Pages


Petikan Hadith Kelapan, Kitab "Empat Puluh Hadith Kelebihan Ilmu Dan Ulama'"

Kedai Buku Tinta Ilmu, Lot 2-8-8, Tingkat 1, Pusat Beli Belah Ole-Ole, Jalan Pinang A 18/A, Seksyen 18, 40200 SHAH ALAM, Selangor.

Sunday, September 7, 2008

Proses Pembinaan Negara Islam

Kandungan buku ini adalah teks ucapan al-Ustaz Abu Al-A'la Al-Maududi yang disampaikan pada 12hb September 1940 kepada penuntut-penuntut dan pensyarah-pensyarah Universiti Islam Aligarh, sebuah pusat pengajian ilmu Islam yang ulung. Ucapan ini telah disampaikan di tengah-tengah kemuncak sengketa sengit antara penggerak fahaman kebangsaan Hindu dan Islam di Republik India. Ucapan al-Ustaz Al-Maududi ini bertujuan menyedarkan umat Islam tentang ciri-ciri Dakwah Islam sebenar yang bersifat terbuka dengan jatidiri yang unggul dan tidak taksub. Sememangnya, tokoh ini mampu untuk memimpin manusia yang ingin mendengar dan ingin mengamalkan nasihat ke arah jalan yang betul. Namun bagi orang yang memejamkan matanya akan mendapat kerugian jika menyangka mereka telah mencapai kejayaan.

Ucapan ini telah diterbitkan dalam bahasa Urdu dan berpuluh-puluh ribu salinan teks ucapan ini telah diedarkan. Seperti risalah-risalah dakwah al-Ustaz Al-Maududi yang lain, ucapan beliau ini juga telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris dan ke dalam bahasa-bahasa India yang lain.

Terjemahan dalam bahasa Arab pula telah diterbitkan oleh Dar Al-'Urubah Lil Dakwah Al-Islamiah buat pertama kali pada tahun 1946. Risalah ini kemudiannya diulang cetak sebanyak dua kali di Kaherah pada tahun 1950 dan juga di Damsyik.

Kini Dar Al-Su'udiah Lil Nasyr Wa Al-Tauzi' membentangkan kepada sidang pembaca cetakan keempat edisi baru dengan tujuan menyebar luaskan pemikiran al-Ustaz Al-Maududi untuk dimanfaatkan seluas mungkin. Secara langsung penerbitan buku ini juga bagi menampilkan peribadi seorang tokoh Islam terulung yang memiliki akidah dan keimanan yang tulus dan mantap.

- Penerbit

Harga = RM4.50
Mukasurat = 77
Ucapan / Karya = Sayyid Abu Al-A'la Al-Maududi
Penerbit = Pustaka Salam Sdn Bhd

0 Comments:

Popular Posts

Borang Pesanan / Soalan / Pendapat

Nama:
Nombor Telefon:
Alamat Surat Menyurat:
Alamat Email:
Pesanan:

Home

IKLAN!!!

IKLAN!!!
Sticker Keyboard Arab. RM 7.00 je satu...