Pages


Petikan Hadith Kelapan, Kitab "Empat Puluh Hadith Kelebihan Ilmu Dan Ulama'"

Kedai Buku Tinta Ilmu, Lot 2-8-8, Tingkat 1, Pusat Beli Belah Ole-Ole, Jalan Pinang A 18/A, Seksyen 18, 40200 SHAH ALAM, Selangor.

Thursday, December 20, 2012

10 Hari Kebesaran Islam

Buku ini memaparkan keistimewaan yang terdapat di dalam hari-hari kebesaran Islam malah turut memaparkan amalan-amalan yang boleh dilakukan serta perbahasan dari sudut bahasa dan ilmiah mengenai hari kebesaran tersebut.

Maulidur Rasul contohnya, ia bukan sahaja perayaan bagi mengingati kelahiran nabi junjungan teragung Muhammad SAW malah lebih dari itu, ia adalah perayaan bagi mengenang jasa dan pengorbanan serta yang paling bernilai ialah kecintaan baginda SAW terhadap umatnya. Walaupun perayaan ini tidak disambut olen Nabi SAW sendiri dan para sahabatnya namun sebagai mengenang kasih sayang yang tidak terhingga Nabi SAW kepada kita, tidak salah malah menjadi satu kebaikan jika kita merayakannya sebagai membalas cinta nabi terhadap kita. Begitu juga dengan perayaan-perayaan lain di dalam Islam, semuanya menyimpan peristiwa-peristiwa besar yang perlu dikenang dan diraikan.

Rasa banggalah dengan Hari-Hari Kebesaran Islam.

- Penerbit

KANDUNGAN
  1. Maal Hijrah
  2. Hari Asyura
  3. Maulidur Rasul
  4. Israk Mikraj
  5. Nisfu Syaaban
  6. Nuzul Quran
  7. Badar Al-Kubro
  8. Lailatul Qadar
  9. Aidilfitri
  10. Aidiladha
Harga = RM16.90 (Sem) RM19.90 (Sab/Swk)
Mukasurat = 166
Penulis = Ustaz Rusydi Ramli Al-Jauhari
Penerbit = Must Read Sdn. Bhd.

Friday, December 14, 2012

Himpunan Kisah Benar Tapi Pelik - Mendidik Ummah Di Taman Kisah

Buku "HIMPUNAN KISAH BENAR TAPI BENAR" ini disusun   berdasarkan kitab-kitab sejarah yang muktabar, yang merekodkan peristiwa-peristiwa luar biasa yang sangat memberikan rasa kekaguman dan keinsafan kepada diri yang membaca. Perkara-perkara 'benar tapi pelik' yang didatangkan oleh para nabi dengan izin Allah SWT menjadi al-bayyinat dan al-ayat, iaitu tanda-tanda kebenaran dakwah yang diperjuangkan oleh mereka serta menjadi bukti-bukti kebesaran Allah. Firman SWT dalam surah Ali 'Imran ayat 62 yang bermaksud :

Sesungguhnya ini ialah kisah-kisah yang benar; dan tiadalah Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah; dan (ingatlah) sesungguhnya Allah, Dialah jua yang Maha Bijaksana.

Perkataan "Qasas" yang membawa maksud kisah-kisah, banyak digunakan oleh Allah SWT dalam al-Quran sehinggakan teknik penceritaan dan pengisahan dijadikan panduan oleh para pendakwah yang ingin menyampaikan Islam mengikut pendekatan yang digunakan dalam al-Quran.

ANTARA KEISTIMEWAAN DAN KELEBIHAN BUKU INI:
  • Mengajak masyarakat menggunakan akal secara optimum dalam mengkaji dan merenung kebesaran Allah SWT.
  • Memasakkan keteguhan iman dan takwa kepada Allah SWT melalui kisah-kisah yang menakjubkan.
  • Memotivasikan orang ramai agar beriman dan beramal soleh supaya mendapat nusrah (pertolongan) dan karamah (kemuliaan) di sisi Allah SWT.
  • Menunjukkan tauladan, panduan dan pedoman berguna selaku hamba Allah SWT sehingga benar-benar menjadi insan yang berakhlak dan beriman.
  • Sebagai satu usaha menghidupkan kembali khazanah ilmu tulisan ulama silam yang semakin pupus ditelan zaman.
  • Sesuai dijadikan sebagai santapan rohani, renungan sebelum tidur atau sebagai koleksi peribadi mahupun cenderahati agar kita sama-sama dapat mengoreksi diri.
 - Penerbit

KANDUNGAN
  1. Dab Yang Beriman
  2. Dengan Nama Allah Tuhan Si Pemuda
  3. Jenazahnya Dilindungi Lebah Berbisa
  4. Syuraih: Hakim Yang Celik Hati
  5. Ya Allah, Aku Tidak Mahu Menjadi Pemimpin Al-Bashrah...
  6. Cukup Allah Menjadi Saksi
  7. Saiyidina Umar Menulis Kepada Sungai Nil
  8. Keadaan Mayat Setelah Dikuburkan
  9. Para Sahabat Memakan Bangkai Binatang
  10. Lumpuh Setiap Kali Berniat Jahat Kepada Sarah
  11. Syafaat Yang Paling Agung
  12. Doa Pengasih Yang Diajar Oleh Nabi
  13. Balasan Mempermainkan Sunnah
  14. Ain yang Memudaratkan
  15. Air Keluar Dari Jari Jemari Rasulullah SAW
  16. Pokok Kurma Menangis Ditinggalkan Nabi SAW
  17. Pokok Datang Kepada Nabi SAW
  18. Jin Melarikan Gadis
  19. Gurauan Rasulullah SAW
  20. Padah Mempelajari Sihir
  21. Pemimpin Memasak Untuk Rakyat
  22. Taubat Nasuha Seorang Ahli Maksiat
  23. Musa Berguru Dengan Khidir
  24. Pemimpin Pertama Digelar Amirul Mukminin
  25. Matahari Ditahan Daripada Terbenam
  26. Ditimpa Demam Sepanjang Hayat
  27. Tidak Menangis Walau Kematian Anak
  28. Bulan Terbelah
  29. Lelaki Yang Dimakbulkan Doanya
  30. Mulianya Hati Seorang Isteri Mujahid
  31. Mulia Walaupun Bekas Hamba
  32. Kecerdasan Anugerah Agung Kurniaan Ilahi
  33. Lelaki Yang Diberikan Cahaya Di Kepalanya
  34. Tanda Putih Di Telapak Tangan Uwais
  35. Tiada Kain Kafan Untukmu Sahabat
  36. Bertaubat Setelah 40 Tahun Bergelumang Dosa
  37. Sedikit Namun Mencukupi
  38. Dipenjarakan Kerana Seekor Tikus
Mungkin anda tidak pernah baca,
mungkin juga anda tidak pernah dengar
tapi... INI IALAH KISAH BENAR!

Harga = RM26.00
Mukasurat = 218
Penulis = Dr. Hj. Zahazan Mohamed
Penerbit = Telaga Biru Sdn. Bhd.
 

Sunday, June 24, 2012

Jumaat Bersama Tok Guru

"Saya telah mengikuti kuliah Tok Guru sejak lebih dua puluh tahun yang lalu. Jadi, saya sentiasa merasa teruja untuk terus mengikuti kuliah-kuliah beliau lebih-lebih mendapat peluang untuk merakamkannya dalam bentuk buku. Buku ini mengandungi lima belas kuliah yang disampaikan oleh Tok Guru dalam majlis ilmu yang diadakan pada setiap hari Jumaat di Kota Baharu, Kelantan.

Dalam buku ini juga saya merakamkan pandangan dan perasaan saya terhadap kuliah-kuliah yang disampaikan oleh beliau. Semoga dengan rakaman dan huraian tesebut, ia akan membawa kita lebih dekat dengan majlis ilmu yang disampaikan oleh Tok Guru. Lebih penting lagi ialah memahami, menghayati dan seterusnya melaksanakannya dalam kehidupan. Ilmu yang diperolehi itu kemudian boleh disampaikan kepada orang lain.

Begitulah cara ilmu itu berkembang dan ia merupakan satu proses yang berterusan untuk mewariskan ilmu kepada generasi yang akan datang."

- Ann Wan Seng, Penulis

KANDUNGAN
  • Jumaat (1) - Menyuruh kepada yang Makruf, Melarang kepada yang Mungkar
  • Jumaat (2) - Taubat
  • Jumaat (3) - Takwa
  • Jumaat (4) - Dosa Pahala
  • Jumaat (5) - Tauhid
  • Jumaat (6) - Sedekah
  • Jumaat (7) - Doa
  • Jumaat (8) - Rezeki
  • Jumaat (9) - Kiamat dan Akhirat
  • Jumaat (10) - Hijrah
  • Jumaat (11) - Terima Islam sebagai Ad-Din
  • Jumaat (12) - Fasik
  • Jumaat (13) - Keluarga
  • Jumaat (14) - Dakwah
  • Jumaat (15) - Kelebihan Hari Jumaat
Harga = RM15.00 (Sem) RM18.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 218
Penulis = Ann Wan Seng
Penerbit = Kemilau Publika Sdn Bhd

Thursday, July 1, 2010

Allah Memuliakan Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam - Rahsia Yang Tersirat Perlu Dihuraikan Demi Kemuliaan Nabi Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam

Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam). Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.

- Mafhum Surah Al-Ahzab: 56

KANDUNGAN
  • Gambar-Gambar Berkaitan Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam
  • Muqaddimah
  • Allah Memuliakan Nasab Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam
  • Allah Memuliakan Hari Kelahiran Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam
  • Allah Memuliakan Nama Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam
  • Allah Memuliakan Sifat-Sifat Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam
  • Allah Memuliakan Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam Dengan Bau Yang Wangi
  • Allah Dan Malaikat Bersalawat Ke Atas Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam
  • Allah Memuliakan Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam Dengan Syafaat Dan Maqam Al-Mahmudah
  • Allah Memuliakan Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam Dengan Al-Quran Al-Karim
  • Allah Menyebut Anggota Tubuh Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam Dalam Al-Quran Al-Karim
  • Allah Memuliakan Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam Dengan Bersumpah Terhadap Dirinya
  • Allah Memuliakan Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam Dalam Surah Al-Dhuha
  • Allah Memuliakan Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam Manusia Pertama Yang Dibangkitkan Dari Kubur
  • Allah Memuliakan Maqam Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam Dan Sesiapa Yang Menziarahinya
  • Allah Memuliakan Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam Dengan Bulan Terbelah Menjadi Dua
  • Allah Memuliakan Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam Dengan Binatang Dan Pokok Menghormatinya
  • Qosidah Indah Kepada Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam
Harga = RM16.00 (Sem) RM19.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 128
Penulis = Ustaz Ahmad Lutfi Abdul Wahab Al-Linggi
Penerbit = Mawleed Publishing

Friday, June 11, 2010

Bekalan Dalam Jalan Dakwah

Saya merasa tidak mampu ketika menulis mengenai tajuk 'Bekalan Sepanjang Jalan Dakwah'. Terutamanya mengenai cara mencari bekalan dan bagaimana kita meneguknya daripada bekalan iman, takwa, hidayah dan cahaya petunjuk. Masalah di sini bukanlah masalah yang berkait dengan pengalaman, eksperimen dan pengetahuan, tetapi yang utama sekali ia kembali kepada anugerah Allah S.W.T.
- Penulis

KANDUNGAN
  • Ambillah Bekalan Daripada Al-Quran
  • Bertafakkur Tentang Ciptaan Allah Dan Tanda-Tanda Keagungan-Nya
  • Bertafakkur Tentang Nikmat-Nikmat Allah
  • Bertafakkur Tentang Alam Ghaib Yang Menunggu Kehadiranmu
  • Bertafakkur Tentang Hari Akhirat
  • Dalam Sirah Nabawi Ada Bekalan
  • Dalam Ibadat Sembahyang Ada Bekalan
  • Dalam Ibadat Puasa Ada Bekalan
  • Dalam Ibadat Zakat Ada Bekalan
  • Dalam Ibadat Haji Ada Bekalan
  • Dalam Qiyamullail Ada Bekalan
  • Dalam Zikir Dan Doa Ada Bekalan
  • Dalam Mengikut Sunnah Ada Bekalan (1)
  • Dalam Mengikut Sunnah Ada Bekalan (2)
  • Dalam Jihad Di Jalan Allah Ada Bekalan
  • Dalam Dakwah Kepada Allah Ada Bekalan
  • Dalam Persahabatan Yang Baik Ada Bekalan
  • Penutup... Pulangan Bekalan
Harga = RM18.50
Mukasurat = 267
Penulis = Mustafa Masyhur
Penterjemah =Ustaz Abdul Hakam Bin Jaafar
Penerbit = Pustaka Salam Sdn. Bhd.

Monday, July 20, 2009

Kisah-Kisah Daripada Rasulullah

Kisah, biasanya membawa khabar dari warkah mesra. Walaupun ia mungkin menyentuh laluan sejarah sesiapa yang pernah wujud dan hidup tetapi ia lazim boleh diterima jika ia jujur - dihidangkan dalam bentuk naratif berupa nasihat yang datang dari dasar hati.

KANDUNGAN

KISAH 1: Tawasuul Tiga Lelaki Di Dalam Sebuah Gua
KISAH 2: Wasiat Seorang Lelaki Supaya Mayatnya Dibakar
KISAH 3: Debat Seorang Ibu Dengan Bayinya
KISAH 4: Nabi Ayub A.S. Dengan Belalang Emas
KISAH 5: Kisah Si Sopak, Si Buta Dan Si Botak
KISAH 6: Seorang Lelaki Dan Seekor Anjing Yang Dahaga
KISAH 7: Kisah Raja Yang Angkuh Dengan Pemuda Beriman
KISAH 8: Orang Yang Bertaubat Kepada Tuhannya
KISAH 9: Nabi Yang Berperang Dengan Pengkhianat
KISAH 10: Nabi Sulaiman A.S. Dengan Dua Wanita Dan Serigala
KISAH 11: Dugaan Ke Atas Nabi Sulaiman A.S.
KISAH 12: Taubat Seorang Pembunuh
KISAH 13: Allah Mengasihi Orang Yang Mengasihi Saudaranya
KISAH 14: Doa Seorang Ibu
KISAH 15: Dua Lelaki Dan Tempayan Emas
KISAH 16: Ahli Ibadah Dengan Wanita Cantik
KISAH 17: Nama-Nama Allah Yang Indah
KISAH 18: Tiga Sedekah Yang Berkat

Harga = RM13.90 (Sem) RM16.90 (Sab/Swk)
Mukasurat = 112
Penyusun = Allahyarham Dato' Ishak Baharom
Penerbit = Kemilau Publika Sdn Bhd

Monday, February 2, 2009

Banjir Dan Karam Dari Perspektif Al-Qur'an

Malapetaka banjir yang melanda negara, khususnya di selatan tanahair, telah memberikan kesan yang mendalam kepada mangsanya. Selain daripada banyak harta benda yang rosak binasa, ia juga telah meragut nyawa! Dalam menanggapi kejadian banjir yang luar biasa ini, ada yang menganggapnya akibat gejala angin Monsun. Ada yang mengaitkannya dengan fenomena meningkatnya suhu panas dunia. Tanpa menafikan faktor alam sekitar dan kelemahan pengurusan manusia, buku ini menelusuri aspek yang jarang-jarang disedari atau dihubungkaitkan oleh kebanyakan kita, iaitu faktor-faktor yang berkaitan dengan qudrat iradat Allah SWT - pemilik alam ini dan faktor kejahatan dan kerosakan yang dilakukan oleh manusia itu sendiri.

Dalam buku kecil ini, penulis menjelaskan beberapa kesimpulan seperti yang ditegaskan oleh ayat-ayat Al-Qur'an yang berkaitan dengan layanan Allah SWT yang tidak sama terhadap manusia yang beriman berbanding dengan manusia yang kafir. Orang-orang yang beriman juga boleh berhadapan dengan bencana sebagai ujian. Kecelakaan umumnya adalah kerana berbagai jenis dosa serta keperluan bertaubat dan kembali menghayati ajaran Islam yang hakiki untuk meraih kasihan belas Allah SWT.

- Penerbit

KANDUNGAN

Pendahuluan
- Setiap perkampungan dan bandar akan dimusnahkan atau diseksa di ambang kiamat
- Layanan Allah kepada mu'min yang soleh dan yang sebaliknya adalah berbeda
- Orang beriman yang soleh juga terdedah kepada ujian bencanna
- Semua dosa adalah kerana dosa dan kejahatan
- Umat dahulu kala telah dikenakan berbagai jenis bala' dan bencana

Sebab-Sebab Manusia Dilanda Bencana
- Mendustakan ajaran Rasul
- Mendustakan ayat-ayat Allah
- Mengecewa dan menimbulkan kemurkaan Allah
- Kerana palitan dosa
- Kerana perbuatan aniaya dan zalim
- Akibat kefasikan
- Akibat kekufuran

Harga = RM3.00
Mukasurat = 41
Penulis = Ustaz Hj Abd Ghani Samsudin
Penerbit = Intel Multimedia And Publication & Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA)

Monday, December 29, 2008

Kisah Cinta Dalam Al-Quran : Mengenal Cinta Meraih Allah - Percuma! VCD Bicara Cinta Oleh TG Dato' Nik Abd. Aziz Nik Mat

Cinta diistilahkan sebagai tajuk yang "terbungkus" kerana ia berupa perasaan. Jauh di dasar agama, ia bersifat "malu-malu", berwajah seni dan menjadi bawaan jiwa. Ia seakan-akan menjadi "taboo" dari dikupas rahsianya biarpun oleh orang yang sepatutnya "ahli" hingga ke dasar pengertian. Hadirnya ghaib tetapi roh kezahirannya wujud memukau dan sering meninggalkan kesan cakaran yang keliru di mana-mana. Dengan itu menjadikan, cinta itu sendiri memerlukan pentakrifan dan perincian. Inilah asas kewajaran tampilnya buku ini. Ia mewah menghidangkan gelora cinta yang melanda, lewat kisah-kisah yang pernah dilalui oleh para Nabi dan Rasul-Rasul pilihan. Ia dihidangkan "live"!

Jika mampu kami gambarkan cinta itu barang sedikit, ia sesungguhnya sebuah anugerah kudus ciptaan Allah SWT. Ini jelas diisyaratkan oleh al-Quran sendiri seperti firmanNya yang bermaksud:

"Katakanlah jika kamu menyintai Allah, maka ikutilah aku nescaya Allah akan mengasihimu". (Surah Ali Imran Ayat 31).

Jalinan rindu yang berselirat dan berpintal-pintal itu pula langsung melahirkan keasyikan yang berbayang-bayang dan bermundar mandir siang ke malam atau dalam sebutan ekstrimnya boleh diistilahkan sebagai "kegilaan". Jika kami diizinkan meminjam kata-kata Francois Duc de La Rochefoucauld dalam konteks ini, ia berbunyi, "true love is like ghosts, which everybody talks about but few have seen".

- Penerbit

KANDUNGAN

- Kisah Cinta Dalam Al-Quran
- Cinta Seorang Ibu Kepada Puteranya
- Cinta Seorang Ayah Kepada Puteranya
- Cinta Seorang Ibu Kepada Putera Angkatnya
- Kisah Cinta Seorang Wanita Kepada Pemuda Tampan
- Cinta Seorang Gadis Kepada Pemuda Gagah Perkasa
- Kisah Cinta Seorang Raja Kepada Seorang Ratu
- Kisah Cinta Para Wanita Kepada Tuhan Mereka
- Cinta Manusia Kepada Harta Dan Kemegahan Dunia
- Cinta Manusia Kepada Kekuasaan Duniawi
- Islam Mengajarkan Cinta Dan Pengorbanan
- Wajah Pengorbanan Di Jalan Allah
- Hakikat Cinta

Harga = RM23.00
Mukasurat = 241
Karya = Misbah Em Majidy & Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat
Penerbit = Anbakri Publika Sdn Bhd

Wednesday, September 10, 2008

Nasihat Agama Dan Wasiat Iman

Sebuah buku bimbingan bagi setiap Muslim / Muslimah untuk mengenal ilmu-ilmu yang wajib dari aqidah Islamiah dan hukum-hukumnya, dan untuk melengkapkan diri dengan akhlak yang mulia dan budi pekerti yang terpuji, sebagaimana yang dituntun oleh Al-Quran Al-Karim dan Sirah Nabawiyah, di samping menunjukkan cara-cara berdakwah ke jalan Allah Ta'ala, menunaikan hak dan kewajiban terhadap Agama Islam yang suci, dengan berdalilkan ayat-ayat suci Al-Quran dan Hadis Nabi yang mulia, ditambah pula dengan kata-bicara para imam dan alim-ulama, yang tidak seharusnya seseorang Muslim sampai boleh menjahilinya, dan tidak sepi seseorang alim atau pendakwah atau guru atau murid dari memerlukannya.

Kandungan buku ini merupakan mutiara manikam yang tidak dapat dibeli dengan wang, malah diberi percuma oleh Allah Ta'ala sebagai suatu kurnia yang besar daripadaNya untuk sesiapa yang mengingininya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk dan hidayat dari Allah Ta'ala yang akan hidup bahagia di dunia dan hidup bahagia di akhirat.

- Penerbit

Harga = RM53.00 (Kulit Tebal)
Mukasurat = 493
Penulis = Imam Habib Abdullah Haddad
Penterjemah = Syed Ahmad Semait
Penerbit = Pustaka Nasional Pte Ltd (Singapura)

Thursday, July 31, 2008

Tazkirah Untuk Orang Mengaji : Karya Sonhadji

Artikel ini asalnya merupakan Khutbah-khutbah Jumaat, tetapi kami telah mengubahsuaikannya menjadi bahan bacaan biasa yang tidak terikat dengan format sebuah Khutbah Jumaat. Adalah diharapkan ia akan menjadi sebagai Tazkirah Iman. Sempena hasrat tersebut kami namakannya sebagai Tazkirah Untuk Orang Mengaji: Karya Sonhadji.

Kompilasi ini juga telah melibatkan kerja-kerja penyuntingan. Antara yang terlibat adalah suntingan hadith-hadith yang terdapat dalam siri-siri khutbah tersebut, di mana hadith-hadith telah dikemaskinikan dari berbagai sudut. Perkara kedua, kami telah memasukkan ayat-ayat al-Qur'an pada tempat yang disebut secara mafhum oleh Ustaz Ahmad Sonhdji. Ia dilakukan dengan menyebut bilangan ayat dan nama surah. Ketiga, pngubahsuaian pada ayat-ayat yang berulang. Khutbah adalah salah satu dari media pengucapan awam. Dalam pengucapan awam, pengulangan ayat adalah merupakan suatu perkara yang biasa apabila seseorang pengucap mahu membuat penegasan terhadap bahan penyampaiannya. Apabila khutbah ini ditukar kepada bentuk karangan, kami melihat perulangan ayat telah tidak sesuai berlaku.

Keempat, menyatukan bahan-bahan yang berulang. Oleh kerana khutbah ini ditulis dalam tempoh melebihi 10 tahun, terdapat bahan perbincangan yang bertindih dari segi tajuk ataupun isi. Bagi menangani hal ini, kami cuba sepadukan antara dua khutbah agar menjadi satu tanpa mencacatkan mesej yang mahu disampaikan dalam khutbah tersebut..

- Penyunting

Harga = RM30.00
Mukasurat = 417
Penyunting = Dr. Zulkifli Haji Mohd Yusoff, Dr. Noor Naemah Abdul Rahman & Mohd Asmadi Yakob
Penerbit = Mahli Training & Intel MULTI MEDIA AND PUBLICATION

Popular Posts

Borang Pesanan / Soalan / Pendapat

Nama:
Nombor Telefon:
Alamat Surat Menyurat:
Alamat Email:
Pesanan:

Home

IKLAN!!!

IKLAN!!!
Sticker Keyboard Arab. RM 7.00 je satu...