- Maal Hijrah
- Hari Asyura
- Maulidur Rasul
- Israk Mikraj
- Nisfu Syaaban
- Nuzul Quran
- Badar Al-Kubro
- Lailatul Qadar
- Aidilfitri
- Aidiladha
Mukasurat = 166
Penulis = Ustaz Rusydi Ramli Al-Jauhari
Penerbit = Must Read Sdn. Bhd.
Posted by BookKeeper at 6:57 PM 0 comments
Labels: Bimbingan, Hadith, Rasulullah, Sunnah
Posted by BookKeeper at 8:54 PM 0 comments
Labels: Rasulullah, Sejarah, Sunnah
Jika anda termasuk orang yang merasa berat untuk bangun solat Subuh, maka buku ini akan membangkitkan anda. Tidak pernah menghadiri solat subuh berjamaah merupakan sikap tasyabbuh (menyerupai) perilaku kaum munafik pada zaman Nabi. Sebagaimana sabda Rasulullah yang bermaksud "Barangsiapa yang menyerupai satu kaum, maka ia termasuk golongan kaum tersebut" (HR Muslim). Cuba anda renungkan 'Munafikkah anda' atau dalam hati anda telah bersemi benih-benih kemunafikan.Posted by BookKeeper at 5:18 PM 0 comments
Labels: Pengurusan, Psikologi, Solat, Sunnah
Posted by BookKeeper at 10:04 PM 0 comments
Labels: Fiqh, Pendidikan, Sunnah, Tasauf
Memakai cincin (bercincin) adalah merupakan suatu sunnah (Perjalanan Hidup) Nabi Muhammad Sallallaahu 'Alaihi Wa Sallam yang mulia lagi suci; bukan semata-mata berdasarkan tradisi.Posted by BookKeeper at 8:00 AM 1 comments
Syamail Muhammad S.A.W. merupakan kitab yang sangat berharga kerana memaparkan secara detail semua hadis-hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Tirmizi berkaitan susuk peribadi tubuh badan Rasulullah S.A.W. serta perilaku dan sahsiah Baginda lahir dan batin.Posted by BookKeeper at 1:52 AM 0 comments
Labels: Rasulullah, Sejarah, Sirah, Sunnah
Satu pasukan perang dari Rom sedang bergerak menuju ke sebelah utara Madinah. Bilangan mereka sangat besar dan mereka sedang bersiap sedia mahu melancarkan serangan ke atas kaum Muslimin. Sebelum mereka tiba Madinah, Rasulullah S.A.W. memerintahkan kaum Muslimin menyekat kemaraan tentera musuh itu. Oleh kerana tentera Rom terlewat kerana menhadapi masalah dalaman tentera Muslimin sampai dahulu di daerah bernama Tabuk. Tentera Muslimin juga menghadapi kesulitan kerana berdepan dengan musim kemarau. Kesulitan yang paling ketara ialah kekurangan bekalan air. Bagaimanakah Rasulullah S.A.W. mengatasi masalah yang dihadapi oleh 40 ribu anggota tenteranya?Posted by BookKeeper at 12:35 AM 0 comments
Dalam peperangan Uhud, tentera Islam diserang hebat oleh tentera kafir Quraisy Makkah. Bilangan tentera kafir sungguh ramai dan dilengkapi dengan segala peralatan perang. Sedangkan tentera Islam serba kekurangan hingga ada Sahabat yang menggunakan tandan kurma sebagai ganti pedang. Namun hal ini tidak mematahkan semangat perjuangan mereka. Serangan musuh sungguh hebat sehingga Rasulullah S.A.W. terjatuh di dalam lubang perangkap. Namun baginda tetap dipelihara Allah. Baginda juga masih sempat menyembuhkan luka sahabatnya yang cedera. Baginda memperlihatkan mukjizatnya apabila tandan kurma di tangan seorang Sahabat telah bertukar menjadi pedang! Berjayakah Sahabat ini menewaskan musuh dengan pedang tandan kurma itu?Posted by BookKeeper at 7:19 PM 0 comments
Bulan Purnama Terbelah Dua mengisahkan bagaimana Rasulullah S.A.W. berhadapan dengan pemerintah dari Syam bernama Raja Habib. Raja Habib tidak boleh menerima ajaran yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W. selagi baginda tidak mennunjukkan kehebatan mukjizatnya. Aneh sungguh permintaannya. Dia meminta baginda membawa turun bulan yang sedang mengambang! Bagaimana cara Rasulullah S.A.W. menunaikan permintaan Raja Habib? Apakah pula reaksi Raja Habib apabila berlaku perkara yang sungguh luar biasa sebagaimana yang dipintanya itu?Posted by BookKeeper at 6:04 PM 0 comments
Para muslimin memang mengambil berat terhadap Sunnah Nabi Muhammad S.A.W. terutamanya para Sahabat. Mereka bersungguh-sungguh memahami, mangamal, memelihara, mengumpul dan menyampaikan Sunnah semenjak awal kemunculannya lagi. Para penghafal dan penulis saling bantu membantu dalam usaha memastikan kemurnian dan ketulinan Sunnah tersebut. Ia terus dipelihara untuk tatapan umat Islam terkemudian. Mereka sangat mengambil berat, mulai dari menghafal sehingga kepada menulis dan membukukannya, selain daripada mengadakan penyelidikan dan penelitian yang sangat teliti dan terperinci serta cermat terhadap semua hadith-hadith Nabi S.A.W., sama ada berkaitan matannya mahupun sanadnnya. Kemudian mereka memberikan penilaian terhadapnya, sama ada sahih atau sebaliknya.Posted by BookKeeper at 10:04 AM 0 comments
Abu Jahal dan rakan-rakannya ingin menduga Rasulullah S.A.W. melalui satu tipu muslihat. Abu Jahal meminta Abu Talib memberitahu anak saudaranya itu agar menunjukkan tanda-tanda kerasulannya. Abu Jahal menyangka Nabi tidak akan mampu melaksanakan permintaan itu. Mendengar permintaan Abu Jahal, Nabi S.A.W. telah berdoa kepada Allah. Tiba-tiba sebuah batu besar yang keras merekah. Dari dalam batu itu keluar sepohon pokok. Itulah yang dipinta oleh Abu Jahal. Tapi dia masih tidak berpuas hati. Kenapa? Apakah permintaan Abu Jahal seterusnya? Untuk mengetahui kesudahan kisah ini, milikilah buku Pokok Dari Rekahan Batu ini. Terdapat tiga lagi kisah menarik di dalamnya : Mana Pohon Itu?, Pokok Datang Menghadap dan Perigi Kering Memancut Air.Posted by BookKeeper at 9:24 PM 0 comments
Tiba-tiba Kudanya Tersungkur mengisahkan tekad Surakah bin Ju'sum untuk menangkap Nabi S.A.W.. Dia mahu merebut hadiah lumayan yang ditawarkan oleh orang-orang kafir Quraisy kepada sesiapa yang berjaya membawa Nabi pulang ke Makkah. Hadiahnya adalah 100 ekor unta! Alangkah gembiranya hati Surakah apabila melihat kelibat Rasulullah S.A.W. ketika dalam perjalanan berhijrah ke Yasrib. Segera dia menghalakan kudanya ke arah tempat Rasulullah S.A.W. berehat. Ketika kudanya berlari kencang mnghampiri Nabi, tiba-tiba kuda itu rebah tersungkur. Apa yang berlaku kepada kuda itu? Apakah kesudahan kisah Surakah? Dapatkah dia menangkap Rasulullah S.A.W. dan memiliki hadiah lumayan?Posted by BookKeeper at 7:14 PM 0 comments
Buku ini adalah merupakan suatu usaha pengarang bagi memperjelaskkan sejarah sebenar para anbiya' alaihissalam dan kefahaman tentang agama yang terdapat di dunia ini. Penjelasan berdasarkan dalil (bukti) dari sumber yang boleh diyakini adalah untuk menolak prasangka buruk penganut agama lain terhadap al-Din Islam tu sendiri serta menampilkan konsep ketauhidan dari perspektif Islam yang betul.Posted by BookKeeper at 7:11 PM 0 comments
Kitab sirah boleh disifatkan sebuah 'manual' bagi setiap mukmin yang berdaya juang. Ia diyakini mampu meningkatkan roh perjuangan. Melalui jalur-jalur kisah kehidupan junjungan kita Nabi Muhammad SAW yang diperincikan melaluinya, khalayak seakan-akan sedang dihidangkan dengan sebuah 'santapan rohani'. Daripada gerak geri baginda dalam pelbagai situasi, tenang, terancam, cemas, istiqamah dan berani tanpa disedari pembaca telah dan akan dititip dengan "akhlakul karimah". Ia bisa meresap, menusuk bahkan mampu mengubati jiwa.Posted by BookKeeper at 12:22 AM 0 comments
"Dan bahawa sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) mempunyai akhlak yang sangat-sangat mulia" - mafhum surah Al-Qalam : 4
Posted by BookKeeper at 8:37 PM 0 comments