Pages


Petikan Hadith Kelapan, Kitab "Empat Puluh Hadith Kelebihan Ilmu Dan Ulama'"

Kedai Buku Tinta Ilmu, Lot 2-8-8, Tingkat 1, Pusat Beli Belah Ole-Ole, Jalan Pinang A 18/A, Seksyen 18, 40200 SHAH ALAM, Selangor.

Friday, August 3, 2012

Lateral Al-Bukhari - Berpandukan Hadis Sahih Riwayat Imam Al-Bukhari

Imam Al-Bukhari merupakan seorang intelektual Muslim yang termasyhur dalam ilmu hadis sejak dulu hingga kini bersama dengan Imam Ahmad, Imam Muslim, Abu Dawud, Tirmidzi, An-Nasai dan Ibnu Majah. Justeru, beliau diberi gelaran Amirul Mukminin fil Hadis (pemimpin kaum mukmin dalam hal ilmu Hadis). 'Lateral Al-Bukhari' adalah salah satu bentuk dokumentasi himpunan kisah-kisah menarik yang bersumberkan kitab hadis paling sahih: Sahih Imam Al-Bukhari. 50 kisah yang terdapat dalam buku ini mengekalkan kisah asal seperti mana yang disampaikan oleh Rasulullah S.A.W.. Setiap kisah mempunyai latar belakang waktu, watak dan pengajaran yang berbeza, sehinggakan para pembaca mampu berhenti di setiap kisah dan berfikir akan pengajaran yang berjaya diperolehi.

- Penulis

KANDUNGAN

5 Kisah Menarik Imam Al-Bukhari
  • Kisah 1: Anak Acuan Ahli Perniagaan Bertakwa
  • Kisah 2: Kehebatan Ilmu
  • Kisah 3: Kesibukan Dalam Dunia Penulisan
  • Kisah 4: Sejarah Sahih Al-Bukhari
  • Kisah 5: Husnul Khatimah
50 Kisah Menarik
  • Kisah 1: Hari Muhammad Sebagai Nabi Dan Rasul
  • Kisah 2: Peristiwa Mikraj
  • Kisah 3: Kelebihan Qiyamullail
  • Kisah 4: Kelebihan Berbuat Baik Kepada Anak-Anak Perempuan
  • Kisah 5: Kelebihan Sedekah
  • Kisah 6: Abu Bakar As-Siddiq
  • Kisah 7: Gugurnya Pemuda Makkah, Mus'ab Bin 'Umair
  • Kisah 8: Berkat Doa Orang Soleh
  • Kisah 9: Adil Kepada Anak-Anak
  • Kisah 10: Harta Yang Menguntungkan
  • Kisah 11: Manusia Hebat Berhadapan Dajal
  • Kisah 12: Sahabat Dunia Akhirat
  • Kisah 13: Ketegasan Menjalankan Perintah Allah SWT
  • Kisah 14: Sifat Warak Abu Bakar
  • Kisah 15: Kesedihan Aisyah Al-Humaira'
  • Kisah 16: Jampi Dengan Surah Al-Fatihah
  • Kisah 17: Prtolongan Ketika Jihad Fi Sabilillah
  • Kisah 18: Melunaskan Hutang Seorang Syahid
  • Kisah 19: Tangan Yang Di Atas Lebih Baik Daripada Tangan Yang Di Bawah
  • Kisah 20: Bersungguh-Sungguh Menuntut Ilmu
  • Kisah 21: Abu Hurairah Bertemu Syaitan (Hikmah Ayat  Kursi)
  • Kisah 22: Impian Wanita Syahidah
  • Kisah 23: Perajurit Komando Rasulullah SAW
  • Kisah 24: Gugurnya Seorang Utusan
  • Kisah 25: Pahlawan Yang Menepati
  • Kisah 26: Didikan Bapa Kepada Anak Manjanya
  • Kisah 27: Mimpi Benar Dari Wanita Ansar
  • Kisah 28: Menyayangi Haiwan
  • Kisah 29: Kefahaman Abu Bakar
  • Kisah 30: Kisah Si Sopak, Si Buta Dan Si Botak
  • Kisah 31: Rasulullah SAW menerima Jemputan
  • Kisah 32: Harta Karun
  • Kisah 33: Peristiwa KeIslaman Abu Dzar
  • Kisah 34: Melayani Isteri Dengan Baik
  • Kisah 35: Sang Semut
  • Kisah 36: Kisah 1000 Dinar Dan Keajaiban Tawakal
  • Kisah 37: Taubat Pembunuh 100 Orang
  • Kisah 38: Bermalam Di Rumah Rasulullah SAW
  • Kisah 39: Terperangkap Di Dalam Gua
  • Kisah 40: Tiga Bayi Yang Berkata-kata
  • Kisah 41: Herqal: Paderi Kristian
  • Kisah 42: Kematian Abu Thalib
  • Kisah 43: "Membenci Sunnahku, Bukan Umatku"
  • Kisah 44: Perigi Cari Timba
  • Kisah 45: Yakjuj Dan Makjuj
  • Kisah 46: Ciri-Ciri Dajal
  • Kisah 47: Rasulullah SAW Disihir
  • Kisah 48: Musa Dan Khidir
  • Kisah 49: KeIslaman Seorang Yahudi
  • Kisah 50: Peristiwa Kiamat
Harga = RM18.00 (Sem) RM21.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 162
Penulis = Syihabudin Ahmad
Penerbit = Must Read Sdn Bhd

Wednesday, August 1, 2012

Dunia Islam Kini - Pahitnya Pengalaman Besarnya Harapan

"Saudara yang dikasihi, salah satu tuntutan jihad di jalan Allah ialah anda terdorong untuk tekun berfikir mencari jalan penyelesaian lantaran masalah yang berpanjangan ini. Ia menuntut anda bersungguh-sungguh mencari jalan untuk membebaskan diri. Menghabiskan masa yang panjang untuk berfikir sedalam-dalamnya bagi mengkaji pelbagai cara dan meneliti pelbagai muslihat.

Mungkin dengan ini anda akan temui jalan penyelesaian atau penyelamat buat umat ini. Bukankah niat seseorang itu lebih baik daripada amalannya? Allah mengetahui mata yang khianat dan apa yang tersembunyi di dalam hati."
- Imam Hasan Al-Banna

KANDUNGAN
  • Bab 1: Pengenalan Dunia Islam
  • Bab 2: Perang Salib Ke Atas Dunia Islam
  • Bab 3: Konflik Yahudi-Islam & Khalifah
  • Bab 4: Kebangkitan Islam, Pelan Damai & Isu Al-Quds
  • Bab 5: Faktor Kelemahan Umat & Keperluan Mereka Kepada Dakwah
  • Bab 6: Musuh Dan Gerakan Islam
  • Bab 7:  Organisasi Arab Dan Islam
Harga = RM40.00
Mukasurat = 433 (Kulit Keras)
Penulis = Dr. Taufik Yusuf Al-Waei
Penerbit = Pustaka Salam Sdn Bhd
 

Tuesday, July 31, 2012

Asas Solat Praktikal Untuk Lelaki & Asas Solat Praktikal Untuk Perempuan - Berserta Gambar - Mudah, Ringkas Dan Praktikal





Solat adalah satu daripada bentuk komunikasi seseorang hamba dengan Penciptanya. Kejayaan hidup seseorang di dunia dan di akhirat bergantung kepada eloknya hubungan antara makhluk dengan Penciptanya. Oleh itu, solat sepatutnya didirikan dengan sebenar-benar cara sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah kepada umatnya.

Buku Asas Solat Praktikal untuk Lelaki / Perempuan ini menerangkan tatacara berkaitan solat bermula daripada mengambil wuduk sehingga selesai menunaikan solat. Ia menjelaskan kaedah solat lelaki / perempuan dengan disertakan gambar supaya ia lebih mudah difahami.

- Penerbit


Harga = RM3.80 (Sem) RM4.80 (Sab/Swk) - Setiap naskhah
Mukasurat = 79
Penulis = Marwan Hamdi
Penerbit = PTS Darul Furqan Sdn Bhd

Thursday, July 26, 2012

Catatan Hujung Ahmad Lutfi Othman

"...masyarakat pembaca negara ini yang sangat memerlukan tulisan analisis politiknya yang bukan sahaja bernas, tajam dan segar, tetapi juga yang 'berani berkata benar' walau apa pun risikonya, selagi ia tidak menyalahi panduan Allah dan Rasul-Nya."
- DINSMAN





"Jika kita tersungkur,
ia bukan semata-mata
diperangkap media musuh,
tetapi juga berpunca daripada
kelemahan sendiri."

- Ahmad Lutfi Othman

Harga = RM20.00 (Sem) RM23.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 332
Penulis = Ahmad Lutfi Othman
Penerbit = Kemilau Publika Sdn Bhd

Peristiwa Bersejarah Ramadan

Umumnya apabila tiba bulan Ramadan, sebahagian umat Islam yang berpuasa lebih banyak berehat dan melakukan aktiviti ringan.
Hakikatnya, dalam sejarah bulan Ramadan, banyak peristiwa yang menuntut keringat dalam memenangi perang besar dan banyak juga sejarah umat Islam banyak mencipta kemenangan dan kejayaan besar dalam bulan Ramadan. Lebih menarik apabila majoriti kemenangan berlaku hampir dengan kejadian berlakunya malam Lailatul Qadar.
Peristiwa Bersejarah Ramadan menghimpun kejadian-kejadian besar yang berlaku dalam bulan Ramadan. Turut dimuatkan tarikh penting, gambar, peta dan ilustrasi bagi membantu pemahaman pembaca.

- Penulis

KANDUNGAN
  • Bab 1: Al-Quran Diturunkan
  • Bab 2: Perang Badar
  • Bab 3: Persiapan Perang Khandaq
  • Bab 4: Pembebasan Kota Makkah
  • Bab 5: Penghancuran Patung Sembahan
  • Bab 6: Perjalanan Ke Tabuk
  • Bab 7: Perang Qadisiyah, Parsi
  • Bab 8: Pembebasan Andalus
  • Bab 9: Perang Salib: Pembebasan Palestine
  • Bab 10: Perang Ain Jalut
  • Bab 11: Perang Arab-Israel: Pembebasan Sinai
Harga = RM18.00 (Sem) RM20.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 168
Penulis = Zamri Zainal Abidin & Imran Azmi
Penerbit = PTS Islamika Sdn Bhd

Wednesday, July 11, 2012

Golongan Yang Tercicir Di Sepanjang Jalan Da'wah - Bagaimana Dan Kenapa?

"Ada di antara mereka itu yang meninggalkan da'wah tetapi tidak meninggalkan Islam... Ada pula yang meninggalkan kedua-duanya sekali. Ada yang meninggalkan jama'ah dan mengasaskan jama'ah baru dan ada pula yang bergabung dengan jama'ah lain. Demikianlah berlakunya gejala dalam bentuk yang banyak dan berbagai-bagai keciciran."

- Penulis, petikan Muqaddimah, halaman 17





KANDUNGAN

Fasal Pertama: Gejala Keciciran Di Zaman Rasulullah
Fasal Kedua: Sebab-Sebab Keciciran

- Pertama: Sebab-Sebab Yang Berhubung Dengan Gerakan
  1. Kelemahan Sudut Tarbiyyah
  2. Tidak Meletakkan Seseorang Di Tempat Yang Sesuai
  3. Tidak Membahagi-bahagikan Kerja Kepada Anggota
  4. Tidak Mengambil Berat Hal Ahli
  5. Tidak Menyelesaikan Persoalan Dengan Segera
  6. Pertikaian Dalaman
  7. Pimpinan Tidak Layak
- Kedua: Sebab-Sebab Yang Berkaitan Dengan Anggota Individu
  1. Tabi'i Yang Tidak Tetap
  2. Takut Berlaku Sesuatu Ke Atas Diri Dan Pendapatan
  3. Melampau
  4. Bemudah-mudahan Dan Longgar
  5. Tertipu Dengan Kedudukan Dan Bersikap Menonjol Diri
  6. Cemburukan Orang Lain
  7. Fitnah Senjata
- Ketiga: Sebab-Sebab Luar Yang Menekan
  1. Tekanan Ujian
  2. Tekanan Keluarga
  3. Tekanan Persekitaran
  4. Tekanan Gerakan-gerakan Bahaya
  5. Tekanan Bermuka-muka
Harga = RM14.00
Mukasurat = 155
Penulis = Dr. Fathi Yakan
Penterjemah = Ustaz Md. Akhir Hj. Yaacob
Penerbit = Dewan Pustaka Fajar (DPF)

Sunday, June 24, 2012

Jumaat Bersama Tok Guru

"Saya telah mengikuti kuliah Tok Guru sejak lebih dua puluh tahun yang lalu. Jadi, saya sentiasa merasa teruja untuk terus mengikuti kuliah-kuliah beliau lebih-lebih mendapat peluang untuk merakamkannya dalam bentuk buku. Buku ini mengandungi lima belas kuliah yang disampaikan oleh Tok Guru dalam majlis ilmu yang diadakan pada setiap hari Jumaat di Kota Baharu, Kelantan.

Dalam buku ini juga saya merakamkan pandangan dan perasaan saya terhadap kuliah-kuliah yang disampaikan oleh beliau. Semoga dengan rakaman dan huraian tesebut, ia akan membawa kita lebih dekat dengan majlis ilmu yang disampaikan oleh Tok Guru. Lebih penting lagi ialah memahami, menghayati dan seterusnya melaksanakannya dalam kehidupan. Ilmu yang diperolehi itu kemudian boleh disampaikan kepada orang lain.

Begitulah cara ilmu itu berkembang dan ia merupakan satu proses yang berterusan untuk mewariskan ilmu kepada generasi yang akan datang."

- Ann Wan Seng, Penulis

KANDUNGAN
  • Jumaat (1) - Menyuruh kepada yang Makruf, Melarang kepada yang Mungkar
  • Jumaat (2) - Taubat
  • Jumaat (3) - Takwa
  • Jumaat (4) - Dosa Pahala
  • Jumaat (5) - Tauhid
  • Jumaat (6) - Sedekah
  • Jumaat (7) - Doa
  • Jumaat (8) - Rezeki
  • Jumaat (9) - Kiamat dan Akhirat
  • Jumaat (10) - Hijrah
  • Jumaat (11) - Terima Islam sebagai Ad-Din
  • Jumaat (12) - Fasik
  • Jumaat (13) - Keluarga
  • Jumaat (14) - Dakwah
  • Jumaat (15) - Kelebihan Hari Jumaat
Harga = RM15.00 (Sem) RM18.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 218
Penulis = Ann Wan Seng
Penerbit = Kemilau Publika Sdn Bhd

Saturday, June 23, 2012

Penawar Duka Pengubat Sengsara - Coretan Rohani & Puisi Nurani

"Duka, gundah dan sengsara itu idak diminta bahkan kia disuruh berlindung dengan ALLAH daripada semuanya.
Namun, betapa ajaibnya makhluk yang bernama derita. Ia boleh datang dalam pelbagai rupa, menerjah ke dalam dada dan jiwa. Perasaan itu sukar dikawal bahkan adakala kita sukar mengerti perasaan yang dialami..."

"Ujian bagaikan bicara atau sapaan ALLAH agar kita ingat apa yang lupa, ubah apa yang salah atau tambahkan pahala dan padamkan dosa. Hiasilah hidup dengan istighfar, iaitu kembali kepada ALLAH dan mohon ampun kepada-NYA dengan jujur, dengan luhur, dengan khusyuk. Itulah penawar yang akan membuka kebahagiaan. Itulah janji-NYA..."

- Penulis


KANDUNGAN
  • Penawar Duka Pengubat Sengsara
  • Kemanisan Dalam Ujian
  • Di Manakah Hendak Dicari Ketenangan Hakiki?
  • Siapakah Yang Menyahut Rintihan Derita Insan?
  • Mencari Hikmah Di Sebalik Duka Dan Derita
  • Falsafah Islam Dalam Menghadapi Penyakit
  • Pelacur, Anjing Dan Kehidupan
  • Insaf Dalam Menilai Setiap Insan
  • Jalan Pulang Ke Pangkuan TUHAN Yang Terlalu Luas
  • Jantung Bukan Hati
  • Antara Dua Jantung
  • Kembara Menuju Kaabah
  • Di Sebalik Cinta Dan Tawakal
  • Mencari Keberkatan Masa
  • Bila Usia Menjelang Empat Puluh
  • Menilai Meja Kopi
  • Pengorbanan Bukan Sekadar Cerita
  • Fitnah Dan Adat Perjuangan
  • Cabaran Menjadi Golongan Ghuraba
  • Iman Tidak Dipaksa
  • Segalanya Kerana Niat
  • Dr. Lo'Lo Sekadar Yang Saya Kenali
  • Pengaruh Wanita Di Dalam Kehidupan Lelaki
  • Inilah Kita
Harga = RM17.00 (Sem) RM20.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 235
Penulis = Prof. Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin
Penerbit = Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd.

Friday, June 22, 2012

Kuasa Iqra - Menguasai Dunia, Menikmati Akhirat

"Sesiapa yang membeli buku, tidak berasa lebih nikmat daripada saat membelanjakan hartanya bagi membeli benda lain, atau tidak melebihi cita-cita para hartawan dalam membina bangunan, sesungguhnya dia belum mencintai ilmu. Perbelanjaannya tidak akan bermanfaat, sehingga dia lebih mengutamakan membeli buku.

Sepertimana seorang Arab badwi yang lebih mengutamakan susu untuk kudanya berbanding keluarganya. Hingga ia berharap memperoleh ilmu seperti halnya orang Arab tadi mengharapkan kudanya."
- Al-Jahiz, ulama dan pakar ilmu zoologi pertama dalam Islam

KANDUNGAN
  • Bab Pertama: Ringkasan Tafsir Ayat 1 hingga 5 Surah Al-'Alaq
  • Bab Kedua: Kefahaman Mengenai Ayat 1 hingga 5 Surah Al-'Alaq
  • Bab Ketiga: Faedah Daripada Pembacaan Berkesan
  • Bab Keempat: Tip-Tip Dan Galakan Minat Membaca
  • Bab Kelima: Sejarah Tokoh Yang Suka Membaca
  • Bab Keenam: Cara Dan Minat Ulama Dalam Membaca
  • Bab Ketujuh: Mutiara Kata Ulama Berkenaan Membaca Dan Menuntut Ilmu
  • Bab Kelapan: Teknik Dan Kemahiran Membaca Berkesan
  • Bab Kesembilan: Awasi Empat Perkara Ketika Membaca
  • Bab Kesepuluh: Sumber Rujukan Ilmu-Ilmu Islam
  • Bab Kesebelas: Bahan Bacaan Yang Ditegah
  • Bab Kedua Belas: Perpustakaan Terkenal Di Serata Dunia
  • Bab Ketiga Belas: Hasil Karya Penulis
Harga = RM12.00 (Sem) RM14.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 136
Penulis = Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Ph.D. (Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Wilayah Persekutuan 1433H)
Penerbit = PTS Islamika Sdn. Bd.

Syamail Muhammadiyah - Keanggunanmu Ya Rasulullah (Edisi Bahasa Malaysia)

BUKU Syamail Muhammadiyah adalah naskhah berharga yang menghuraikan secara terperinci keperibadian Rasulullah serta perilaku dan sahsiahnya berdasarkan hadis-hadis yang direkodkan oleh Imam at-Tirmizi. Pembaca dapat memanfaatkan himpunan hadis Nabi dalam menjadikan kehidupan harian mengikut sunnah Nabi Muhammad.

Buku ini membahaskan lima aspek kehidupan Nabi Muhammad;
  • Fizikal - Tanda Kenabian, rambut, uban, celak, berbekam, pakaian, aksesori, kasut, sandal, cincin, pedang, baju besi, pelindung kepala, serban, sarung dan tempat tidur.
  • Perilaku - Cara berjalan, duduk, bersandar, bertopang, tidur, makan, jenis roti, lauk, gelas minum dan buah-buahan.
  • Ibadah - Wuduk, doa, wangi-wangian, solat Dhuha, solat sunat di rumah, puasa dan membaca al-Quran.
  • Hubungan Sosial dan Akhlak - Berbicara, ketawa, bergurau, bersyair, berbual, bersifat tawaduk, terasa malu dan tangisan.
  • Kehidupan - Nama-nama Rasulullah, usia, kewafatan, warisan dan mimpi melihat Rasulullah.
* Kitab Syamail Muhammad S.A.W (terbitan Telaga Biru, versi Bahasa Indonesia)

Harga = RM35.00 (Sem) RM38.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 387 (Kulit Keras)
Susunan = Imam At-Tirmizi
Penerbit = PTS Islamika Sdn. Bhd.

Wednesday, May 30, 2012

Martabat Ilmu & Ulama - Panduan Dan Adab-Adab Menuntut Ilmu

Buku Martabat Ilmu dan Ulama adalah himpuunan hadis yang mulia dan juga wasiat-wasiat Nabi SAW yang berkaitan dengan ilmu dan ulama. Buku ini dikarang oleh penulis demi memartabat dan memuliakan ilmu selain menerangkan kedudukan orang alim yang mewarisi kepimpinan para Nabi. Di samping itu, ia memberi nasihat kepada penuntut dalam menjaga adab-adab menuntut ilmu.

Allah SWT menganjurkan kepada hamba-Nya agar menuntut ilmu. Ilmu agama atau ilmu yang ada dalam al-Quran dan as-Sunnah akan menjadi benteng bagi diri seseorang untuk mencegahnya daripada melakukan perkara dilarang syariat, dapat menolak kejahilan dan juga kebatilan sama ada dalam perkara agama atau mengejar urusan duniawi.

Justeru, orang yang ingin menuntut ilmu digalakkan untuk berguru dengan orang-orang alim. Sesungguhnya ulama ialah pewaris para Nabi yang membimbing umat manusia ke arah hidup yang bahagia di dunia dan di akhirat.

- Penerbit

KANDUNGAN
  • Bab 1: Kedudukan Ilmu
  • Bab 2: Kedudukan Ulama
  • Bab 3: Komentar Ulama Salaf Tentang Kedudukan Ilmu Dan Martabat Ulama
  • Bab 4: Adab-Adab Penuntut Ilmu
  • Bab 5: Adab-Adab Menuntut Ilmu
Harga = RM28.00 (Sem) RM30.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 167 (Berwarna Penuh)
Penulis = Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki
Penterjemah = Ustaz Mohamad Subki Abdul Rahman Al-Hafiz
Penerbit = PSN Publications Sdn. Bhd.

Popular Posts

Borang Pesanan / Soalan / Pendapat

Nama:
Nombor Telefon:
Alamat Surat Menyurat:
Alamat Email:
Pesanan:

Home

IKLAN!!!

IKLAN!!!
Sticker Keyboard Arab. RM 7.00 je satu...