Pages


Petikan Hadith Kelapan, Kitab "Empat Puluh Hadith Kelebihan Ilmu Dan Ulama'"

Kedai Buku Tinta Ilmu, Lot 2-8-8, Tingkat 1, Pusat Beli Belah Ole-Ole, Jalan Pinang A 18/A, Seksyen 18, 40200 SHAH ALAM, Selangor.

Saturday, May 11, 2013

Shamsiah Fakeh: Pejuang, Pemimpin Dan Perempuan

"Kagum, tersentuh dan terharu apabila membaca karya ini. Seakan setiap kejadian yang ditempuhi Shamsiah Fakeh berlaku di hadapan mata."

Shamsiah Fakeh adalah seorang komunis. Itu yang diberitahukan kepada kita, sehinggalah beliau sendiri berkata,

"Aku akan tulis kisah ini nanti. Aku harap, selepas ini kalian tahu kisah yang sebenar dan tidak lagi membuat tuduhan yang bukan-bukan terhadapku."

Inilah novel yang sangat menghormati Shamsiah Fakeh. Ia menceritakan, Shamsiah Fakeh adalah susuk yang pernah menjadi pejuang, pemimpin dan tetap seorang perempuan.

Sebagai pejuang beliau berkata, "Tiada apa yang aku kesalkaan. Beribu-ribu pejuang telah terkorban semasa berjuang demi kemerdekaan. Mereka juga tidak pernah mengharapkan apa-apa balasan atau kemewahan daripada perjuangan mereka."

Sebagai pemimpin, "Kamu yang dapat melihat peristiwa sebenar dalam membunuh anaknya sendiri? Aku juga manusia seperti kamu, punya hati dan perasaan. Bezanya, aku mengangkat senjata dan tinggal di dalam hutan kerana berlindung daripada serangan penjajah, dan kamu tidak."

Namun, masihkah Shamsiah Fakeh itu seorang komunis?

- Penulis

Harga = RM20.00 (Sem) RM23.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 268
Penulis = Azzah AR
Penerbit = PTS Litera Utama Sdn. Bhd.

Thursday, October 6, 2011

Aurat Mahkota Wanita

Aurat adalah kehormatan wanita yang perlu dipelihara. Allah SWT telah menjadikan wanita ini cantik dan menarik. Oleh yang demikian setiap wanita perlu mempertahankan kecantikan ini dan bersyukur di atas anugerah yang telah diberikan oleh Allah bukan menyalahgunakannya.

Islam amat menyayangi wanita sebab itulah Islam menggariskan beberapa ketetapan dan panduan agar kemuliaan dan kehormatan wanita dijaga dengan baik. Islam tidak menghalang perkembangan fesyen tetapi fesyen perlu mengikut kehendak syarak yang akhirnya ia akan memelihara wanita dari diganggu dan dieksploitasi. Fikir-fikirkan...

- Penulis

KANDUNGAN

BAB 1
  • Pengenalan
  • Pengertian Aurat
  • Pengertian Hijab
  • Pengertian Jilbab
BAB 2
  • Pengertian Pakaian Menurut Islam
  • Sifat-Sifat Pakaian Wanita Muslim
  • Syarat-Syarat Memakai Hijab
  • Adakah Suara Wanita Itu Aurat
BAB 3
  • Asal-Usul Perhiasan Wanita
  • Ciri-Ciri Perhiasan Wanita Islam
BAB 4
  • Wanita: Cara Pemilihan Warna Pakaian
  • Pakaian Diperbuat Daripada Apa
BAB 5
  • Aurat Wanita Ketika Bersanding
  • Aurat Wanita Ketika Bersama Mahram Dan Keluarga Terdekat
  • Aurat Wanita Ke Tandas
  • Aurat Wanita Sesama Wanita Muslim Dan Kafir
  • Aurat Wanita Bersama Kanak-Kanak
  • Aurat Ketika Mendapat Rawatan Doktor Atau Pengamal Perubatan
  • Cara-Cara Menutup Aurat Yang Digariskan Oleh Syarak
  • Kesalahan-Kesalahan Dalam Berpakaian
BAB 6
  • Adakah Purdah Itu Satu Bidaah
  • Hukum Memakai Purdah
  • Hikmah Memakai Purdah
BAB 7
  • Rumusan & Kesimpulan
  • Azab Wanita Yang Mendedahkan Aurat
Harga = RM16.90 (Sem) RM19.90 (Sab/Swk)
Mukasurat = 146
Penulis = Rusydi Ramli Al-Jauhari & Haliza Hj. Aris
Penerbit = Must Read Sdn Bhd

Wednesday, July 13, 2011

1001 Doa & Wirid Bagi Ibu Hamil


KANDUNGAN

Bab 1: Wirid-Wirid Dari Al-Quran
Bab 2: Wirid-Wirid Dari Hadis Nabi SAW
Bab 3: Pesanan Untuk Kaum Muslimah

Harga = RM7.90
Mukasurat = 72
Karya = Dr. Abdullah Aidh Al-Qarni
Penyusun = Dr. Muhammad Hanafis
Penerbit = Penerbitan Seribu Dinar Sdn Bhd

Wednesday, January 12, 2011

Wanita Islam: Isu-Isu Dan Pemerkasaan Hak

Isu berkaitan wanita Islam seringkali dibahas dan dibicarakan dalam pelbagai bentuk perbincangan semasa. Antara perkara yang sering diperdebatkan ialah mengenai hak dan status wanita dari perspektif Islam. Seterusnya ada juga perbahasan yang cuba untuk melihat apakah wanita itu ditindas atau menjadi golongan kelas kedua di sisi Islam. Ia juga merupakan topik yang sering dibahaskan oleh sarjana sama ada sarjana Muslim atau bukan Muslim, dari dalam atau luar negara. Untuk itu, Malaysia pernah menjadi tuan rumah kepada satu program Musawah yang dianjurkan pertubuhan tempatan, tidak lain bertujuan untuk membela status dan hak wanita.

Buku ini dihasilkan agar segala tanggapan negatif terhadap kedudukan wanita dalam Islam dapat dirungkai serta dipahami secara tuntas. Dengan cara ini, pendekatan pendididan dan perbincangan dilihat sebagai jalan terbaik untuk menangani sebarang konflik berkaitan wanita dan status mereka dalam syariat.

KANDUNGAN
  • Salah Faham Tentang Kedudukan Wanita Muslim - Dr. Mohd Roslan Mohd Nor
  • Hak-Hak Wanita Pada Zaman Rasulullah SAW: Menyingkap Sejarah Serikandi Islam - Norsaleha Mohd. Salleh
  • Ke Arah Muslimat Berwibawa Dan Cemerlang - Ustazah Wan Tom Binti Wan Mohd Noor
  • Wanita, Dakwah Dan Media - Dr. Siti Rugayah Hj. Tibek
  • Pembelaan Hak-Hak Wanita - Puan Kamar Ainiah Binti Kamaruzaman
  • Wanita Islam Dan Isu-Isu Gender Masa Kini - Dr. Raihanah Abdullah
  • Wanita Islam Di Malaysia Selepas 50 Tahun Kemerdekaan: Pencapaian Dan Cabaran - Dr. Nor 'Azzah Kamri
Harga = RM16.00 (Sem) RM19.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 114
Penyelenggara = Dr. Mohd Roslan Mohd Nor & Dr. Nor 'Azzah Kamri
Penerbit = Persatuan Ulama' Malaysia

Tuesday, July 20, 2010

Pedoman Amalan IBU Mengandung

IBU yang dikasihi dan IBU yang menawan adalah IBU yang sentiasa menjaga perapian diri setiap masa. Rupa wajah dan kesihatan adalah di antara faktor yang amat berfungsi di dalam meraih kebahagiaan rumahtangga.

Begitu juga dengan amalan yang mendekatkan diri si IBU kepada Allah SWT, lebih-lebih lagi ia dituntut dalam mengukuhkan rumahtangga yang dianggap sebagai 'SYURGA' itu.

Buku yang mesti anda miliki ini adalah cenderahati yang amat berharga kepada mereka yang bergelar 'IBU'. Maka IBU adalah penentu masa depan anak-anak. Lantaran itu cenderahati ini mengandungi pelbagai maklumat dan pengetahuan khusus untuk IBU yang bakal melahirkan generasi cemerlang yang sesuai dengan petunjuk Al-Quran dan Hadis.

Semoga hari-hari seorang IBU pada saat ini dan akan datang lebih bermakna dan sentiasa bahagia bersama rahmat dan kasih sayang Allah SWT.

- Penulis

KANDUNGAN

Bab 1: Apabila Ibu Mengandung
Bab 2: Pendidikan Di Alam Rahim
Bab 3: Beberapa Perubahan Ketika Mengandung
Bab 4: Pantang Larang Ketika Ibu Mengandung
Bab 5: Senaman Ketika Ibu Mengandung
Bab 6: Mendekatkan Diri Kepada Allah
Bab 7: Mendapatkan Anak Yang Sihat
Bab 8: Merancang Kesihatan
Bab 9: Menu Ibu Ketika Mengandung
Bab 10: Pakaian Ibu Mengandung
Bab 11: Penjagaan Buah Dada
Bab 12: Seks Ketika Ibu Mengandung
Bab 13: Persediaan Ketika Melahirkan Anak
Bab 14: Pantang Selepas Bersalin
Bab 15: Rawatan Tradisional Selepas Bersalin
Bab 16: Surah-Surah Pilihan
Nama-Nama Bestari Anak Lelaki Dan Anak Perempuan

Harga = RM14.00
Mukasurat = 319
Penulis = Nur Asyikin Haithami
Penerbit = Pustaka Al-Ehsan

Friday, April 30, 2010

Amalan & Wirid Mudah Bersalin

Pencapaian ilmu kedoktoran moden pada zaman ini mampu untuk mengatur kelahiran bayi menurut kepentingan dan kemasalahatan tertentu. Sehingga usaha yang dilakukan oleh ahli perubatan tersebut dapat membantu keselamatan dan kebaikan ibu dan bayi dan mengurangkan risiko yang akan terjadi. Akan tetapi tidak semua usaha yang dilakukan itu pasti dan tepat terjadi sesuai dengan perhitungan yang diharapkan.

Sebagai hamba Allah yang sentiasa bersyukur kepadaNya, hendaklah mempersiapkan diri dengan panduan dan pedoman sunnah yang dapat membantu individu memperlancarkan lagi harapannya. Untuk membantu agar seorang wanita hamil memiliki kekuatan semangat dan mudah menghadapi keadaan sedang bersalin, hendaklah mengamalkan berbagai doa dan wirid-wirid tertentu serta surah dan ayat-ayat dalam Al-Quran.

Semoga buku ini dapat dijadikan sebagai bahan bacaan dan amalan bagi wanita yang sedang mengandung dan hampir bersalin agar mudah menghadapi saat melahirkan anak. Insya Allah.

- Penulis

KANDUNGAN

BAHAGIAN PERTAMA: WIRID-WIRID WANITA
  1. Wirid-Wirid Daripada Al-Qur'an
  2. Wirid-Wirid Daripada Hadith Nabi S.A.W.
  3. Jampi-Jampi Sumber Aathaar
  4. Jampi-Jampi Pemudah Bersalin
  5. Panuan Dan Nasihat (Penutup)
BAHAGIAN KEDUA: LIKU-LIKU BERSALIN
  1. Arah Dan Sikap
  2. Sekitar Kesukaran Bersalin
  3. Secebis Organ Pelanjut Dzuriat
  4. Proses Penciptaan Manusia
  5. Pembantu-Pembantu Mudahnya Bersalin
  6. Jampi-Jampi Pemudah Bersalin
  7. Makanan Dan Ubat Mudah Bersalin
Harga = RM13.00
Mukasurat = 196
Penulis = Abdullah Al-Qari B. Hj. Salleh (A.Q.HA.S)
Penerbit = Al-Hidayah Publishers

Tuesday, March 2, 2010

Amalan-Amalan Semasa Mengandung Dan Panduan Menyambut Cahaya Mata

Bagi ibu-ibu yang sedang hamil, bukan sahaja bertanggungjawab terhadap "kesihatan lahiriah" kandungannya sahaja, malah ibu juga berperanan ke arah kesejahteraan dan kesucian rohiyah anak yang bakal lahir, agar dengan itu dapat melahirkan bayi yang sihat tubuh badan dan juga sihat rohiyah. Kedua-dua inilah yang akan mempercepatkan terhasilnya tujuan sebagai "Anak Yang Soleh".

Penulisan buku ini tidak lain semata-mata untuk mendedahkan para pembaca dan masyarakat muslim di negara ini umumnya yang cintakan kepada kedamaian dan kesejahteraan kekuarga berlandaskan ajaran Islam dan Sunnah Rasulullah SAW. Kandungannya menyingkap ikhtiar dan usaha ke arah membantu para muslimin sekalian memperolehi "Anak Yang Soleh" yang berguna kepada Agama, Bangsa dan Tanah Air. Semua usaha dan ikhtiar ini hendaklah dimulai sejak awal kandungan lagi.

Mudah-mudahan pembaca sekalian akan mendapat manfaat dan dirahmati oleh Allah SWT.

- Penulis

KANDUNGAN

Bab 1: Asas Pengetahuan Rumahtangga
Bab 2: Amalan-Amalan Sewaktu Mengandung
Bab 3: Panduan Menyambut Cahaya Mata
Bab 4: Panduan Menamakan Anak
Bab 5: Penyembelihan Aqiqah
Bab 6: Hikmat Dan Kelebihan Berkhatan

Harga = RM8.00
Mukasurat = 129
Penulis = Ustaz Haji Taib Azamuddin Md. Taib & Ustazah Ngah Puteh Abdul Shukor
Penerbit = Pustaka Haji Abdul Majid Sdn Bhd

Saturday, February 27, 2010

Khidmat Masyarakat: Peranan Wanita Di Zaman Rasulullah S.A.W.

Buku ini berjaya memberi gambaran sebenar dan juga praktikal kepada peranan dan aktiviti wanita muslimah generasi awal bersama-sama dengan para lelaki muslim (sahabi) untuk membangunkan aspek-aspek kemasyarakatan yang lebih sesuai dan intim dengan wanita.

Oleh kerana buku ini bertitik tolak daripada sumber-sumber hadith yang juga berkait rapat dengan sejarah awal Islam, buku ini perlu difahami dan ditelaah supaya ia dapat memberi satu gambaran sebenar bagaimana bentuk peranan dan keterlibatan wanita Islam dalam masyarakat.

Persoalan apakah abjadiat dan susun cara seseorang waninta muslimah untuk bangun dan tampil dalam masyarakat, Insya Allah dapat dijawab oleh buku yang cukup bernas ini.

- Prof. Madya Dr. Mohd Daud Bakar

KANDUNGAN

- Mukadimah
- Definisi Amal Salih
- Kepentingan Kajian Sejarah Bagi Mengenalpasti Aktiviti-Aktiviti Kemasyarakatan Serta Pengukuhannya Dalam Masyarakat Islam
- Definisi Khidmat Masyarakat

Bab 1: Penegakan Negara Islam Madinah Dan Penubuhan Institusi
- Pertama: Institusi Masjid
- Kedua: Institusi Pendidikan
- Ketiga: Institusi Sosial

Bab 2: Peranan Wanita Dalam Khidmat Masyarakat
- Paksi Pertama: Menubuh Dan Mengaktifkan Institusi Khidmat Kemasyarakatan
- Paksi Kedua: Pembiayaan Projek Dan Institusi Kemasyarakatan

Bab 3: Natijah Peranan Wanita Dalam Khidmat Masyarakat

Harga = RM8.50
Mukasurat = 116
Penulis = Prof. Madya Dr. Layth Su'ud Jasim
Penterjemah = Anwar Fakhri Omar
Penerbit = Pustaka Salam Sdn Bhd

Motivasi Menjadi Wanita Paling Bahagia

Buku ini saya umpamakan sebagai almari yang penuh perhiasan supaya anda dapat memperelok diri dengannya. Di dalamnya ada semburan keindahan, kilauan kecantikan, cahaya kebenaran, yang melebihi kilatan emas dan perak yang dikilatkan.

Manakala bab-bab di dalamnya sengaja saya namakan dengan nama-nama perhiasan yang digemari kaum wanita, antara lain seperti ketulan emas (saba'ik), kalung ('uqud), zamrud (fara'id), permata (juman) dan sebagainya.

Sebaik sahaja buku ini anda miliki, anda tidak perlu lagi perhiasan dunia, perhiasan yang tanpa makna, penampilan palsu, semburan murahan. Bersoleklah dengan perhiasan ini, kenakanlah di atas panggung kehidupan, berhiaslah dalam pesta-pesta dunia, pada perayaan-perayaan bahagia, pada musim sukacita dan malam-malam yang semarak, supaya anda menjadi wanita yang paling sesuai dengan cita-cita anda sendiri.

Jika anda merasa telah mencapai apa yang anda cita-citakan, janganlah terus berpuas hati sebelum anda benar-benar telah mencecah bintang.

Bukankah purnama tersenyum simpul dan bintang-bintang berseronok riang? Lantas mengapa anda biarkan kegelisahan anda menjadi racun yang akan membunuhmu?

- Penulis

*Percuma! Buku "Koleksi Mutiara Kata Al-Qarni"

Harga = RM16.50
Mukasurat = 334
Penulis = Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni
Penterjemah = Mohd. Sofwan Amrullah
Penerbit = Jasmin Publications

Sunday, November 1, 2009

Hadiah Buat Muslimah - Panduan Asas Fiqah Wanita

HADIAH BUAT MUSLIMAH - Panduan Asas Fiqah Wanita ialah sebuah buku yang wajar dimiliki oleh semua wanita. Terkandung dalamnya perkara asas Fardu Ain khusus yang berkaitan dengan wanita seperti bersuci, jenis air, pembahagian najis, istinjak, wuduk, tayamum, jenis darah, mandi, solat, menutup aurat, solat jenazah, zakat berpuasa, haji, perkahwinan dan yang berkaitan dengannya, pergaulan, perhiasan, mendidik anak dan poligami.

Hukum hakam yang dipersembahkan dalam buku ini lengkap dengan nas daripada Al-Quran dan Hadis. Isu yang dibincangkan mustaahak, kontemporari dan relevan. Buku ini sesuai untuk semua pelajar wanita, gadis, remaja dan wanita dewasa. Sebab itu buku ini layak dihadiahkan kepada semua golongan Muslimah. Berikan mereka hadiah yang terindah - IBADAH YANG SEMPURNA.

- Penerbit

KANDUNGAN

BAB 1: Islam Dan Wanita
- Pandangan Islam Terhadap Wanita
- Kewajipan Wanita Islam

BAB 2: Wanita Dan Bersuci
- Pembahagian Air
- Pembahagian Najis
- Istinjak
- Wuduk
- Tayamum
- Darah Wanita
- Mandi Wajib / Junub
- Mandi Sunat
- Mewarna Kuku
- Istihdad (Mencukur Bulu Ari-Ari)
- Memotong Kuku
- Rambut Palsu
- Mencabut Bulu Ketiak

BAB 3: Wanita Dan Solat
- Pengenalan Solat
- Perkara Yang Membatalkan Solat
- Kewajipan Menutup Aurat Dalam Solat
- Perbezaan Solat Antara Lelaki Dan Perempuan
- Qada Solat
- Suara Wanita Dalam Solat
- Solat Di Rumah Lebih Afdal Untuk Wanita
- Imam Wanita
- Wanita Dan Solat Berjemaah Di Masjid
- Solat Gerhana
- Solat Jenazah

BAB 4: Wanita Dan Puasa
- Puasa Ramadan
- Puasa-Puasa Sunat, Makruh Dan Haram
- Hikmah Puasa Dan Kelebihan Bulan Ramadan
- Pesanan Buat Wanita Ketika Berpuasa
- Qada Puasa
- Fidyah Puasa

BAB 5: Wanita Dan Zakat
- Pengertian Zakat
- Hikmah Zakat
- Pembahagian Zakat
- Zakat Yang Berkait Rapat Dengan Wanita
- Golongan Yang Berhak Menerima Zakat
- Kelayakan Mendapat Zakat
- Galakan Kaun Wanita Bersedekah

BAB 6: Wanita Dan Haji
- Pengenalan Haji
- Jenis-Jenis Haji
- Amalan-Amalan Haji
- Sunat-Sunat Haji
- Pakaian Ihram Wanita
- Masalah-Masalah Wanita Ketika Menunaikan Haji
- Pengenalam Umrah
- Perbezaan Antara Haji Dan Umrah
- Permasalahan Haid Dengan Haji / Umrah

BAB 7: Wanita Dan Perkahwinan
- Hukum Perkahwinan
- Proses Perkahwinan
- Nafkah
- Nusyuz
- Mohon Cerai Untuk Elak Daripada Fitnah
- Pembubaran Perkahwinan
- Talak
- Fasakh
- Khuluk
- Mutaah
- Hadanah
- Idah
- Rujuk

BAB 8: Wanita Dan Pergaulan
- Kebenaran Keluar Rumah
- Membelanjakan Harta Suami
- Memberi Salam Kepada Lelaki
- Menuntut Ilmu Yang Dituntut Oleh Syarak
- Menziarahi Kubur
- Bersentuhan Lelaki Dan Wanita

BAB 9: Wanita Dan Perhiasan
- Emas Dan Sutera
- Berhias Diri Pada Hari Perkahwinan
- Menyambung Rambut
- Memakai Wangi-Wangian
- Menutup Aurat

BAB 10: Kewajipan Wanita Islam
- Kewajipan Wanita Sebagai Anak
- Kewajipan Wanita Sebagai Isteri
- Kewajipan Wanita Sebagai Ibu

BAB 11: Hukum Wanita Dalam Beberapa Perkara Berbanding Wanita Agama Lain
- Wanita Yang Haid
- Memberi Persaksian
- Perceraian
- Pemilikan Harta Seorang Isteri
- Poligami

Harga = RM30.00
Mukasurat = 200
Penulis = Siti Nor Bahyah Mahamood & Ida Ezyani Othman
Penerbit = Telaga Biru Sdn Bhd

Thursday, October 22, 2009

Untukmu Wanita - Soal Jawab Isu-Isu Kontemporari Kaum Wanita Yang Harus Diketahui Oleh Semua Wanita, Ibu Dan Isteri

UNTUKMU WANITA - Hadiah istimewa buat insan bernama wanita. Menggarap pelbagai permasalahan wanita yang merangkumi isu aurat, maruah, munakahat dan juga rumah tangga.

Dipersembahkan dalam bentuk soal-jawab. Santai dan bersahaja. Dikukuhkan dengan dalil-dalil Al-Quran dan Hadis untuk rujukan dan bimbingan. Juga diselitkan kisah-kisah motivasi sebagai iktibar membentuk peribadi solehah.



"Wanita, dirimu begitu berharga.
Seindah-indah hiasan di dunia adalah Wanita Soleha.
Peribadinya terjaga dan terpelihara.

Duhai wanita, dalam kelembutanmu,
suburkan ketegasan, berlandaskan
ilmu keredhaan Tuhan."

- Penerbit

Wanita mempunyai peranan yang maha penting dalam kehidupan manusiawi. Sebagai ibu, isteri dan rakan seperjuangan kaum lelaki dalam menegakkan perintah dan larangan Islam di atas muka bumi. Rosaknya kaum wanita membawa seribu satu macam bencana buat dunia. Rosaknya wanita pasti akan meruntuhkan institusi keluarga dan membawa kehancuran sebuah negara. Wanita boleh menjadi punca dan sumber iman bagi kaum lelaki, boleh juga menjadi sumber dosa dan kebinasaan.

- Penulis

KANDUNGAN

Bahagian Satu: WANITA, Aurat Dan Maruah
Bab 1: Aurat Wanita: Apa Sudah Jadi?
Bab 2: Aurat Wanita Lebih Sukar, Adilkah?
Bab 3: Bolehkkah Wanita Bekerja?
Bab 4: Benarkah Berpakaian Hak Peribadi?
Bab 5: Wanita Tidak Perlu Bertudung: Bidasan Saya
Bab 6: Bertudung Sambil Menghina Hukum
Bab 7: Tiada Dakwah Wanita Melalui Nasyid
Bab 8: Boleh Percayakah Taubat Wanita Ini?
Bab 9: Wanita Naik Nafsu Akibat Dirogol
Bab 10: Nasihat Buat Gadis Hampir Terlanjur
Bab 11: Jagalah Maruah Dan Doa Elak Rogol

Bahagian Dua: WANITA Dan Munakahat
Bab 12: Perigi Cari Timba Dan Disiplin Dalam Bertunang
Bab 13: Apabila Tunang Ambil Kesempatan, Apa Tandanya?
Bab 14: Bolehkan Berkahwin Dengan Tunang Yang Pernah Berzina?
Bab 15: Mestikah Jodohnya Penzina Juga?
Bab 16: Ingin Calon Isteri Yang Bekerja Sahaja
Bab 17: Mestikah Turuti Tanda Istikharah?
Bab 18: Apabila Lelaki Guna Alasan Istikharah Untuk Paksa Kahwin
Bab 19: Fakta Penting Mengenai Penceraian
Bab 20: Kekeliruan Dalam Bab Rujuk
Bab 21: Adakah Jatuh Cerai Zihar Jika Suami Berkata ...
Bab 22: Bolehkah Lafaz Takliq Ditarik Semula?

Bahagian Tiga: WANITA Dan Rumah Tangga
Bab 23: Poligami Rahsia Demi Kebahagiaan Isteri Pertama?
Bab 24: Menonton Filem Lucah
Bab 25: Suami Membayangi Wanita Lain
Bab 26: Fahami Hukum Seks Oral
Bab 27: Hukum Onani (Masturbasi)
Bab 28: Seks Pada Bulan Ramadan
Bab 29: Zina Pada Siang Ramadan
Bab 30: Status Darah Sebelum Bersalin
Bab 31: Gugurkan Anak Berumur Tujuh Minggu Kerana Demam
Bab 32: Anak Perlukan Cara Baru
Bab 33: 'Ringan-Ringan' Dan Jagalah Zuriatmu!
Bab 34: Jangan Dayus Wahai Lelaki!

Harga = RM21.00 (Sem) RM23.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 214
Penulis = Ustaz Zaharuddin Abd Rahman
Penerbit = Galeri Ilmu Sdn Bhd

Sunday, July 19, 2009

Panduan Ibu Mengandung & Adab Menyambut Cahaya Mata

KANDUNGAN

- Amalan Utama Semasa Mengandung
- Akhlak Suami Terhadap Isteri Yang Hamil
- Akhlak Isteri Terhadap Suami Ketika Hamil
- Panduan Dan Amalan Menyambut Cahaya Mata
- Zikir Dan Doa Semasa Hampir Melahirkan
- Adab Menyambut Kelahiran Bayi
- Surah Al-Fatihah
- Ayat Kursi
- Surah Al-Waqi'ah
- Surah Yasin
- Surah Yusuf
- Surah Al-Insyiqaq
- Galakan Berusaha Mendapat Cahaya Mata
- Larangan Merungut Jika Mendapat Anak Perempuan
- Galakan Mengucapkan Tahniah Kerana Beroleh Cahaya Mata
- Suruhan Azan Dan Qamat Di Telinga Bayi Yang Baru Lahir
- Suruhan Men'Tahnik' Bayi Yang Baru Lahir
- Kaedah Dan Ketentuan Memberi Nama
- Kelahiran Bayi
- Hukum Melubangi Telinga Bayi Lelaki Dan Perempuan
- Hukum Kencing Bayi Lelaki Dan Perempuan
- Hukum Ludah Dan Air Liur Bayi
- Sahkah Sembahyang Sambil Mengendong Bayi?
- Suruhan Mencukr Bayi Dan Bersedekah Seberat Timbangan Rambutnya
- Akikah
- Berkhitan
- Hikmah Akikah Dan Berkhitan

Harga = RM14.00
Mukasurat = 277
Penyusun = Abdul Hamid Abdul Hakim
Penerbit = Berlian Publications Sdn Bhd

Wednesday, July 15, 2009

Status Wanita Dalam Undang-Undang Jenayah Islam

Dalam kekeliruan terhadap hal dan juga kedudukan wanita dalam masyarakat terutamanya yang berhubung dengan undang-undang jenayah Islam begitu jelas berlaku. Keadaan ini diburukkan lagi dengan tindakan sesetengah wanita yang mengambil sikap membisu terhadap apa jua perkara yang menimpa diri mereka.

Dan ada pula yang bersifat agresif dengan melaungkan gerakan pembebasan wanita yang berfahaman liberalisme barat, yang ada kalanya jauh tersasar dari landasan ajaran Islam. Ini menambahkan kekeliruan yang sedia ada.

Perkara ini harus diambil berat kerana pandangan melampau oleh golongan sebegini telah mendorong masyarakat antarabangsa mahupun masyarakat Islam sendiri memandang sepi peranan undang-undang jenayah Islam dalam membela nasib wanita.

Penulis juga mengetangahkan faktor-faktor yang menyumbang ke arah berlakunya fenomena tersebut dengan menampilkan hujah-hujah, idea yang bernas di samping nas-nas syariat yang boleh dikaitkan dengan isu-isu semasa yang berlaku di dalam masyarakat terutama di negara ini.

Penerangan turut dibuat mengenai kejatuhan tamadun Islam yang menyaksikan pembekuan pemikiran orang Islam sehingga menyebabkan mereka bergantung kepada hukum lama walaupun masyarakat Islam sudah berubah dan memerlukan ijtihad dan hukum baru bagi disesuaikan dengan kehendak semasa.

Sehubungan itu, dengan adanya buku ilmiah sebegini dapat mendalamkan lagi kefahaman umat terhadap peranan dan layanan kepada wanita berdasarkan undang-undang jenayah Islam yang sememangnya begitu unik, berkesan dan bersesuaian dengan fitrah manusia itu sendiri.

- Penerbit

KANDUNGAN

BAB PERTAMA: KEDUDUKAN WANITA SECARA UMUM DARIPADA PERSPEKTIF AL-QURAN DAN AL-SUNNAH
- Pendahuluan
- Pandangan Islam Mengenai Wanita
- Istilah Wanita Dalam Al-Quran Dan Al-Sunnah
- Hukum Mengenai Wanita Dalam Al-Quran Dan Al-Sunnah
- Kesimpulan

BAB KEDUA: WANITA SEBAGAI SUBJEK JENAYAH
- Pendahuluan
- Konsep Jenayah
- Subjek Jenayah
- Wanita Sebagai Subjek Jenayah
- Kes-Kes Jenayah Wanita Di Zaman Awal Islam
- Pengecualian
- Kesimpulan

BAB KETIGA: HUKUMAN-HUKUMAN ATAS WANITA YANG MELAKUKAN JENAYAH
- Pendahuluan
- Konsep Hukuman
- Ciri-Ciri Penting Dalam Keseksaan
- Objektif Hukuman Atau Keseksaan
- Bahagian-Bahagian Hukuman Atau Keseksaan
- Hukuman-Hukuman Atas Penjenayah Wanita
- Wanita Dan Hukuman Qisas
- Tanggungjawab Wanita Atas Bayaran Diyat
- Wanita Dan Hukuman Hudud
- Wanita Dan Hukuman Ta'zir
- Kesimpulan

BAB KEEMPAT: WANITA DAN PENGADILAN JENAYAH
- Pendahuluan
- Wanita Sebagai Hakim Jenayah
- Kesaksian Wanita Dalam Kes-Kes Jenayah
- Pengakuan Wanita
- Prosedur Bersumpah
- Asas Penerimaan Sumpah Dalam Kes-Kes Pembunuhan
- Wanita Sebagai Peendakwa Jenayah
- Wanita Sebagai "Wali Dam"
- Wanita Sebagai Peguam Jenayah

BAB KELIMA: ANALISA PERBANDINGAN TENTANG STATUS WANITA ANTARA PRINSIP SYARIAT DAN IJTIHAD FUQAHA DALAM UNDANG-UNDANG JENAYAH ISLAM
- Pendahuluan
- Antara Wanita Dan Lelaki Secara Umum
- Bentuk Dan Sifat Masyarakat Islam
- Wanita Dalam Masyarakat Islam
- Wanita Sebagai Subjek Jenayah
- Wanita Dan Hukuman Qisas
- Diyat Wanita
- Wanita Dan Hudud
- Wanita Dan Ta'zir
- Wanita Dan Pengadilan Jenayah

Harga = RM22.00
Mukasurat = 277
Penulis = Dr. Paizah Hj. Ismail
Penerbit = Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia

Thursday, May 14, 2009

Amalan Semasa Mengandung

Buku ini menerangkan wirid atau zikir yang sesuai diamalkan oleh wanita hamil, sama ada ketika hamil muda, hamil tua dan sudah dekat masa bersalin. Penulis (Ummu Abdillah) memilih ayat-ayat dan juga doa-doa yang sesuai dibaca oleh wanita hamil berdasarkan riwayat dari Rasulullah. Menurut kajian penulis, riwayat-riwayat tersebut adalah baik dan sesuai diamalkan oleh wanita mengandung.

Selain itu diterangkan juga hal-hal yang berkaitan dengan wanita mengandung seperti jangka waktu mengandung, kesihatan ibu dan janinnya, persiapan sebelum berkahwin, tanggung jawab terhadap anak yang baru lahir dan sebagainya.

- Penerbit

BAB 1: Persiapan Sebelum Berkahwin
- Anjuran Untuk Berkahwin
- Memilih Isteri (Ibu Anak) Yang Baik
- Berkahwin Untuk Mendapatkan Anak

BAB 2: Mengandung
- Jangka Waktu Mengandung
- Kesihatan Ibu Dan Janinnya
- Perubahan Fizikal Dan Emosi Wanita Mengandun

BAB 3: Amalan Semasa Mengandung
- Wirid-Wirid Dari Al-Quran
- Wirid-Wirid Dari Hadis
- Wirid-Wirid Dari Atsar

BAB 4: Pesanan Penulis

BAB 5: Menyambut Kelahiran Bayi
- Bergembiralah Menyambut Kelahiran Anak
- Anak Lelaki Dan Wanita Adalah Sama
- Tanggung Jawab Terhadap Anak Yang Baru Lahir

Harga = RM8.00
Mukasurat = 114
Penulis = Syahrin Jasah
Penerbit = Pustaka Al-Shafa Sdn Bhd

Popular Posts

Borang Pesanan / Soalan / Pendapat

Nama:
Nombor Telefon:
Alamat Surat Menyurat:
Alamat Email:
Pesanan:

Home

IKLAN!!!

IKLAN!!!
Sticker Keyboard Arab. RM 7.00 je satu...