
Sesungguhnya kejayaan seseorang manusia di atas muka bumi Allah
Subhanahu Wa Ta'ala adalah dengan petunjuk yang telah diurunkan Allah
Subhanahu Wa Ta'ala melalui Al-Qur'an dan dengan panduan sunnah Baginda
Sallahu 'Alaihi Wa Sallam. Kefahaman yang jelas tentang kedua-dua panduan ini merupakan satu perkara yang wajib kepada seluruh Umat Islam pada hari ini supaya mereka tidak tersasar dari jalan yang sebenar. Kesesatan umat Islam pada hari ini adalah berpunca dari kelalaian mereka sendiri dalam memahami panduan tersebut. Musuh-musuh Islam bertepuk sorak dan berpesta bila melihat umat Islam pada hari ini semakin jauh dari ajaran Al-Qur'an dan Al-Sunnah. Sedarkah kita semua wahai muslimin dan muslimat sekalian keadaan ini? Hari Rasulullah
Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam masih lagi diejek sedemikian rupa. Apa perasaan kita? Kecintaan kita terhadap Baginda Rasulullah
Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam dapat dikenalpasti melalui pertanyaan dan muhasabah kita terhadap diri sendiri, renunglah sejenak, pasti anda akan ketahui di mana kedudukan anda dalam mencintai Allah
Subhanahu Wa Ta'ala dan Rasul-Nya.
Kebiadaban musuh Islam pada hari ini semakin menjadi-jadi terutama dalam menghina keperibadian Rasulullah
Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam. Golongan ini tidak lain dan tidak bukan hanya merupakan Barua dan Wak Yeh kepada Yahudi dan Kuffar Jahiliah satu masa dahulu. Di zaman perutusan Nabi
Sallallahu 'Allaihi Wa Sallam telah diejek sedemikian rupa bahkan Nabi-Nabi sebelum Nabi Muhammad
Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam lagi telah diperlakukan pelbagai perbuatan yang tidak senonoh dan menyakiti mereka.
Allah
Subhhanahu Wa Ta'ala keemudiannya menimpakan kepada golongan ini azab yang pedih hasil penghinaan dan ejekan terhadap para utusan Allah
Subhanahu Wa Ta'ala.
- Penulis"Kami MembelaMu Wahai Rasulullah"Harga = RM10.00
Mukasurat = 104
Penulis = Riduan Mohamad Nor & Mohd Asri Mat Daud
Penerbit = MHI Publication
0 Comments:
Post a Comment