Pages


Petikan Hadith Kelapan, Kitab "Empat Puluh Hadith Kelebihan Ilmu Dan Ulama'"

Kedai Buku Tinta Ilmu, Lot 2-8-8, Tingkat 1, Pusat Beli Belah Ole-Ole, Jalan Pinang A 18/A, Seksyen 18, 40200 SHAH ALAM, Selangor.

Friday, April 16, 2010

Kenal Pembeza Hak & Batil

Harus diingat betapa dalam dunia yang serba canggih kni, pelbagai kekeliruan disogokkan oleh musuh Islam. Terkadang ada kalimah yang disangka benar, tetapi ia mengandungi kebatilan. Ada juga perbuatan kelihatan santun, tetapi sarat dengan kemungkaran. Semua ini andai tidak mampu diperhalusi berdasarkan Furqaan yang telah diwahyukan Allah pasti akan membawa kehancuran kepada umat Islam.

Justeru, hasil kupasan mengenai Furqaan diharap akan dapat menjelaskan lagi beberapa perkara yang harus dijadikan amalan hidup umat masa kini.

Tok guru membawa kita mengenali sudut hak dan batil yang sesungguhnya. Mari kita selak naskhah ini, agar dapat kita menerobos celahan kesamaran.

- Penerbit

KANDUNGAN
  • Al-Quran Adalah Peringatan Untuk Seluruh Manusia
  • Tuduhn-Tuduhan Palsu Daripada Orang-Orang Kafir Terhadap Al-Quran
  • Kehairanan Orang Kafir Tentang Diutusnya Rasul Dari Kalangan Manusia Biasa
  • Soal Jawab Allah SWT Dengan Sembahan-Sembahan Orang Kafir Pada Hari Kiamat
  • Keadaan Manusia Yang Tidak Beriman Kepada Al-Quran Pada Hari Kiamat
  • Pengajaran Dari Kisah Umat Yang Terdahulu
  • Tanda-Tanda Kekuasaan Allah Dalam Alam Semesta
  • Sifat-Sifat Hamba Allah SWT Yang Mendapat Kemuliaan
Harga = RM15.00 (Sem) RM18.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 156
Karya = Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat
Penerbit = Rijal Media

Isteri Dan Puteri Rasulullah

Buku ISTERI DAN PUTERI RASULULLAH ini bermula dengan membawa prospektif dan senario kaum wanita sebelum Islam daripada pelbagai bangsa dan agama di dunia. Kemudian dibentangkan profil dan ciri-ciri wanita Muslimah.

Seterusnya dipersembahkan riwayat hidup dan keistimewaan para isteri Rasulullah SAW serta perbandingannya dengan peranan Muslimah kontemporari. Berikutnya digarap peranan Rasulullah SAW yang menjadi figur untuk melahirkan contoh wanita pendidik dan pejuang yang menanamkan keberanian dan kejujuran kepada generasi akan datang.

Buku ini disudahi dengan menyenaraikan peranan Baginda sebagai bapa dan ketua keluarga yang mampu untuk memimpin ahli keluarga serta masyarakat ke arah melahirkan generasi pelapis yang sanggup untuk memikul tugas mengembalikan agama Islam dianuti oleh pengikut-pengikut yang bertakwa supaya Islam itu sekali lagi menuju ke zaman keagungannya.

- Penulis

KANDUNGAN

Bab 1: Kedudukan Wanita Sebelum Islam
Bab 2: Isteri-Isteri Rasulullah
Bab 3: Rasulullah SAW Sebagai Suami
Bab 4: Puteri-Puteri Rasulullah SAW
Bab 5: Rasulullah Sebagai Ayah

Harga = RM23.00 (Sem) RM25.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 166
Penulis = Muhammad Mahdi Al-Istambuli & Musthafa Abu Nashr Al-Syilby
Penerbit = Telaga Biru Sdn Bhd

Hukum Harta Pusaka Dan Ilmu Faraid

Buku ini mengutarakan permasalahan dan penyelesaian hukum harta pusaka dan ilmu Faraid dengan jelas dan disertakan dengan contoh masalah. Ini merupakan kumpulan daripada seminar dalam masalah ilmu Faraid (ilmu pusaka). Dengan terbitnya buku ini maka ia dapat memberi manfaat kepada semua pembaca dengan susunan ayat yang sangat mudah untuk difahami. Buku ini diterangkan dengan mudah dan jelas.

Diharapkan agar buku ini dapat memberi manfaat kepada seluruh pembacanya dan semoga Allah SWT sentiasa menunjukkan jalan kebenaran kepada kita, kerana sesungguhnya Dia Maha Mendengar dan Mengabulkan doa. Semoga Allah mencurahkan selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad SAW dan keluarga serta para sahabatnya semua.

- Penerbit

KANDUNGAN

BAHAGIAN PERTAMA: PROF DR WAHBAH ZUHAILI

Bab 1: Ilmu Waris (Al-Faraidh)
Bab 2: Ahli Waris
Bab 3: Al-Ashabaat
Bab 4: Al-'Aul
Bab 5: Ar-Raad
Bab 6: Al-Hisab (Penghitungan)
Bab 7: Al-Munaskhat
Bab 8: At-Takharuj

BAHAGIAN KEDUA: SYAIKH MUHAMMAD ALI SHABUNI

Bab 1: Ayat-Ayat Mengenai Mawarith
Bab 2: Aturan Waris Di Dalam Islam
Bab 3: Furudh (Bahagian Yang Di Tentukan) Di Dalam Al-Quran
Bab 4: Asabah Dan Jenis-Jenisnya
Bab 5: Mahjub Di Dalam Waris
Bab 6: Hak Waris Datuk Bersama Saudara
Bab 7: Hukum 'Aul Dan Rad
Bab 8: Penghitungan Dan Cara Mentashihkan Masalah

Harga = RM18.00
Mukasurat = 286
Penulis = Prof Dr Wahbah Zuhaili & Syaikh Muhammad Ali Shabuni
Penterjemah = Hj. Abdul Rahman B. Mohd. Adil
Penerbit = Pustaka Azhar

Thursday, April 15, 2010

Amalan Ketika Mengandung & Setelah Bersalin Serta Panduan Menamakan Bayi

Mengandung merupakan harapan dan cita-cita sebuah perkahwinan. Waktu mengandung juga banyak merubah emosi dan fizikal setiap isteri ataupun suami. Oleh sebab itu, banyak amalan-amalan yang harus kita lakukan semasa mengandung agar zuriat yang akan lahir nanti menjadi generasi yang cemerlang baik di dunia mahupun di akhirat.

Ibu yang bijaksana tidak akan mengabaikan kesihatan dirinya. Semasa pantang ia akan mengamalkan berbagai kaedah kesihatan agar tubuhnya sihat dan cergas. Di samping itu ia juga menjaga emosinya agar tidak terganggu ketika proses kehamilan dan kelahiran yang akan ditempuhinya. Setelah cahaya mata yang ditunggu-tunggu lahir ke dunia, ibu dan ayahya akan memberikan nama yang baik untuk anak kesayangan mereka.

Buku ini memudahkan kita melakukan amalan semasa mengandung dan menjaga kesihatan ketika pantang, serta memberi nama pada bayi. Semoga ada manfaatnya untuk kita semua, insya Allah.

- Penerbit

KANDUNGAN

Bab 1: Bimbingan Bagi Wanita Mengandung
a. Merancang Kehamilan
b. Perubahan Emosi Dan Fizikal Ketika Mengandung
c. Mengidam Ketika Mengandung

Bab 2: Beberapa Masalah Ketika Mengandung
a. Sakit Pinggang
b. Sembelit
c. Kejang
d. Pening Dan Pitam
e. Buasir
f. Pedih Ulu Hati
g. Urat Bersimpul

Bab 3: Amalan Semasa Mengandung
a. Banyak Bertaubat
b. Menutup Aurat
c. Banyak Membaca Ayat Al-Quran
d. Membaca Doa-Doa

Bab 4: Beberapa Pedoman Wanita Mengandung
a. Nasihat-Nasihat Untuk Isteri Hamil
b. Adab Isteri Kepada Suami Ketika Mengandung
c. Pemakanan Untuk Wanita Mengandung

Bab 5: Mengatasi Sakit Bersalin
a. Membuat Beberapa Perancang
b. Doa-Doa Menjelang Bersalin
c. Doa Selesai Bersalin Dengan Selamat
d. Mendidik Anak Ke Arah Diredhai Ilahi

Bab 6: Amalan Suami Ketika Isteri Mengandung
a. Kemesraan Suami Terhadap Isteri Ketika Mengandung
b. Adab Suami Terhadap Isteri Ketika Mengandung
c. Dorongan Suami Semasa Isteri Mengandung
d. Masalah Bayi Lahir Menjadi Kenan

Bab 7: Tanggungjawab Bapa Terhadap Kelahiran Anak
a. Menanam Uri
b. Mengazan Dan Mengqamatkan Bayi
c. Mendoakan Anak
d. Panduan Menjaga Anak
e. Penyembelihan Aqiqah
f. Mengkhatankan Anak
g. Mendidik Moral Anak
h. Beberapa Nasihat Luqman Terhadap Anaknya

Bab 8: Kesihatan Ibu Setelah Bersalin
a. Memakan Jamu Tradisional
b. Memakan Ulam-Ulam Segar
c. Memakai Pilis
d. Memakai Bedak Sejuk
e. Bertungku
f. Berbengkung
g. Perubahan Emosi Semasa Dalam Pantang

Bab 9: Petua-Petua Masa Mengandung Dan Masa Pantang

Bab 10: Menjaga Kesegaran Jasmani Ketika Mengandung
a. Senaman Ringan
b. Senaman Bagi Wanita Mengandung

Bab 11: Pemulihan Kesihatan Setelah Melahirkan
a. Rawatan Semasa Nifas
b. Perkara Yang Diperhatikan Semasa Nifas
c. Cara Merawat Buah Dada
d. Senaman Sesudah Melahirkan

Bab 12: Panduan Menamakan Bayi
a. Nama-Nama Pilihan Untuk Bayi Lelaki
b. Nama-Nama Pilihan Untuk Bayi Perempuan
c. Nama-Nama Yang Dilarang

Bab 13: Surah-Surah Pilihan

Harga = RM13.00
Mukasurat = 377
Penulis = Abu Afiqah
Penerbit = Darul Nu'man

Al-Hikam - Terjemahan

Membicara dan menghurai dan memberi petunjuk yang amat berguna dan amat perlu setiap umat Islam memahami demi menyempurna aqidah dan amalan seharian. Merangkumi lebih 200 topik penting diperkatakan dan dihurai dengan jelas.


Amat berguna sebagai rujukan lengkap dalam mendalami hakikat ilmu ketuhanan. Dengan adanya edisi Bahasa Melayu ini diharapkan akan menambah manfaat kepada pembaca di Malaysia.

- Penerbit

Harga = RM16.00
Mukasurat = 335
Karya = Syaikh Ibnu Atho'illah
Penterjemah = H. Salim Bahreisy

Fiqh Kenegaraan

Buku ini merupakan gambaran umum tentang fiqh kenegaraan dalam Islam; Apakah kedudukannya? Apakah hukum mengaplikasikannya? Apakah kriteria dan keistimewaannya? Adakah ianya merupakan asas kepada negara bertamadun yang berdiri di atas disiplim Islam, atau asas kepada negara teokrasi dan menjatuhkan hukuman atas nama Tuhan? Apakah sikap negara Islam terhadap kemajmukan parti, demokrasi serta peranan kaum wanita dan golongan bukan Islam dalam politik? Bolehkah satu jemaah Islam ikut serta dalam sistem negara yang bukan Islam? Isu-isu hangat dan sensitif lain yang serupa dengan perkara-perkara di atas turut dibincangkan dalam buku ini.

- Penerbit

KANDUNGAN

Bahagian 1: Kedudukan Negara Dalam Islam
Bahagian 2: Kriteria Negara Yang Dibina Oleh Islam
Bahagian 3: Sifat Negara Islam
Bahagian 4: Menuju Ke Arah Fiqh Politik Yang Berwibawa
Bahagian 5: Sikap Negara Islam Terhadap Demokrasi, Kemajmukan Parti, Kedudukan Wanita Dan Golongan Bukan Islam

Harga = RM25.00
Mukasurat = 320
Penulis = Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradhawi
Penterjemah = Arsil Ibrahim
Penerbit = Blue-T Publication Sdn Bhd

Makna Sebenar Bid'ah: Satu Penjelasan Rapi

Persoalan bid'ah menjadi perbahasan ulama sejak silam hingga ke hari ini. Buku ini cuba mengupas makna sebenar bid'ah berpandukan kajian ilmiah yang mantap dan terperinci serta diperjelaskan dengan begitu rapi. Setiap hujah bersumberkan dalil-dalil Al-Quran, Al-Hadith dan Al-Athar serta mengambil pandangan jumhur ulama Ahli Sunnah Wal Jama'ah (Al-Asha'irah).

Silsilah keturunan pengarang kitab ini sampai kepada Rasulullah S.A.W.. Beliau membawa kita menghayati pengertian sebenar bid'ah dan menolak persepsi aliran yang menganggap bahawa amalan-amalan baik yang berlaku selepas kewafatan Rasulullah S.A.W. sebagai bid'ah dan mengancam kesucian serta ketulinan agama.

Beliau dapat membuktikan segala amalan-amalan baik yang telah diamalkan oleh umat Islam selama ini sebagai amalan yang didasarkan dari dalil-dalil yang jelas. Beliau juga berjaya membongkar pandangan aliran moden yang telah telah mengeksploitasi dari kejahilan umat kepada pandangan-pandangan yang kononnya sebagai pembaharuan (tajdid).

Kita mohon perlindungan daripada Allah S.W.T. agar tidak tergolong di kalangan mereka yang memperjuangkan sesuatu semata-mata kerana ideologi yang dipegang. Sanggup menyalahgunakan fakta sedangkan ianya telah dipersetujui oleh majoriti ulama yang muktabar.

Moga buku ini menjadi sumber rujukan utama kepada umat Islam terutama di Malaysia bagi menjawab sebarang persoalan berkaitan isu ini. Kepada Allah kita mohon petunjuk dan perlindungan, kepada-Nya kita semua akan kembali dan dihitung setiap amalan serta mendapat balasan yang setimpal di hari akhirat kelak - Amin.

- Penerbit

KANDUNGAN

BAB 1 - Pengertian Bid'ah

BAB 2
- Bid'ah Berkaitan Akidah Dan Syariat: Bid'ah Yang Berkaitan Dengan Perkara Usuluddin (Akidah)
- Bid'ah Yang Berkaitan Dengan Perkara Furu' (Syariat)

BAB 3 - Beberapa Perkara Baru Yang Diada-Adakan Oleh Para Sahabat R.A. Selepas Zaman Nabi S.A.W.

BAB 4 - Masjid Yang Terdapat Kubur Di Dalamnya

BAB 5 - Penjelasan Tentang Sampainya Pahala Al-Quran Kepada Si Mati

BAB 6
- Kesunnahan Mengangkat Kedua-Dua Tangan Semasa Berdoa Selepas Sembahyang Fardu Bagi Sesiapa Yang Mahu Berbuat Demikian

- Mengangkat Kedua-Dua Tangan Ketika Berdoa Selepas Sembahyang Fardu Oleh Al-'Allamah Al-Muhaddith Muhammad Bin Maqbul Al-Ahdal Al-Husaini Al-Shafie

- Perbincangan Tentang Hadith Da'if Oleh Al-Shaikh Muhammad Zaki Ibrahim

Harga = RM20.00
Mukasurat = 244
Penulis = Al-Shaikh Al-Hafiz Abu Fadl Abdullah Al-Siddiq Al-Ghumari
Disemak Oleh =
1. Dato' Hj. Mohd Murtadza Hj. Ahmad (Mufti Negeri Sembilan Darul Khusu)
2. Datuk Hj. Md Hashim Hj. Yahya (Bekas Mufti Wilayah Persekutuan/Pensyarah UIAM)
3. Dato' Hj. Saleh Haji Ahmad (Bekas YDP PUM/Pensyarah UIAM)
4. Dato' Dr. Wan Zahidi Wan Teh (Mufti Wilayah Persekutuan)
Penerbit = Middle East Global (M) Sdn. Bhd.

Monday, April 5, 2010

Beribadah Selazat Coklat - Tip Bagaimana Dapat Menikmati Amal Soleh Tanpa Bosan, Lemah Dan Malas

Coklat itu enak! Rasanya lazat bukan main! Tetapi dapatkah kita beramal soleh sehingga merasakan kelazatan yang luar biasa? Dapatkah amal soleh dilakukan tidak terasa sekadar ibadah rutin yang biasa? Pergi ke masjid, solat jemaah, puasa sunat dan bersedekah adalah contoh-contoh amalan badah yang rutin. Bolehkah kita mengubahnya menjadi sebuah kelazatan ibadah yang sangat nikmat?

Jika anda susah untuk mencari jawapannya dan tidak ada waktu untuk mencari jawapan, maka setidaknya biarlah buku ini membantu anda mewujudkan bibit-bibit kenikmatan beribadah. Bacalah petikan kata-kata ulama yang sangat bermanfaat dalam buku ini. Juga terkandung petikan firman-firman Allah berkenaan ibadah. Siapkan diri anda untuk perubahan yang maksimum. Jadikan ibadah anda sesuatu yang bukan sekadar ibadah yang membosankan. Tukarkan ibadah yang hambar kepada ibadah yang hangat dan menusuk jiwa. Semoga hati anda kembali segar dan hijau untuk menjalankan ibadah sehari-hari.

- Penulis

KANDUNGAN
  1. Adakah Lazat Sama Ertinya Dengan Nikmat?
  2. Adakah Terdapat Hubungan Antara Nikmat Amal Soleh Dengan Nikmat Dunia?
  3. Seperti Nikmat Apakah Amal Soleh Itu?
  4. Resipi Mantap Yang Melazatkan Amal Soleh
  5. Apa Yang Akan Anda Rasakan?
  6. Halangan Daripada Memperoleh Nikmat Dalam Beramal Soleh
  7. Lazatnya Beribadah
  8. Nasihat Berharga
  9. Bersyukur Dengan Meninggalkan Maksiat
  10. Manusia Perlu Berusaha
  11. Pandangan Islam Terhadap Ilmu-Ilmu Praktikal
  12. Peradaban Islam
  13. Di Manakah Kaum Muslimin?
  14. Sekularisme: Gelombang Ateisme
Harga = RM14.00 (Sem) RM17.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 136
Penulis = Sami Bin Muhammad Bin Jadullah 'Isham Hasanain
Penterjemah = Ahmad Faroq & Hasmariza Md Hashim
Penerbit = Rijal Media

Samudera Cinta Sarah Dan Ibrahim Alaihis Salam - Siri Rumah Tangga Para Nabi

Sebagaiman kisah Sarah dan Ibrahim A.S. yang penuh dengan romantika dan perjuangan. Di dalamnya kita boleh menikmati sekaligus merasakan betapa besar gelora perjuangan keluarga mereka dalam membangun peradaban baru berlandaskan Tauhid. Berbagai persoalan keluarga seperti tidak punya anak pada masa yang lama, atau adanya wanita lain dalam rumahtangganya, serta persoalan-persoalan lain, tetapi mereka mampu melaluinya, kerana semua itu ada dalam serambinya cinta. Kecintaan mereka yang besar hanya kepada Allah SWT semata, bagaikan gelombang yang mengheret semua persoalan di dalam serambi cinta mereka, ini menjadikan jalan bagi datangnya keredhaan Allah SWT. Dalam kisah Sarah - Ibrahim A.S. terkandung banyak pengajaran dan keteladanan, buat mereka yang sedang resah dan gelisah, untuk segera melakukan perubahan dan suasana baru dalam rumah tangga mereka.

- Penulis

KANDUNGAN

  1. Rumah Tangga Perjuangan
  2. Berhala
  3. Kegemparan Besar Di Wisma Berhala
  4. Tanda Keagungan Mukjizat
  5. Hancurnya Puncak Kesombongan
  6. Kekuatan Doa Isteri Setia
  7. Puncak Kemuliaan Wanita
  8. Percikan Api Cemburu
  9. Lembah Yang Diberkati
  10. Puncak Keagungan Pengorbanan
  11. Kurnia Berlimpah-Limpah
  12. Syurga Merindukan Mu!
Harga = RM14.00 (Sem) RM17.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 121
Penulis = Ibnu Sahid As-Sundy
Penerbit = Alam Raya Enterprise

Friday, April 2, 2010

Biografi Imam At-Tirmizi - Hafiz Yang Cerdik, Salaf Yang Fakih Dan Pengumpul Kitab-Kitab Sunnah


KANDUNGAN

Bab 1: Zaman At-Tirmizi
Bab 2: Kehidupan At-Tirmizi
Bab 3: Pencarian Ilmu
Bab 4: Murid-Murid At-Tirmizi
Bab 5: At-Tirmizi Seorang Yang Fakih
Bab 6: At-Tirmizi Dan Ulama Pada Zamannya
Bab 7: Karangan-Karangan Imam At-Tirmizi
Bab 8: At-Tirmizi Dan Ilmu Al-Jarah Wa At-Ta'dil
Bab 9: Industri Hadis At-Tirmizi
Bab 10: Istilah-Istilah At-Tirmizi Dalam Menghukumkan Hadis

Harga = RM18.00 (Sem) RM20.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 265
Penyusun = Iyad Khalid At-Thiba'
Penerbit = Al-Hidayah Publications

Imam An-Nawawi - Syeikhul Islam, Tokoh Para Fukaha & Hadis


KANDUNGAN

Bab 1: Zaman An-Nawawi
Bab 2: Keluarga, Kelahihran Dan Perkembangannya
Bab 3: Rihlah Menuju Damsyik Dan Ilmu Yang Dicapai
Bab 4: Guru-Gurunya
Bab 5: Kepakaran An-Nawawi Dalam Ilmu Dan Atsar-Atsarnya
Bab 6: Madrasah Sebagai Tempat Tinggal, Pemerhatian Dan Tempat Pembelajarannya
Bab 7: Seorang Pendidik Yang Zuhud
Bab 8: Menyuruh Kepada Yang Makruf Dan Mencegah Yang Mungkar
Bab 9: Sanjungan Ulama Terhadapnya
Bab 10: Bentuk Penampilan Dan Perkataan Mengenainya
Bab 11: Karya-Karyanya
Bab 12: Murid-Muridnya
Bab 13: Wafatnya An-Nawawi Dan Pendapat Mengenainya

Harga = RM16.00 (Sem) RM18.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 217
Penyusun = Abdul Ghani Ad-Duqur
Penerbit = Al-Hidayah Publications

Popular Posts

Borang Pesanan / Soalan / Pendapat

Nama:
Nombor Telefon:
Alamat Surat Menyurat:
Alamat Email:
Pesanan:

Home

IKLAN!!!

IKLAN!!!
Sticker Keyboard Arab. RM 7.00 je satu...