Pages


Petikan Hadith Kelapan, Kitab "Empat Puluh Hadith Kelebihan Ilmu Dan Ulama'"

Kedai Buku Tinta Ilmu, Lot 2-8-8, Tingkat 1, Pusat Beli Belah Ole-Ole, Jalan Pinang A 18/A, Seksyen 18, 40200 SHAH ALAM, Selangor.

Wednesday, November 3, 2010

Palestin: Masalah Kita Bersama

Masalah Palestin bukan semata-mata masalah warga Palestin dan Arab saja, tetapi juga masalah bersama umat Islam di manapun berada. Al-Quds yang terletak di Palestin adalah kiblat pertama umat Islam, bumi tempat lahirnya para nabi dan rasul pilihan, kota ketiga yang diberkati dan dimuliakan Allah S.W.T. serta menjadi medan jihad di jalan Allah S.W.T.

Palestin kini diceroboh oleh Zionis dan telah diyahudikan terang-terangan, sementara penduduk Muslim di situ telah diseksa dan diusir, bahkan Yahudi sedang merancang untuk merobohkan Masjid Al-Aqsa. Oleh itu apakah mereka akan dibiarkan menginjak-injak harkat dan kehormatan umat Islam seluruhnya?

Buku ini berupaya mengemukakan pelbagai persoalan yang sewajarnya kita ketahui bersama sekaligus menjawab pelbagai dakwaan palsu penceroboh Yahudi itu.

- Penerbit

KANDUNGAN
  1. Al-Quds Menurut Keyakinan Umat Islam
  2. Al-Quds Diyahudikan Secara Terang-Terangan
  3. Hakikat Peperangan Antara Umat Islam Dan Israel
  4. Gugurnya Tuntutan Bangsa Yahudi Atas Al-Quds Dan Palestin Secara Umum
  5. Apakah Kita Tahu Musuh Kita?
  6. Inilah Musuh Kita
  7. Bahaya Zionis Terhadap Dunia
  8. Janganlah Kamu Lemah Dan Minta Damai Padahal Kamu Yang Berjaya
Harga = RM15.00 (Sem) RM18.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 166
Penulis = Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradhawi
Judul Asal = Al Quds; Qadhiyyatu Kulli Muslim
Editor = Rohaya Binti Ishak
Penerbit = Mutiara Ilmu Selekta Sdn Bhd

Tanda-Tanda Besar & Kecil Menjelang Hari Kiamat

Sesungguhnya Nabi Muhammad S.A.W. telah memberikan banyak peringatan kepada umatnya tentang datangnya hari kiamat, bahkan juga telah menjelaskan tanda-tanda akan datangnya hari tersebut. Buku ini memaparkan beberapa tanda-tanda kecil dan tanda-tanda besar akan berlakunya hari kiamat seperti yang diceritakan oleh Rasulullah S.A.W. melalui hadith-hadithnya.

- Penyusun


KANDUNGAN
  • Tanda-Tanda Hari Kiamat
  • Tanda-Tanda Besar Menjelang Hari Kiamat
  • Kedatangan Hari Kiamat
Harga = RM9.90
Mukasurat = 137
Penyusun = Abu Syakir
Penerbit = Perniagaan Jahabersa

Buku-Buku Lain Berkaitan Kiamat & Akhir Zaman

  1. 40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman
  2. Kiamat Hampir Tiba

Jom! Tanya Ustaz 2 - Menjawab Kemusykilan Adik-Adik!

Apa yang dihadapi oleh anak-anak dalam masalah kefahaman agama, terutamanya hal-hal yang melibatkan perkara fardu ain, mungkin masalah yang sama juga dihadapi oleh ibu bapa atau orang dewasa. Jadi, bacalah buku ini. Mudah-mudahan masalah anda akan terjawab.

- Penulis







KANDUNGAN
  • Bersuci & Hadas
  • Solat
  • Puasa Dan Zakat
  • Al-Quran
  • Akhlak Dan Pekerti
  • Umum
Harga = RM15.00 (Sem) RM17.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 150
Penulis = Ustaz Dr. Nik Yusri Musa
Penerbit = Galeri Ilmu Sdn. Bhd.

* Jom! Tanya Ustaz siri 1

Tuesday, November 2, 2010

Riba Dan Isu Kewangan Semasa - Keingkaran Menempah Ancaman

Umum telah pun mengetahui bahawa agama Islam amat tegas dalam amalan riba - iaitu amalan yang keji dan tergolong dalam salah satu DOSA BESAR. Dari segi bahasa sendiri digambarkan bahawa riba membawa maksud tambahan atau kenaikan, dan diperjelaskan dalam istilah riba iaitu bunga berganda yang membebankan.

Riba muncul dan bermaharajalela sejak zaman jahiliah lagi, yang mana ia jelas menunjukkan penindasan terhadap orang yang berharap dan orang yang miskin. Istilahnya - 'membantu kemudian membunuh'. Apabila Islam muncul, riba dikeji dan diperangi habis-habisan. Amalan riba diharamkan kerana tiada keadilan kepada orang yang memerlukan dan perlakuan riba itu adalah perbuatan zalim yang melampau. Kini pada akhir zaman, riba muncul semula tetapi dalam situasi yang 'berhemah' dengan simbolnya - 'mengikut kemampuan semasa'.

- Penulis

KANDUNGAN

BAB 1: PENGENALAN RIBA
Bahagian 1: Pendedahan Asas Berkaitan Riba
  • Definisi Riba
  • Hikmah Di Sebalik Pengharaman Riba
  • Perbezaan Riba Dan Jual Beli
  • Jenis Riba
  • Hukuman Riba Dalam Islam
  • Riba Sedikit Dan Banyak
  • Kedahsyatan Dosa Riba
Bahagian 2: Isu Berkaitan Riba
  • Zalim Bukan Penentu Riba
  • Pengajaran Daripada Hukum Musafir
  • Riba Di Antara Kerajaan Dan Rakyat Dibenarkan?
  • Adakah Mesti Tunai Untuk Elak Riba?
  • Nilai Masa Wang (Time Value Of Money) Di Antara Riba Dan Halal
  • Riba Dan Kaitannya Dengan Krisis Ekonomi Amerika
  • Riba Dan Akaun Pelaburan Emas
  • Caj Perkhidmatan Dalam Pinjaman
BAB 2: ISU-ISU KEWANGAN SEMASA
  • Mengapa Muslim Jauh Dari Bank Islam?
  • Bank Dan Rekod Senarai Hitam Pelanggan
  • Cabutan Bertuah Dan Bentuk Peraduan, Pertandingan Moden
  • Permainan Kutu Dan Cabutan Gilirannya
  • Kekerapan Beberapa Jenis Penipuan Kewangan Di Malaysia
  • Pembayaran Hutang Apabila Nilai Mata Wang Berubah
  • Meniru Dalam Peperiksaan
  • Minta Semula Hutang Yang Telah Dihalalkan
  • Pinjam Kemudian Jual, Ambil Untung Dan Komisyen Wakil
  • Kerjaya Juruwang Di Kedai Mini Yang Turut Menjual Arak
  • Caj Jaminan Pulang Hutang Dan Hukum Cagaran
  • Had Keuntungan Dalam Islam
  • Barang Cetak Rompak Dan Fotokopi Buku
  • Pembelian Guna Skim ESOS
  • Sekolah Dan Kupon Wajib
  • Beli Kereta Cara Islam Tapi Insurans Riba?
  • Haji Dalam Keadaan Hutang Atau Secara Berhutang
Harga = RM20.00 (Sem) RM22.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 167
Penulis = Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman
Penerbit = Telaga Biru Sdn Bhd

Monday, November 1, 2010

Panduan Memberi Nasihat Kepada Anak

KANDUNGAN

Nasihat-Nasihat Utama
  1. Kewajipan Dan Kelebihan Bersemangat Tinggi
  2. Menjaga Waktu Dan Mendapat Untung Setiap Saat
  3. Dengan Apa Yang Dibeli Kehidupan Abadi
  4. Kesedaran Selepas Kelalaian
  5. Program Pendidikan Siang Dan Malam
  6. Tuntut Ilmu Lebih Afdal Daripada Segala Solat Nafal
  7. Bila Sudah Betul Ketakwaan Mendapat Segala Kebaikan
  8. Ilmu Dan Amal Berkait Rapat Antara Satu Sama Lain
  9. Sifat Penasihat / Pendakwah Yang Bermanfaat
  10. Kisah Ringkas Rabiatul Addawiah Ummul Khair Binti Ismail
Harga = RM7.00
Mukasurat = 31
Penulis = Al-Imam Al-Hafiz Abu Al-Faraj Bin Al-Jauzi
Penerbit = Pustaka Haji Abdul Majid

Taktik & Strategi Berpolitik Gaya Khulafa Ar-Rasyidin

Mereka adalah khalifah-khalifah yang benar. Mereka mendapat asuhan kepimpinan langsung daripada tangan Rasulullah sendiri. Mereka mewarisi kepimpinan Rasulullah selepas baginda meninggal dunia dan berjaya mentadbir seluruh umat Islam sehingga mencapai kejayaan yang gemilang.

Taktik dan Strategi Berpolitik Gaya Khulafa ar-Rasyidin buku pertama yang membahaskan politik dan pemerintahan gaya Khulafa ar-Rasyidin. Turut memuatkan tip dan panduan
  • Bagaimana khalifah-khalifah Rasulullah menjalankan urusan pentadbiran
  • Bagaimana mereka menangani konflik
  • Apa pembaharuan yang mereka lakukan
  • Apa kejayaan-kejayaan yang dicapai sepanjang pemerintahan mereka
- Penerbit

KANDUNGAN

BAB 1: Pengenalan
BAB 2: Keperluan Sistem Khalifah
BAB 3: Khalifah Abu Bakar
BAB 4: Peruntukan Untuk Khalifah
BAB 5: Menghadapi Musuh Negara
BAB 6: Menghadapi Golongan Murtad
BAB 7: Tindakan Abu Bakar
BAB 8: Mengumpul Al-Quran
BAB 9: Kesan Peristiwa Murtad
BAB 10: Kehebatan Panglima Khalid
BAB 11: Mimpi Syurahbil
BAB 12: Sistem Khalifah

Harga = RM16.00 (Sem) RM18.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 225
Penulis = Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang
Penerbit = PTS Islamika Sdn. Bhd.

Angkara Black Metal: Apabila Syaitan Bertopengkan Muzik - Sebuah Pembongkaran Yang Amat Berani

Semuanya bermula sepertimana tugasan biasa. Budi Putra: wartawan bebas diminta menyiasat isu Black Metal di Sungai Petani, Kedah.

Budi Putra merasakan tugasnya itu semakin mudah apabila sudah ada anggota Balck Metal yang sedia membantu.Namun, rasa biasa itu menjadi luar biasa.

Rasa mudah itu menjadi sukar pada saat dia bertemu dengan seorang gadis yang punya rahsia besar berkenaan Black Metal. Pada saat misteri Black Metal semakin terkuak, gadis itu pula ditemui tidak bernyawa. Budi Putra kini di hujung jalan.

Segalanya umpama di hujung tanduk. Budi Putra perlu segera bertindak. Demi membonngkar sebuah kebenaran yang hakiki!

- Penulis

Harga = RM14.00 (Sem) RM16.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 202
Penulis = Ashadi Zain & Moh Dat Molok
Penerbit = PTS Fortuna Sdn. Bhd.

Baitul Maqdis: Sejarah Kejatuhan Palestin dan Kewujudan Israel

Telah berdekad lamanya Baitul Maqdis, di mana terletaknya Masjidil Aqsa dan Kubah Sakhrah, tempat permulaan Muhammad S.A.W. Mi'raj untuk bertemu Allah S.W.T. di Sidratul Muntaha, berada di bawah penguasaan Yahudi. Penjajahan Zionis Israel ini menjadi batu penghalang kepada kemerdekaan dan kemajuan rakyat Palestin. Penaklukan ini juga turut menyukarkan usaha untuk menyatupadukan umat Islam dalam satu kesatuan politik serantau yang berkenaan.

Berbagai bentuk penindasan dan kekejaman telah dilakukan regim Israel untuk menelan dan menjadikan Baitul Maqdis ibu kota negara haram mereka. Justeru, pembebasan Al-Quds bererti berjuang menentang reactionisme dan merampas kuasa dari tangan boneka imperialisme antarabangsa. Juga merupakan perjuangan untuk kebebasan manusia dari segala bentuk imperialisme dan facisme.

- Penerbit

KANDUNGAN
  • Kata-kata Aluan Yang Dipertua, Persatuan Ulama' Malaysia
  • Kata-kata Aluan Pengerusi Lajnah Penerbitan, Persatuan Ulama' Malaysia
  • Pertarungan Islam Dan Zionis: Baitul Maqdis dan Ketamakan Yahudi Sepanjang Sejarah - Dr. Muhammad al-Ramaadi
  • Sejarah Kejaatuhan Palestin dan Kewujudan Israel - Dr. Mohd Roslan bin Mohd Nor
  • Yahudi dan Bani Israel - Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri
  • Intifadah - Merintis Generasi Salahuddin Al-Ayyubi - Prof. Madya Dr. Zainur Rashid bin Zainuddin
  • Pengaruh Zionis di Dalam Organisasi Pentadbiran dan Perniagaan - Profesor Dr. Mohd Nazari bin Ismail
  • An Analytical Study Of Justice In The Behaviour of Caliph 'Umar In Islamic Jerusalem - Dr. Maher Y. Abu-Munshar
  • Masa Depan Baitul Maqdis Berdasarkan Hadith - Prof. Madya Dr. Fauzi Deraman
  • Gerakan Ulama' Dalam Menangani Isu Palestin - Hj. Abdul Ghani bin Samsudin
  • "Bumi Yang Dijanjikan" Menurut Yahudi dan Perbandingannya dari Sudut Pandangan Islam - Mohamad Fauzi bin Zakaria
Harga = RM20.00 (Sem) RM23.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 221
Penyelenggara = Dr. Abdul Karim Ali & Dr. Mohd Roslan Mohd Nor
Penerbit = Persatuan Ulama' Malaysia Dengan Kerjasama Yayasan Taqwa

Fikh Kerahsiaan Wanita

Sesungguhnya Allah telah menciptakan wanita sebagai makhluk yang menempati tahta keistimewaannya yang tersendiri. Kedatangan Islam tambah menjulang maruah wanita ke darjat yang sangat tinggi. Islam menyakskan betapa jatidiri wanita mempunyai pengaruh yang sangat "vital" dalam proses kelangsungan kehidupan manusia sejagat, malah prestasi sumbangannya menjadi indikator terpenting terhadap kualiti kesejahteraan hidup masyarakat. Tidak hairanlah, dengan kedudukan dan peranan yang begitu strategik, Islam memperuntukkan disiplin dan etika hidup khusus untuk kaum wanita demi memastikan kehormatan dan kebajikan dirinya terpelihara dengan sebaik mungkin.

Saidatina Aisyah, seorang "ikon" pejuang kemurnian peribadi wanita, merupakan orang yang paling mendalam ilmunya di dalam bidang "fikh wanita". Jelas, buku ini tiadalah mampu menggantikan Saidatina Aisyah dalam merungkai permasalahan wanita, namun buku ini bertindak sebagai petunjuk kepada hukum-hukum fikh yang khusus membicarakan persoalan alat sulit wanita bagi memimpin kaum wanita terus berada di dalam ketetapan syariat Islam, secara tersusun, ringkas tetapi padat. InshaAllah.

- Penerbit

KANDUNGAN
  1. Perbahasan Pertama : Hukum Bersuci, Aurat & Berkhatan Terhadap Faraj Wanita
  2. Perbahasan Kedua : Hadas-Hadas Yang Keluar Melalui Faraj
  3. Perbahasan Ketiga : Hukum Bersetubuh, Hukum Bersetubuh Ketika Wanita Hamil Dan Hukum Azal
  4. Pebahasan Keempat : Hukum-Hukum Yang Berkaitan Dengan Wanita Hamil
  5. Perbahasan Kelima : Hukum Melakukan Jenayah Ke Atas Kemaluan Wanita
Harga = RM20.00 (Sem) RM22.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 184
Penulis = Dr. Saadudin Mus'ad Hilali (Professor Fikh Perbandingan, Universiti Al-Azhar)
Penterjemah = Fauwaz Fadzil (BA Syariah Islam, Universiti Al-Azhar)
Penerbit = Pelima Media Sdn. Bhd.

Wednesday, August 25, 2010

Minggu Pertama Di Alam Kubur

Barzakh bererti pemisah atau sempadan antara dunia dan akhirat. Di sana manusia ibarat dalam tahanan reman, sementara menunggu saat perbicaraan. Tetapi di alam barzakh ini sudah ada petunjuk-petunjuk awal sama ada kembara seterusnya akan berjalan dengan baik atau sebaliknya.

Di sini sudah mula soal siasat terhadap segala perlakuan di dunia. Dua malaikat, Munkar dan Nakir, sudah menjalankan tugas awalnya. Mukadimah nikmat bagi hamba yang soleh dan mukadimah azab bagi hamba yang toleh sudah ketara dan dirasai. Di sinilah manusia akan menunggu saat perbicaraan sama ada dalam keadaan selesa atau seksa. Perbicaraan dan keputusan muktamadnya adalah di padang Mahsyar.

- Penulis

"Setelah beberapa langkah meninggalkan mayat,
roh ditiup kembali ke jasadnya.
Datanglah dua malaikat Munkar dan Nakir
bertanya tentang amalan si mayat."

KANDUNGAN

BAB 1: Fenomena Kehidupan Dunia
  • Rintangan Sepanjang Jalan
  • Keperluan Berbekal Dalam Perjalanan
BAB 2: Misteri Suatu Kesudahan
  • Alam Ghaib
  • Peringkat Kehidupan Manusia
  • Hikmah Mengingati Mati
  • Perkara-Perkara Yang Mengingatkan Mati
  • Sakaratulmaut
  • Godaan Syaitan Ketika Kematian
  • Suara Dari Kubur
  • Peranan Malaikat
  • Seksa Dan Nikmat Kubur
BAB 3: Persediaan Menemui Ajal
  • Bekalan Menuju Akhirat
  • Menyiapkan Bekalan
  • Kesudahan Yang Baik (Husnul Khatimah)
BAB 4: Suasana Alam Kubur
  • Tradisi Kematian Dalam Masyarakat Islam
  • Hari Pertama Di Alam Kubur
  • Hari Kedua Dan Berikutnya Di Alam Kubur
  • Kedudukan Roh Setelah Diambil Malaikat
  • Berdoa Untuk Mayat Sepanjang Masa
BAB 5: Kisah Untuk Pengajaran
  1. Umar Bin Al-Khattab
  2. Amir Bin Abdullah Bin Zubair
  3. Harun Al-Rasyid
  4. Para Perajurit Umar Bin Abdul Aziz
  5. Ja'afar Al-Thaiyar
  6. Lelaki Zaman Nabi Musa
BAB 6: Destinasi Terakhir
  • Gambaran Umum Syurga Dan Neraka
  • Jenis-Jenis Amalan Dan Tingkatan Syurga
  • Melihat Allah S.W.T. Di Dalam Syurga
Harga = RM22.00 (Sem) RM24.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 210
Penulis = Ustaz Ahmad Hasan Mohd Nazam
Penerbit = Yamani Angle Sdn. Bhd.

Paksi 40 Imam Nawawi - Menegakkan Agama Melalui Hadis Rasulullah

Buku ini merakamkan pelbagai nasihat Nabi Muhammad S.A.W. untuk sekalian manusia. Nasihat yang mencakupi persoalan-persoalan asas dalam hidup seharian kita. Buku asal, al-Arba'in an-Nawawiah, sudah berada di dunia ini seawal tahun 676 Hijrah bersamaan 1278 Masihi. Bermakna sehingga kini, buku ini sudah berumur sekitar 751 tahun mengikut perkiraan tahun Hijrah dan 728 tahun mengikut perkiraan tahun Masihi. Walaupun sudah berumur lapan kurun, buku ini masih mendapat sambutan menggalakkan daripada kalangan masyarakat. Ia diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa dunia. Ini membuktikan, buku ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Oleh itu, PTS Islamika mengambil peranan mengembangkan lagi buku ini buat tatapan pembaca dengan cara dan gaya yang tersendiri. Berbeza dengan cetakan penerbit lain, buku ini menghuraikan semua hadis dengan bahasa Melayu moden yang mudah difahami. Penterjemah turun memberikan panduan dan tip yang boleh dirumus daripada hadis-hadis Rasulullah S.A.W.

- Penerbit

KANDUNGAN
  • Pendahuluan Imam Nawawi
  • Biografi Ringkas Imam Nawawi
  • Paksi 1: Ikhlas
  • Paksi 2: Asas Agama; Islam, Iman Dan Ihsan
  • Paksi 3: Rukun Islam
  • Paksi 4: Ketentuan Allah Ke Atas Setiap Manusia
  • Paksi 5: Larangan Melakukan Bidaah
  • Paksi 6: Tinggalkan Sesuatu Yang Tidak Jelas
  • Paksi 7: Berilah Nasihat
  • Paksi 8: Kehormatan Seorang Muslim
  • Paksi 9: Larangan Memperikai Nabi Muhammad
  • Paksi 10: Makanan Yang Baik Dan Halal Adalah Syarat Doa Diterima
  • Paksi 11: Lakukan Apa Yang Diyakini Sahaja
  • Paksi 12: Larangan Melakukan Apa Yang Tidak Penting
  • Paksi 13: Persahabatan Kerana Islam Dan Iman
  • Paksi 14: Golongan Yang Berhak Dibunuh
  • Paksi 15: Berbudi Bahasa Dan Menghormati Tetamu Serta Jiran
  • Paksi 16: Jangan Marah
  • Paksi 17: Berbuat Baik
  • Paksi 18: Takutlah Kepada Allah
  • Paksi 19: Pertolongan Allah
  • Paksi 20: Jika Tidak Malu, Buatlah Apa Sahaja
  • Paksi 21: Komited Dan Beriman
  • Paksi 22: Jalan Menuju Syurga
  • Paksi 23: Setiap Kebaikan Itu Mendapat Pahala Sedekah
  • Paksi 24: Larangan Melakukan Kezaliman
  • Paksi 25: Luasnya Kasih Sayang Allah
  • Paksi 26: Peluang Melakukan Kebaikan
  • Paksi 27: Beza Antara Pahala Dan Dosa
  • Paksi 28: Berpegang Teguh Dengan Sunah Nabi Muhammad
  • Paksi 29: Peluang Melakukan Kebaikan
  • Paksi 30: Batasan Yang Ditetapkan Oleh Allah
  • Paksi 31: Menjadi Manusia Yang Disukai
  • Paksi 32: Tegahan Melakukan Mudarat
  • Paksi 33: Asas Pendakwaan Dalam Islam
  • Paksi 34: Wajib Mencegah Kemungkaran
  • Paksi 35: Hak Saudara
  • Paksi 36: Amalan-Amalan Baik
  • Paksi 37: Allah Itu Maha Pemurah
  • Paksi 38: Cara Mendekatkan Diri Dengan Allah
  • Paksi 39: Sebab Tidak Dipertanggungjawabkan
  • Paksi 40: Galakan Zuhud
  • Paksi 41: Ikut Perundangan Allah Adalah Tiang Iman
  • Paksi 42: Allah Itu Maha Pengampun
Harga = RM4.50 (Sem) RM5.50 (Sab/Swk)
Mukasurat = 120
Karya = Imam An-Nawawi
Penerbit = PTS Islamika Sdn Bhd

Popular Posts

Borang Pesanan / Soalan / Pendapat

Nama:
Nombor Telefon:
Alamat Surat Menyurat:
Alamat Email:
Pesanan:

Home

IKLAN!!!

IKLAN!!!
Sticker Keyboard Arab. RM 7.00 je satu...