
Agama Islam mempunyai penganut yang paling ramai di dunia. Namun begitu, ramai di kalangan umat Islam tidak memahami hakikat sebenar menjadi seorang penganut agama Islam. Salah satu sebab mengapa perkara ini berlaku adalah kerana mereka dilahirkan oleh kedua ibu bapa yang muslim dan menerima Islam sebagai warisan. Buku '
Apa Ertinya Saya Menganut Islam?' hasil tulisan
Ustaz Fathi Yakan merupakan cetusan daripada pengalaman dakwah beliau. Ianya disusun supaya umat Islam dapat memahami dengan mudah apakah hakikat sebenar menjadi seorang Muslim. Buku ini dibahagikan kepada dua bahagian.
PertamaMenerangkan sifat-sifat yang seharusnya ada pada setiap orang yang menganut agama Islam.
KeduaMenjelaskan kewajipan beramal dengan amalan-amalan Islam serta kewajipan menggabungkan diri di dalam harakah Islamiah.
- PenerbitHarga = RM7.50
Mukasurat = 254
Penulis = Ustaz Fathi Yakan
Penerbit = Pustaka Salam Sdn Bhd
0 Comments:
Post a Comment