereka? Adakah hanya di waktu-waktu tertentu sahaja atau di sepanjang masa? Persoalan ini dibangkitkan bukan kerana mahu membuka pekung di dada, tetapi lihatlah dari sudut kaca mata positif. Isteri adalah orang yang paling rapat dan disayangi. Memang semua bersetuju. Namun, mengapa sanggup membiarkan para isteri bersendirian sewaktu mereka bertungkus-lumus melaksanakan pelbagai tugas di rumah?

"Itu memang tugas isteri. Mereka perlu layan suami, anak-anak dan semua tugas di rumah."
"Siapa kata  begitu?"

Diam.

"Jangan pinta hidup yang mudah,
tetapi pintalah hati yang tabah
untuk menghadapinya."

KANDUNGAN
  • Bab 1: Cinta Beralih Arah
  • Bab 2: Beban Tak Tertanggung
  • Bab 3: Janji Manismu
  • Bab 4: Tulang Sudah Reput
  • Bab 5: Anak Manja
  • Bab 6: Belum Dapat Hidayah
  • Bab 7: Sibuk 24 Jam
  • Bab 8: Masih Bujang Senang
  • Bab 9: Sikap Ambil Mudah
  • Bab 10: Subuh Oh Subuh
  • Bab 11: Ikut Cakap Saya
  • Bab 12: Pasrah
  • Bab 13: Sayang Salmah
  • Bab 14: Cemburu Sayang
  • Bab 15: Dengar Cakap Orang
  • Bab 16: Aku Mahu Kaya
  • Bab 17: Ini Hobi Saya
  • Bab 18: Kenapa Terpaksa
  • Bab 19: Cinta 'Muka Buku'
  • Bab 20: Demi Cinta Bibik
Harga = RM20.00 (Sem) RM22.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 315
Penulis = Wan Zayuhisyam Wan Yusoff
Penerbit = Galeri Ilmu Sdn. Bhd.

Saturday, December 22, 2012

Muhammad Al-Fatih 1453

Ini adalah kisah ketika dunia hanya mengenal dua wilayah; Barat dan Timur. Ini adalah persaingan antara dua negara: Imperium Rom dan Khalifah Islam. Ini adalah ceritera saat dunia terbahagi menjadi dua bahagian; Kristian dan Islam. Ini adalah epik antara dua kekuatan: Byzantium dan Uthmani.

Pada suatu masa ketika dunia hanya terbahagi menjadi dua bahaagian, sudah menjadi kewajaran bagi Barat untuk menakluki Timur. Namun ada seorang pemuda yang membalikkan semuanya dan menakluki sebahagian besar Barat.

Pemuda yang mengukir namanya dalam sejarah emas dunia, dengan prestasi dan pencapaian yang tidak pernah ada pada masanya ataupun sebelumnya, prestasi yang jauh melampaui zamannya.

Ini adalah satu pertempuran paling penting dalam sejarah Islam dan sejarah dunia. Pertempuran yang sangat berpengaruh kepada hubungan Kristian dan Islam serta panglima terbaik yang telah digambarkan oleh Baginda Rasulullah SAW.

- Penerbit

...Strategi, teknologi dan paling utama
pertolongan Allah SWT
syarat kemenangan

KANDUNGAN

Prologue: The Sacred Promise
  1. Stairway to Constantinople
  2. Emergence of Ghazi State
  3. The Promised Sultan
  4. Bogaz Kesen
  5. Impregnable Defenses
  6. Arms of Hope
  7. The Best Army
  8. Numberless as Grains of Sands
  9. A Test of Faith
  10. Cul-de-Sac
  11. Beyond The Eyes Can See
  12. Unwavering Resolutions
  13. The Sign of Cresents
  14. The Secret of Victory
  15. Full of Islam
  16. Road to Rome
Epilogue: Unfinished Conquest
Al-Fatih The Next Pavement to Rome
Mehmed II Legacy

Harga = RM24.00 (Sem) RM27.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 318
Penulis = Felix Y. Siauw
Penerbit = Alam Raya Enterprise Sdn. Bhd.
 

Thursday, December 20, 2012

10 Hari Kebesaran Islam

Buku ini memaparkan keistimewaan yang terdapat di dalam hari-hari kebesaran Islam malah turut memaparkan amalan-amalan yang boleh dilakukan serta perbahasan dari sudut bahasa dan ilmiah mengenai hari kebesaran tersebut.

Maulidur Rasul contohnya, ia bukan sahaja perayaan bagi mengingati kelahiran nabi junjungan teragung Muhammad SAW malah lebih dari itu, ia adalah perayaan bagi mengenang jasa dan pengorbanan serta yang paling bernilai ialah kecintaan baginda SAW terhadap umatnya. Walaupun perayaan ini tidak disambut olen Nabi SAW sendiri dan para sahabatnya namun sebagai mengenang kasih sayang yang tidak terhingga Nabi SAW kepada kita, tidak salah malah menjadi satu kebaikan jika kita merayakannya sebagai membalas cinta nabi terhadap kita. Begitu juga dengan perayaan-perayaan lain di dalam Islam, semuanya menyimpan peristiwa-peristiwa besar yang perlu dikenang dan diraikan.

Rasa banggalah dengan Hari-Hari Kebesaran Islam.

- Penerbit

KANDUNGAN
  1. Maal Hijrah
  2. Hari Asyura
  3. Maulidur Rasul
  4. Israk Mikraj
  5. Nisfu Syaaban
  6. Nuzul Quran
  7. Badar Al-Kubro
  8. Lailatul Qadar
  9. Aidilfitri
  10. Aidiladha
Harga = RM16.90 (Sem) RM19.90 (Sab/Swk)
Mukasurat = 166
Penulis = Ustaz Rusydi Ramli Al-Jauhari
Penerbit = Must Read Sdn. Bhd.

Tuesday, December 18, 2012

100 Pesanan Terakhir Rasulullah

KEHIDUPAN ini sememangnya memiliki rahsia yang tersembunyi. Adakala, apa yang kita harapkan tidak menjadi, sebaliknya apa yang tidak diminta, kita memperolehinya. Usah cepat berputus asa dengan rahmat ILAHI dan terus  menghukum bahawa doa kita tidak diperkenankan.

Teruskanlah memohon di samping merenung ke dalam diri apakah yang telah ALLAH limpahkan kepada kita. Sejujurnya, jika hendak dicatatkan, sudah tentu tinta seluas air lautan yang digunakan tidak mencukupi. Ini menggambarkan betapa tidak terhitung nikmat-NYA.

Maka, untuk kesejahteraan di dunia dan akhirat, kita perlu sentiasa mengingati pesanan Rasulullah S.A.W. agar tidak lalai dengan tipu daya nikmat dunia. Meskipun Rasulullah S.A.W. telah meninggalkan kita namun titipannya iaitu al-Quran dan sunnah telah dijadikan panduan.

100 PESANAN TERAKHIR RASULULLAH ini bisa menggetarkan setangkai hati kita andai ada pesanan ini jauh daripada jangkauan apa yang dilaksanakan. Jadikanlah peringatan ini sebagai kayu ukur amalan kita. Mogaa ada kebaikan yang dapat dikongsi bersama. In Sha ALLAH.

KANDUNGAN
  • Tawaduk Penghapus Kesombongan
  • Bersedekah Biarlah Ikhlas
  • Isteri, Taatilah Suamimu
  • Peliharalah Solatmu
  • Pertolongan Allah Menanti Bagi Yang Sabar
  • Bersahabat Cara Rasulullah
  • Makanan Seimbang Cara Rasulullah
  • Anak Adalah Ujian Allah
  • Ziarahilah Kubur Ingati Kematian
  • Suasanakan Keluarga Dengan Ciri Islami
  • Mengharap Keredhaan Beribadat
  • Memberi Salam Satu Sedekah
  • Al-Quran Dan Sunnah Panduan Hidup
  • Bonus
Harga = RM18.00 (Sem) RM21.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 405
Penulis = Muhd Nasruddin Dasuki
Penerbit = Karya Bestari Sdn. Bhd.

Popular Posts

Borang Pesanan / Soalan / Pendapat

Nama:
Nombor Telefon:
Alamat Surat Menyurat:
Alamat Email:
Pesanan:

Home

IKLAN!!!

IKLAN!!!
Sticker Keyboard Arab. RM 7.00 je satu...