
Dalam usaha menjaga kemunian Sunnah Nabi S.A.W., para ulama dengan berani dan berterus-terang mendedahkan golongan-golongan yang tidak bertanggungjawab dalam mmenyebarkan hadith-hadith palsu. Hasil usaha dan kepakaran mereka, maka muncullah pelbagai ilmu yang berhubung kait dengan Sunnah dan sampailah kepada kita dalam keadaan yang amat dipercayai sehingga kita tidak perlu lagi ragu-ragu menerimanya.
Di dalam penulisan ini akan diterangkan perkara-perkara yang perlu diketahui, termasuklah pengabdian ulama terhadap al-Sunnah dengan menyusun ilmu-ilmu yang bersangkutan dengan hadith ('Ulum al-Hadith). Mereka telah mencurahkan segala kepakaran masing-masing untuk menjamin keluhuran Sunnah Rasulullah S.A.W. yang menjad sumber perundangan Islam yang kedua selepas al-Quran.
Ilmu-ilmu tersebut meliputi dua tajuk utama, iaitu :-
1. Ilmu Hadith Riwayah
2. Ilmu Hadith Dirayah
Harga = RM12.50
Mukasurat = 115
Penyusun = Dr. Abdul Karim Ali & Mohd Noor Deris
Penerbit = Intel MULTIMEDIA AND PUBLICATION
0 Comments:
Post a Comment