Pages


Petikan Hadith Kelapan, Kitab "Empat Puluh Hadith Kelebihan Ilmu Dan Ulama'"

Kedai Buku Tinta Ilmu, Lot 2-8-8, Tingkat 1, Pusat Beli Belah Ole-Ole, Jalan Pinang A 18/A, Seksyen 18, 40200 SHAH ALAM, Selangor.

Friday, February 26, 2010

Himpunan Risalah Imam Hasan Al-Banna

Hasan Al-Banna ibarat satu gagasan yang mantap. Gagasan yang tidak pernah mengejar kekayaan, tidak pernah mencari keuntungan yang bersifat sementara. Justeru beliau hidup bersama kita dengan cara yang amat mudah dan ringkas. Menerima dunia dengan penuh bersahaja. Tidak pernah mencari dunia atau menolak terus dunia. Semuanya sekadar secukupnya. Beliau hanya mengambil sekadar yang perlu. Makan apa yang ada. Pakai pakaian yang ada. Tempat tinggalnya sekadar seadanya. Hidup serba ringkas. Menyerahkan nasib anak-anaknya kepada Allah dan tiada apa yang ditinggalkan untuk mereka. Baginya segala kebahagiaan dan keseronokan dalam hidup ialah menyampaikan kalimah Allah kepada seluruh manusia. Meluahkan segala ilmu yang tersimpan di dadanya. Beliau mahu melihat gagasannya yang mulia dan ideal ini menjadi kenyataan. Beliau mahu ia menjadi realiti yang hidup di tengah masyarakat manusia. Menenggelamkan segala kesesatan yang merintangi jalannya. Memberikan sinar cahaya kepada dunia ini. Apabila semua ini menjadi kenyataan, barulah jiwanya tenang dan terpancar di lubuk hatinya sinar nikmat, cahaya dan kegembiraan.

Seorang wartawan meminta beliau memperkenalkan diri kepada orang ramai. Beliau berkata:

"Saya adalah pengembara yang mencari kebenaran. Saya adalah manusia yang mencari erti sebenar kemanusiaan. Saya adalah seorang warganegara yang impikan sebuah negara yang dihormati, merdeka, tenteram dan hidup harmoni di bawah naungan Islam yang murni.

Saya hanyalah ibarat seorang yang memahami rahsia hidupnya. Justeru dia berseru: Sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah, Tuhan sekalian alam, tiada yang mempersekutui-Nya. Inilah yang diperintahkan kepada saya dan saya salah seorang yang menyerah diri.

Inilah saya, anda pula siapa?"

- Penterjemah

KANDUNGAN

- Dakwah Kita
- Halatuju Dakwah Kita
- Menuju Sinar Cahaya
- Buat Pemuda, Khasnya Mahasiswa
- Ikhwan Al-Muslimin Di Bawah Naungan Al-Quran
- Dakwah Kita Di Era Baru
- Antara Semalam Dan Hari Ini
- Ucapan Dasar Muktamar Kelima
- Masalah Kita Menurut Perspektif Sistem Islam
- Sistem Politik
- Sistem Ekonomi
- Bingkisan Jihad
- Wanita Islam
- Buat Mahasiswa
- Muktamar Keenam
- Apakah Kita Golongan Yang Bekerja?
- Risalah Taalim
- Sistem Usrah
- Akidah
- Ma'thurat

Harga = RM47.50
Mukasurat = 683
Penterjemah = Ustaz Salehan Bin Ayub
Disemak Oleh = Ustaz Mohd Najib Bin Sulaiman
Penerbit = Pustaka Salam Sdn Bhd

0 Comments:

Popular Posts

Borang Pesanan / Soalan / Pendapat

Nama:
Nombor Telefon:
Alamat Surat Menyurat:
Alamat Email:
Pesanan:

Home

IKLAN!!!

IKLAN!!!
Sticker Keyboard Arab. RM 7.00 je satu...