Pages


Petikan Hadith Kelapan, Kitab "Empat Puluh Hadith Kelebihan Ilmu Dan Ulama'"

Kedai Buku Tinta Ilmu, Lot 2-8-8, Tingkat 1, Pusat Beli Belah Ole-Ole, Jalan Pinang A 18/A, Seksyen 18, 40200 SHAH ALAM, Selangor.

Sunday, March 8, 2009

Teks Usrah Peringkat Pengenalan

KANDUNGAN

1. TASAWWUR ISLAM YANG LENGKAP
- Definisi Islam
- Keistimewaan Agama Islam
- Tasawwur (Gambaran) Islam Yang Sebenar
- Kenapa Masyarakat Tidak Dapat Memahami Tasawwur Islam Yang Sebenar
- Jalan Penyelesaian

2. SUMBER-SUMBER HUKUM DI DALAM ISLAM
2.1 Al-Quran
- Dalalah (Petunjuk) Ayat-Ayat Al-Quran
- Hukum-Hukum Yang Terkandung Dalam Al-Quran
- Nama Al-Quran
- Mengapa Al-Quran Diturunkan Secara Beransur-Ansur
- Sejarah Pengumpulan Dan Menulis Al-Quran
2.2 Al-Sunnah
- Takfir Al-Sunnah
- Kehujahan Al-Sunnah
- Hubungan Al-Sunnah Dengan Al-Quran
- Mentakhsiskan Keumumannya (Takhsisul Am)
- Menciptakan Hukum Baru Yang Tiada Terdapat Di Dalam Al-Quran
- Pembahagian Sunnah Dari Segi Riwayat
2.3 Ijmak
- Takrif Ijmak Dalam Bahasa Arab
- Syarat-Syarat Ijmak
- Jenis Ijmak
- Kehujahan Ijmak
- Hukum Menginkari Ijmak
2.4 Al-Qias
- Takrif Dalam Bahasa Arab
- Huraian
- Syarat-Syarat
- Kehujahan

3. SYARIAH ISLAM
- Pengertian
- Keistimewaan Syariat Islam
- Tujuan Syariat Islam
- Kesan Syariat Islam

4. KONSEP IBADAH DALAM ISLAM
- Pengertian Ibadah
- Syarat Suatu Perkara Menjadi Ibadah
- Pembahagian Ibadah
- Konsep Ibadah Khusus

5. PERANAN AQIDAH DALAM KEHIDUPAN
- Peranan Aqidah
- Unsur-Unsur Pembentukan Aqidah
- Kesan Aqidah Dalam Kehidupan
- Keistimewaan Aqidah Islam
- Pengertian Fitrah
- Mengapa Aqidah Umat Islam Kini Lemah

6. KONSEP DUA KALIMAH SYAHADAH
- Pengertian Kalimah Syahadah
- Pengertian Ilah (Tuhan)
- Pengertian Ilah Yang Sebenar (Allah)
- Pandangan Yang Salah Tentang Ilah
- Pengertian Menyembah
- Syarat-Syarat Diterima Syahadah
- Pengertian Syahadah Yang Kedua
- Syarat Kesaksian Ke Atas Nabi

7. TUNTUTAN TERHADAP DUA KALIMAH SYAHADAH
- Tauhid Rububiyah
- Tauhid Uluhiyah
- Tauhid Asma' Wa Al-Sifat
- Menjalan Amar Makruf Dan Nahyu Anil Mungkar
- Menegakkan Syariat Allah

8. SYAHADAH SEBAGAI AGEN PERUBAH

9. PERKARA YANG MEMBATALKAN SYAHADAH
- Iktikad
- Perbuatan
- Perkataan
- Hukum Kepada Orang Yang Murtad

Harga = RM12.00
Mukasurat = 200
Penulis = Ustaz Haji Idris Bin Haji Ahmad
Penerbit = Sarjana Media

Bimbingan Pengurusan Mayat

Buku "Bimbingan Mengurus Jenazah" ini menghidangkan kepada para pembaca sekalian, segala perkara berhubung kematian, bermula dari detik kematian sehinggalah saat pengkebumian. Meliputi amalan-amalan, tata tertib, adab-adab dan peraturan yang dianjurkan oleh agama.

Setiap muslim perlu mengetahui cara-cara pengurusan jenazah atau kematian muslim lain, kerana ianya menjadi tanggungjawab muslim yang hidup terhadap yang mati.

Semoga dengan kehadiran buku ini, akan dapat membimbing anda dalam mengendalikan pengurusan jenazah yang merupakan Fardhu Kifayah ke atas umat Islam.

- Penerbit

KANDUNGAN

- Memandikan Jenazah
- Mengafani Jenazah
- Solat Jenazah
- Membawa Dan Menghantar Jenazah
- Menguburkan Jenazah
- Hukum Yang Berkaitan Dengan Kubur
- Ta'ziyah
- Ziarah Kubur

Harga = RM13.00
Mukasurat = 216
Penulis = Akmal Haji Md Zain
Penerbit = Al-Hidayah Publications

Indahnya NamaMu - Khasiat Dan Fadhilat Asma Al-Husna

Allah SWT mempunyai "Asma Al-Husna" iaitu sebanyak 99 nama yang Maha Agung yang amat sesuai dengan sifat-sifat Allah. Ia mempunyai makna tertentu dan mengambarkan dengan sempurna sifat-sifat Allah Ta'ala kerana setiap nama-nama Asma Al-Husna itu mempunya khasiat tersendiri. Segala khasiat itu telah ditemui hasil daripada tajribah (ujikaji), pengalaman dan percubaan ulamak yang tertentu.

Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam syarahnya terhadap kitab yang memperihal Asma Al-Husna ini cuba menghuraikan dengan lebih lanjut maksud nama-nama Allah itu berserta khasiat dan fadhilatnya bagi dijadikan amalan buat umat yang dahagakan petunjuk dan pedoman untuk menghadapi segala cabaran dalam kehidupan ini.

Marilah sama-sama kita ikuti hasil ulamak mengenai Asma Al-Husna ini, sebagai salah satu bidang ilmu yang memberi manfaat dan kebaikan kepada orang-orang yang beriman. Kaedah berdoa dengan menyebut Asma Al-Husna ini sudah semestinya menepati kehendak Allah SWT yang menganjurkan orang-orang yang beriman agar menyebut nama-nama-Nya ketika memohon sesuatu yang baik dari Allah SWT.

- Penyusun

Harga = RM10.00
Mukasurat = 154
Karya = Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat
Penyusun = Mashhudi Bunyani
Penerbit = Sarjana Media

Panduan Tajwid & Taranum


- Petua Mamanjangkan Nafas
- Syarat-Syarat Menjadi Qari Yang Baik
- Keterangan Ringkas Jenis-Jenis Taranum
- Berapakah Jumlah Baris Dan Huruf-Huruf Yang Terdapat Dalam Al-Quran

Harga = RM5.00
Mukasurat = 62
Penulis = Haji Abdul Ghani Arifin (Pengadil Tilawah Al-Qura Daerah-Daerah Negeri Kedah
Penerbit = Sarjana Media

Wednesday, March 4, 2009

Asas-Asas Memahami Ilmu Faraid

Buku ini menyentuh tentang ilmu yang amat tinggi nilainya di dalam Islam iaitulah ilmu Faraid atau ilmu perwarisan harta di dalam Islam yang jarang-jarang dikuasai oleh orang Islam hari ini termasuklah di kalangan para ilmuwan atau ustaz-ustaz, malah semakin hari semakin dilupakan sebagaimana yang diramalkan oleh Rasulullah SAW sendiri dalam hadis Baginda. Saya berasa amat bertuah kerana telah diberi sedikit kemampuan oleh Allah untuk memahami ilmu yang agak sukar ini dan diluangkan seikit masa untuk menulis dan menyiapkan buku ini sebagai sumbangan yang tidak seberapa untuk agama Allah.

- Penulis

KANDUNGAN

- Muqaddimah (Pengenalan Ilmu Faraid)
- Ahli-Ahli Waris
- Cara-Cara Perwarisan
- Perwarisan Bil-Fardhi
- Ashbil-Furudh Dan Cara Perwarisan Setiap Seorang Dari Mereka
- Perwarisan Datuk Bersama Saudara-Saudara
- Perwarisan Bit-Ta'shib
- Al-Hajb (Hadangan)
- Perwarisan Zawil-Arham
- Kaedah-Kaedah Pengiraan Dalam Pembahagian Harta Pusaka
- Contoh-Contoh Pengiraan Lengkap Dalam Pembahagian Harta Pusaka
- Rajah-Rajah & Jadual-Jadual

Harga = RM15.00
Mukasurat = 190
Penulis = Ustaz Ahmad Adnan Fadhil
Penerbit = Pustaka Darussalam Sdn Bhd

Fatwa-Fatwa Semasa

Akhir-akhir ini muncul permasalahan baru yang memerlukan fatwa semasa dan keterangan yang jelas agar umat Islam mengetahui bahawa mereka berjalan atas landasan serta petunjuk yang benar ketika mengerjakan hukum-hukum syariat. Banyak pertanyaan dan permintaan fatwa yang muncul dari kalangan masyarakat khususnya para pelajar khususnya tentang peristiwa-peristiwa baru, sehingga dapat dikatakan bahawa pada masa ini telah muncul berbagai masalah akibat interaksi dan bercampuraduknya undang-undang positif dengan hukum-hukum syariat. Oleh sebab itu masa ini disebut dengan masa munculnya fatwa-fatwa semasa.

KANDUNGAN

1. Taharah Dan Ibadah
2. Muamalat
3. Keluarga Dan Hubungan Suami-Isteri
4. Makanan Dan Minuman
5. Akidah, Akhlak Dan Adab

Harga = RM30.00
Mukasurat = 325
Penulis = Prof. Dr. Wahbah Al-Zuhaili
Penterjemah = Abdurrahman Saleh
Penerbit = iBOOK Publication Sdn Bhd

Memoir Jihad Anak Melayu Di Afghanistan

Asy-Syahid Fauzi Ismail merupakan anak muda Melayu yang telah menoreh sejarahnya yang tersendiri walaupun dilahirkan di negara yang sarat dengan pesta hiburan dan kebejatan akhlak anak-anak muda. Menelusuri kisah perjalanan beliau memburu keredhaan Allah dan kesyahidan menyebabkan palong hati kita bergetar kesyahduan seterusnya tanpa sedar mengundang titik jernih mengalir di kedua belahan mata kita.

Beliau mendapat didikan asas secara formal sehingga SPM dan menekuni fikrah perjuangan Islam daripada halaqah-halaqah ilmu secara tidak formal sehingga beliau merasa terpanggil dan bertanggungjawab untuk mewakafkan diri beliau dalam perjuangan Islam sehingga syahid. Fauzi merasa ditusuk sembilu tajam apabila membaca berita-berita daripada kolum akhbar tentang pemmbantaian dan pembunuhan umat Islam Afghanistan, semangat beliau juga bergelora dilambung dengan huraian tentang kelebihan jihad oleh para asatizah di jalan dakwah yang beliau sertai di tanah air.

- Editor

KANDUNGAN

- Latar Belakang Asy-Syahid Fauzi
- Menuju Ke Medan Jihad
- Berita Dari Medan Jihad
- Dagangannya Dibeli Allah
- Perkhabaran Dari Allah
- Roh Yang Hidup
- Galeri

Harga = RM8.00
Mukasurat = 50
Penulis = Zainon Ismail
Penerbit = Jundi Resources

Tuesday, March 3, 2009

Keagungan Tamadun Islam - Sejarah Yang Digelapkan

Buku ini menyorot penggelapan fakta yang dibikin oleh musuh-musuh Islam demi memadamkan kegemilangan jasa tokoh-tokoh intelektual dan pejuang Islam. Ini adalah sebuah jenayah intelektual. Lantaran, aspek inilah letaknya kelainan buku ini. Ia merakam semula sebuah penulisan yang meminda rekod-rekod lampau yang telah dikhianati. Buku ini telah membuktikan jasa dan komitmen para cendekiawan Islam terhadap penciptaan tamadun mulia. Ia mampu mengembalikan nilai insan kepada insan dan hak Khaliq kepada Al-Khaliq. Rupa-rupanya terlalu banyak ketidakjujuran yang tercetus sepanjang tempoh mendokumentasikan sejarah dunia.

- Penulis

"Saya mengesani kekuatan buku ini, apabila ia mampu membetulkan pelbagai fakta penting demi memulihkan imej Islam di dada sejarah".

- Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat

KANDUNGAN

- Tamadun Islam
- Susur Galur Tamadun Islam
- Keunggulan Tamadun Islam
- Eropah Keciciran Peradaban
- Tamadun Islam Berkembang Di Eropah
- Kepesatan Aktiviti Penterjemahan
- Pencapaian Tamadun Islam Di Eropah
- Ilmu Falak
- Ilmu Botani / Pertanian
- Ilmu Hisab (Matematik)
- Bidang Falsafah
- Bidang Kesusasteraan
- Bidang Perdagangan Islam Dan Pelayaran / Ilmu Geografi
- Bidang Muzik
- Cabang Kesenian Dalam Islam
- Resolusi

Harga = RM17.00 (Sem) RM20.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 192
Karya = Ustaz Ahmad Yahya
Penerbit = Anbakri Publika Sdn Bhd

100 Keajaiban Di Dunia

Semakin tuanya dunia ini, semakin banyak kisah aneh dan ajaib telah berlaku yang tidak akan dijangkakan oleh pemikiran manusia. Buku yang menghimpunkkan sebahagian daripada kejadian aneh dan ajaib ini menunjukkan kekuasaan Maha Pencipta ke atas seluruh kehidupan di alam dunia ini.

Rakaman dan catatan yang dimuatkan sebagai bukti kepada keajaiban yang berlaku bukan ada campur tangan dari usaha manusia malah ia benar-benar berlaku kehendak Allah SWT.

Maka bukti ini sudah pasti memperlihatkan kebenaran yang selama ini banyak di kalangan manusia tercari-cari atau menafikan apa yang berlaku ke atas kehidupan di atas dunia ini.

Kebenaran itu hanya datang dari Allah SWT dan kepalsuan itu adalah dari manusia yang lemah dan daif.

- Penerbit

Harga = RM18.90
Mukasurat = 246
Penyusun = Muhammad Miqdad
Penerbit = Penerbitan Seribu Dinar Sdn Bhd

Monday, March 2, 2009

Rumah Yang Disukai Oleh Malaikat Rahmat

...Rumah-rumah yang tidak ada di dalamnya zikir, kesucian dan bacaan Al-Qur'an ialah rumah-rumah yang usang yang mana syaitan selalu berada di dalamnya untuk mengabui para penghuninya daripada mendapat cahaya kebenaran dan membawa mereka kepada kegelapan, merekalah yang dikatakan celaka di dunia dan rugi di akhirat. Firman Allah dalam surah Toha ayat 124-126 yang bermaksud: "Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit dan kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta. Dia berkata, "Wahai Tuhanku, mengapa Engkau himpunkan daku dalam keadaan buta, padahal aku dahulu celik?". Allah berfirman: "Demikianlah keadaannya. Telah datang ayat keterangan kepadamu lalu engkau melupakan serta meninggalkannya, dan demikianlah engkau pada hari ini dilupakan serta ditinggalkan".

Bersama-samalah kita mengenali rumah rahmat, kasih mesra, rumah suci, rumah-rumah yang tidak dimasuki syaitan supaya tiap-tiap orang Muslim sama ada lelaki atau perempuan memahami adab Islam dan ajaran-ajarannya. Supaya kita terpelihara daripada kelalaian, kesilapan dan memelihara kita daripada kesalahan. Allah Maha Menjaga dan Maha Menolong. Wabillahi tafiq.

- Penulis

KANDUNGAN

Fasal Yang Pertama
- SIfat-Sifat Jin
- Sifat-Sifat Syaitan
- Tipu Daya Syaitan
- Mengenali Malaikat Dan Tugas Mereka
- Tugas-Tugas Malaikat
- Sifat-Sifat Orang Yang Beriman
- Rumah-Rumah Yang Diasaskan Atas Ketaqwaan

Fasal Yang Kedua
- Rumah-Rumah Mereka Yang Bersuci Dan Berzikir
- Rumah-Rumah Orang Yang Rukuk Dan Sujud
- Rumah-Rumah Orang Yang Bersifat Benar Dan Menunaikan Janji
- Rumah-Rumah Yang Makanannya Halal
- Rumah-Rumah Yang Penghuninya Bersilatur Rahim
- Rumah-Rumah Yang Penghuninya Berbuat Baik Terhadap Ibu Bapa
- Rumah-Rumah Isteri Yang Solehah
- Rumah-Rumah Yang Penghuninya Menunaikan Perkara-Perkara Yang Hak Dan Kewajipan

Fasal Yang Ketiga
- Rumah-Rumah Yang Memelihara Rahsia-Rahsia
- Rumah-Rumah Yang Penghuninya Tidak Melakukan Perkara-Perkara Haram Dan Menolak Segala Kemungkaran
- Rumah-Rumah Yang Menolak Segala Bid'ah
- Rumah-Rumah Yang Penghuninya Mengamalkan Salam Dan Meminta Izin
- Rumah-Rumah Yang Penghunimya Bersifat Merendah Diri
- Rumah-Rumah Yang Mampu (Memaafkan) Dan Ihsan (Berbuat Baik)
- Rumah-Rumah Yang Menolak Perkara-Perkara Keji
- Rumah-Rumah Kasih Dan Taat

Harga = RM13.00
Mukasurat = 227
Penulis = Muhammad As-Sayim
Penterjemah = Syed Zain Bin Husin Al-Habshi
Penerbit = Pustaka Azhar

Risalah Munajat

Adalah menjadi satu keperluan kepada setiap orang Islam untuk bermunajat kepada Allah dengan penuh khusyuk dan tadharru'. Ia adalah sebagai satu cara melahirkan rasa cinta, mengadu masalah dan memohon hajat kepada Allah SWT. Susunan ungkapan yang lunak dan halus serta mengandungi pengertian yang mendalam dapat mendidik hati dan mengisi kekosongan jiwa.

Buku ini merupakan himpunan doa para imam yang dikumpulkan oleh Al-Imam Al-Syahid Hasan Al-Banna dan ditambah dengan beberapa doa imam-imam yang lain. Selain itu ditambah dengan lafaz-lafaz Selawat yang dipetik dari buku Afdhal Salawat 'Ala Saiyid al-Sadat SAW, Al-Qadhi Al-Syeikh Yusof Bin Ismail Al-Nabhani.

KANDUNGAN

- Puji-Pujian Kepada Allah SWT
- Selawat Dan Salam Kepada Rasulullah SAW
-- Selawat 1
-- Selawat 2
-- Selawat 3
-- Selawat 4
-- Selawat Al-Nur Al-Zati
-- Selawat 6
-- Selawat 7
-- Selawat 8
-- Selawat Ibrahimiyyah
-- Selawat 10
-- Selawat Al-Fatih (Pembuka)
-- Selawat Munjiyat (Penyelamat)
-- Selawat Sa'adah (Kebahagiaan)
-- Selawat Kamaliyyah (Kesempurnaan)
-- Selawat Ulul 'Azmi
-- Selawat Mukafa'ah (Balasan Hak Yang Sempurna)
-- Selawat In'am (Kenikmatan)
-- Selawat Memohon Keluasan Rezeki Dan Akhlak Yang Baik
-- Selawat Penyembuh Penyakit (Selawat Tibb)
-- Selawat Badawi (Menghindar Penyakit Dari Bahaya)
-- Selawat Memohon Pengampunan Dosa
-- Selawat Tafrijiah (Kelapangan)
-- Selawat Jalilah (Keunggulan)
-- Selawat Memohon Kegerunan Dan Kehebatan Pada Diri
-- Selawat Memohon Ketinggian Darjat
- Doa Rasulullah SAW Ketika Tahajjud
- Munajat Imam Ali
- Munajat IBN 'Atoillah Al-Sakandari
- Wirid (Hizb) Al-Nawawi
- Doa Imam Al-Ghazali
- Doa Al-Saiyid Ahmad Al-Rifa'i
- Doa Al-Saiyid Ahmad Bin Idris
- Doa Abu Al-Hasan Al-Syazuli
- Doa Al-Imam Al-Syafi'i
- Doa Taubat

Harga = RM5.00
Mukasurat = 96
Penyusun = Ustaz Ahmad Hasan Mohd Nazam
Penerbit = Intel Multimedia And Publication

Popular Posts

Borang Pesanan / Soalan / Pendapat

Nama:
Nombor Telefon:
Alamat Surat Menyurat:
Alamat Email:
Pesanan:

Home

IKLAN!!!

IKLAN!!!
Sticker Keyboard Arab. RM 7.00 je satu...