Artikel ini asalnya merupakan Khutbah-khutbah Jumaat, tetapi kami telah mengubahsuaikannya menjadi bahan bacaan biasa yang tidak terikat dengan format sebuah Khutbah Jumaat. Adalah diharapkan ia akan menjadi sebagai Tazkirah Iman. Sempena hasrat tersebut kami namakannya sebagai Tazkirah Untuk Orang Mengaji: Karya Sonhadji.
Kompilasi ini juga telah melibatkan kerja-kerja penyuntingan. Antara yang terlibat adalah suntingan hadith-hadith yang terdapat dalam siri-siri khutbah tersebut, di mana hadith-hadith telah dikemaskinikan dari berbagai sudut. Perkara kedua, kami telah memasukkan ayat-ayat al-Qur'an pada tempat yang disebut secara mafhum oleh Ustaz Ahmad Sonhdji. Ia dilakukan dengan menyebut bilangan ayat dan nama surah. Ketiga, pngubahsuaian pada ayat-ayat yang berulang. Khutbah adalah salah satu dari media pengucapan awam. Dalam pengucapan awam, pengulangan ayat adalah merupakan suatu perkara yang biasa apabila seseorang pengucap mahu membuat penegasan terhadap bahan penyampaiannya. Apabila khutbah ini ditukar kepada bentuk karangan, kami melihat perulangan ayat telah tidak sesuai berlaku.
Keempat, menyatukan bahan-bahan yang berulang. Oleh kerana khutbah ini ditulis dalam tempoh melebihi 10 tahun, terdapat bahan perbincangan yang bertindih dari segi tajuk ataupun isi. Bagi menangani hal ini, kami cuba sepadukan antara dua khutbah agar menjadi satu tanpa mencacatkan mesej yang mahu disampaikan dalam khutbah tersebut..

- Penyunting
Harga = RM30.00
Mukasurat = 417
Penyunting = Dr. Zulkifli Haji Mohd Yusoff, Dr. Noor Naemah Abdul Rahman & Mohd Asmadi Yakob
Penerbit = Mahli Training & Intel MULTI MEDIA AND PUBLICATION

0 Comments:
Post a Comment