Pages


Petikan Hadith Kelapan, Kitab "Empat Puluh Hadith Kelebihan Ilmu Dan Ulama'"

Kedai Buku Tinta Ilmu, Lot 2-8-8, Tingkat 1, Pusat Beli Belah Ole-Ole, Jalan Pinang A 18/A, Seksyen 18, 40200 SHAH ALAM, Selangor.

Monday, August 18, 2008

Pelaksanaan Hukuman Hudud Dalam Perundangan Islam Berteraskan Al-Quran Dan Al-Hadith

Buku ini menjawab dakwaan-dakwaan yang dibuat oleh mereka yang menolak hukuman Hudud dilaksanakan di negara ini. Di antara dakwaan mereka:-

1. Hukuman Hudud yang dicadangkan oleh "PAS" tidak menjamin keadilan, dan akan mencetuskan huru-hara.
2. Hukuman Hudud yang diluluskan oleh "PAS" bukan "Hudud Allah", tetapi adalah "Hudud PAS".
3. Di negara ini tidak boleh dilaksanakan Hukum Hudud, kerana rakyatnya terdiri dari masyarakat majmu' yang berbagai-bagai bangsa dan agama.
4. Kalau hukuman Hudud itu dikenakan ke atas orang-orang yang bukan Islam, huru-hara akan berlaku di negara ini.
5. Kalau hukuman Hudud itu hanya dikenakan ke atas orang-orang Islam sahaja - tidak dikenakan ke atas orang yang bukan Islam, hukuman itu adalah tidak 'adil dan adalah zalim.
6. Negara kita belum sampai masanya dilaksanakan hukuman Hudud, kerana tidak ada buku rujukan dalam perundangan Islam, dan tidak ada pakar dan ahli dalam perundangan Islam.

Dakwaan-dakwaan mereka sebagaimana tersebut jelas menunjukkan mereka itu bebal tentang hudud. Oleh itu saya merasa dipanggil dan dikejutkan oleh perasaan keimanan untuk menjelaskan dan menjawab dakwaan-dakwaan mereka itu di dalam buku ini. Dan saya merasa berdosa berdiam diri tanpa memberi penjelasan dan jawapan ke atas dakwaan-dakwaan mereka tentang Hudud, kerana dakwaan-dakwaan mereka itu natijahnya akan merosakkan 'aqidah orang-orang Islam dan orang-orang yang beriman. Oleh itu untuk menjaga 'aqidah kita tidak rosak dan tetap menjadi orang yang beriman hingga akhir hayat:

Bacalah dan hayatilah isi kandungan buku ini agar tidak terjerumus ke dalam lubang neraka yang disediakan ke atas mereka yang ingkar dan menolak hukum Allah.

- Penulis

KANDUNGAN

FASAL 1
- Ke'adilan Hukuman Hudud Secara Mutlaq

FASAL 2
- Orang Yang Menda'wa Hukuman Hudud Tidak Adil

FASAL 3
- Penjenayah Syar'iyyah Yang Dikenakan Hukuman Hudud

FASAL 4
- Hukuman Hudud Haq Milik Allah

FASAL 5
- Ke'adilan: Menjadi Asas Hukuman Hudud

FASAL 6
- Bukti Ke'adilan Hukuman Hudud

FASAL 7
- Pelaksanaan Hukuman Hudud

FASAL 8
- Orang Yang Bukan Islam Dikecualikan Dari Hukuman Hudud

FASAL 9
- Ke'adilan Allah Mensyari'atkan Hukuman Hudud

FASAL 10
- Menetapkan Dan Menentukan Hukuman Hudud

FASAL 11
- Kesimpulan Jawapan Kepada Da'waan Tentang Hudud
- Khatimah Pelaksanaan Hukuman Hudud

Harga = RM20.00
Mukasurat = 202
Penulis = Haji Sa'id Haji Ibrahim (Bekas Mufti Negeri Sabah)
Penerbit = Darul Ma'rifah

0 Comments:

Popular Posts

Borang Pesanan / Soalan / Pendapat

Nama:
Nombor Telefon:
Alamat Surat Menyurat:
Alamat Email:
Pesanan:

Home

IKLAN!!!

IKLAN!!!
Sticker Keyboard Arab. RM 7.00 je satu...