Pages


Petikan Hadith Kelapan, Kitab "Empat Puluh Hadith Kelebihan Ilmu Dan Ulama'"

Kedai Buku Tinta Ilmu, Lot 2-8-8, Tingkat 1, Pusat Beli Belah Ole-Ole, Jalan Pinang A 18/A, Seksyen 18, 40200 SHAH ALAM, Selangor.

Wednesday, May 13, 2009

Murtad - Jangan Pandang Sebelah Mata

Murtad merupakan isu yang amat sensitif bagi umat Islam dan telah menimbulkan kegelisahan kepada masyarakat kita. Kenapa, mengapa dan salah siapa?

Murtad Jangan Pandang Sebelah Mata memberikan pelbagai gambaran daripada beraneka perspektif untuk membolehkan kita memahami persoalan dan permasalahan murtad yang sedang kita hadapi.

Buku ini mengutarakan beberapa kes dan kejadian murtad yang pernah menjadi isu hangat di dalam negara supaya pembaca mendapat gambaran yang sebenar di sebalik setiap kejadian yang berlaku. Semoga buku ini boleh membuka minda umat Islam di Malaysia agar sentiasa bersikap waspada, peka dan seterusnya membabitkan diri sama ada secara langsung atau tidak di dalam menghadapi ancaman murtad ini.

- Penerbit

KANDUNGAN

BAHAGIAN 1
Bab 1: Murtad - Status Semasa
Bab 2: Kewibawaan Mahkamah Syariah Dicabar
Bab 3: Murtad, Di Mana Silapnya?
Bab 4: Orang Islam Tidak Berhak Menukar Agama
Bab 5: Menangani Gejala Sosial Dan Murtad

BAHAGIAN 2
Bab 6: Teka-Teki Aishah Bukhari Belum Terjawab
Bab 7: Dulu Hartina Kini Nivashiny
Bab 8: Norfazilah Rebah Sebagai Seorang Muslim
Bab 9: Daripada Siti Bertukar Jadi Usha
Bab 10: Kes Lina Joy: Umat Islam Perlu Bangkit

BAHAGIAN 3
Bab 11: Murtad Daripada Sudut Pandangan Islam
Bab 12: Murtad Daripada Hukum Syarak
Bab 13: Murtad Dari Perspektif Syariah
Bab 14: Murtad Daripada Perspektif Perundangan
Bab 15: Murtad Daripada Perspektif Kehakiman

BAHAGIAN 4
Bab 16: Punca Murtad Di Kalangan Saudara Baru
Bab 17: Murtad Dan Kesannya Kepada Bukan Muslim
Bab 18: Pertikaian Status Agama Saudara Baru
Bab 19: Cara Atasi Murtad Saudara Baru

BAHAGIAN 5
Bab 20: Gerakan Memurtadkan Orang Islam
Bab 21: Kristianisasi Dan Murtad
Bab 22: Murtad Di Negara Lain

Harga = RM21.00 (Sem) RM24.90 (Sab/Swk)
Mukasurat = 172
Penulis = Ann Wan Seng
Penerbit = Must Read Sdn Bhd

Tuesday, August 26, 2008

Murtad - Kedudukannya di Sisi Islam dan Perlembagaan Malaysia

Kebebasan beragama dan perlakuan murtad di kalangan orang Islam adalah isu yang sentiasa dibahas, sama ada di dada-dada akhbar ataupun dalam persidangan-persidangan yang berkenaan. Isu ini mendapat liputan dan menarik minat banyak pihak di dalam dan di luar negara. Buku ini adalah hasil perbaikan dua daripada tiga kertas kerja yang dibentangkan di dalam satu seminar berkaitan isu tersebut yang telah dianjurkan oleh Jabatan Undang-undang Awam bersama dengan Jabatan Undang-undang Islam di Kuliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada Disember 2004 lalu. Meskipun dihadkan oleh ruang penulisan yang agak terbatas, namun pelbagai persoalan mengenai murtad telah dibahas dan dikupas secara menarik dan padat oleh penyumbang-penyumbang tulisan di dalam buku ini. Ia termasuklah persoalan mengenai kedudukan murtad dalam Islam dikupas oleh Syamrahayu Abdul Aziz dan Mohd Hisham Mohd Kamal. Kemudian persoalan mengenai isu murtad dan kebebasan beragama dalam kerangka perlembagaan Persekutuan dikupas pula secara menarik dan analatikal oleh Abdul Aziz Bari.

Buku ini sesuai dibaca bukan sahaja oleh mereka yang mempunyai latar belakang undang-undang, tetapi juga sesuai dibaca oleh khalayak umum yang berminat.

- Penerbit

Harga = RM10.00
Mukasurat = 87
Penyunting = Farid Sufian Shuaib
Penerbit = Inel MULTIMEDIA AND PUBLICATION

Popular Posts

Borang Pesanan / Soalan / Pendapat

Nama:
Nombor Telefon:
Alamat Surat Menyurat:
Alamat Email:
Pesanan:

Home

IKLAN!!!

IKLAN!!!
Sticker Keyboard Arab. RM 7.00 je satu...