Pages


Petikan Hadith Kelapan, Kitab "Empat Puluh Hadith Kelebihan Ilmu Dan Ulama'"

Kedai Buku Tinta Ilmu, Lot 2-8-8, Tingkat 1, Pusat Beli Belah Ole-Ole, Jalan Pinang A 18/A, Seksyen 18, 40200 SHAH ALAM, Selangor.

Thursday, October 17, 2013

Kewangan & Perbankan: Isu-Isu Dan Cabaran

Mutakhir ini, masyarakat Islam khususnya di Malaysia seringkali terdedah dengan isu-isu semasa berkaitan kewangan dan perbankan: contohnya pelaburan melalui internet, perniagaan MLM dan Forex, insurans konvensional, kontrak pinjaman berasaskan faedah, amanah saham dan sebagainya. Kesemua isu yang berlegar ini sememangnya berinteraksi terus dalam kehidupan seharian masyarakat Islam dan mempunyai implikasi hukum. Ditambah pula dengan lambakan produk-produk kewangan dan perbankan melalui instrumen yang pelbagai di pasaran. Meskipun perkembangan ini suatu yang baik, namun masyarakat Islam adakalanya dilihat kurang sensitif untuk membuat penilaian kepada produk-produk tersebut khususnya berkaitan hukum syariah.

Buku ini tampil memberi penjelasan hukum berkaitan isu-isu semasa serta cabaran kewangan Islam. Artikel-artikel yang terdapat dalam buku ini merupakan koleksi kertas kerja Konvensyen Kewangan dan Perbankan Islam (2010) dan Konvensyen Kewangan Islam (2011), anjuran Persatuan Ulama' Malaysia cawangan Selangor.

Mudah-mudahan penerbitan buku ini bakal menyuntik kefahaman yang mampan serta mampu memberikan penyelesaian syariah terhadap isu-isu perbankan dan kewangan Islam. Malah buku ini adalah alternatif terbaik dalam mendedahkan berkaitan konsep dan operasi perlaksanaan sistem kewangan dan perbankan Islam kepada masyarakat majmuk di Malaysia.

- Penerbit

KANDUNGAN
  • Senario Kewangan dan Perbankan Islam Masa Kini: Prospek, Isu-Isu dan Cabaran - Prof. Madya Dr. Mohamad Akram Laldin & Nusaibah bte Mohd Parid
  • Sistem dan Operasi Perbankan Islam: Tinjauan dan Ulasan - Dr. Ab Rashid Dail
  • Pendirian Syariah Terhadap Penggunaan Wang Kertas (Fiat Money) - Mohd Nazri bin Chik
  • A Review of Shariah Compliant Instrimentals for Islamic Credit Card as Adopted by Malaysian Financial Institution - Prof. Madya Dr. Azman bin Mohd Noor & Rafidah bte Mohd Azli
  • Perniagaan Multi Level Marketing (MLM) dari Perspektif Fiqh Islami - Zaharuddin bin Muhammad
  • Urusniaga Matawang Asing (Forex) dan Leverage: Satu Analisa dari Perspektif Syariah - Mohd Zamerey bin Aabdul Razak
  • Riba Dalam Perbankan Islam: Antara Persepsi dan Realiti - Prof. Madya Dr. Mohamad Akram Laldin
  • Isu-Isu Semasa Riba Dalam Jual Beli Emas dan Perak - Dr. Mohamad Fairooz bin Abdul Khir
  • Ciri-Ciri Keuntungan Menurut Perspektif Islam - Prof. Madya Dr. Shamsiah bte Mohamad
  • Pinjaman Dengan Faedah dan Penyelesaiannya Menurut Syariat Islam - Dr. Abdul Halim El-Muhammady
Harga = RM23.00
Mukasurat = 202
Penyelenggara = Azizi Che Seman, PhD & Mohd Nazri Chik
Penerbit = Persatuan Ulama' Malaysia
 

Monday, December 28, 2009

Insurans Menurut Perspektif Islam

Buku INSURANS MENURUT PERSPEKTIF ISLAM ini adalah jawapan ilmiah kepada persoalan hukum insurans berasaskan konsep tijari (perniagaan). Buku ini wajar dimiliki dan dibaca oleh seluruh umat Islam. Buku berbentuk kajian ini adalah naskhah pertama dari siri Silsilah Perbahasan Isu Fiqh Kontemporari.

Perbahasan seputar insurans adalah merupakan satu isu Fiqh Kontemporari yang sangat penting untuk diketahui. Selain menambah ilmu pengetahuan dalam bidang muamalat, buku ini juga boleh dijadikan panduan asas dan rujuka kepada para pelajar dan siswazah di dalam pelbagai bidang khususnya ekonomi, kewangan, insurans dan pengajian Islam untuk mengetahui kedudukan insurans dalam Islam.

- Penerbit

KANDUNGAN

BAHAGIAN PERTAMA: PENGENALAN AKAD INSURANS
- Perbahasan Pertama: Pengenalan Akad Insurans
- Perbahasan Kedua: Pembahagian Jenis-Jenis Insurans
- Perbahasan Ketiga: Pembahagian Mengikut Tajuk
- Perbahasan Keempat: Tujuan Dan Matlamat Melanggan Insurans

BAHAGIAN KEDUA: POLEMIK INSURANS MENURUT SYARIAT ISLAM
- Perbahasan Pertama: Ulamak Dan Insurans
- Perbahasan Kedua: Perbincangan Insurans Yang Diharuskan
- Perbahasan Ketiga: Perbincangan Insurans Perniagaan
- Perbahasan Keempat: Munaqasyah Terhadap Dalil-Dalil Dan Perbincangan Hujah
- Perbahasan Kelima: Tarjih (Pendapat Yang Sesuai Dan Terpilih)

Harga = RM6.00
Mukusurat = 68
Penulis = Ahmad Tarmizi Ismail
Penerbit = Pustaka Darussalam

Tuesday, December 1, 2009

Rahsia Bisnes Rasulullah

12 Rahsia Kejayaan Rasulullah Memimpin Dan Membangun Empayar Bisnes Yang Sentiasa Untung Sepanjang Perniagaan Yang Dijalankan

Nabi Muhammad S.A.W. adalah prototaip anak muda yang tidak diam dan mengalah. Baginda adalah anak muda yang berfikir dan bertindak membuktikan kepada dunia; bahawa orang lahir dalam keadaan miskin dan yatim piatu, juga berhak dan boleh berhasil dan kaya; bahawa orang yang lahir dengan tidak mempunyai modal materi seperti Baginda juga boleh menjadi orang terkaya; bahawa Baginda tidak mampu membaca dan menulis (ummy) bukanlah menjadi penghalang untuk menjadi berjaya-kaya dan sejahtera. Anda ingin kaya-berjaya dalam berniaga seperti Nabi Muhammad S.A.W.? Terutama dalam hal menghilangkan rasa rendah diri, diam diam dan malas? Buku ini jawabannya. Dahsyat dan luar biasa.

- Penerbit

KANDUNGAN

Bahagian Pertama: Rahsia Bisnes Rasulullah
- Rahsia Bisnes Pertama: Menjadikan Bekerja Sebagai Ladang Menjemput Syurga
- Rahsia Bisnes Kedua: Dalam Dunia Bisnes Kejujuran Dan Kepercayaan Tak Boleh Ditawar Sama Sekali
- Rahsia Bisnes Ketiga: Bukan Hanya Boleh Mimpi, Tapi Harus Mampu Mewujudkan Mimpi Itu
- Rahsia Bisnes Keempat: Berfikir Visioner, Kreatif, Dan Siap Menghadapi Perubahan
- Rahsia Bisnes Kelima: Rasulullah Memiliki Planning Dan Goal Setting Yang Jelas
- Rahsia Bisnes Keenam: Pintar Mempromosikan Diri
- Rahsia Bisnes Ketujuh: Membayar Gaji Pekerja Sebelum Kering Keringatnya
- Rahsia Bisnes Kelapan: Mengetahui Rumus 'Bekerja Dengan Cerdas'
- Rahsia Bisnes Kesembilan: Mengutamakan Sinergisme
- Rahsia Bisnes Kesepuluh: Berbisnes Dengan Cinta
- Rahsia Bisnes Kesebelas: Pandai Bersyukur Dan Mengucapkan Terima Kasih
- Rahsia Bisnes Keduabelas: Be The Best! Menjadi Manusia Paling Bermanfaat
- Penutup Sekaligus Pengantar Buku Ketiga: Sekali Lagi Tentang Trusty Atau Amanah

Bahagian Kedua: Kapsul-Kapsul 'Motivasi Bisnes' Dari Rasulullah

Harga = RM24.00 (Sem) RM27.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 179
Penulis = Prof. Dr Laode M Kamaluddin, Pakar Ekonomi Antarabangsa Dan CEO Syarikat Global Eco Rescue Ltd
Pengantar = Anif Sirsaeba, MBQ, Pengerusi Majlis Ta'lim Wisata Ruhani, Pondok Basmala
Penerbit = Alam Raya Enterprise

Tuesday, October 27, 2009

Panduan Perbankan ISLAM: Kontrak Dan Produk Asas

Bidang kewangan dan perbankan Islam masih baru jika dibandingkan dengan bidang kewangan dan perbankan konvensional. Oleh itu, ia memerlukan usaha berterusan untuk menjelaskan konsep ini kepada pelbagai pihak. Jumlah individu yang mengetahui pula amat sedikit dan sangat sibuk dengan urusan membangunkannya daripada hanya sebuah konsep kepada satu produk yang praktikal, serta boleh ditawarkan di dalam sebuah ruang undang-undang sedia ada.

Semakin banyak pula pihak mula menunjukkan minat yang tinggi untuk mempelajari bidang ini sama ada daripada kalalngan para ulama, peguam, ahli akademik, usahawan korporat, orang awam dan pelajar universiti. Bertitik tolak daripada keperluan itu, lahirlah buku ini sebagai satu usaha Zaharuddin Abd. Rahman untuk membantu memberikan kefahaman dengan lebih baik iaitu dengan:

- Menampilkannya dengan bahasa dan penerangan yang mudah dan sederhana, namun cukup untuk memahami aplikasi sesebuah kontrak dengan gambaran awal hingga akhir.

- Mengambil petikan-petikan dari kitab silam, moden dan resolusi badan-badan fatwa berautoriti peringkat nasional dan dunia, agar manfaat yang lebih sempurna mampu diperolehi oleh para pembaca, khususnya para ilmuan syariah.

- Mengutarakan jawapan kepada beberapa soalan kerap tentang sesebuah produk.

- Penerbit

KANDUNGAN

BAB 1: Bank Dan Kontrak Dalam Muamalat Islam
- Definisi Akad Atau Kontrak
- Rukun Bagi Kontrak Dalam Islam
- Kaedah Asas Dalam Fiqh Muamalat
- Ringkasan Fakta Sejarah Dan Urusan Perbankan

BAB 2: Kontrak Pertukaran Berbalas Pemilikan Harta
- Pertama: Murabahah
- Kedua: Bai' Al-'Inah ( بيع العينة )
- Ketiga: Jualan Tangguh Bayaran
- Keempat: Istisna' ( الإستصناع )
- Kelima: Jualan As-Salam ( بيع السلم )
- Keenam: Ijarah (Sewaan)

BAB 3: Kontak Partisipasi (Al-Istihrak)
- Pertama: Mudarabah
- Kedua: Musyarakah

Harga = RM20.00 (Sem) RM22.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 113
Penulis = Zaharuddin Abd. Rahman
Penerbit = Telaga Biru Sdn. Bhd

Sunday, September 6, 2009

Fiqh Muamalah

KONSEP-konsep Islam tidak hanya terbatas kepada sisi-sisi tertentu saja daripada syariat hukumnya. Akan tetapi sebaiknya pengenalan tersebut harus berterusan kepada seluruh sisi ajaran dan arahnya, seperti akidah, ibadah, muamalah, hukum jenayah dan lainnya dari pelbagai pembahagian istilah di dalam agama Islam.

Disebabkan keperluan muslim semasa yang mendesak untuk mengenal lebih banyak kepada interaksi kebendaan sesama mereka, khususnya di kalangan para penuntut ilmu pengetahuan hukum Islam. Ini kerana mereka merasa keberatan dalam mengembangkan tanggungjawab ini untuk memberikan penghuraian terhadap sistem Islam secara teori dan praktikal.

Juga penjelasan terhadap persekitaran Islam dan ajarannya yang demikian tersebut harus dijalani dan dikuasai oleh setiap insan muslim kerana mereka harus mencari kebajikan di dunia dan kebahagiaan di akhirat.

Oleh sebab yang telah diungkapkan di atas dan juga sebab-sebab lainnya yang telah menguatkan azam untuk mewujudkan keinginan penghuraian terhadap hukum muamalah di dalam Islam. Juga setelah bertawakal kepada Allah S.W.T. untuk menulis perbahasan ini dengan tajuk "Fiqh Muamalah". Buku ini kami usahakan mengikut kepada cara dan kaedah fuqaha dalam penghuraiannya dan juga berdasarkan kepada dalil Al-Quran dan As-Sunnah.

- Penulis

KANDUNGAN

1. KEPEMILIKAN
- Definisi Kepemilikan
- Bahagian-Bahagian Hak Kepemilikan
- Batas-Batas Hak Kepemilikan
- Sebab-Sebab Kepemilikan
- Sesuatu Yang Diperakui Syarak Daripada Sebab-Sebab Hak Kepemilikan

2. AKAD ATAU TRANSAKSI
- Definisi Akad
- Perbezaan Di Antara Akad Dan Tasarruf
- Perbahasan Asas Akad
- Penjelasan Asas Akad
- Masalah Ar-Rusyd
- Larangan Terhadap Orang Bodoh Atau Pemboros Setelah Pandai Mengurus Harta
- Sighat Dan Kewajipannya

PERBAHASAN PERTAMA: AL-MA'QUD 'ALAIH
- Definisi Harta
- Definisi Harta Di Kalangan Jumhur Fuqaha
- Kesimpulan Perbahasan Mengenai Ciri Khusus Al-Ma'qud 'Alaih
- Sejauh Mana Kepemilikan Manusia Terhadap Anggota Badannya
- Al-Ma'qud 'Alaih Perspektif Undang-Undang
- Syarat-Syarata Sah Akad
- Syarat-Syarat Terlaksana Akad
- Kehendak Dan Sejauh Mana Keberkesanannya Di Dalam 'Akad
- Menjual Anggur Kepada Orang Yang Akan Menjadikannya Arak

PERBAHASAN KEDUA: SYARAT DAN AKAD
- Aliran Pertama Adalah Mazhab Zahiri
- Aliran Kedua Adalah Jumhur Fuqaha
- Aliran Ketiga Adalah Mazhab Hambali
- Syarat Dan Akad Nikah
- Kesan Syarat Terhadap Akad

PERBAHASAN KETIGA: KHIYAR DAN AKAD
- Khiyar Majlis
- Khiyar Rukyah
- Khiyar Syarat
- Khiyar Aib
- Kesan Khiyar Ke Atas Akad

PERBAHASAN KEEMPAT: PEMBAHAGIAN AKAD
- Pembahagian Akad Menurut Kelazimannya
- Pembahagian Akad Menurut Zimmah

3. JUAL BELI
- Pertama: Adab Jual Beli
- Pembahagian Jual Beli
- Pembahagian Jual Beli Muthlak
- Jual Beli Dari Segi Badal/Barter
- Riba
- Pinjaman
- Akad Sewa
- Musaqah

4. SYARIKAT
- Definisi Syarikat
- Hukum Syarikat
- Sirkah Di Antara Muslim Dan Bukan Muslim
- Jenis-Jenis Syarikat

Harga = RM18.00
Mukasurat = 361
Penulis = Syeikh Hassan Ayob
Penterjemah = Abdurrahman Saleh Siregar
Penerbit = Berlian Publications Sdn. Bhd.

Tuesday, March 31, 2009

Manhaj Islam Dalam Berinteraksi Dengan Harta Benda

Islam adalah agama yang menyeluruh, memiliki manhaj kehidupan dan syariat-syariat yang sempurna. Ianya juga merupakan agama dan negara mengandungi aturan-aturan hukum-hakam. Syariat-syariatnya, aturan-aturannya dan hukum-hukumnya mengandungi unsur ibadah dan muamalah di pelbagai sektor kehidupan. Dengan aturan tersebut, manusia dapat hidup tenang dan damai sebagai hamba Allah SWT. Sehingga berjaya dengan keredhaan Tuhannya pada suatu hari yang mana harta dan anak-anak tidak berguna kelak.

- Penerbit

KANDUNGAN

BAB PERTAMA - Wajibnya Memahami Kaedah-Kaedah Syariat Dalam Mu'amalah Harta Benda

BAB KEDUA - Contoh-Contoh Praktikal Dari Pelanggaran Terhadap Syariat Dalam Mu'amalah Harta Benda

BAB KETIGA - Di Antara Keutamaan-Keutamaan Ukhuwah Dalam Mu'amalah Harta Benda

BAB KEEMPAT - Kaedah-Kaedah Syariat Mu'amalah Harta Benda Dapat Menjaga Ikatan Persaudaraan

BAB KELIMA - Nasihat-Nasihat Untuk Orang Muslim Dalam Bermu'amalah Harta Benda

BAB KEENAM - Fatwa-Fatwa Syariat Dalam Mu'amalah Harta Benda Pada Masa Kini

Harga = RM6.50
Mukasurat = 119
Penulis = Dr. Husen Shahata
Penterjemah = H. M. Yusuf Sinaga LC
Penerbit = Pustaka Darussalam Sdn Bhd

Popular Posts

Borang Pesanan / Soalan / Pendapat

Nama:
Nombor Telefon:
Alamat Surat Menyurat:
Alamat Email:
Pesanan:

Home

IKLAN!!!

IKLAN!!!
Sticker Keyboard Arab. RM 7.00 je satu...