Pages


Petikan Hadith Kelapan, Kitab "Empat Puluh Hadith Kelebihan Ilmu Dan Ulama'"

Kedai Buku Tinta Ilmu, Lot 2-8-8, Tingkat 1, Pusat Beli Belah Ole-Ole, Jalan Pinang A 18/A, Seksyen 18, 40200 SHAH ALAM, Selangor.

Friday, December 14, 2012

Himpunan Kisah Benar Tapi Pelik - Mendidik Ummah Di Taman Kisah

Buku "HIMPUNAN KISAH BENAR TAPI BENAR" ini disusun   berdasarkan kitab-kitab sejarah yang muktabar, yang merekodkan peristiwa-peristiwa luar biasa yang sangat memberikan rasa kekaguman dan keinsafan kepada diri yang membaca. Perkara-perkara 'benar tapi pelik' yang didatangkan oleh para nabi dengan izin Allah SWT menjadi al-bayyinat dan al-ayat, iaitu tanda-tanda kebenaran dakwah yang diperjuangkan oleh mereka serta menjadi bukti-bukti kebesaran Allah. Firman SWT dalam surah Ali 'Imran ayat 62 yang bermaksud :

Sesungguhnya ini ialah kisah-kisah yang benar; dan tiadalah Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah; dan (ingatlah) sesungguhnya Allah, Dialah jua yang Maha Bijaksana.

Perkataan "Qasas" yang membawa maksud kisah-kisah, banyak digunakan oleh Allah SWT dalam al-Quran sehinggakan teknik penceritaan dan pengisahan dijadikan panduan oleh para pendakwah yang ingin menyampaikan Islam mengikut pendekatan yang digunakan dalam al-Quran.

ANTARA KEISTIMEWAAN DAN KELEBIHAN BUKU INI:
  • Mengajak masyarakat menggunakan akal secara optimum dalam mengkaji dan merenung kebesaran Allah SWT.
  • Memasakkan keteguhan iman dan takwa kepada Allah SWT melalui kisah-kisah yang menakjubkan.
  • Memotivasikan orang ramai agar beriman dan beramal soleh supaya mendapat nusrah (pertolongan) dan karamah (kemuliaan) di sisi Allah SWT.
  • Menunjukkan tauladan, panduan dan pedoman berguna selaku hamba Allah SWT sehingga benar-benar menjadi insan yang berakhlak dan beriman.
  • Sebagai satu usaha menghidupkan kembali khazanah ilmu tulisan ulama silam yang semakin pupus ditelan zaman.
  • Sesuai dijadikan sebagai santapan rohani, renungan sebelum tidur atau sebagai koleksi peribadi mahupun cenderahati agar kita sama-sama dapat mengoreksi diri.
 - Penerbit

KANDUNGAN
  1. Dab Yang Beriman
  2. Dengan Nama Allah Tuhan Si Pemuda
  3. Jenazahnya Dilindungi Lebah Berbisa
  4. Syuraih: Hakim Yang Celik Hati
  5. Ya Allah, Aku Tidak Mahu Menjadi Pemimpin Al-Bashrah...
  6. Cukup Allah Menjadi Saksi
  7. Saiyidina Umar Menulis Kepada Sungai Nil
  8. Keadaan Mayat Setelah Dikuburkan
  9. Para Sahabat Memakan Bangkai Binatang
  10. Lumpuh Setiap Kali Berniat Jahat Kepada Sarah
  11. Syafaat Yang Paling Agung
  12. Doa Pengasih Yang Diajar Oleh Nabi
  13. Balasan Mempermainkan Sunnah
  14. Ain yang Memudaratkan
  15. Air Keluar Dari Jari Jemari Rasulullah SAW
  16. Pokok Kurma Menangis Ditinggalkan Nabi SAW
  17. Pokok Datang Kepada Nabi SAW
  18. Jin Melarikan Gadis
  19. Gurauan Rasulullah SAW
  20. Padah Mempelajari Sihir
  21. Pemimpin Memasak Untuk Rakyat
  22. Taubat Nasuha Seorang Ahli Maksiat
  23. Musa Berguru Dengan Khidir
  24. Pemimpin Pertama Digelar Amirul Mukminin
  25. Matahari Ditahan Daripada Terbenam
  26. Ditimpa Demam Sepanjang Hayat
  27. Tidak Menangis Walau Kematian Anak
  28. Bulan Terbelah
  29. Lelaki Yang Dimakbulkan Doanya
  30. Mulianya Hati Seorang Isteri Mujahid
  31. Mulia Walaupun Bekas Hamba
  32. Kecerdasan Anugerah Agung Kurniaan Ilahi
  33. Lelaki Yang Diberikan Cahaya Di Kepalanya
  34. Tanda Putih Di Telapak Tangan Uwais
  35. Tiada Kain Kafan Untukmu Sahabat
  36. Bertaubat Setelah 40 Tahun Bergelumang Dosa
  37. Sedikit Namun Mencukupi
  38. Dipenjarakan Kerana Seekor Tikus
Mungkin anda tidak pernah baca,
mungkin juga anda tidak pernah dengar
tapi... INI IALAH KISAH BENAR!

Harga = RM26.00
Mukasurat = 218
Penulis = Dr. Hj. Zahazan Mohamed
Penerbit = Telaga Biru Sdn. Bhd.
 

Monday, October 29, 2012

Islam: The Misunderstood Religion

It is surprising that Islam is gaining momentum in the West admidst negative media coverage. The surge of new converts on hostile ground proves that Islam is a true religion that needs reckoning by the West. On 7th October 2002, it was reported in St. Petersburg Timed that "Every year, about 20 000 people in the United States convert to Islam, according to a study condusted by the Council on American-Islamic Relations."

On 22nd February 2004, Nicholas Hellen and Christopher Morgan reported in The Sunday Times that, "More than 14 000 white Britons have converted to Islam after becoming disillusioned with western values, according to the first authoritative study of the phenomenon. Some of Britain's top landowners, celebrities and the offspring of senior Establishment figures have embraced the strict tenets of the Muslim faith."

- Publisher

"...HIGHLY RECOMMENDED..."
Mrs. Yvonne Ridley,
former Taliban captive,
 former chief reporter of the Daily Express
and has worked for various organisations including
BBC TV and Radio, and CNN

CONTENTS
  • Chapter 1: Islam the Divine Template
  • Chapter 2: Quran the Final Testament
  • Chapter 3: Muhammad the Final Mesengger
  • Chapter 4: Is Islam Comptible with Science?
  • Chapter 5: The Special Position of Women in Islam
  • Chapter 6: Does Islam Condone Terrorism and War?
  • Chapter 7: Islam, the Religion of the Future
  • Chapter 8: These Priest, Missioneries and Elites Choose Islam
  • Chapter 9: Excerpts from Media
  • Chapter 10: Epilogue
Price = RM21.00 (Sem) RM24.00 (Sab/Swk)
Pages = 221
Author = Dr. Danial Zainal Abidin
Publisher = PTS Millennia Sdn. Bhd.

Saturday, October 20, 2012

Muhammad Bukan Nasionalis - Ajaran Nabi Muhammad Melintasi Sempadan Negara Dan Bangsa

Sesungguhnya kehadiran Islam merupakan rahmat kepada segenap umat manusia serta jalan keselamatan bagi mereka yang mendambakan kebahagiaan hakiki. Semangat Islam adalah semangat pengabdian (ibadah dan ubudiyah) kepada Allah serta jalan hidup yang lurus di atas nilai-nilai keadilan, perdamaian, keluhuran dan kasih sayang.

Rasulullah S.A.W. yang diutus membawa risalah Islam berperibadi luhur dan berakhlak mulia. Baginda manusia sempurna (insan kamil) yang menjadi teladan kebaikan bagi semesta alam. Allah mengutus Nabi Muhammad sebagai rahmat-Nya kepada seluruh umat manusia agar mereka mencontohi baginda dalam menjalani hidup di dunia ini dengan kebenaran Muhammad bukanlah seorang yang memperjuangkan bangsa mahupun negara.

Baginda memperjuangkan nilai-nilai iman dan Islam yang bersifat universal dan berjuang untuk membangunkan peradaban kehidupan Islam. Perjuangannya menembusi sempadan bangsa dan negara. Syariat Islam yang diserukannya juga sentiasa sahih dan selaras dengan realiti zaman dan tempat.

- Penerbit

KANDUNGAN
  1. Bab 1: Al-Quran Panduan Hidup Manusia
  2. Bab 2: Agama Islam Bukti Rahmat Allah Kepada Manusia
  3. Bab 3: Syariat Islam Penyelesai Masalah Bagi Kehidupan Manusia
  4. Bab 4: Rasulullah Diutus Untuk Kemanusiaan Universal
  5. Bab 5: Rasulullah Berjuang Untuk Membangunkan Peradaban
  6. Bab 6: Jejak Perjuangan Rasulullah Menegakkan Keuniversalan Islam
  7. Bab 7: Gerakan Islam Melintasi Semppadan Negara Dan Bangsa
Harga = RM25.00 (Sem) RM28.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 326
Penulis = Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat & Azrul Hakim Suradi
Penerbit = Kemilau Publika Sdn Bhd

Monday, October 15, 2012

Zina: Antara Nikmat Dan Azab

Pelbagai gejala sosial melanda masyarakat terutamanya golongan remaja pada masa kini. Antaranya adalah gejala zina yang kian berleluasa dan membimbangkan, bukan sahaja pada keluarga dan masyarakat, tetapi juga pada Negara.
Zina bukan sahaja PERBUATAN KEJI yang membawa kepada keruntuhan moral dan akhlak, tetapi juga keruntuhan institusi kekeluargaan dimana kes-kes hamil luar nikah dan pembuangan bayi semakin meningkat.
Marilah kita sama-sama mendekatkan diri kepada Allah. Tingkatkan kecintaan, ketakwaan dan keimanan terhadap-Nya. Mudah-mudahan kita mendapat keredhaan Allah di dunia dan akhirat.

- Penerbit

KANDUNGAN
  • Bab 1: Sejarah Awal Gejala Penzinaan
  • Bab 2: Realiti Masa Kini
  • Bab 3: Penzinaan Di Kalangan Masyarakat Islam Kini
  • Bab 4: Bahaya Perbuatan Zina
  • Bab 5: Kesan Perbuatan Zina
  • Bab 6: Balasan Di Dunia
  • Bab 7: Balasan Di Akhirat
  • Bab 8: Taubat
  • Bab 9: Panduan Menjauhi Zina
Harga = RM10.00 (Sem) RM13.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 88
Penulis = Zaman Azad Khad & Mohd Aizat B. Mohd Saleh
Penerbit = Best Seller Publication (bsp)

Wednesday, August 1, 2012

Dunia Islam Kini - Pahitnya Pengalaman Besarnya Harapan

"Saudara yang dikasihi, salah satu tuntutan jihad di jalan Allah ialah anda terdorong untuk tekun berfikir mencari jalan penyelesaian lantaran masalah yang berpanjangan ini. Ia menuntut anda bersungguh-sungguh mencari jalan untuk membebaskan diri. Menghabiskan masa yang panjang untuk berfikir sedalam-dalamnya bagi mengkaji pelbagai cara dan meneliti pelbagai muslihat.

Mungkin dengan ini anda akan temui jalan penyelesaian atau penyelamat buat umat ini. Bukankah niat seseorang itu lebih baik daripada amalannya? Allah mengetahui mata yang khianat dan apa yang tersembunyi di dalam hati."
- Imam Hasan Al-Banna

KANDUNGAN
  • Bab 1: Pengenalan Dunia Islam
  • Bab 2: Perang Salib Ke Atas Dunia Islam
  • Bab 3: Konflik Yahudi-Islam & Khalifah
  • Bab 4: Kebangkitan Islam, Pelan Damai & Isu Al-Quds
  • Bab 5: Faktor Kelemahan Umat & Keperluan Mereka Kepada Dakwah
  • Bab 6: Musuh Dan Gerakan Islam
  • Bab 7:  Organisasi Arab Dan Islam
Harga = RM40.00
Mukasurat = 433 (Kulit Keras)
Penulis = Dr. Taufik Yusuf Al-Waei
Penerbit = Pustaka Salam Sdn Bhd
 

Wednesday, July 11, 2012

Golongan Yang Tercicir Di Sepanjang Jalan Da'wah - Bagaimana Dan Kenapa?

"Ada di antara mereka itu yang meninggalkan da'wah tetapi tidak meninggalkan Islam... Ada pula yang meninggalkan kedua-duanya sekali. Ada yang meninggalkan jama'ah dan mengasaskan jama'ah baru dan ada pula yang bergabung dengan jama'ah lain. Demikianlah berlakunya gejala dalam bentuk yang banyak dan berbagai-bagai keciciran."

- Penulis, petikan Muqaddimah, halaman 17





KANDUNGAN

Fasal Pertama: Gejala Keciciran Di Zaman Rasulullah
Fasal Kedua: Sebab-Sebab Keciciran

- Pertama: Sebab-Sebab Yang Berhubung Dengan Gerakan
  1. Kelemahan Sudut Tarbiyyah
  2. Tidak Meletakkan Seseorang Di Tempat Yang Sesuai
  3. Tidak Membahagi-bahagikan Kerja Kepada Anggota
  4. Tidak Mengambil Berat Hal Ahli
  5. Tidak Menyelesaikan Persoalan Dengan Segera
  6. Pertikaian Dalaman
  7. Pimpinan Tidak Layak
- Kedua: Sebab-Sebab Yang Berkaitan Dengan Anggota Individu
  1. Tabi'i Yang Tidak Tetap
  2. Takut Berlaku Sesuatu Ke Atas Diri Dan Pendapatan
  3. Melampau
  4. Bemudah-mudahan Dan Longgar
  5. Tertipu Dengan Kedudukan Dan Bersikap Menonjol Diri
  6. Cemburukan Orang Lain
  7. Fitnah Senjata
- Ketiga: Sebab-Sebab Luar Yang Menekan
  1. Tekanan Ujian
  2. Tekanan Keluarga
  3. Tekanan Persekitaran
  4. Tekanan Gerakan-gerakan Bahaya
  5. Tekanan Bermuka-muka
Harga = RM14.00
Mukasurat = 155
Penulis = Dr. Fathi Yakan
Penterjemah = Ustaz Md. Akhir Hj. Yaacob
Penerbit = Dewan Pustaka Fajar (DPF)

Saturday, June 23, 2012

Penawar Duka Pengubat Sengsara - Coretan Rohani & Puisi Nurani

"Duka, gundah dan sengsara itu idak diminta bahkan kia disuruh berlindung dengan ALLAH daripada semuanya.
Namun, betapa ajaibnya makhluk yang bernama derita. Ia boleh datang dalam pelbagai rupa, menerjah ke dalam dada dan jiwa. Perasaan itu sukar dikawal bahkan adakala kita sukar mengerti perasaan yang dialami..."

"Ujian bagaikan bicara atau sapaan ALLAH agar kita ingat apa yang lupa, ubah apa yang salah atau tambahkan pahala dan padamkan dosa. Hiasilah hidup dengan istighfar, iaitu kembali kepada ALLAH dan mohon ampun kepada-NYA dengan jujur, dengan luhur, dengan khusyuk. Itulah penawar yang akan membuka kebahagiaan. Itulah janji-NYA..."

- Penulis


KANDUNGAN
  • Penawar Duka Pengubat Sengsara
  • Kemanisan Dalam Ujian
  • Di Manakah Hendak Dicari Ketenangan Hakiki?
  • Siapakah Yang Menyahut Rintihan Derita Insan?
  • Mencari Hikmah Di Sebalik Duka Dan Derita
  • Falsafah Islam Dalam Menghadapi Penyakit
  • Pelacur, Anjing Dan Kehidupan
  • Insaf Dalam Menilai Setiap Insan
  • Jalan Pulang Ke Pangkuan TUHAN Yang Terlalu Luas
  • Jantung Bukan Hati
  • Antara Dua Jantung
  • Kembara Menuju Kaabah
  • Di Sebalik Cinta Dan Tawakal
  • Mencari Keberkatan Masa
  • Bila Usia Menjelang Empat Puluh
  • Menilai Meja Kopi
  • Pengorbanan Bukan Sekadar Cerita
  • Fitnah Dan Adat Perjuangan
  • Cabaran Menjadi Golongan Ghuraba
  • Iman Tidak Dipaksa
  • Segalanya Kerana Niat
  • Dr. Lo'Lo Sekadar Yang Saya Kenali
  • Pengaruh Wanita Di Dalam Kehidupan Lelaki
  • Inilah Kita
Harga = RM17.00 (Sem) RM20.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 235
Penulis = Prof. Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin
Penerbit = Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd.

Friday, March 25, 2011

Dakwah Fardiah

Saya ingin berpesan secara ringkas: Setiap mereka yang melaksanakan dakwah fardiah hendaklah menentukan tempoh masa tertentu untuk dia membawa seorang mad'u ke jalan dakwah. Dia hendaklah berfikir, tekun dan menggunakan sepenuh tenaganya untuk menjayakannya. Dia hendaklah menganggapnya sebagai ujian bagi dirinya... Kejayaan dakwah fardiah yang dilakukan bermakna dia telah berjaya menambah bilangan pekerja Islam; pembawa panji-panji jihad di jalan Allah; bermakna dakwah dapat disebarkan dengan cepat; bermakna meramaikan bilangan muslimin (betul-betul muslim) dan memperkuatkan kekuatan mereka; bermakna kita telah mara ke hadapan untuk merealisasikan cita-cita muslimin...

- Penulis

KANDUNGAN
  1. Berdakwah Kepada Allah (Dakwah Fardiah)
  2. Uslub Dan Marhalah
  3. Beberapa Pesanan Khusus Mengenai Dakwah Fardiah
  4. Ciri-Ciri Penting Daie
Harga = RM2.50
Mukasurat = 39
Penulis = Mustafa Masyhur
Penterjemah = Ustaz Mohd Asri Hashim
Penerbit = Pustaka Salam Sdn Bhd

Friday, June 11, 2010

Bekalan Dalam Jalan Dakwah

Saya merasa tidak mampu ketika menulis mengenai tajuk 'Bekalan Sepanjang Jalan Dakwah'. Terutamanya mengenai cara mencari bekalan dan bagaimana kita meneguknya daripada bekalan iman, takwa, hidayah dan cahaya petunjuk. Masalah di sini bukanlah masalah yang berkait dengan pengalaman, eksperimen dan pengetahuan, tetapi yang utama sekali ia kembali kepada anugerah Allah S.W.T.
- Penulis

KANDUNGAN
  • Ambillah Bekalan Daripada Al-Quran
  • Bertafakkur Tentang Ciptaan Allah Dan Tanda-Tanda Keagungan-Nya
  • Bertafakkur Tentang Nikmat-Nikmat Allah
  • Bertafakkur Tentang Alam Ghaib Yang Menunggu Kehadiranmu
  • Bertafakkur Tentang Hari Akhirat
  • Dalam Sirah Nabawi Ada Bekalan
  • Dalam Ibadat Sembahyang Ada Bekalan
  • Dalam Ibadat Puasa Ada Bekalan
  • Dalam Ibadat Zakat Ada Bekalan
  • Dalam Ibadat Haji Ada Bekalan
  • Dalam Qiyamullail Ada Bekalan
  • Dalam Zikir Dan Doa Ada Bekalan
  • Dalam Mengikut Sunnah Ada Bekalan (1)
  • Dalam Mengikut Sunnah Ada Bekalan (2)
  • Dalam Jihad Di Jalan Allah Ada Bekalan
  • Dalam Dakwah Kepada Allah Ada Bekalan
  • Dalam Persahabatan Yang Baik Ada Bekalan
  • Penutup... Pulangan Bekalan
Harga = RM18.50
Mukasurat = 267
Penulis = Mustafa Masyhur
Penterjemah =Ustaz Abdul Hakam Bin Jaafar
Penerbit = Pustaka Salam Sdn. Bhd.

Saturday, March 27, 2010

Menyeru Kepada Allah - Panduan Untuk Pendakwah Muda

Islam boleh disampaikan melalui pelbagai cara dan kaedah sama ada melalui lisan, tulisan ataupun perbuatan. Penyampaian itu perlulah dibuat menggunakan kaedah yang paling baik sesuai dengan khalayak dan audien yang didepaninya. Selain ilmu, untuk menjadi seorang pendakwah yang efektif, ia memerlukan kesabaran, kesungguhan dan motivasi untuk menghadapi sebarang bentuk kerenah serta permasalahan bahkan penentangan daripada kalangan yang didakwahnya. Justeru itu, ia menuntut seorang pendakwah supaya sentiasa bersiap siaga terhadap apa sahaja kemungkinan yang dihadapinya.

- Penulis

KANDUNGAN

Prinsip 1: Hidayah Itu Milik Allah
Prinsip 2: Bersangka Baik
Prinsip 3: Mencintai Bahasa Arab
Prinsip 4: Menelusuri Kisah Sirah Dan Teladan
Prinsip 5: Perbaiki Dirimu Terlebih Dahulu
Prinsip 6: Benar Dalam Penyampaian Dan Tindakan
Prinsip 7: Pendakwah Itu Penyelamat

Harga = RM14.00 (Sem) RM17.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 123
Penulis = A. Ubaidillah Alias
Penerbit = Rijal Media

Friday, February 26, 2010

Himpunan Risalah Imam Hasan Al-Banna

Hasan Al-Banna ibarat satu gagasan yang mantap. Gagasan yang tidak pernah mengejar kekayaan, tidak pernah mencari keuntungan yang bersifat sementara. Justeru beliau hidup bersama kita dengan cara yang amat mudah dan ringkas. Menerima dunia dengan penuh bersahaja. Tidak pernah mencari dunia atau menolak terus dunia. Semuanya sekadar secukupnya. Beliau hanya mengambil sekadar yang perlu. Makan apa yang ada. Pakai pakaian yang ada. Tempat tinggalnya sekadar seadanya. Hidup serba ringkas. Menyerahkan nasib anak-anaknya kepada Allah dan tiada apa yang ditinggalkan untuk mereka. Baginya segala kebahagiaan dan keseronokan dalam hidup ialah menyampaikan kalimah Allah kepada seluruh manusia. Meluahkan segala ilmu yang tersimpan di dadanya. Beliau mahu melihat gagasannya yang mulia dan ideal ini menjadi kenyataan. Beliau mahu ia menjadi realiti yang hidup di tengah masyarakat manusia. Menenggelamkan segala kesesatan yang merintangi jalannya. Memberikan sinar cahaya kepada dunia ini. Apabila semua ini menjadi kenyataan, barulah jiwanya tenang dan terpancar di lubuk hatinya sinar nikmat, cahaya dan kegembiraan.

Seorang wartawan meminta beliau memperkenalkan diri kepada orang ramai. Beliau berkata:

"Saya adalah pengembara yang mencari kebenaran. Saya adalah manusia yang mencari erti sebenar kemanusiaan. Saya adalah seorang warganegara yang impikan sebuah negara yang dihormati, merdeka, tenteram dan hidup harmoni di bawah naungan Islam yang murni.

Saya hanyalah ibarat seorang yang memahami rahsia hidupnya. Justeru dia berseru: Sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah, Tuhan sekalian alam, tiada yang mempersekutui-Nya. Inilah yang diperintahkan kepada saya dan saya salah seorang yang menyerah diri.

Inilah saya, anda pula siapa?"

- Penterjemah

KANDUNGAN

- Dakwah Kita
- Halatuju Dakwah Kita
- Menuju Sinar Cahaya
- Buat Pemuda, Khasnya Mahasiswa
- Ikhwan Al-Muslimin Di Bawah Naungan Al-Quran
- Dakwah Kita Di Era Baru
- Antara Semalam Dan Hari Ini
- Ucapan Dasar Muktamar Kelima
- Masalah Kita Menurut Perspektif Sistem Islam
- Sistem Politik
- Sistem Ekonomi
- Bingkisan Jihad
- Wanita Islam
- Buat Mahasiswa
- Muktamar Keenam
- Apakah Kita Golongan Yang Bekerja?
- Risalah Taalim
- Sistem Usrah
- Akidah
- Ma'thurat

Harga = RM47.50
Mukasurat = 683
Penterjemah = Ustaz Salehan Bin Ayub
Disemak Oleh = Ustaz Mohd Najib Bin Sulaiman
Penerbit = Pustaka Salam Sdn Bhd

Wednesday, July 15, 2009

Status Wanita Dalam Undang-Undang Jenayah Islam

Dalam kekeliruan terhadap hal dan juga kedudukan wanita dalam masyarakat terutamanya yang berhubung dengan undang-undang jenayah Islam begitu jelas berlaku. Keadaan ini diburukkan lagi dengan tindakan sesetengah wanita yang mengambil sikap membisu terhadap apa jua perkara yang menimpa diri mereka.

Dan ada pula yang bersifat agresif dengan melaungkan gerakan pembebasan wanita yang berfahaman liberalisme barat, yang ada kalanya jauh tersasar dari landasan ajaran Islam. Ini menambahkan kekeliruan yang sedia ada.

Perkara ini harus diambil berat kerana pandangan melampau oleh golongan sebegini telah mendorong masyarakat antarabangsa mahupun masyarakat Islam sendiri memandang sepi peranan undang-undang jenayah Islam dalam membela nasib wanita.

Penulis juga mengetangahkan faktor-faktor yang menyumbang ke arah berlakunya fenomena tersebut dengan menampilkan hujah-hujah, idea yang bernas di samping nas-nas syariat yang boleh dikaitkan dengan isu-isu semasa yang berlaku di dalam masyarakat terutama di negara ini.

Penerangan turut dibuat mengenai kejatuhan tamadun Islam yang menyaksikan pembekuan pemikiran orang Islam sehingga menyebabkan mereka bergantung kepada hukum lama walaupun masyarakat Islam sudah berubah dan memerlukan ijtihad dan hukum baru bagi disesuaikan dengan kehendak semasa.

Sehubungan itu, dengan adanya buku ilmiah sebegini dapat mendalamkan lagi kefahaman umat terhadap peranan dan layanan kepada wanita berdasarkan undang-undang jenayah Islam yang sememangnya begitu unik, berkesan dan bersesuaian dengan fitrah manusia itu sendiri.

- Penerbit

KANDUNGAN

BAB PERTAMA: KEDUDUKAN WANITA SECARA UMUM DARIPADA PERSPEKTIF AL-QURAN DAN AL-SUNNAH
- Pendahuluan
- Pandangan Islam Mengenai Wanita
- Istilah Wanita Dalam Al-Quran Dan Al-Sunnah
- Hukum Mengenai Wanita Dalam Al-Quran Dan Al-Sunnah
- Kesimpulan

BAB KEDUA: WANITA SEBAGAI SUBJEK JENAYAH
- Pendahuluan
- Konsep Jenayah
- Subjek Jenayah
- Wanita Sebagai Subjek Jenayah
- Kes-Kes Jenayah Wanita Di Zaman Awal Islam
- Pengecualian
- Kesimpulan

BAB KETIGA: HUKUMAN-HUKUMAN ATAS WANITA YANG MELAKUKAN JENAYAH
- Pendahuluan
- Konsep Hukuman
- Ciri-Ciri Penting Dalam Keseksaan
- Objektif Hukuman Atau Keseksaan
- Bahagian-Bahagian Hukuman Atau Keseksaan
- Hukuman-Hukuman Atas Penjenayah Wanita
- Wanita Dan Hukuman Qisas
- Tanggungjawab Wanita Atas Bayaran Diyat
- Wanita Dan Hukuman Hudud
- Wanita Dan Hukuman Ta'zir
- Kesimpulan

BAB KEEMPAT: WANITA DAN PENGADILAN JENAYAH
- Pendahuluan
- Wanita Sebagai Hakim Jenayah
- Kesaksian Wanita Dalam Kes-Kes Jenayah
- Pengakuan Wanita
- Prosedur Bersumpah
- Asas Penerimaan Sumpah Dalam Kes-Kes Pembunuhan
- Wanita Sebagai Peendakwa Jenayah
- Wanita Sebagai "Wali Dam"
- Wanita Sebagai Peguam Jenayah

BAB KELIMA: ANALISA PERBANDINGAN TENTANG STATUS WANITA ANTARA PRINSIP SYARIAT DAN IJTIHAD FUQAHA DALAM UNDANG-UNDANG JENAYAH ISLAM
- Pendahuluan
- Antara Wanita Dan Lelaki Secara Umum
- Bentuk Dan Sifat Masyarakat Islam
- Wanita Dalam Masyarakat Islam
- Wanita Sebagai Subjek Jenayah
- Wanita Dan Hukuman Qisas
- Diyat Wanita
- Wanita Dan Hudud
- Wanita Dan Ta'zir
- Wanita Dan Pengadilan Jenayah

Harga = RM22.00
Mukasurat = 277
Penulis = Dr. Paizah Hj. Ismail
Penerbit = Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia

Friday, July 10, 2009

Bahtera Penyelamat Dalam Kehidupan Pendakwah

Tujuan asas buku ini dan perbahasan yang terkandung di dalamnya ialah untuk menegaskan bahawa para da'i Muslim tidak akan mencapai kejayaan selama mereka belum bersifat "Rabbaniyyin". Sesungguhnya banyak persoalan penyelewengan, fitnah yang berlaku di dalam kehidupan dan perkembangan da'wah di sana sini. Hal ini adalah pertamanya kerana kecuaian para da'i itu sendiri menunaikan hak dan tanggungjawab terhadap diri sendiri. Kesibukan mereka di dalam kerja-kerja penyampaian da'wah telah mengurangkan "commitment" mereka sendiri dan penyertaan mereka dengan kandungan da'wah itu sendiri.

Selama belum tercapai interaksi antara du'at dan hidayah yang dikembangkan oleh mereka selagi itulah mereka tidak akan dapat menjadi penunjuk dan pembimbing orang lain. Orang yang tidak memiliki sesuatu pasti tidak akan dapat memberikan apa-apa.

- Petikan Muqaddimah

KANDUNGAN

BAHAGIAN PERTAMA: RINTANGAN PERJUANGAN DALAM KEHIDUPAN PENDA'WAH
- Orang Mu'min Yang Dengki Kepadanya
- Orang Munafiq Yang Benci Kepadanya
- Orang Kafir Yang Memeranginya
- Syaitan Yang Menyesatkan
- Nafsu Yang Meransangnya

BAHAGIAN KEDUA: CIRI-CIRI KEIMANAN
- Sifat-Sifat Keimanan Yang Perlu Dijaga

BAHAGIAN KETIGA: BEKALAN PARA DA'I

BAHAGIAN KEEMPAT: BAHTERA PENYELAMAT UNTUK PARA DA'I

Harga = RM17.00
Mukasurat = 232
Penulis = Dr. Fathi Yakan
Penterjemah = Ustadh 'Abdul Ghani Shamsuddin & Ustadh Zawawi Hj. 'Ali
Penerbit = Dewan Pustaka Fajar

Saturday, June 20, 2009

Syarah Usul 20 Al-Imam Hasan Al-Banna - Rukun Faham - Penting!!!

Al-Imam Al-Banna pengasas jama'ah Ikhwan Muslimin - semoga Allah merahmati beliau - telah mengemukakan risalah ini kepada insan pilihan dari kalangan Ikhwan Muslimin yang telah matang di dalam bidang-bidang 'amal, marhalah da'wahdan di dalam harakah dan tarbiyyah. Mereka telah layak untuk berjihad di jalan Allah untuk mempraktikkan manhaj Islam di dalam kehidupan. Justeru, beliau menamakan mereka sebagai Ikhwan Mujahidin, kerana apa yang mereka tanggung dari bebanan jihad dengan semua martabat dan jenis-jenisnya demi melaksanakan manhaj ini.

Beliau juga menamakan sekali lagi - di dalam risalah yang sama - sebagai "Ikhwan Yang Benar" kerana mereka membenarkan apa yang mereka janjikan kepada Allah. Mereka ditarbiyyah di dalam saf jama'ah. Mereka ini telah berjanji dan menjunjung bai'ah bahawa mereka akan ber'amal sekadar keupayaan di jalan perlaksanaan manhaj Islam dalam islah. Di samping itu mempercayai bahawa Islam adalah penyelesaian bagi setiap masalah dalam apa jua bidang dari bidang-bidang kehidupan insan seluruhnya.

- Penulis

KANDUNGAN

MUQADDIMAH
- Faktor Perpecahan Kaum Muslimin Dan Kemunduran Tamadun Mereka Hari Ini
- Penyelesaian Bagi Perpecahan Dan Kebinasaan Ini
- Manhaj Perjuangan Pembaharuan Muslim (Reformis) Dalam Melakukan Islah (Reformis)
- Manhaj Islam Al-Imam Al-Banna

MEMAHAMI PRINSIP ISLAM DALALM RISALAH TA'ALIM
- Rukun Bai'ah

RUKUN PERTAMA (FAHAM)

PRINSIP PERTAMA
- Islam Adalah Negara Dan Tanah Air Atau Kerajaan Dan Umat
- Islam Adalah Akhlaq Dan Kekuatan Atau Rahmat Dan Ke'adilan
- Islam Adalah Kebudayaan Dan Undang-Undang Atau Ilmu Dan Kehaiman
- Islam Adalah Material (Madah) Dan Kekayaan Atau Hasil Usaha Dan Kecukupan
- Islam Adalah Jihad Dan Da'wah Atau Tentera Dan Fikrah
- Islam Adalah 'Aqidah Yang Sebenar Dan 'Ibadah Yang Sahih Tanpa Ada Bezanya

PRINSIP KEDUA
- Definisi Hukum Hakam (Ahkam) Islam
- Al-Qur'an Sebagai Hujah
- Sunnah Nabi Yang Suci Sebagai Hujah

PRINSIP KETIGA
- Cahaya Iman Yang Benar
- Suatu Yang Tidak Diterima Sebagai Dalil Syara'

PRINSIP KEEMPAT
- Kemungkaran Yang Wajib Diperangi

PRINSIP KELIMA
- Ijtihad
- Pendirian Kaum Muslimin Pada Soal 'Ibadah Dan Adat

PRINSIP KEENAM
- Terpelihara Dari Kesalahan
- Haram Mengecam Saudara Muslim

PRINSIP KETUJUH
- Mengikut (Ittiba')
- Kewajipan Para Pengikut
- Mencapai Darjat Meneliti

PRINSIP KELAPAN
- Bentuk-Bentuk Perselisihan
- Adab Khilaf

PRINSIP KESEMBILAN
- Mendalami Permasalahan Yang Tidak Mendorong Kepada 'Amal Dan Hukum Hakam Yang Masih Belum Berlaku
- Melibatkan Diri Kepada Makna-Makna Ayat Al-Qur'an Yang Masih Belum Tercapai Oleh 'Ilmu
- Membicarakan Secara Mendalam Kelebihan Para Sahabat Dan Perselisihan Antara Mereka

PRINSIP KESEPULUH
- Kaedah Sebenar Mengenal Allah
- Permasalahan Terpenting Tauhid

PRINSIP KESEBELAS
- Ta'rif Bid'ah
- Pembahagian Bid'ah

PRINSIP KEDUA BELAS
- Hukum Taklif Bagi Bid'ah Dari Sudut 'Aqidah, 'Ibadah Dan Adat
- Hukum Bid'ah Idhafiyyah Dan Bid'ah Tarkiyyah

PRINSIP KETIGA BELAS
- Permasalahan Pertama: Siapa Para Wali Itu?
- Permasalahan Kedua: Apakah Karamah Yang Thabit Ke Atas Mereka Di Segi Syara'?
- Permasalahan Ketiga: Apakah Pendirian Kaum Muslimin Terhadap Para Wali?

PRINSIP KEEMPAT BELAS
- Pensyari'atan Menziarahi Kubur
- 'Amalan Terpenting Yang Diharamkan Terhadapa Kubur

PRINSIP KELIMA BELAS
- Do'a
- Tawassul

PRINSIP KEENAM BELAS
- 'Uruf Yang Pincang
- Tipudaya Lafaz

PRINSIP KETUJUH BELAS
- 'Aqidah Teras 'Amalan
- 'Amalan: Antara Hati Dan Pancaindera

PRINSIP KELAPAN BELAS
- Islam Membebaskan 'Aqal
- Seruan Merenung Alam Semesta
- Islam Menjulang Status 'Ilmu

PRINSIP KESEMBILAN BELAS
- Tidak Wujud Pertentangan Antara 'Aqal Dan Syara'

PRINSIP KEDUA PULUH
- Hukum Mengkafirkan Saudara Muslim

Harga = RM18.00
Mukasurat = 254
Penulis = Dr. 'Ali 'Abdul Halim Mahmud
Penerbit = Dewan Pustaka Fajar

Thursday, May 14, 2009

Tanggungjawab Pendidikan Seks Menurut Islam - Mentarbiah Anak-Anak Tentang Seks, Mendisiplinkan Dan Membimbing Akhlak Mereka

Hari ini anak-anak kita mungkin mendapat sumber pengetahuan tentang seks daripada sumber yang tidak suci seperti bahan lucah dari internet dan bahan cetak picisan, sedangkan persoalan seks amat suci dan murni.

Dr. Abdullah Naseh Ulwan merupakan seorang ulama yang alim, mengupas apa yang baik dan buruk untuk pendidikan seks anak-anak kita...

- Penerbit

KANDUNGAN

Bab 1: Tanggungjawab Pendidikan Seks

Bab 2: Adab Meminta Izin

Bab 3: Adab-Adab Memandang
- Adab Memandang Mahram
- Adab Melihat Tunang
- Adab Melihat Isteri
- Adab Memandang Sesama Lelaki
- Adab Seorang Wanita Memandang Kepada Wanita Lain
- Adab Seorang Wanita Bukan Islam Memandang Wanita Islam
- Adab Melihat Remaja Yang Tampan Rupa Paras (Amrad)
- Adab Bagi Wanita Melihat Lelaki Ajnabi
- Adab Memandang Aurat Kanak-Kanak
- Keadaan Darurat Yang Diharuskan Pandangan
-- Memandang Untuk Tujuan Bertunang
-- Memandang Untuk Tujuan Mengajar
-- Pandangan Dengan Niat Merawat
-- Melihat Dengan Niat Penghakiman Dan Penyaksian

Bab 4: Menjauhi Pengaruh Seks
- Kawalan Dalaman
- Kawalan Luaran
-- Bahaya Pawagam Dan Opera
-- Kepincangan Peragaan Fesyen Yang Mendedahkan Aurat
-- Bahaya Sarang Pelacuran Yang Tersembunyi Dan Terang-Terangan
-- Bahaya Gambar-Gambar Lucah Di Dalam Masyarakat
-- Keburukan Berkawan Dengan Orang-Orang Yang Buruk Laku
-- Bahana Pergaulan Bebas Antara Lelaki Dan Wanita

Bab 5: Medium Pengislahan
- Teknik Memberi Kesedaran
- Teknik Memberi Peringatan
- Teknik Ikatan

Bab 6: Mengajar Tentang Usia Remaja Dan Aqil Baligh

Bab 7: Perkahwinan Dan Hubungan Seksual
- Perspektif Islam Tentang Seks
- Haram Meninggalkan Perkahwinan
- Ganjaran Melampiaskan Seks Secara Halal
- Mengutamakan Hak Agama Islam
- Mengapakah Allah Mensyariatkan Perkahwinan?
- Peringkat-Peringkat Melakukan Hubungan Seks Pada Malam Pengantin
- Larangan Yang Perlu Diketahui Suami-Isteri

Bab 8: Menjaga Kesucian Diri Apabila Tidak Mampu Berkahwin
- Manhaj Menjaga Kehormatan Diri
- Contoh Penjagaan Kehormatan Diri
- Antara Menjaga Kesucian Diri Dan Mengekang Nafsu
- Pesanan Ustaz Ali Al-Tantawi

Bab 9: Adakah Harus Berterus Terang Kepada Anak-Anak Tentang Seks?

Harga = RM20.00 (Sem) RM22.00 (SAb/Swk)
Mukasurat = 171
Penulis = Dr. Abdullah Naseh Ulwan
Penterjemah = Ustaz Ahmad Hasan Bin Mohd Nazam & Mohd Nizam Bin Mohd Ali
Penerbit = Yamani Angle Sdn. Bhd.

Fiqah Berinteraksi Dengan Non-Muslim - Kaedah Bergaul Dengan Rakan, Jiran Dan Keluarga Bukan Islam Tanpa Mengabaikan Syariat

Buku "Fiqah Berinteraksi Dengan Non-Muslim" ini memberi gambaran jelas tentang batasan dan keindahan hidup bermasyarakat dalam masyarakat majmuk di Malaysia. Pelbagai masalah dan situasi kita hadapi terutama yang berkaitan arak dan khinzir. Penulis membentangkan penyelesaian dan penerangan dengan hujah yang mudah diiringi firman Allah serta Hadis sahih.

- Penerbit

KANDUNGAN

Bab 1: Fiqah Iman Dan Agama
- Hukum Berkongsi Menyambut Perayaan Non-Muslim
- Muslim Memasuki Rumah Ibadah Agama Lain
- Non-Muslim Memasuki Masjid
- Ucapan Tahniah Sempena Perayaan Agama Lain
- Upacara Tafakur Di Hadapan Patung
- Perebutan Jenazah Muslim Antara Muslim Dengan Non-Muslim
- Jualan Kitab Agama Lain Secara Terbuka

Bab 2: Fiqah Bersaudara, Berjiran Dan Berkawan
- Mengucapkan Salam Kepada Non-Muslim
- Menjawab Salam Non-Muslim
- Berjabat Tangan Dengan Non-Muslim
- Berjiran Dengan Non-Muslim
- Tinggal Serumah Dengan Non-Muslim
- Menerima Hadiah Daripada Non-Muslim Ataupun Memberikan Hadiah Kepada Mereka
- Ziarah Non-Muslim Yang Sakit Ataupun Meninggal Dunia
- Nafkah Ibu Bapa Non-Muslim

Bab 3: Fiqah Makanan
- Non-Muslim Belanja Makan
- Jamuan Makan Di Rumah Non-Muslim
- Majlis Berbuka Puasa Bersama Non-Muslim
- Haiwan Sembelihan Non-Muslim (Bukan Ahli Kitab)
- Haiwan Sembelihan Ahli Kitab
- Haiwan Sembelihan Yang Disebutkan Nama Selain Allah
- Haiwan Disembelih Sempena Perayaan Agama Non-Muslim
- Ikan Jualan Non-Muslim
- Kelapa Yang Dipecahkan Sempena Perayaan Deepavali
- Produk Makanan Keluaran Syarikat Non-Muslim
- Ayam Diberi Makanan Yang Diperbuat Daripada Khinzir
- Daging Korban Dimakan Oleh Non-Muslim

Bab 4: Fiqah Kenajisan Anjing
- Bejana Yang Dijilat Anjing
- Tujuh Kali Basuhan
- Kenajisan Anjing
- Bersentuhan Dengan Anjing
- Menyentuuh Tempat Yang Disentuh Oleh Anjing
- Rumah Yang Pemilik Sebelumnya Membela Anjing
- Baju Dijilat Anjing
- Memelihara Anjing

Bab 5: Fiqah Keharaman Khinzir
- Pengharaman Daging Khinzir Sebagai Makanan
- Sebab Daging Khinzir Diharamkan
- Segala Organ Khinzir Haram Dimakan
- Keharusan Makan Khinzir Ketika Darurat
- Kenajisan Khinzir
- Cara Membersihkan Bekas Yang Terkena Khinzir
- Samak Mulut Kerana Termakan Daging Khinzir
- Makanan Bercampur Daging Khinzir
- Menternak Khinzir
- Memanfaatkan Kulit Khinzir
- Ubat-Ubat Yang Diperbuat Daripada Khinzir
- Daging Lembu Dijual Bersebelahan Daging Khinzir
- Baja Najis Khinzir

Bab 6: Fiqah Pengharaman Arak
- Dalil Pengharaman Arak
- Jenis-Jenis Arak Zaman Ini
- Kenajisan Arak
- Jamuan Yang Menghidangkan Arak
- Kerjaya Berkaitan Arak
- Arak Sebagai Ubat
- Pelaburan Dalam Syarikat Arak

Bab 7: Fiqah Muamalah
- Jual Beli Dengan Non-Muslim
- Muamalah Dengan Syarikat Yahudi
- Menghantar Anak Kecil Ke Pusat Asuhan Non-Muslim
- Non-Muslim Menjual Dan Membeli Al-Quran
- Kitab Dan Buku Agama Islam Diberikan Kepada Non-Muslim
- Rumah Muslim Atau Premis Milik Muslim Disewa Kepada Non-Muslim
- Muslim Bekerja Dengan Majikan Non-Muslim

Bab 8: Fiqah Perubatan
- Doktor Non-Muslim Merawat Pesakit Muslim
- Derma Organ Kepada Non-Muslim
- Penerimaan Organ Daripada Non-Muslim
- Penerimaan Darah Daripada Non-Muslim

Bab 9: Fiqah Aurat
- Aurat Antara Wanita Muslimah Dengan Wanita Non-Muslim
- Fesyen
- Pakaian Khas Untuk Non-Muslim

Bab 10: Fiqah Perkahwinan
- Bercinta Dengan Non-Muslim
- Wanita Muslimah Berkahwin Dengan Lelaki Non-Muslim
- Berkahwin Dengan Ahli Kitab

Bab 11: Fiqah Siasah
- Non-Muslim Dalam Negara
- Bekerjasama Dengan Non-Muslim
- Mengangkat Non-Muslim Sebagai Wakil Rakyat
- Kerjasama Politik (Al-Tahluf Al-Siyasi)
- Jizyah
- Jihad Menentang Non-Muslim

Bab 12: Fiqah Menganut Agama Islam
- Berkhatan
- Qada' Ibadat Yang Tidak Ditunaikan Semasa Belum Islam
- Amal Kebajikan Semasa Masih Non-Muslim
- Tukar Nama Kerana Masuk Islam
- Wajibkah Memberitahu Keluarga Tentang Pengislaman
- Muslim Baru Tidak Tahu Solat
- Hukuman Jenayah Murtad Ialah Bunuh

Harga = RM20.00 (Sem) RM22.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 186
Penulis = Ust. Mohammad Nizam Abdul Kadir
Penerbit = Telaga Biru Sdn Bhd

Monday, December 22, 2008

Travelog Dakwah - Meniti Hari Esok

TDMHE mengupas hampir kesemua persoalan, berdasarkan pengalaman peribadi hamba Allah bernama Prof. Dr. Haji Muhd Kamil Ibrahim. Sebagaimana bukunya yang terdahulu, Travelog Haji Mengubah Sempadan Iman, buku ini juga mengundang pelbagai perasaan. Penulisan yang disertai dengan roh dan keinsafan serta ketakutan benar-benar menyentuh perasaan bagi sesiapa yang melihat dengan mata hati.

Norhayati Binti Ramlee, Wartawan MIDI.

Aturan ayat dan frasa kata yang mudah, tetapi menyentuh dan terkesan adalah jalinan cerita persis teguran sayang dan ajakan kasih kepada pembaca yang betul-betul tulus berfikir dan mengambil iktibar.

Che Zuina Ismail,
Ketua Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam,
Universiti Teknologi MARA, Johor.

Penceritaan bersahaja yang disampaikan secara tidak langsung mencabar minda kita supaya bersama-sama menyumbang dalam usaha meneguhkan lagi kefahaman berhubung Islam di mana juga kita berada.

Imran Abdullah,
Timbalan Wakil Tetap Malaysia ke UNESCO,
Paris, Perancis.

Harga = RM18.00
Mukasurat = 142
Penulis = Prof. Dr. Haji Muhd Kamil Ibrahim
Penerbit = PTS Islamika

Friday, November 14, 2008

Wali Songo - Perjuangan Dalam Dakwah Islam

Sejarah telah mencatatkan bahawa para penyebar agama Islam di Tanah Jawa adalah para ulama yang dikenali sebagai Wali Songo. Kisah mengenai mereka penuh dengan keajaiban dan peristiwa-peristiwa yang aneh, seperti mana kisah ajaib kaum sifu di Timur Tengah.

Wali Songo ini mempunyai ilmu yang tinggi dan sakti kerana dekatnya dengan Tuhan. Mereka dikurniakan keramat atau keistimewaan yang lebih daripada kebanyakan orang.

Walaupun kisah Wali Songo sebenarnya penuh kontroversi, tetapi kisah ini sendiri cukup menarik dan memikat hati. Bahkan banyak sekali hikmah yang dapat kita petik untuk berjuang menegakkan Islam di daerah kita masing-masing.

Harga = RM17.00
Mukasurat = 296
Penulis = MB. Rahimsyah AR.
Penerbit = Pustaka Syuhada

Popular Posts

Borang Pesanan / Soalan / Pendapat

Nama:
Nombor Telefon:
Alamat Surat Menyurat:
Alamat Email:
Pesanan:

Home

IKLAN!!!

IKLAN!!!
Sticker Keyboard Arab. RM 7.00 je satu...