Solat merupakan rukun kedua daripada rukun Islam yang lima. Solat adalah amalan utama dan diibaratkan sebagai tiang agama. Solat bukan sahaja mampu menjana kekuatan rohani yang kental bahkan kajian sains telah membuktikan bahawa solat juga memberikan kesan yang sangat baik terhadap kesihatan badan.
Buku ini yang merupakan rentetan daripada buku bestseller Solat - Kebaikan Dari Perspektif Sains mengupas secara ringkas dan padat bagaimana postur dan pergerakan solat efektif menurut sains. Buku ini juga mendedahkan bagaimana solat boleh diaudit, postur dan pergerakan solat wanita, dan bagaimana solat dapat menjadi terapi efektif bagi menguruskan badan.
Mudah-mudahan kajian ini dapat menjadi saham akhirat buat penulis dan para pembaca, khususnya dalam usaha kita saling bantu membantu menyemarakkan dakwah dan menyampaikan ilmu bermanfaat yang diamanahkan oleh Allah kepada Muslimin dan Muslimat.
Wallahu A'lam
- Penulis
Sebuah kupasan lanjut buku BESTSELLER:
KANDUNGAN
- Bab 1: Pendahuluan
- Bab 2: Komposisi Badan
- Bab 3: Kesan Senaman Terhadap Komposisi Badan
- Bab 4: Kesan Postur Dan Pergerakan Solat Terhadap Komposisi Badan
- Bab 5: Audit Postur Dan Pergerakan Solat Yang Efektif Untuk Kesihatan
Mukasurat = 128 (Berwarna Penuh)
Penulis = Prof. Ir. Dr. Fatimah Ibrahim
Penerbit = Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya