Pages


Petikan Hadith Kelapan, Kitab "Empat Puluh Hadith Kelebihan Ilmu Dan Ulama'"

Kedai Buku Tinta Ilmu, Lot 2-8-8, Tingkat 1, Pusat Beli Belah Ole-Ole, Jalan Pinang A 18/A, Seksyen 18, 40200 SHAH ALAM, Selangor.

Tuesday, July 7, 2009

Mengapa Kami Bantah! (Edisi Kedua) Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) - Mesti Baca!!!

Setelah sekian lama bahasa Melayu berjaya memandaikan semua lapisan warga negara Malaysia, kini pemimpin Melayu menggantikannya dengan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar pendidikan. Dasar ini ditentang dengan alasan-alasan lojikal oleh cendekiawan dan budayawan Melayu. Bacalah hujah-hujah mengapa mereka menentang. Mereka mengemukakan hujah jitu dengan tidak meremehkan pandangan orang lain.

Profesor Emeritus Dr. Abdullah Hassan adalah Profesor Bahasa Melayu di Fakulti Bahasa, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, dan merangkap Pengarah, Institut Peradaban Melayu, di universiti yang sama. Beliau adalah antara cendekiawan dan budayawan Melayu yang lantang memperjuangkan supaya kedudukan dan fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ilmu dan bahasa pentadbiran negara dikembalikan semula.

- Penerbit

"Buku ini mengandungi hujah-hujah bagi memansuhkan PPSMI. Adalah didapati bahawa dasar PPSMI ini tidak sah dari segi undang-undang. Sekiranya dilaksanakan juga, maka kesan negatif terhadap bangsa dan budaya Malaysia khasnya adalah sangat serius."

KANDUNGAN

- Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan
- Pendirian Bersama Para Profesor SAKTI Seluruh Malaysia Terhadap Dasar PPSMI
- Nasionalisme Dan Perjuangan Bahasa
- Kekeliruan Sikap Dan Budaya Pemimpin
- Yang Kita Perjuangkan Bukan Sekadar Bahasa
- Pencapaian Sakti Melayu Malaysia 1958-2002: Sebuah Tragedi Dalam Peradaban Melayu Moden
- Musibah PPSMI Dalam Konteks Cabaran Bahasa Melayu Sebagai Tunjang Tamadun
- Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Pengantar Sains Dan Matematik: Mengapa Ditentang? Soalan Yang Selalu Ditanyakan
- Penerimaan Pengajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris: Konflik Antara Dua Darjat
- Bahasa Melayu Akan Pupus
- Ramalan Ngeri Masyarakat Budayawan
- Kesan Dasar Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) Di Sekolah Rendah Dan Menengah

LAMPIRAN: RESOLUSI-RESOLUSI TERPILIH

- Memorandum Gerakan Memansuhkan PPSMI
- Memorandun Asasi Tentang Pengajaran Sains Dan Matematik Sekolah Dalam Bahasa Inggeris
- Kebimbangan Kumpulan Prihatin
- Isu Bahasa & Pendidikan: Harapan Kumpulan Prihatin
- Petisyen Kepada Kementerian Pelajaran Malaysia
- Resolusi Seminar Agenda Melayu
- Usul Persatuan Penulis Kuala Lumpur (KALAM)

Harga = RM15.00 (Sem) RM17.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 209
Penyusun = Profesor Emeritus Dr. Abdullah Hassan
Penerbit = Persatuan Penterjemah Malaysia

Agama Dan Politik - Wawasan Ideal Dan Menyanggah Kekeliruan Pemikiran Sekular - Liberal

Merupakan suatu kebaikan juga kalau politik masuk ke dalam agama, bukan untuk menjadikan agama sebagai tunggangan atau sebagai suatu alat eksploitasi terhadap pihak lain, melainkan untuk menjadikan agama itu sebagai petunjuk agar terwujudnya suatu pemerintahan yang adil berdasarkan pemesyuaratan dan setiakawan sosial; untuk menjadikan agama itu sebagai suatu kekuatan pendorong agar politik menjadi alat penolong kebenaran, sarana buat kebajikan; serta menjadi kekuatan pengawal agar politik tidak digunakan sebagai alat untuk berbuat kejahatan dan menyebar luaskan lerusakan akhlaq.

Kalau semua yang tersebut di atas merupakan fungsi daripada agama secara amnya, maka agama Islam-secara khas-menolak adanya pemisahan antara agama dan politik, antara akidah dan syari'at, antara ibadah dan muamalah, antara masjid dan pasar , serta antara iman dan kehidupan.

Tidak adanya pemisahan tersebut sudah lama diterapkan dalam sejarah Islam selama lebih dari tiga belas kurun lamanya. Setelah imperilisme Barat menyerang negara-negara Islam, menguasai berbagai aspek kehidupan serta menjadi satu-satunya pemilik kuasa dalam menentukan, undang-undang, pengetahuan, pendidikan dan informasi, barulah terjadi banyak perubahan. Mereka kemudian mengarahkan dan mencorakkan negara-negara Islam menurut keinginan mereka.

Tetapi, kebangkitan Islam moden benar-benar telah menghapuskan perbuatan sesuka hati kaum imperialis sekaligus membuangkannya. Setelah benar-benar sirna, mulailah muncul kekuatan jati diri Islam yang tampak pada umatnya. Terbuktilah Sunnatullah bahawa pada akhirnya kemenangan akan menjadi milik kebenaran dan hanya yang paling mulia dan paling sesuailah yang akan wujud.

- Penerbit

KANDUNGAN

BAB1: MENJELASKAN DUA ISTILAH KUNCI
- Agama Dan Politik

Fasal 1: Definisi Kata 'ad-din' Menurut Etimologi Dan Terminologi
Fasal 2: Definisi Kata 'as-Siyasah'

BAB 2: KAITAN AGAMA DAN POLITIK
- Antara Perspektif Ulama Dan Golongan Sekularis

Fasal 1: Sekularis Menafikan Kesejagatan Islam
Fasal 2: Tidak Ada Pemisahan Agama Dan Politik
Fasal 3: Sebutan Islam Politik
Fasal 4: Politik Dalam Perspektif Teks Dan Maslahah
FAsal 5: Maslahah Statik Dan Maslahah Dinamik

BAB 3: AGAMA DAN NEGARA DALAM ISLAM

Fasal 1: Islam Berhak Mendirikan Sebuah Negara
Fasal 2: Umat Islam Berhak Memiliki Parti Politik
Fasal 3: Negara Islam: Negara Sivil Yang Berpandukan Ajaran Islam
Fasal 4: Negara Islam Adalah Negara Syura Yang Sesuai Dengan Semangat Demokrasi
Fasal 5: Negara Islam Dan Hak-Hak Kaum Minoriti
Fasal 6: Negara Islam Dan Hak-Hak Asasi Manusia

BAB 4
Bahagian 1
- Sekularisme: Penyelesaian Atau Masalah?
- Al-Jabiri, 'Sekularisme Di Dunia Arab Adalah Slogan Palsu'
- Prof. Abul Majd, "Jangan Mengajak Kepada Sekularisme"
- Rasionaliti Dan Demokrasi Dapat Berjalan Selari Dengan Substansi Islam
- Rasionaliti Yang Ideal
- Hegemoni Semangat Intelektual Dalam Kehidupan
- Karekteristik Semangat Ilmiah Yang Diperlukan
- Hubungan Filosof Ibnu Rusy Dan Sekularisme: Kekeliruan Meyalahi Fakta

Bahagian 2
- Aliran Sekularisme Islam

BAB 5: POLITIK KUMPULAN MINORITI ISLAM
- Kewujudan Islam Di Barat
- Konservatisme Yang Tidak Eksklusif Dan Inklusifisme Yang Tidak Tercabut Dari Akarnya

Harga = RM28.00 (Sem) RM31.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 254
Penulis = Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradhawy
Penterjemah = Ibnu Sham
Penerbit = Alam Raya Enterprise

Doa & Amalan Di Bulan Rejab, Sya'aban Dan Ramadhan

KANDUNGAN

DOA DAN AMALAN DI BULAN REJAB
- Doa Rasulullah S.A.W. Menjelang Bulan Rejab
- Doa Istighfar Pagi Dan Petang Rejab
- Doa Istighfar Agar Dikabulkan
- Doa Penghulu Istighfar
- Doa Memohon Keredhaan Allah
- Doa Sayyiduna Ali R.A.
- Doa Nabi Adam A.S.
- Istighfar Memohon Keampunan
- Keistimewaan Bulan Rejab

DOA DAN AMALAN DI BULAN SYA'BAN
- Membaca Surah Yaasin Di Malam Nisfu Sya'ban
- Makna Surah Yaasin
- Doa Yang Masyhur Malam Nisfu Sya'aban
- Doa Rasulullah S.A.W. Sewaktu Solat Di Malam Nisfu Sya'aban
- Keistimewaan Bulan Nisfu Sya'aban

DOA DAN AMALAN DI BULAN RAMADHAN
- Doa Rasulullah S.A.W. Sewaktu Melihat Anak Bulan
- Doa Pada Hari Pertama Di Bulan Ramadhan
- Doa Berpisah Dengan Bulan Ramadhan
- Doa Selepas Solat 5 Waktu Di Bulan Ramadhan
- 7 Perkara Sunat Dilakukan Rasulullah S.A.W. Di Bulan Ramadhan
- Keistimewaan Bulan Ramadhan

Harga = RM12.50
Mukasurat = 112
Penyusun = Ahmad Lutfi Bin Abdul Wahab Al-Linggi
Penerbit = Mawleed Publishing

Saturday, July 4, 2009

Panduan Qurban, Aqiqah Dan Khitan - Ibadah Yang Amat Digalakkan

Dalam buku ini dihuraikan secara terperinci segala masalah yang berkaitan dengan tiga bentuk amalan yang telah menjadi kelaziman kaum muslimin dari dahulu hingga sekarang. Tiga ibadah yang kami maksudkan ialah: ibadah qurban, aqiqah dan berkhitan. Walaupun ketiga-tiga ibadah ini sunat hukumnya, tetapi ketiga-tiganya mempunyai hikmah yang besar dan ganjaran yang hebat.

Benar, mereka mengkhitankan anak-anak mereka, tetapi hal itu mereka lakukan tidak disertai dengan penghayatan terhadap makna khitan. Mereka merasa cukup dengan membawa anak mereka ke klinik dan membayar upah sekian ringgit, lalu selesai. Mereka tidak pernah mencuri tahu makna apa yang ada di sebalik khitan itu, sehingga mereka tidak peduli dengan aspek spiritual dan sosial dari berkhitan itu.

Demikian pula halnya dengan aqiqah. Bahkan mungkin ada sesetengah orang yang menganggap aqiqah sebagai sesuatu yang melanggar prinsip ekonomi, sebagai penghamburan wang untuk sesuatu yang tidak nyata manfaatnya. Atau ada pula orang malah mengganti aqiqah itu dengan berpesta ria menyambut kelahiran bayi yang tidak boleh kita temukan dasarnya dalam agama.

Buku ini disusun berdasarkan keperluan praktikal tersebut. Yakni di samping memberi gambaran tentang berkhitan dan aqiqah juga seboleh mungkin mengungkap hikmatut tasyri' berkhitan dan aqiqah. Namun demikian, kami berusaha untuk tidak melupakan dimensi keilmuan dengan tetap menampilkan khazanah pemikiran Islam dalam masalah berkhitan dan aqiqah.

- Penyusun
KANDUNGAN

BAHAGIAN 1: SEJARAH QURBAN
- Asal-Usul Qurban
- Qurban Pada Masa Nabi Adam A.S.
- Qurban Pada Masa Nabi Ibrahim A.S.
- Qurban Pada Masa Nabi Musa A.S.

TUJUAN BERQURBAN

BAHAGIAN 2: QURBAN, FADHILAT DAN HUKUMNYA
- Pengertian Qurban
- Fadhilat Berqurban
- Hukum Berqurban

HAIWAN QURBAN
- Buta Sebelah Matanya
- Pincang
- Sakit
- Kurus
- Berkudis
- Taula'
- Tanggal Giginya

MENUNGGANG HAIWAN QURBAN

PENYEMBELIHAN
- Dasar Penyembelihan
- Rukun Dan Syarat Menyembelih
- Waktu Penyembelihan
- Hal-Hal Yang Disunatkan Ketika Menyembelih
- Alat Menyembelih
- Penyembelihan Dengan Alat Moden
- Sembelihan Janin

DAGING QURBAN

BAHAGIAN 3: BEBERAPA KEMUSYKILAN TENTANG QURBAN
- Haiwan Yang Boleh Dijadikan Qurban
- Manakah Yang Lebih Afdhal?
- Haiwan Qurban Yang Gemuk, Cantik Dan Bertanduk
- Boleh Berqurban Dengan Haiwan Jantan Atau Betina
- Haiwan Qurban Tidak Boleh Yang Bercacat
- Umur Haiwan Yang Dapat Dijadikan Qurban

BAHAGIAN 4: MATLAMAT BERQURBAN
- Dasar Berqurban
- Mengikhlaskan Niat Kerana Allah
- Haiwan Qurban Yang Memenuhi Syarat
- Tidak Mencukur Bulu Dan Tidak Memootong Kuku
- Menyembelih Mengikut Syariat
- Cara Menyembelih Qurban
- Dilarang Menjual Daging Qurban
- Berbuka Puasa Dengan Daging Qurban

BAHAGIAN 5: BILANGAN HAIWAN QURBAN
- Satu Qurban Untuk Satu Keluarga
- Qurban Atas Nama Orang Yang Sudah Mati
- Qurban Gotong Royong
- Berqurban Dengan Cara Menabung

BAHAGIAN 6: AQIQAH
- Pengertian Aqiqah
- Dalil Disyariatkan Aqiqah
- Hukum Aqiqah
- Haiwan Untuk Aqiqah
- Pesta Aqiqah

BAHAGIAN 7: 'ATIRAH, FARA' DAN NAZAR
- Pengertian 'Atirah
- Pengertian Fara'
- Hukum Penyembelihan 'Atirah Dan Fara'

NAZAR
- Pengertian Nazar

BAHAGIAN 8: BERKHITAN
- Pengertian Khitan
- Dalil Pensyariatan Berkhitan
- Hukum Berkhitan
- Yang Dipotong Ketika Mengkhitan Anak Lelaki
- Yang Dipotong Ketika Mengkhitan Anak Perempuan
- Waktu Berkhitan
- Orang Yang Mengkhitan
- Pesta Berkhitan

BAHAGIAN 9: HIKMAH BERQURBAN
SETIAP PERISTIWA BERLAKU ADA HIKMAHNYA
- Qurban Yang Dibakar
- Qurban Penebus Dosa
- Qurban Untuk Keselamatan

BAHAGIAN 10: HIKMAH AQIQAH DAN BERKHITAN

Harga = RM14.00
Mukasurat = 256
Penyusun = Muhammad Husnan Karim
Penerbit = Berlian Publications Sdn Bhd

Friday, July 3, 2009

Perselisihan Dalam Hukum Feqah

...Segala usaha yang dilakukan oleh para sahabat, tabi'en dan ulama-ulama semasa semuanya menghala kepada motif yang satu iaitu menyelesaikan sebarang perselisihan yang terdapat dalam hukum-hakam agama. Banyak sekali kaedah yang telah mereka fikirkan sama ada mengkaji dalil-dalil yang menunjukkan hukum-hakam tersebut ataupun mencari jalan-jalan yang sesuai untuk ditentukan sesuatu hukum padanya. Seseorang yang mengikuti setiap pengkajian tersebut pastinya akan mendapati bahawa banyak sekali hukum yang dipakai pada hari ini adalah hasil yang dicapai oleh para ulama yang terdahulu. Hampir keseluruhan hukum yang mereka fatwakan dapat diambil kata sepakat. Dan tugas untuk meneruskan lagi segala usaha mereka itu dalam menuju ke jalan persepakatan adalah menjadi tanggungjawab kita semua, bukannya menyemarakkan lagi jurang perbezaan yang cuba mereka dekatkan.

- Dr. Umar Sulaiman Al-Asyqar

KANDUNGAN

- Definisi Perselisihan
- Perintah Dan Larangan Allah
- Tidak Elok Bertelingkah Kerana Perkara Kecil
- Permasalahan Yang Menimbulkan Perselisihan
- Jenis Dan Sebab Perselisihan
- Syariat Dan Amalan
- Berpegang Teguh Pada Syarak
- Utamakan Syarak, Kemudiankan Pendapat Dan Tinggalkan Perselisihan
- Pendapat Dan Batasannya
- Tidak Mengikut Orang Yang Membelakangkan Nas Syarak Sekalipun Dia Berkedudukan Tinggi
- Taatilah Orang Yang Taat Kepada Allah
- Pendapat Dan Dalil Nas
- Fanatik
- Perselisihan Dan Pendebatan
- Menentukan Hukum Pada Tempatnya
- Bacalah Buku Yang Ada Dalil
- Mengkaji Dengan Teliti Dan Berijtihad Dan Tidak Tergesa-Gesa Dalam Mengeluarkan Fatwa
- Banyakkan Berbincang Dengan Ahli Ilmu
- Kesilapan Dalam Mengeluarkan Hukum
- Menjauhi Diri Dari Permasalahan Yang Diabaikan Oleh Syariat
- Pertanyaan Yang Digalakkan
- Larangan Keterlampauan Dalam Beragama

Harga = RM7.90
Mukasurat = 126
Penulis = Dr. Umar Sulaiman Al-Asyqar
Penterjemah = Zayuki
Penerbit = Jasmin Enterprise

Wednesday, July 1, 2009

Bahagiakah Rumahtangga Anda? - Siri Motivasi Pembuka Hati

Buku ini menitikberatkan tentang motivasi rumahtangga yang memberi penekanan kepada aspk menyuburkan jiwa, memberi kekuatan, dorongan dan ransangan dalam membina keluarga, memberi kefahaman kepada pembaca tentang falsafah dan tujuan rumahtangga serta peripentingnya rumahtangga sebagai tapak pembinaan masyarakat dan negara bahkan untuk kesejahteraan umat seluruhnya.

Justeru, buku ini membawa pembaca untuk melihat bahawa persoalan rumahtangga bukan perkara kecil dan remeh kerana rumahtangga ada hubung kait dengan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat bahkan ada kaitan dengan nasib dan masa depan umat Islam, secara sedar atau tidak, secara langsung atau tidak langsung.

- Penerbit

KANDUNGAN

- Bahagia Dengan Tuhan
- Perkahwinan Ibarat Membangunkan Masjid
- Hidup Bersama Tuhan
- Semua Manusia Perlukan Kasih Sayang
- Ego Menghancurkan Keharmonian
- Selesaikan Masalah Dengan Taqwa
- Akibat Tidak Bertaqwa
- Cukuplah Mati Sebagai Penasihat
- Mangenal Manusia
- Tersilap Dalam Memberi Kasih Sayang
- Suami Berwibawa
- Persiapan Taqwa
- Kes-Kes Contoh

Harga = RM15.00
Mukasurat = 228
Penulis = Shuib Bin Sulaiman
Penerbit = Fathusshudur Resources

Saturday, June 27, 2009

Koleksi Kisah Dari Tanah Suci - 'Berjumpa' Arwah Anak Di Makkah

'BERJUMPA' ARWAH ANAK DI MAKKAH (Koleksi Kisah Dari Tanah Suci) adalah himpunan 30 catatan di Tanah Suci (Makkah dan Madinah) serta perjalanan ke sana. Turut disertakan ialah sebuah catatan pesanan untuk bakal haji dan hajah.

Buku koleksi kisah-kisah dari Tanah Suci ini diusahakan oleh ROSLAN HAMID (Lanh) yang berkesempatan menunaikan haji pada tahun 2002.

Lahirnya buku ini bertujuan menyemarakkan semangat umat Islam, terutama di kalangan generasi muda untuk segera menunaikan rukun Islam kelima. Semoga buku ini dapat memberi manfaat kepada bakal haji dan hajah serta umat Islam keseluruhannya.

- Penerbit

"Adalah penting mengetahui cerita-cerita yang menjadi rahsia setiap orang yang menunaikan haji & umrah, kerana perkara itu hanya dialami oleh individu itu sahaja sama ada hasil keberkatan hidupnya atu sebaliknya..."
- Dato' Hj Md Daud Che Ngah

KANDUNGAN

Kisah 1: Rebut rurkun kelima, tinggalkan rukun kedua
Kisah 2: RM50 untuk harga segelas teh susu
Kisah 3: Raudhah 'terbuka luas' kerana utamakan ibu bapa
Kisah 4: 'Berjumpa' (Mimpikan) arwah anak di Makkah
Kisah 5: Jam Rolex RM2000 hilang akibat menunjuk-nunjuk
Kisah 6: Sesat kerana langgar arahan ustazah
Kisah 7: Menyuap nasi bungkus ke mulut jemaah merajuk
Kisah 8: Kalau sudah rezeki, hilang dalam api pun ditemui...
Kisah 9: Iktibar diberak merpati
Kisah 10: Kenangan sukar dilupa di Makam Ma'la
Kisah 11: Akibat sakitkan hati penjual tiket bas
Kisah 12: Melakukan korban tanpa mengeluarkan sesen pun
Kisah 13: Diberi petunjuk rawat perut sakit selepas berdoa di Raudhah
Kisah 14: Jemaah perlu kikis sikap buruk ketika di Tanah Suci
Kisah 15: Suami berhenti merokok selepas isteri, anak-anak berdoa di depan Kaabah
Kisah 16: Tuan Guru muncul di sisi ketika namanya disebut di Masjidilharam
Kisah 17: Gagal 'pertahan tempat duduk' dalam Masjid Nabawi
Kisah 18: Pengamal perubatan tradisional alami kesukaran di Makkah
Kisah 19: Berdialog, mencari kebenaran di Tanah Suci
Kisah 20: Bas berpatah balik selepas solat hajat di Bir Ali
Kisah 21: Senaskhah Al-Quran, sebuah buku doa pengubat hati
Kisah 22: 'Syeikh' minta 'fulus' di depan Kaabah
Kisah 23: Nyaris terjerut ketika melontar
Kisah 24: Dihadiahkan seuncang batu penuh makna di Jamrah
Kisah 25: Ibu dapat hadiah 13 naskhah Al-Quran
Kisah 26: Kamera dikembalikan selepas tiga bulan hilang
Kisah 27: Nama Fatimah Az-Zahra undang pelbagai ujian
Kisah 28: Tetap tunai haji walau dilanda tsunami
Kisah 29: Menikmati 'air fisabilillah' selepas melontar jamrah
Kisah 30: Perjalanan haji - lain hulu lain parang...
Penutup: Pesanan untuk insan bakal bergelar haji, hajah

Harga = RM10.00 (Sem) RM13.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 133
Penyusun = Roslan Hamid (Lanh)
Penerbit = Nufair Street Sdn Bhd

Himpunan Kisah-Kisah Mukjizat Para Nabi

Nabi Nuh A.S. yang dikurniakan Allah S.W.T. dengan sifat-sifat yang patut dimiliki oleh seorang nabi, fasih dan tegas dalam kata-katanya, bijaksana dan sabar dalam tindak-tanduknya melaksanakan tugas risalahnya kepada kaumnya dengan penuh kesabaran dan kebijaksanaan dengan cara yang lemah lembut mengetuk hati nurani mereka dan kaangkala dengan kata-kata yang tajam dan nada yang kasar bila menghadapi pembesar-pembesar kaumnya yang keras kepada yang enggan menerima hujah dan dalil-dalil yang dikemukan yang tidak dapat mereka membantahnya atau mematahkannya.

Akan tetapi walaupun Nabi Nuh A.S. telah berusaha sekuat tenaganya berdakwah kepada kaumnya dengan segala kebijaksanaan, kecekapan dan kesabaran dan dalam tiap kesempatan, siang mahupun malam, dengan cara berbisik-bisik atau dengan cara terang dan terbuka ternyata hanya sedikit sekali daripada kaumnya yang dapat menerima dakwahnya dan mengikuti ajakannya, yang menurut beberapa riwayat, tidak melebihi bilangan seratus orang.

- Penerbit

KANDUNGAN

- Kisah Dan Mukjizat Nabi Nuh A.S.
- Kisah Dan Mukjizat Nabi Hud A.S.
- Kisah Dan Mukjizat Nabi Saleh A.S.
- Kisah Dan Mukjizat Nabi Ibrahim A.S.
- Kisah Dan Mukjizat Nabi Ismail A.S.
- Kisah Dan Mukjizat Nabi Luth A.S.
- Kisah Dan Mukjizat Nabi Musa A.S.
- Kisah Dan Mukjizat Nabi Khidir A.S.
- Kisah Dan Mukjizat Nabi Daud A.S.
- Kisah Dan Mukjizat Nabi Sulaiman A.S.
- Kisah Dan Mukjizat Nabi Ayob A.S.
- Kisah Dan Mukjizat Nabi Yunus A.S.
- Kisah Dan Mukjizat Nabi Isa A.S.

Harga = RM18.00
Mukasurat = 339
Penulis = Mohd Najib & Mohd Suhail Lukman
Penerbit = Berlian Publication Sdn. Bhd.

Wednesday, June 24, 2009

Kesan Dosa Dalam Hidup - Percuma! VCD Nasihat Tuan Guru Nik Aziz Tentang Dosa

Semakin banyak dosa dan risiko dosa-dosa yang dilakukan, kepekaan terhadap masalah dosa akan semakin ringan dan berkurangan. Akhirnya seseorang akan termasuk ke dalam kategori orang yang dalam hatinya hinggap atau bersarang penyakit 'nifaq' (kemunafikan). Seperti yang pernah disampaikan sahabat Rasulullah S.A.W. yang senior dan kenamaan, Abdullah Bin Mas'ud R.A., bahawa orang munafik akan memandang remeh terhadap dosa, dia menganggapnya laksana lalat yang terbang sahaja. Sebaliknya orang mukmin akan melihat dosa bagaikan gunung yang akan jatuh menimpa dirinya. Cubalah bandingkan antara berat lalat dengan berat gunung. Demikianlah perbandingan sikap orang munafik dan sikap orang beriman terhadap dosa.

- Penerbit

"...tiap-tiap dosa, mesti ada kesan. Umpama orang yang makan barang beracun. Racun sedikit, maka kesannya sedikit. Racun banyak, maka kesannya banyak".

- Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat

KANDUNGAN

Bahagian 1: Hati Yang Peka Dan Sensitif
- Hati Sakit Dan Tidak Normal
- Dosa Membutakan Mata Hati
- Dosa Menyebabkan Jiwa Menjadi Kecil
- Orang Yang Melakukan Dosa
- Jatuhnya Martabat Dan Kedudukan
- Terjauhnya Seseorang Daripada Pujian
- Penyebab Berkurangnya Fungsi Akal
- Terputus Ikatan Hamba Dengan Allah
- Lenyapnya Keberkatan Agama
- Golongan Orang Paling Rendah
- Makhluk Akan Berkuasa
- Dosa Akan Menghianati Seseorang
- Hati Nurani Menjadi Buta
- Bekalan Kepada Musuh Sendiri
- Lupa Kepada Dirinya Sendiri
- Hilang Bermacam-Macam Nikmat
- Malaikat Menjauhkan Diri
- Datangnya Perkara-Perkara Kebinasaan

Bahagian 2: Pelbagai Kesan Dosa Terhadap Kehidupan Hamba
- Penyebab Timbulnya Pelbagai Kerosakan
- Kesan Dosa Terhadap Bentuk Rupa Dan Jasad
- Dosa Memadamkan Api Ghairah
- Hilangnya Sifat Malu
- Lemahnya Sikap Membesarkan Allah
- Allah Melupakan Dan Membiarkannya
- Hamba Terkeluar Dari Lingkungan Ihsan
- Lemahnya Hati
- Hilangnya Nikmat Dan Turunnya Bala
- Datang Perasaan Takut Dan Cemas
- Timbul Perasaan Liar Dalam Hati
- Kesimpulan

Bahagian 3: Taubat: Faktor Utama Kebersihan Hati

Bahagian 4: Mengenang Dan Menyingkap Kemurnian Hati Tokoh Wanita Salaf

Bahagian 5: Istighfar Amalan Para Ulama

Harga = RM23.00 (Sem) RM26.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 184
Karya = bnu Qayyim
Penterjemah = Ustaz Ahmad Asri Lubis
Penerbit = Anbakri Publika Sdn Bhd

Islam Dalam Sejarah Asia Tenggara Tradisional

Sesuai dengan judulnya, Islam dalam Sejarah Asia Tenggara Tradisional, buku ini mempunyai beberapa ciri yang tertentu. Pertama, ia memberi penekanan kepada perspektif Islam di sini, maksudnya ialah tinjauan secara kritikal menurut pandangan Islam terhadap zaman pra-sejarah, zaman pengaruh Hidu-Buddha dan juga zaman pengaruh Islam sendiri. Yang kedua, penekanan diberikan kepada pengaruh atau peranan Islam dalam sejarah Asia Tenggara. Jika selama ini terdapat semacam pengabaian atau usaha untuk menafikan wujudnya Zaman atau Period Islam dalam sejarah Asia Tenggara, maka buku ini merupakan reaksi terhadap penafian tersebut.

- Penulis

KANDUNGAN

BAHAGIAN PERTAMA: ZAMAN "PRA SEJARAH"
Bab 1: Kebudayaan Pra Sejarah
- Kebudayaan Prasejarah di Asia Tenggara
- Kebudayaan Prasejarah di Malaysia

Bab 2: Penilaian
- Teori Evolusi dan Konsep Prasejarah
- Perspektif Sains
- Perspektif Islam

BAHAGIAN KEDUA: ZAMAN PENGARUH INDIA
Bab 3: Proses Pengindiaan

Bab 4: Pengaruh India (1) Kerajaan
- Tanah Besar
- Semenanjung Tanah Melayu
- Kepulauan (1): Kalimantan / Borneo
- Kepulauan (2): Sumatera
- Kepulauan (3): Jawa
- Kepulauan (4): Bali

Bab 5: Pengaruh India (2) Kepercayaan
- Agama Hindu-Buddha
- Agama Hindu-Buddha di Asia Tenggara

Bab 6: Pengaruh India (3) Kebudayaan
- Politik dan Perundangan
- Sosial dan Ekonomi
- Kesenian dan Hiburan
- Bahasa dan Sastera

Bab 7: Penilaian
- Pendapat Dr. Siddiq Fadhil
- Fatwa Mufti Selangor
- Fatwa Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah
- Reaksi Sultan Kedah

BAHAGIAN KETIGA: ZAMAN PENGARUH ISLAM
Bab 8: Proses Pengislaman

Bab 9: Pengaruh Islam (1) Kerajaan
- Kepulauan (1): Sumatera
- Kepulauan (2): Jawa
- Kepulauan (3): Kalimantan / Borneo
- Kepulauan (4): Filipina
- Semenanjung Tanah Melayu
- Tanah Besar

Bab 10: Pengaruh Islam (2) Kepercayaan
- Konsep Aqidah
- Aqidah Islam di Nusantara

Bab 11: Pengaruh Islam (3) Kebudayaan
- Politik dan Perundangan
- Sosial dan Ekonomi
- Kesenian dan Hiburan
- Bahasa dan Sastera
- Pendidikan dan Ilmu Pengetahuan

Bab 12: Penilaian
- Pendapat Hamka
- Pendapat M. Natsir

Bab 13: Penutup: Kedatangan Penjajah

Harga = RM12.00
Mukasurat = 166
Penulis = Dr. Abdul Rahman Hj. Abdullah
Penerbit = Pustaka Haji Abdul Majid

Monday, June 22, 2009

Cerita-Cerita Motivasi Untuk Ibadah Haji & Umrah

Setiap Muslim sejati pasti memiliki impian menjejakkan kaki ke tanah suci. Namun, perjalanan ke tanah suci tidak sama dengan perjalanan ke mana-mana destinasi di dunia ini. Ia adalah satu perjalanan yang lebih agung, lebih getir dan penuh dengan cabaran. Ia adalah satu pengembaraan rohani yang besar nilainya. Oleh itu, kita perlukan lebih dari sekadar keinginan bagi melalui pengembaraan itu.

Cerita-Cerita Motivasi Untuk Ibadah Haji Dan Umrah menghimpunkan cerita-cerita dan kisah teladan menarik berkaitan ibadah haji dan umrah bagi tatapan bakal jemaah haji dan umrah. Cerita-cerita dan kisah teladan ini digarap sebaik mungkin bagi menimbulkan keghairahan, semangat, motivasi, rasa cinta dan rasa rindu kepada tanah suci di hati bakal-bakal haji dan umrah. Khazanah cerita-cerita berkaitan tanah suci sejak dulu sehingga kini dibongkar dan dihidangkan dalam satu kompilasi yang berada di tangan anda ini. Tidak rugi anda memiliki buku ini.

- Penerbit

KANDUNGAN

- Kaabah Bangunan Paling Hebat Di Dunia
- Kaabah Sentiasa Dalam Pemeliharaan Allah
- Meninggalkan Isteri Dan Anak Di Padang Pasir Tandus
- Mekah Sumber Air Terbaik Di Dunia (Air Zamzam)
- Zamzam, Hidangan Mereka Yang Beriman
- Makam Ibrahim Mengimbau Keimanan Dan Ketekunan Ibrahim Membina Kaabah
- Makam Ibrahim Dan Tanda Kehebatan Allah
- Makam Ibrahim Yang Dipelihara Allah
- Jabal Nur Dan Wahyu Pertama
- Masa Mengerjakan Haji Sudah Tiba
- Bacalah Talbiah Dengan Penuh Bersemangat
- Bukit Uhud Dan Imbauan Pada Pengorbanan Sahabat
- Perang Uhud Dan Nusaibah
- Umar Dan Hajar Aswad
- Cerita Di Sebalik Bermalam Di Muzdalifah, Melontar Jamrah Dan Korban
- Imej Ibrahim Dan Ismail Di Dalam Kaabah
- Osman Bin Talhah Pemegang Kunci Kaabah
- Bukit Uhud, Kehebatan Petunjuk Allah Dan Anak Abu Jahal
- Misi Perang Selepas Mengerjakan Umrah
- Khutbah Arafah Dan Jaminan Islam Pada Hak Wanita
- Abullah Bin Umar, Musim Haji Dan Mati Syahid
- Masjid Qiblatain, Masjid Dua Kiblat
- Masjid Quba' Masjid Pertama Dalam Sejarah Umat Muhammad
- Tanah Perkuburan Baqi' Dan Makam Uthman
- Kelebihan Masjid Nabi Muhammad
- Jenazah Nabi Muhammad Sentiasa Dalam Pemeliharaan Allah
- Mimpi Yang Mengubah Tabiat Buruk Dalam Diri
- Muzdalifah Dan Arafah Pada Abad Ke-12
- Hari-Hari Terawal Ibnu Batutah Di Mekah
- Menunaikan Haji Sejak Zaman Kesultanan Melayu Melaka
- Catatan Ahli Jemaah Haji Dari Itali Pada Abad Ke-16
- Jemaah Haji Melayu Abad Ke-17, 18 Dan 19
- Catatan Haji Saintis Spanyol Pada Tahun 1807
- Raja Ahmad Membuat Wakaf Di Mekah
- Pelayaran Haji Munsyi Abdullah, Bukan Sekadar Muntah Dilambung Ombak
- Lima Peratus Jemaah Haji Melayu Pada 1877
- Pelayaran Haji Sultan Zainal Abidin III pada 1913
- Haji Mengubah Persepsi Perkauman Malcolm X
- Saida Miller Khalifa Di Rumah Tumpangan Haji Thakafi
- Selepas Tiga Tahun Peluk Islam Michael Wolfe Mengerjakan Haji
- Berdoalah Kepada Allah
- Azan Bukan Sekadar Didengari
- Penggambaran TV Realiti Di Mekah
- Mimpi Anak Tersenyum
- Jual Kereta Bagi Mengerjakan Mekah
- Meronta Dalam Pelukan Pekedai
- Tolong Bawa Balik Ketam
- Jumlah Yang Sama
- Siapa Pemilik Mekah, Allah Ataupun...?
- Allah Cukupkan Perbelanjaan

Harga = RM14.50 (Sem) RM17.50 (Sab/Swk)
Mukasurat = 118
Penulis = Khair Abd. Salam & Zulkifli Khair
Penerbit = PTS Millennia

Popular Posts

Borang Pesanan / Soalan / Pendapat

Nama:
Nombor Telefon:
Alamat Surat Menyurat:
Alamat Email:
Pesanan:

Home

IKLAN!!!

IKLAN!!!
Sticker Keyboard Arab. RM 7.00 je satu...