Persoalan bid'ah menjadi perbahasan ulama sejak silam hingga ke hari ini. Buku ini cuba mengupas makna sebenar bid'ah berpandukan kajian ilmiah yang mantap dan terperinci serta diperjelaskan dengan begitu rapi. Setiap hujah bersumberkan dalil-dalil Al-Quran, Al-Hadith dan Al-Athar serta mengambil pandangan jumhur ulama Ahli Sunnah Wal Jama'ah (Al-Asha'irah).
Silsilah keturunan pengarang kitab ini sampai kepada Rasulullah S.A.W.. Beliau membawa kita menghayati pengertian sebenar bid'ah dan menolak persepsi aliran yang menganggap bahawa amalan-amalan baik yang berlaku selepas kewafatan Rasulullah S.A.W. sebagai bid'ah dan mengancam kesucian serta ketulinan agama.
Beliau dapat membuktikan segala amalan-amalan baik yang telah diamalkan oleh umat Islam selama ini sebagai amalan yang didasarkan dari dalil-dalil yang jelas. Beliau juga berjaya membongkar pandangan aliran moden yang telah telah mengeksploitasi dari kejahilan umat kepada pandangan-pandangan yang kononnya sebagai pembaharuan (tajdid).
Kita mohon perlindungan daripada Allah S.W.T. agar tidak tergolong di kalangan mereka yang memperjuangkan sesuatu semata-mata kerana ideologi yang dipegang. Sanggup menyalahgunakan fakta sedangkan ianya telah dipersetujui oleh majoriti ulama yang muktabar.
Moga buku ini menjadi sumber rujukan utama kepada umat Islam terutama di Malaysia bagi menjawab sebarang persoalan berkaitan isu ini. Kepada Allah kita mohon petunjuk dan perlindungan, kepada-Nya kita semua akan kembali dan dihitung setiap amalan serta mendapat balasan yang setimpal di hari akhirat kelak - Amin.

- Penerbit
KANDUNGAN
BAB 1 - Pengertian Bid'ah
BAB 2
- Bid'ah Berkaitan Akidah Dan Syariat: Bid'ah Yang Berkaitan Dengan Perkara Usuluddin (Akidah)
- Bid'ah Yang Berkaitan Dengan Perkara Furu' (Syariat)
BAB 3 - Beberapa Perkara Baru Yang Diada-Adakan Oleh Para Sahabat R.A. Selepas Zaman Nabi S.A.W.
BAB 4 - Masjid Yang Terdapat Kubur Di Dalamnya
BAB 5 - Penjelasan Tentang Sampainya Pahala Al-Quran Kepada Si Mati
BAB 6
- Kesunnahan Mengangkat Kedua-Dua Tangan Semasa Berdoa Selepas Sembahyang Fardu Bagi Sesiapa Yang Mahu Berbuat Demikian
- Mengangkat Kedua-Dua Tangan Ketika Berdoa Selepas Sembahyang Fardu Oleh Al-'Allamah Al-Muhaddith Muhammad Bin Maqbul Al-Ahdal Al-Husaini Al-Shafie
- Perbincangan Tentang Hadith Da'if Oleh Al-Shaikh Muhammad Zaki Ibrahim
Harga = RM20.00
Mukasurat = 244
Penulis = Al-Shaikh Al-Hafiz Abu Fadl Abdullah Al-Siddiq Al-Ghumari
Disemak Oleh =
1. Dato' Hj. Mohd Murtadza Hj. Ahmad (Mufti Negeri Sembilan Darul Khusu)
2. Datuk Hj. Md Hashim Hj. Yahya (Bekas Mufti Wilayah Persekutuan/Pensyarah UIAM)
3. Dato' Hj. Saleh Haji Ahmad (Bekas YDP PUM/Pensyarah UIAM)
4. Dato' Dr. Wan Zahidi Wan Teh (Mufti Wilayah Persekutuan)
Penerbit = Middle East Global (M) Sdn. Bhd.

1 Comment:
Assalamualaikum,buku ini massih ada stok lagi?
Post a Comment