Pages


Petikan Hadith Kelapan, Kitab "Empat Puluh Hadith Kelebihan Ilmu Dan Ulama'"

Kedai Buku Tinta Ilmu, Lot 2-8-8, Tingkat 1, Pusat Beli Belah Ole-Ole, Jalan Pinang A 18/A, Seksyen 18, 40200 SHAH ALAM, Selangor.

Tuesday, September 30, 2008

Khusyuk Dalam Solat - Edisi Baru

Sesungguhnya ibadah solat itu adalah suatu urusan yang besar di sisi Allah S.W.T., terlalu banyak halangan untuk mencapai maksud solat yang sebenar seperti yang dikehendaki syariat. Memenuhi segala tuntutan syarat-syaratnya dan menepati segala perbuatan dan pengucapan sebagai suatu ibadah khusus yang menggambarkan percakapan atau dialog antara hamba dan Khaliq.

Sesungguhnya amat sukar untuk memberikan tumpuan sepenuhnya di dalam solat, ada kalanya tumpuan dan ingatan sesorang itu kepada Allah S.W.T. di dalam solat hanya sedikit saja. Selebihnya hanyalah ucapan-ucapan yang terlompat dari lidah tanpa kawalan hati dan kesedaran fikiran.

"Saya mendapat banyak faedah dari buku ini..ia mengajak kita menilai kembali pencapaian mutu solat kita." - Dr. Kamaruzaman Yusof, Pensyarah UKM

"Bahasa yang mudah, perumpamaan yang tak terfikir di minda." - Ahmad Lutfi Othman, Ketua Pengarang Harakah

"Apabila hati lalai, ia akan menjadi hijab yang menghalang untuk hampir kepada Allah S.W.T."

Harga = RM13.00 (Sem) RM15.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 118
Siri Tazkirah Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat
Penerbit = Nufair Street Sdn Bhd

Monday, September 29, 2008

Nota Kepada Diri - 71 Nasihat Agama & Akhlak

Putera dunia adalah mereka yang bergiat di sekeliling kehidupan duniawi tanpa menghubungkannya dengan Akhirat. Mereka memiliki kesenangan hanya untuk kepentingannya sendiri.

Orang lain seolah-olah tidak ada kaitan dengan dirinya, sekalipn di sekeliling mereka ramai orang yang menderita.

Sementara itu, putera Akhirat adalah orang yang kehidupannya berteraskan akidah yang sebenar serta amalan yang bersumberkan syariat yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W.

Putera Akhirat adalah orang yang mempertahankan jiwa dan raga demi membela Islam, selain menghindari dan memerangi segala yang berbentuk mungkar serta maksiat.

Putera dunia dan putera Akhirat mempunyai perbedaan yang jelas. Antara kedua-duanya yang berlainan anutan itu tidak mungkin bersatu.

Harga = RM25.00 (Sem) RM28.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 255
Penulis = Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat
Penerbit = Harakah

Mutiara 2 Tok Guru - Membangun Ummah - Tertakluk Kepada Stok!!!

Menegakkan negara Islam dan pemerintahan Islam merupakan Sunnah Amaliyyah (perbuatan yang mengandungi pengajaran secara praktikal) yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. setelah melaksanakan hijrah yang sangat penting dan besar di dalam sejarah itu. Perkara yang sangat penting di dalam hijrah itu ialah menegakkan kerajaan Islam dengan segala syarat dan rukunnya yang menjadi kewajipan kepada umat Islam mematuhinya.

Mereka tidak menyedari bahawa kemajuan kebendaan yang ada pada dunia barat adalah sebahagian daripada kemajuan yang telah ditempa oleh Islam sejak zaman berzaman tetapi barat mengambil kebendaannya sahaja dan meninggalkan ajaran Islam yang membentuk roh dan peribadi mereka.

Kita telah melihat bagaimana kemajuan kebendaan yang ditaja oleh barat itu sedang mengalami kehancurannya dan yang menjadi halangan kepada kemajuan umat Islam bukan masalah kebendaan.

- Penerbit

Harga = RM25.00 (Sem) RM27.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 280
Penerbit = Nufair Street Sdn Bhd

Kemelut Kenaikan Harga Minyak: Kenapa Kita Tidak Kembali Kepada Islam?

Sebenarnya, pengislahan tidak boleh diukur melalui lidah dan kenyataan akhbar, tetapi pengislahan hanya mampu diketahui melalui pembedahan terhadap hakikat sebenar. Oleh itu persoalannya ialah, apakah hakikat sebenar di sebalik kenaikan harga minyak? Adakah penghapusan subsidi satu pengislahan? Dan kita sebagai seorang Islam, perlu kita mengetahui bagaimana sistem ekonomi Islam menyelesaikannya.

Secara tabii, tidak ada makhluk yang mengaku membuat kerosakan, sebaliknya pelaku kerosakan ini mengaku mengaku diri mereka sebagai pengislah. Mafhum firman Allah S.W.T. :
"Dan apabila dikatakan kepada mereka: Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi, mereka menjawab: Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan". - (Al-Baqarah : 11)

Harga = RM10.00
Mukasurat = 128
Penulis = Zaharuddin Mohammad
Penerbit = Lajnah Keahlian & Ulama' Pelapis, Dewan Ulama' PAS Selangor

Saturday, September 27, 2008

Manhaj Qiraat 7 - Beserta Dalil Matan Imam As-Syatibi - Tertakluk Kepada Stok!!!

AL-Quran merupakan satu kitab mukjizat agung yang sering menjadi tumpuan kajian oleh segenap golongan ilmuwan dan cendekiawan. Tanpa berasa jemu, mereka mencedok segala ilmu yang terkandung di dalamnya. Ilmu Qiraat merupakan salah satu ilmu yang sangat berkait rapat dengan Al-Quran. Ia membincangkan kaedah pembacaan Al-Quran dengan pelbagai riwayat yang mutawatir daripada Baginda Rasulullah S.A.W.. Kepentingan dan keutamaan ilmu ini adalah amat besar sekali kerana ia merupakan maklumat penting bagi mereka yang mempelajari ilmu pembacaan Al-Quran dengan pelbagai riwayat.

- Pengarah Darul Quran

Telah lama saya impikan untuk menulis sebuah buku berkaitan dengan ilmu Qiraat. Kini, Allah telah memudahkan dan memakbulkan cita-cita saya tersebut. Semoga dengan kehadiran buku ini akan menambahkan lagi koleksi buku-buku rujukan ilmu Qiraat di Malaysia. Antara faktor penting dalam penulisan buku ini adalah untuk memudahkan pelajar dan pendidik memahami dan mempelajari ilmu Qiraat, membuat rujukan terutamanya dalam bab Wakaf Imam Hamzah dan mengatahui manhaj-manhaj asas bagi setiap imam dan rawinya berserta dalil-dalil yang bersumberkan daripada matan as-Syatibi kerana tiada lagi buku khusus yang ditulis tentang manhaj Qiraat dan dalil-dalilnya dalam bahasa Melayu. Di dalam buku ini juga disentuh tentang ilmu berkaitan Tarikh Qurra', Tarikh Mushaf dan Fawasil serta manhaj bacaan riwayat Hafs dan khilafnya yang perlu diberi perhatian semasa membaca Al-Quran.

- Penulis

Harga = RM15.00
Mukasurat = 157
Penulis = Haji Mohd Nazri Abdullah
Penerbit = Pustaka Salam Sdn Bhd

Saling Memahami Dalam Bahtera Rumah Tangga (Bahasa Indonesia)

Perselisihan dalam rumah tangga ibarat garam dalam masakan. Apabila masakan kebanyakan garamnya, akan asin rasanya. Sebaliknya, jika tiada garam, masakan pun terasa hambar. Seorang juru masak harus memberi garam sesuai takaran agar masakannya lezat disantap. Demikianlah perselisihan dalam bahtera rumah tangga. Apabila terlalu sering, maka keutuhan akan terancam. Dan jika sama sekali tidak pernah ada, maka kehidupan suami istri akan monoton, cenderung tertutup, dan enggan saling terbuka. Bukan tidak mungkin, ketika permasalahan yang terpendam sudah sampai tiada puncaknya, maka yang ada adalah perpisahan. Tak ada semangat untuk berbicara karena mereka memang tidak terbiasa.

Sesungguhnya, rumah tangga yang kokoh itu berdiri di atas fondasi dialog, saling memahami, dan saling mengisi antara dua pihak. Bagaimanapun juga, manusia tidak terlahir sebagai sosok yang langsung menguasai metode paling ideal dalam berumah tangga. Diperlukan kesiapan mental dan tekad yang kuat apabila seseorang ingin menjadi suami yang sukses atau istri yang berhasil. Alangkah baiknya jika masing-masing suami istri menambah referensi pemahamannya tentang tips hidup berumah tangga, berusaha memahami karakter pasangannya, menumbuhkan sikap mengalah, melatih tehnik berdialog yang menyenangkan, selalu memperbarui rasa cinta kasih, dan mengasah berbagai keterampilannya.

Buku ini bukan hanya diperuntukkan bagi Anda yang baru saja berkeluarga ataupun akan berkeluarga, bahkan yang sudah lama berkeluarga pun perlu memilikinya. Terlebih Anda yang sudah lama mengalami berbagai masalah dalam hubungan perkahwinan dan sangat ingin memperbaiki ikatan suci antara Anda dengan pasangan Anda, maka buku ini adalah pilihan tepat. Dengan disertai berbagai contoh kasus berikut solusinya, buku ini memang menawarkan kebahagiaan hidup berumah tangga yang hangat lagi romantis bagi pembacanya.

- Penerbit

Harga = RM49.00 (Kulit tebal)
Mukasurat = 423
Penulis = Dr. Makmun Mubayidh
Penterjemah = Saefuddin Zuhri
Penerbit = Pustaka Al-Kautsar

Friday, September 26, 2008

Afkar - Jurnal Akidah & Pemikiran Islam ( Bil 5 / Rabi' al-Awwal 1425 / Mei 2004 )

KANDUNGAN / CONTENTS / محتويات العدد

- Hakikat Ilmu Kalam: Definisi, Matlamat, Metode, Topik Perbincangan dan Kedudukannya Dalam Ilmu-ilmu Islam - Hasan Mahmud al-Shafe'i - Terj.: Wan Suhaimi Wan Abdullah
- Sumbangan Pengajian Akidah Dalam Membangun Minda Melayu: Suatu Sorotan Ringkas - Mohd Fauzi Hamat
- Analysis of The Doctrine of Sufism in Jami' al-Haqa'iq bi Tajrid al-'Ala'iq - Che Zarrina Sa'ari
- Shaykh Dawud al-Fatani and His Manhal al-Safi: An Overview - Mohd Zain Abd. Rahman
- Ibn al-'Arabi Tentang Ragam Faham Agama (Religious Pluralism) - Mohd Sani Badron
- Menghadapi Cabaran Penisbian Nilai (Moral Subjectivism): Agama Sebagai Asas Kekuatan Akhlak - Mohd Farid Mohd Shahran
- Sadra and German Idealist Philosphy: On the Problem of Intellectual Intuition - Ernest Wolf-Gazo
- فكر مالك بن نبي والمجتمع الملايوي المسلم في العصر الحديث - عثمان شهاب
- Laporan Penyelidikan: Pengajaran Ilmu Tauhid di Johor: Tumpuan Kepada Sumber-sumber Pengajaran Di Institusi-institusi Non-Formal - Wan Zailan Kamaruddin Wan Ali

Harga = RM20.00
Mukasurat = 226
Penerbit = Jabatan Akidah & Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur

Jurnal Syariah (Jilid 9 / Bilangan 1 / Januari 2001)

KANDUNGAN

- Tadarruj (Beransur-ansur) Dalam Perlaksanaan Hukum Islam Masa Kini - Amir Husin Mohd Nor
- Fatwa dan Realitinya Pada Zaman Rasulullah - Nor Naemah Abd Rahman
- Orientalime dan Keutuhan Ummah Islam: Suatu Analisis - Rahimin Affandi Abdul Rahim
- Percanggahan Strategik Dalam Pentadbiran Islam: Suatu Tinjauan Perbandingan - Syarifah Hayaati Syed Ismail
- Pengurusan Organisasi Dari Perspektif Islam: Satu Kajian Kes di Perbadanan Johor dan SAPURA Holdings - Siti Arni Basir
- Masalah Asas Ekonomi dan Penyelesaiannya Menurut Islam - Shofian Ahmad
- Pasaran Niaga Hadapan: Satu Tinjauan - Khairul Anuar Ahmad
- Pengakuan Tanpa Sukarela Serta Kesannya Dalam Undang-undang Keterangan Islam - Mohd. Nasran Mohamad
- Konsep Penjara Islam: Tinjauan Aktiviti Institusi Penjara dan Pengalaman Para Banduan di Penjara Malaysia - Abdullah Yusof

Harga = RM15.00
Mukasurat = 140
Penerbit = Bahagian Pengajian Syariah, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur

Tafsir Mimpi Menurut Al-Quran - Tertakluk Kepada Stok!

Menjadi satu kebiasaan bahawa ada di kalangan manusia yang begitu cenderung menjejaki persoalan alam ghaib. Dan di dalam buku ini dibicarakan 'MIMPI' salah satu daripada 1001 persoalan alam ghaib yang ingin diketahui.

Bermulanya fenomena pendapat dan tinjauan melalui buku-buku tentang mimpi sesuai dengan petunjuk Nabi S.A.W. itulah di antaranya sehingga buku ini diterbitkan. Ianya disaji dalam bentuk perbahasan mimpi telah dirangkumi dalam buku ini dengan berlandaskan Al-Quran dan keterangan hadis-hadis sahih.

Dengan membaca buku ini anda akan dapat memahami selok-belok mimpi, dari sejak manalah, hakikat mimpi, adab mimpi, tabir mimpi dan sebagainya. Berdasarkan dalil-dalil sahih dari teks-teks wahyu Ilahi. Wallahua'lam.

- Penerbit

Harga = RM25.00
Mukasurat = 503
Penulis = Syeikh Abul Sidak, Muhammad 'Azat & Muhammad 'Aris

Jurnal Usuluddin (Bil. 15 / Jamadil Al-Awwal 1423 / Julai 2002)

KANDUNGAN

- Konsep Manazil Sufi 'Abdullah al-Ansari al-Herawi Dalam Kitab Manazil al-Sa'irin - Wan Suhaimi Wan Abdullah
- Haji Muhammad Sa'id Bin Jamaluddin al-Linggi: Amalan dan Sumbangannya Dalam Perkembangan Tarekat Ahmadiyyah Di Malaysia - Che Zarrina Sa'ari
- Pembangunan Minda Ummah Berasaskan Asas Utama Pemikiran Epistemologi Islam: Satu Perbincangan - Mohd Fauzi Hamat
- Epistemologi Hukum Islam: Satu Pengenalan - Rahimin Affandi Abdul Rahim
- Metodologi Ekonomi Islam: Satu Analisis Perbandingan - Joni Tamkin Borhan
- The Themes of The Shu'sbi Polemic: An Analysis - Roziah Sidik @ Mat Sidek
- Non-Muslim Chinese Fear of Islam in Malaysia: An Analysis - Osman Chuah
- Konsep dan Ciri-ciri Tamadun Dalam al-Qur'an - Ali Mohammad
- Cabaran Dakwah Islam Di Era Siber - Zulkiple b. Abd. Ghani
- موقع الرؤية الكونية الإسلامية في التجديد الحضاري المعاصر - عبد العزيز برغوث

Harga = RM20.00
Mukasurat = 198
Penerbit = Bahagian Pengajian Usuluddin, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur

Al-Bayan - Jurnal Al-Quran & Al-Hadith (Bil. 5 / Mei 2007 / Rabi'ul Awal 1428)

KANDUNGAN

1- Tafsiran Islah Syeikh Abu Bakar al-Ash'aari Dalam Bidang Akidah - Nornajwa Ghazali dan Mustaffa Abdullah

2- Faktor Keruntuhan Masyarakat Dari Perspektif al-Quran dan al-Hadith: Satu Tinjauan Awal - Syed Abdurrahman Syed Hussin

3- Shah Wali Allah's Methodology of Interpreting the Qur'an - Thameem Ushama

4- Kritik Terhadap Metode Kajian Sanad G.H.A Juynboll: Tumpuan Terhadap Teori Common Link dan Single Strand - Fauzi Deraman dan Arif Chasanul Muna

5- Autoriti Hadith Dalam Kitab Tasawuf Tulisan Jawi: Satu Kajian Terhadap Kitab Hidayah Al-Salikin - Khadher Ahmad dan Ishak Hj. Sulaiman

6- Ketokohan Yusuf Al-Qaradawi dan Sumbangannya Dalam Bidang Hadis: Perbincangan Mengenai Pandangannya Dalam Pembahagian Sunnah Kepada Tasyri'iyyah dan Gayr Tasyri'iyyah - Abdul Karim Ali dan Mohammad Safiri Ismail

7- Tasahul Imam Al-Timidhi Terhadap Hukum Hadith: Analisis Pendapat Ulama - Faisal Ahmad Shah

8- Perkembangan Huraian Hadith: Satu Sorotan - Anwar Ridwan Zakaria dan Fauzi Deraman

9- Sumbangan Wanita Dalam Bidang Hadith - Fauzi Deraman

10- مفهوم الأمن في الإسلام وسبل تحقيقه في مكة المكرمة في ضوء القرآن والسنة - عبدالله بن عبد الرحمن الخطيب

Harga = RM20.00
Mukasurat = 266
Penerbit = Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur

Thursday, September 25, 2008

Qadha' & Qadar - Kesannya Terhadap Perilaku Manusia

Beriman kepada Qadha' dan Qadar adalah satu bahagian yang sangat penting daripada Aqidah Islamiah. Ia mempunyai kesan yang kuat terhadap perangai individu, tindak tanduk dan pendiriannya terhadap sesuatu kenyataan dan kejadian, dengan syarat keimanan tersebut hendaklah berasaskan kepada pengertian terhadap Qadha' dan Qadar yang sahih. Jadi di manakah kita boleh memperolehi pengertian yang sahih itu? Jawapannya ialah daripada satu-satunya sumber untuk mengetahui segala pengertian Aqidah Islamiah (salah satunya ialah persoalan Qadha' dan Qadar). Sumber tersebut ialah wahyu Ilahi yang hanya diwakili oleh al-Quranul Karim dan as-Sunnah an-Nabawiah yang suci. Dalam perkara ini, ia secara mutlak tidak boleh digantikan atau disertakan dengan sumber lain.

- Penulis

KANDUNGAN

- Pengertian dan Prinisip Qadha' dan Qadar
- Prinsip-prinsip Qadha' dan Qadar yang qat'ie
- i) Allah mengetahui semua perkara semenjak azali
- ii) Allah pencipta segala sesuatu
- iii) Kehendak Allah Ta'ala meliputi semua benda
- iv) Tanggungjawab manusia terhadap perbuatannya
- v) Mustahil Allah Ta'ala bersifat zalim
- vi) Qadar tidak boleh dijadikan hujah
- vii) Allah Ta'ala tidak dipersoalkan tentang apa yang Dia lakukan
- viii) Hubungan sebab dan musabbab
- ix) Keperluan melaksanakan sebab

- Kesan Iman dengan Qadha' dan Qadar Terhadap Tingkah Laku Individu
- 1. Tingkah laku yang lurus bersama orang lain
- 2. Meminta Pertolongan Dengan Allah
- 3. Pergantungan hanya kepada Allah semata-mata
- 4. Melawan Qadar dengan Qadar
- 5. Melihat Qadar ketika melakukan kebaikan dan kesan daripadanya
- 6. Menuding diri sendiri ketika melakukan kejahatan dan kesannya
- 7. Mengiktiraf Qadar ketika ditimpa bencana

Harga = RM4.00
Mukasurat = 71
Penulis = Dr. Abdul Karim Zaidan
Penerbit = Pustaka Salam Sdn Bhd

Murtad - Implikasi Hukum Dan Fenomena

Buku ini terbit kepada pembaca di tengah kegemparan isu murtad yang melanda kepada umat Islam di negara ini. Fenomena penyelewengan akidah ini dipandang ringan oleh masyarakat dalam perlumbaan membina kehidupan dunia mereka. Berbeda dengan sikap umat Islam di negara ini di masa dahulu yang cukup prihatin dengan apa saja isu berkaitan dengan agama contohnya di Singapura pada tahun 1950, umat Islam sanggup merusuh dan bermandi darah untuk mempertahankan akidah seorang gadis yang dimurtadkan iaitu Natrah.

Bantahan awam ini dipimpin oleh Almarhum Doktor Burhanuddin Al-Helmi, Singapura dengan pantas diserkup dengan perintah berkurung oleh rejim British. Bukan hanya orang awam yang membantah namun seorang pegawai polis yang bernama Inspektor Taha Kalu telah menanggalkan uniform pegawai polisnya untuk bersama-sama umat Islam yang lain untuk menyatakan sikap amarah terhadap usaha memurtadkan Natrah. Malangnya hari ini ribuan Natrah telah berjaya dimurtadkan tanpa ada solusi yang ampuh daripada umat Islam dan penguasa. Buku ini menyingkap isu murtad dan fenomenanya yang semakin gencar di negara ini.

- Penerbit

Harga = RM10.00 (Sem) RM13.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 108
Penulis = Riduan Mohd Nor
Penerbit = MHI Publication

Wednesday, September 24, 2008

Nilai & Harga Waktu Dalam Kehidupan Muslim

Buku karya ulama terkenal Dr. Yusuf Qaradawi ini sangat menaarik untuk ditatapi, dibaca dan dihayati. Ia begitu menyentuh perasaan. Sepanjang usaha penyuntingan dilakukan, entah berapa ratus kali saya menitiskan air mata keinsafan. Lakaran pena beliau sememangnya mampu memberi kesedaran terhadap kelekaan kita terhadap nikmat masa. Sememangnya kita begitu leka terhadap masa yang dianugerahkan oleh Allah. Ia juga memberi motivasi untuk membetulkan halatuju kehidupan ke arah yang lebih cemerlang di alam kehidupan dunia seterusnya di alam yang kita dambakan iaitu akhirat.

Buku ini sangat sesuai untuk dihadiahkan kepada rakan dan taulan untuk sama-sama berkongsi kebaikan dan kesedaran. Tidak ada hadiah yang paling bernilai melainkan hadiah yang boleh mendatangkan seribu keinsafan.

- Penerbit

Permasalahan "masa" bukan hanya salah satu cabang permasalahan kehidupan muslim, malahan "masa" adalah merupakan permasalahan utama di antara sejumlah permasalahan tersebut. Ini kerana "masa" adalah kehidupan atau umur seseorang. Setiap saat dan detik yang berlalu, bukan hanya sebahagian daripada jam dan hari, malahan ia adalah "umur" seseorang atau usia manusia.

- Penulis

Harga = RM15.00 (Sem) RM17.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 237
Penulis = Dr. Yusuf al-Qaradawi
Penterjemah = Ustaz Ahmad Asri Lubis Bin Abusamah
Penerbit = Darul Fuqaha

Hak Muslim Dan Bukan Muslim Dalam Negara Islam

Individuliti (keperibadian) seseorang dalam negara Islam adalah sesuatu yang jelas dan diakui serta tidak diganggu-gugat. Ia (individu) membantu dan bekerja untuk keutuhan dan kebaikan negara. Begitu juga negara, ia bersaha untuk mengekalkan individualiti dan kebaikannya demi berkekalan dan kebaikan. Kedua-duanya (individu dan negara) saling berhajat antara satu sama lain. Oleh itu tidak ada pertentangan dan percanggahan di antara kedua-duanya dan tidak ada untungnya kepada salah satu untuk memusuhi pihak yang satu lagi. Cuma keadaan seperti itu kadang-kadang berlaku ketika salah satu pihak menyeleweng daripada jalan Islam yang sepatutnya mereka ikuti.

Oleh itu, individu dalam negara Islam menikmati keseluruhan haknya yang diperakui oleh Islam. Ini kerana setiap perkara yang diperakui oleh Islam, juga diperakui oleh negara Islam. Seterusnya, individu dapat menikmati seluruh haknya adalah jaminan terbesar demi mengekalkan kestabilan negara Islam serta mampu merealisasikan matlamat-matlamatnya.

Oleh itu negara mestilah memastikan individu-individu dapat menikmati hak-hak mereka sebagaimana yang mereka ingini. Tidak ada maslahat (keuntungan) sama sekali bagi negara untuk merampas hak-hak ini, kerana negara ditegakkan untuk membolahkan setiap individu hidup dalam kehidupan Islam. Di antara sebab utama yang mendorong mereka hidup dalam kehidupan Islam ialah mereka menikmati hak-hak mereka dan lebih daripada itu, negara hendaklah mendorong mereka ke arah menggunakan hak-hak tersebut.

Untuk memudahkan perbahasan, kami akan membahagikan hak-hak yang dinikmati oleh setiap individu dalam negara kepada dua bahagian : Hak-hak politik dan hak-hak umum. Kami akan memperkatakannya dalam fasal yang berasingan.

- Penulis

KANDUNGAN

Fasal 1: HAK-HAK POLITIK BAGI SEMUA INDIVIDU
- Maksud Hak-hak Politik
- Pertama: Hak Memilih
- Kedua: Hak Diminta Pendapat (Mesyuarat)
- Ketiga: Hak Pengawasan Dan Kesannya
- Keempat: Hak Perlucutan
- Kelima: Hak Pencalonan
- Keenam: Menjawat Jawatan Umum

Fasal 2: HAK-HAK UMUM BAGI INDIVIDU
- Takrif Hak-hak Umum
- Pertama: Persamaan
- Kedua: Kebebasan
- 1. Kebebasan Individu
- 2. Kebebasan Beraqidah dan Beribadat
- 3. Kehormatan Tempat Tinggal
- 4. Kebebasan Bekerja
- 5. Kebebasan Memilik
- 6. Kebebasan Befikir dan Bersuara
- 7. Hak Ilmu
- 8. Hak Individu Untuk Ditanggung Oleh Negara

Harga = RM4.80
Mukasurat = 91
Penulis = Dr. Abdul Karim Zaidan
Penterjemah = Sidang Penterjemah Pustaka Salam
Penerbit = Pustaka Salam Sdn Bhd

Pengaruh Pemikiran Ikhwanul Muslimin Terhadap Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

Saya rasa terpanggil dan bertanggungjawab untuk menerbitkan kajian kecil ini setelah melihat gelombang serangan pemikiran yang dilancarkan oleh pihak parti pemerintah melalui golongan intelektual upahan untuk menyerang dan mengasak fikrah perjuangan Islam yang didokong oleh PAS selama ini. Intelektual kelas kambing ini turut mengabrak perjuangan Ikhwanul Muslimin serta tokoh-tokoh besarnya seperti As-Syahid Syed Qutb dan As-Syahid Hassan Al-Banna. Kejahilan ini juga diserlahkan oleh segelintir pihak pentadbir universiti yang telah membuang karya-karya tokoh Ikhwanul Muslimin yang dituduh sebagai pendorong kepada fahaman Islam yang radikal dan militan.

Saya juga melihat kepada kekeliruan kepada adik-adik di kampus yang sentiasa bertegang padangan tentang kumpulan manakah di luar yang mendokong fahaman gerakan Ikhwanul Muslimin dan ini menunjukkan betapa besarnya pengaruh Ikhwanul Muslimin terhadap gerakan Islam kontemporari yang mana setiap gerakan merasa banggadiri jika diikat perjuangan mereka dengan Ikhwan. Secara peribadinya niat untuk membuat kajian tentang pengaruh Ikhwanul Muslimin terhadap PAS ini telah muncul dalam benak penulis semenjak awal dekad 1990an tetapi terbantut dengan beberapa halangan tetapi cita-cita ini terus menyala di dalam hati penulis sehinggalah peluang ini terbuka pada tahun 2003.

- Penulis

Harga = RM15.00
Mukasurat = 136
Penulis = Riduan Mohd Nor

Monday, September 22, 2008

Khalifah Zuhud - Umar Bin Abdul Aziz

Risalah ini merupakan secebis kisah kehidupan dan sekilas mengenai sejarah perjalanan hidup yang sungguh harmoni dan bergemerlapan yang dipetik daripada rantaian kehidupan Khalifah Umar bin Abdul Aziz Rahimahullahu Ta'ala.

- Penulis

Sebuah buku yang sesuai untuk didiskusikan dan dibaca oleh semua lapisan masyarakat terutama oleh golongan profesional dan mereka yang berkhidmat dengan mana-mana jabatan kerajaan, badan berkanun mahupun swasta. Ini kerana buku ini memaparkan bagaimana adilnya Khalifah Umar bin Abdul Aziz dalam pemerintahannya, kepekaan dan sensitivitinya terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyat jelata dan betapa ikhlas dan jujurnya beliau dalam menjaga hubungannya dengan Allah S.W.T. dadn masyarakat.

- Penerbit

Harga = RM13.00
Mukasurat = 154
Penulis = Tuan Guru Haji Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki

Fiqhul Manhaji - Jilid 8 (Jenayah,Hudud,Jihad, Al-Futuwwah,Hiburan, Kehakiman,Dakwaan, Bukti,Saksi,Pembahagian, Pengakuan,Halangan, Pemerintahan)

KANDUNGAN JILID 8

BAB 45 : JENAYAH, HUDUD DAN YANG BERKAITAN DENGANNYA
- Jenayah
- Qisas
- Diyat
- Hukum Qasamah
- Kafarah Bunuh
- Hudud
- Hukuman Zina
- Hukuman Tuduh Zina
- Hukuman Minum Arak
- Dadah (Pengkhayal)
- Hukuman Mencuri
- Hirabah Dan Hukumannya
- Taubah Dan Hukum Hudud
- Serangan (As-Shiyal)
- Tanggungjawab Terhadap Kecuaian
- Pemberontak Dan Hukumannya
- Hukuman Murtad
- Hukuman Meninggalkan Sembahyang

BAB 46 : JIHAD
- Jihad
- Peringkat Dan Adab Jihad
- Implikasi Perlaksanaan Jihad
- Gencatan Senjata Dan Memohon Perlindungan

BAB 47 : AL-FUTUWWAH DAN HUKUMNYA
- Perlumbaan (Musabaqah)
- Pertandingan Memanah Dan Pelbagai Senjata Lain

BAB 48 : JENIS HIBURAN YANG DIHARUSKAN DAN DIHARAMKAN
- Hiburan Harus Dan Haram

BAB 49 : KEHAKIMAN
- Kehakiman
- Perlucutan Dan Pemecatan

BAB 50 : DAKWAAN , BUKTI DAN KETERANGAN SAKSI
- Dakwaan Dan Bukti
- Keterangan Saksi
- Sumpah

BAB 51 : PEMBAHAGIAN
- Pembahagian

BAB 52 : PENGAKUAN
- Pengakuan

BAB 53 : HALANGAN
- Halangan

BAB 54 : PEMERINTAHAN TERTINGGI
- Pemerintahan Tertinggi

Harga = RM24.00
Mukasurat = 1893 - 2291

Sunday, September 21, 2008

Fiqhul Manhaji - Jilid 7 (Syuf'ah, Pajak, Pinjaman, Syarikat, Pelaburan, Simpanan, Penemuan, Gadaian, Jaminan, Perwakilan, Paksaan, Rampasan

KANDUNGAN JILID 7

BAB 33 : SYUF'AH
- Syuf'ah

BAB 34 : PAJAK (MUSAQAH)
- Pajak (Musaqah)
- Muzara'ah Dan Mukhabarah

BAB 35 : PINJAMAN ('ARIYYAH)
- Pinjaman ('Ariyyah)
- Rukun-Rukun Pinjaman
- Hukum Hakam Berkaitan Pinjaman

BAB 36 : SYARIKAT
- Syarikat
- Jenis-Jenis Syarikat
- Syarikat 'Inan

BAB 37 : PELABURAN (MUDHARABAH ATAU QIRADH)
- Pelaburan (Mudharbah Atau Qiradh)

BAB 38 : SIMPANAN (WADI'AH)
- Simpanan (Wadi'ah)
- Rukun Dan Syarat Wadi'ah

BAB 39 : PENEMUAN (LUQATAH)
- Penemuan (Luqatah)

BAB 40 : GADAIAN (AL-RAHN)
- Gadaian (Al-Rahn)
- Rukun Gadaian
- Hukum Hakam Berkaitan Kontrak Gadaian

BAB 41 : JAMINAN (KAFALAH)
- Jaminan (Kafalah)
- Rukun-Rukun Jaminan
- Hukum Hakam Berkaitan Jaminan Diri
- Hukum Hakam Berkaitan Jaminan Hutang

BAB 42 : PERWAKILAN (AL-WAKALAH)
- Perwakilan (Wakalah)
- Rukun-Rukun Perwakilan
- Garis Panduan Wakil
- Hak Dan Implikasi Kontrak Perwakilan
- Hukum Hakam Berkaitan Perwakilan
- Penamatan Kontral Wakalah

BAB 43 : PAKSAAN (IKRAH)
- Paksaan (Ikrah)
- Tindakan Yang Melibatkan Paksaan Serta Kesannya

BAB 44 : RAMPASAN (AL-GHASBU)
- Rampasan (Al-Ghasbu)
- Hukuman Rampasan

Harga = RM19.00
Mukasurat = 1575 - 1891

Fiqhul Manhaji - Jilid 6 (Jual Beli,Jual Beli Salam,Riba,Pertukaran Matawang,Hutang, Anugerah,Kontrak Sewa,Saguhati,Rundingan, Pemindahan Hutang)

KANDUNGAN JILID 6

BAB 23 : JUAL BELI
- Jual Beli
- Pilihan (Khiyar) Beli
- Beberapa Bentu Jual Beli Khusus
- Pembatalan Kontrak (Al-Iqalah)

BAB 24 : JUAL BELI SALAM
- Jual Beli Salam
- Kontrak Jual Beli Tempahan

BAB 25 : RIBA
- Riba
- Riba Hutang

BAB 26 : PERTUKARAN MATAWANG (SARF)
- Pertukaran Matawang (Sarf)

BAB 27 : HUTANG (QARD)
- Hutang (Qard)

BAB 28 : ANUGERAH (HIBAH)
- Anugerah (Hibah)

BAB 29 : KONTRAK SEWA (IJARAH)
- Al-Ijarah (Kontrak Sewa)

BAB 30 : SAGUHATI (JI'ALAH)
- Sagu Hati (Ji'alah)

BAB 31 : RUNDINGAN (SULH)
- Rundingan (Sulh)

BAB 32 : PEMINDAHAN HUTANG (HAWALAH)
- Pemindahan Hutang (Hawalah)

Harga = RM17.00
Mukasurat = 1279 - 1573

Fiqhul Manhaji - Jilid 5 (Wakaf, Wasiat, Faraid)

KANDUNGAN JILID 5

BAB 20 : WAKAF
- Wakaf

BAB 21 : WASIAT
- Wasiat
- Pegangan Amanah

BAB 22 : FARAID
- Ilmu Faraid
- Pewaris Lelaki Dan Perempuan
- Jenis-jenis Pusaka
- Hijab
- Kes Perkongsian Musharakah
- Pusaka Datuk Bersama Adik Beradik
- Kes Al-Akhdariah
- Pusaka Khunsa Musykil
- Orang Yang Hilang
- Kira-kira Dalam Ilmu Faraid
- Kes Rad
- Munasakhah
- Hak Pusaka Zawil Arham
- Pembahagian Pusaka
- Kes Yang Masyhur Dalam Ilmu Faraid
- Penyelesaian Kes Faraid
- Beberapa Kes Penerima Secara Fard Dan Asabah
- Datuk Dan Adik Beradik
- Kes Munaskhah
- Kes Khunsa
- Kes Orang Hilang

Harga = RM16.00
Mukasurat = 995 - 1277

Friday, September 19, 2008

Fiqhul Manhaji - Jilid 1 (Bersuci & Sembayang)

'Fiqhul Manhaji' adalah kitab fikah mazhab syafie yang terulung diterbitkan dalam edisi Bahasa Melayu moden. Tajuk-tajuk perbincangannya disusun secara sistematik agar mudah bagi pembaca memahaminya.

Kitab ini menghuraikan persoalan fekah berdasarkan pandangan yang ada dalam mazhab Syafie. Di samping perbincangannya yang menyeluruh; meliputi hampir keseluruhan tajuk dalam bab fikah, ia tetap istimewa dari segi perbincangannya yang tidak meleret; terus kepada apa yang ingin disampaikan dan mudah difahami, disusun berdasarkan tajuk-tajuk kecil yang mudah dicari, serta pelbagai keistimewaan lain yang hanya dapat dirasai oleh pembacanya. Ia menjadi pilihan kami untuk diterjemah dan diterbitkan kerana rata-rata umat Islam di Malaysia adalah bermazhab Syafie, ditambah lagi dengan suasana generasi muda kita pada hari ini. Mereka tidak terdedah dengan kitab-kitab fekah yang generasi dulu pelajari seperti Matlail Badrain, Perukunan dan lain-lain yang dikenali sebagai Kitab Kuning. Lebih malangnya lagi, boleh dikatakan kebanyakan mereka 'buta huruf' terhadap kitab-kitab tersebut. Oleh itu mereka perlu didedahkan dengan kitab fekah yang mereka celik huruf supaya khazanah Islam tidak ditinggalkan begitu sahaja dengan berlalunya masa.

Kebanyakan Hadis dan doa yang dibariskan dalam kitab ini adalah diambil daripada CD Ensaiklopedia Hadith Sunan Tis'ah. Ia juga dirujuk kepada buku asal berbahasa Arab (kebanyakan Hadith dan doa di dalamnya telah dibariskan).

Kitab ini dibahagikan kepada 8 jilid seperti berikut:
- Jilid 1 - Bersuci & Sembahyang
- Jilid 2 - Zakat, Puasa, Haji dan Umrah
- Jilid 3 - Sumpah, Nazar, Perburuan dan Sembelihan, Aqiqah
- Jilid 4 - Undang-undang Kekeluargaan (Nikah, Talak, Nafkah, Penjagaan Anak-anak, Penyusuan, Menentukan Keturunan, Anak Buangan)
- Jilid 5 - Wakaf, Wasiat, Faraid
- Jilid 6 - Jual Beli, Jual Beli Salam, Riba, Pertukaran Matawang, Hutang, Anugerah, Kontrak Sewa, Saguhati, Rundingan, Pemindahan Hutang
- Jilid 7 - Syuf'ah, Pajak, Pinjaman, Syarikat, Pelaburan, Simpanan, Penemuan, Gadaian, Jaminan, Perwakilan, Paksaan, Rampasan
- Jilid 8 - Jenayah, Hudud, Jihad, Al-Futuwwah, Hiburan yang Diharuskan dan Diharamkan, Kehakiman, Dakwaan, Bukti dan Keterangan Saksi, Pembahagian, Pengakuan, Halangan, Pemerintahan Tertinggi

KANDUNGAN JILID 1

BAB 1 : BERSUCI
- Hukum Bersuci
- Bahagian-bahagian Air
- Hukum Menggunakan Bekas
- Jenis-jenis Bersuci
- Istinja' Dan Adab-adabnya
- Wudhuk
- Menyapu Dua Khuf
- Al-Jabaair Dan Al-'Asaaib
- Mandi; Hukum Dan Jenisnya
- Tayammum

BAB 2 : SEMBAHYANG
- Solat (Sembahyang)
- Azan Dan Iqamah
- Syarat Sah Sembahyang
- Rukun Sembahyang
- Sunat-sunat Sembahyang
- Perkara-perkara Makruh Ketika Sembahyang
- Perbezaan Antara Lelaki Dan Perempuan Dalam Sembahyang
- Perkara-perkara Yang Membatalkan Sembahyang
- Sujud Sahwi
- Sujud Tilawah
- Sembahyang Berjemaah
- Sembahyang Orang Yang Bermusafir (Qasar dan Jamak)
- Sembahyang Khauf (Ketika Takut)
- Sembahyang Jumaat
- Sembahyang Sunat (An-Nafl)
- Sembahyang Dua Hari Raya (Eid)
- Zakat Fitrah
- Korban
- Sembahyang Tarawih
- Sembahyang Gerhana Matahari Dan Bulan
- Sembahang Istisqa' (Minta Hujan)
- Hukum Jenazah
- Mengiringi Jenazah (Adab-adab Dan Bida'ah)

Harga = RM19.00
Mukasurat = 346
Penulis = Dr. Mustofa Al-Khin, Dr. Mustofa Al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji
Penterjemah = Ustaz Ridzuan Bin Hashim, Ustaz Juanda Bin Jaya, Ustaz Azizi Bin Ismail, Ustaz Mohd Asri Bin Hashim, Ustaz Salehan Bin Ayub
Penerbit = Pustaka Salam Sdn Bhd

Fiqhul Manhaji - Jilid 4 (Undang-Undang Kekeluargaan (Nikah, Talak, Nafkah, Penjagaan Anak-Anak, Penyusuan, Menentukan Keturunan, Anak Buangan))

KANDUNGAN JILID 4

BAB 13 : Nikah Dan Perkara Yang Berkaitan Dengannya Serta Yang Seumpamanya
- Nikah
- Hukum Perkahwinan
- Kedudukan Keluarga Dan Penjagaannya Dalam Islam
- Perempuan Yang Haram Dikahwini
- Akadd Nikah Dan Kesannya
- Pembahagian Giliran Bermalam
- Nusuz
- Kecacatan Yang Membolehkan Fasakh Nikah Dan Kesannya

BAB 14 : Talak Dan Perkara Yang Berkaitan Serta Yang Seumpamanya
- Talak
- Rujuk
- Ila', Zihar Dan Li'an
- Edah

BAB 15 : Nafkah Dan Perkara Yang Berkaitan Dengannya
- Nafkah

BAB 16 : Penjagaan Anak-anak Dan Hukumnya
- Penjagaan Anak-anak (Hadhonah)

BAB 17 : Penyusuan Dan Hukum Hakam Yang Berkaitan Dengannya
- Penyusuan

BAB 18 : Menentukan Keturunan
- Anak Buangan (Al-Laqit)

Harga = RM16.00
Mukasurat = 719 - 994

Fiqhul Manhaji - Jilid 3 (Sumpah, Nazar, Perburuan Dan Sembelihan, Aqiqah, Makanan Dan Minuman, Pakaian Dan Perhiasan, Kafarah)

KANDUGAN JILID 3

BAB 6 : SUMPAH (AIMAN)
- Al-Aiman

BAB 7 : NAZAR
- An-Nuzur (Nazar)

BAB 8 : PERBURUAN DAN SEMBELIHAN
- As-Shaid (Perburuan)
- Az-Zabaih (Sembelihan)

BAB 9 : Aqiqah
- Al-'Aqiqah

BAB 10 - Makanan Dan Minuman
- Makanan Yang Halal Dan Haram
- Minuman Yang Diharamkan Dan Memabukkan
- Al-Mukhaddirat (Dadah) Dan Jenis-jenisnya

BAB 11 : PAKAIAN DAN PERHIASAN
- Pakaian Dan Perhiasan

BAB 12 : KAFARAH
- AL-Kaffaaraat

Harga = RM11.00
Mukasurat = 571 - 717

Fiqhul Manhaji - Jilid 2 (Zakat, Puasa, Haji Dan Umrah)

KANDUNGAN JILID 2

BAB 3 : ZAKAT
- Jenis Harta Yang Wajib Dikeluarkan Zakat
- Nisab, Syarat Dan Apa Yang Wajib Padanya
- Zakat Al-Khalitain
- Cara Mengeluarkan Zakat
- Pengagihan Harta Zakat
- Zakat Hutang

BAB 4 : PUASA
- Puasa; Takrif, Pensyariatan Dan Rahsia
- Penetapan Bulan Ramadhan
- Syarat Wajib Puasa Dan Syarat Sah Puasa
- Rukun Puasa
- Adab-adab Puasa Dan Perkara Yang Dimakruhkan
- Qadha' Puasa Ramadhan, Fidyah Dan Kafarah
- Puasa Sunat
- Puasa Yang Dimakruhkan Dan Puasa Yang Diharamkan
- Iktikaf

BAB 5 : HAJI DAN UMRAH; HUKUM HAKAM, DALIL DAN RAHSIA
- Haji Dan Umrah; Takrif Dan Pensyariatan
- Hukum Dan Dalil
- Hikmah Dan Faedah Haji Serta Umrah
- Siapa Yang Diwajibkan Mengerjakan Haji Dan Umrah
- Mereka Yang Sah Menunaikan Haji
- Ihram
- Amalan Haji Dan Umrah
- Sunat Haji
- Bagaimana Bertahallul
- Kecacatan Haji
- Haji Rasulullah S.A.W.
- Menziarahi Masjijd Dan Kubur Rasulullah S.A.W.
- Hukum Orang Yang Terhalang Ataupun Tidak Sempat Wuquf Di Arafah
- Pelbagai Hukum
- Bagaimanakah Menunaikan Haji?

Harga = RM13.00
Mukasurat = 347 - 569

Saturday, September 13, 2008

Jurnal Usuluddin (Bil. 14 / Syawal 1422 / Disember 2001)

KANDUNGAN

- Penyakit Gelisah (Anxiety / al-Halu') Dalam Masyarakat Islam dan Penyelesaiannya Menurut Psiko-Spiritual Islam - Che Zarrina Sa'ari
- Perpaduan dan Komposisi Masyarakat Dari Perspektif Ibn Khaldun - Jaffary Awang
- Gerakan Reformis Gereja di Eropah dan Kesannya Terhadap Pegangan Seksualiti Masyarakat Barat - Mohd Zariat Abdul Rani
- Ilmu Takhrij al-Hadith: Pengertian, Sejarah dan Kepentingannya - Fauzi Deraman
- Ijtihad RAsulullah S.A.W: Perbahasan Ulama dan Pengertian Mengenai Kesalahan Dalam Berijtihad Oleh Baginda S.A.W - Latifah Abdul Majid
- Social and Educational Challenges of the Contemporary Muslim Youth: The Ghanaian Experience - M. Sey
- Konsep Kehakiman Dalam Islam - Mohd Nazri Ahmad
- Implikasi Pengaruh Ulama Terhadap Halatuju Perubahan Pemikiran Politik Masyarakat Islam Wilayah Utara Semenanjung Malaysia Dari 1950an Hingga 1990an - Shukri Ahmad
- Scientific Revolution: Why it Occured in Europe Instead of The Muslim World - 'Umar A.M. Kasule
- Sistem Perbankan Islam di Malaysia: Sejarah Perkembangan, Prinsip dan Amalannya - Joni Tamkin Borhan
- Asas-asas Teknik Kaunseling Dakwah - Ab. Aziz Mohd Zin & Yusmini Md. Yusoff

REVIEW BUKU / ARTIKEL

- Nasr Hamid Abu Zayd, Naqd al-Khitab al-Dini, (Kaherah: Sina li al-Nashr, 1994, Edisi Kedua) - Wan Suhaimi Wan Abdullah

Harga = RM20.00
Mukasurat = 181
Penerbit = Bahagian Pengajian Usuluddin, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur

Friday, September 12, 2008

Al-Bayan - Jurnal Al-Quran & Al-Hadith (Bil. 4 / April 2006 / Rabi'ul Awal 1427)

KANDUNGAN

1- Pengaruh Sayyid Muhammad Rasyid Rida Terhadap Pengajian Tafsir di Malaysia - Mustaffa Abdullah

2- The Significance of the Knowledge of Muham al-Ikhtilaf in Understanding the Qur'an - Ammar Fadzil

3- Kaedah Penghayatan Alam Melalui Surah Yasin Mempertingkatkan Ketenangan Manusia - Zulkifli Mohd Yusof, Azhar Md Zain, Noorizan Mohamed dan Siti Fuziah Yusof

4- Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Sumbangannya Kepada pengajian al-Hadith - Mohd. Muhiden Abd. Rahman

5- Perkembangan Kajian Hadis di Indonesia: Studi Tokoh dan Organisasi Masyarakat Islam - H. Ramli Abdul Wahid

6- The Theory of Priority of Maslahah Over the Legitimacy of Nass of the Qur'an and the Hadith: A Conceptual Discussion - Ishak Hj. Suliaman

7- Kontroversi Sheikh Muhammad al-Ghazali Berkenaan Khabar al-Ahad: Tumpuan Kepada Beberapa Hadith Pilihan - Abdullah Mohd Noor & Abdul Karim Ali

8- Pemikiran A. Hassan Bandung: Nasikh Mansukh, al-Am dan al-Khas Dalam al-Qur'an - Nik Yusri Musa

9- مناسبات التشريع القرآني: حقيقتها وآثارها في الاستنباط والتفسير - نجم الدين قادر كريم الزنكي

Harga = RM20.00
Mukasurat = 178
Penerbit = Jabatan Al-Quran & Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur

Afkar - Jurnal Akidah & Pemikiran Islam ( Bil 4 / Rabi' al-Awwal 1424 / Mei 2003 )

KANDUNGAN

- Risalah fi al-Istihsan al-Khawd fi 'Ilm al-Kalam Karangan Imam al-'Ash'ari: Terjemahan Teks - Mohd Radhi Ibrahim & Rawiyah Mohd. Junoh
- Islam Sebagai "ad-Din": Beberapa Pengamatan Terhadap Pemikiran Syed Muhammad Naquib Al-Attas - Mohd Zariat Aabdul Rani
- Some Aspects of Sufism in Minhaj al-'Arifin of al-Ghazzali - Che Zarrina Sa'ari
- Islamic Psychoterapy: Isfahani's Treatment of Anger, Fear and Sorrow - Yasien Mohamed
- Format al-Burhan Dalam Tradisi Pengajian Mantik: Analisis Terhadap Kitab al-Mustasfa min 'Ilm al-Usul, Karangan al-Imam al-Ghazzali - Mohd Fauzi Hamat
- Towards al-Raniri's Concept of Arabic-Malay Translation - Wan Suhaimi Wan Abdullah
- Quranic Principles of Islamic Banking - Joni Tamkin b. Borhan
- Al-Tabari: The Conception of History - Muhidin Mulalic
- الاتجاه الفلسفي عند أبي البركات البغدادي - أحمد محمد الطيب

Harga = RM20.00
Mukasurat = 250
Penerbit = Jabatan Akidah & Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur

Jurnal Syariah (Jilid 8 / Bilangan 2 / Julai 2000)

KANDUNGAN

- Kaedah Pelaksanaan Hukuman Sebat Di Dalam Islam - Ashraf Md. Hashim
- Offer and Acceptance in Islamic Law of Contract - Hasbullah Hj. Abd Rahman
- Ibadah in the Era of Jahiliyyah with Reference to the Hanafiyyah and Idolatry - Saadan Man
- Penubuhan Parti Politik Menurut Pandangan Islam - Lukman Thaib
- The Conflict of Traditionalism and Reformism in Malaya (1900-1940): A Study of Socio-Political Impact - Rahimin Affandi Abd. Rahim
- Pengurusan Zakat: Satu Analisis Dari Perspektif al-Quran dan al-Sunnah - Ahmad Hidayat Buang
- Bidangkuasa dan Kedudukan Mahkamah Syariah di Malaysia Pasca Alaf 20: Ke Arah Mana? - Mohamed Azam Mohamed Adil
- Perceraian Secara Khul': Peruntukan Serta Perlaksanaannyaa Menurut Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Johor (Kajian Kes 1995-1997) - Zaini Nasohah
- Talaq Tiga: Analisis Terhadap Penghakiman Mahkamah Syariah - Raihanah Hj. Abdullah
- Laporan-laporan Kes:
1- Shaheila bt Haji Abdul Majid lwn. Roslan b. Abdul Aziz
2- Shamsudin bin Mustafa lwn. Ros Anita binti Mustapha Kamil

Harga = RM15.00
Mukasurat = 167
Penerbit = Bahagian Pengajian Syariah, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur

Wednesday, September 10, 2008

Nasihat Agama Dan Wasiat Iman

Sebuah buku bimbingan bagi setiap Muslim / Muslimah untuk mengenal ilmu-ilmu yang wajib dari aqidah Islamiah dan hukum-hukumnya, dan untuk melengkapkan diri dengan akhlak yang mulia dan budi pekerti yang terpuji, sebagaimana yang dituntun oleh Al-Quran Al-Karim dan Sirah Nabawiyah, di samping menunjukkan cara-cara berdakwah ke jalan Allah Ta'ala, menunaikan hak dan kewajiban terhadap Agama Islam yang suci, dengan berdalilkan ayat-ayat suci Al-Quran dan Hadis Nabi yang mulia, ditambah pula dengan kata-bicara para imam dan alim-ulama, yang tidak seharusnya seseorang Muslim sampai boleh menjahilinya, dan tidak sepi seseorang alim atau pendakwah atau guru atau murid dari memerlukannya.

Kandungan buku ini merupakan mutiara manikam yang tidak dapat dibeli dengan wang, malah diberi percuma oleh Allah Ta'ala sebagai suatu kurnia yang besar daripadaNya untuk sesiapa yang mengingininya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk dan hidayat dari Allah Ta'ala yang akan hidup bahagia di dunia dan hidup bahagia di akhirat.

- Penerbit

Harga = RM53.00 (Kulit Tebal)
Mukasurat = 493
Penulis = Imam Habib Abdullah Haddad
Penterjemah = Syed Ahmad Semait
Penerbit = Pustaka Nasional Pte Ltd (Singapura)

Halal Dan Haram Dalam Islam

Buku ini menyentuh hampir semua aspek syariat Islam yang dihadapi oleh Muslim / Muslimah setiap hari dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan yang halal dan yang haram yang belum pernah dikumpulkan dan dibicarakan sekaligus dalam sebuah buku yang padat seumpama ini.

Perkarar-perkara yang dibincangkan ialah tentang dasar Islam dalam menentukan halal dan haram dari dasar asal hukumnya dengan memperbandingkan dengan hukum-hukum dalam kepercayaan yang sebelum Islam mengenai bahan-bahan makanan dan minuman, tentang penyembelihan dan binatang-binatang yang boleh dimakan, kemudian mengenai perburuan dan cara-cara yang dibolehkan, tentang arak (khamar) dan benda-benda yang memabukkan atau yang merosakkan fungsi akal pemikiran, tentang pakaian dan kecantikan diri, tentang urusan rumah tangga, tentang mata pencarian dan pekerjaan, tentang bentuk keluarga dan moralitasnya, tentang perkahwinan, poligami, perhubungan suami-isteri, rancangan keluarga, perkahwinan antara Muslim dan non-Muslim, talak dan cerai, menguruskan anak-anak, memelihara kedua ibu-bapa, tentang upacara-upacara dan segala kepercayaan, di samping urusan jual-beli dan ekoran daripadanya, tentang perkongsian dan insuran, tentang penghiburan, perhubungan kemasyarakatan secara umum dan perhubungan antara Muslim dengan Muslim yang lain dan perhubungan Muslim dengan non-Muslim dan lain-lain lagi.

Buku ini dijangka akan menolong anda untuk mengenal hakikat hukum-hakam agama yang sebenar dalam syariat Islam yang behubung dengan perkara-perkara halal dan haram.

- Penerbit

KANDUNGAN

BAB PERTAMA
Prinsip-Prinsip Islam Dari Hal Halal Dan Haram

1- Asal Segala Sesuatu Adalah Membolehkan
2- Penghalalan Dan Pengharaman Adalah Hak Allah
3- Mengharamkan Yang Halal Dan Menghalalkan Yang Haram - Sama Sebanding Dengan Syirik Kepada Allah
4- Pengharaman Sesuai Dengan Segi Keburukan Dan Bahaya
5- Menetap Pada Yang Halal Saja - Tidak Perlu Mencari Pada Yang Haram Lagi!
6- Yang Menarik Kepada Yang Haram Hukumnya Haram
7- Tipu Helah Pada Yang Haram Adalah Haram
8- Niat Baik Tidak Boleh Membersihkan Haram
9- Menjaga Diri Dari Yang Syubhat - Kerana Bimbang Terjatuh Ke Dalam Yang Haram'
10- Yang Haram Itu Tetap Haram Atas Semua
11- Dharurat Membolehkan Yang Dilarang

BAB KEDUA
Halal Dan Haram Dalam Kehidupan Peribadi Manusia

1- Soal Makanan Dan Minuman
2- Soal Pakaian Dan Perhiasan
3- Soal Rumah Tangga
4- Soal Berusaha Dan Bekerja

BAB KETIGA
Halal Dan Haram Dalam Lapangan Perkahwinan Dan Kehidupan Berfamili

1- Dalam Lapangan Gharizah (Asal Semulajadi)
2- Perkahwinan
3- Perhubungan Suami Isteri
4- Hubungan Antara Ayah Bunda Dan Anak-Anak

BAB KEEMPAT
Halal Dan Haram Dalam Kehidupan Umum Muslim

1- Masalah Kepercayaan Dan Tradisi
2- Dalam Permuamalahan
3- Hiburan Dan Permainan
4- Hubungan Masyarakat
5- Hubungan Antara Muslim Dan Non-Muslim

Harga = RM58.00 (Kulit Tebal)
Mukasurat = 579
Penulis = Dr. Yusuf Al-Qardhawi
Penterjemah = Syed Ahmad Semait
Penerbit = Pustaka Islamiyah Pte Ltd (Singapura)

Al-Fara'id Al-Mubassat - Berdasarkan Kepada Mazhab al-Syafi'i

Sebuah karya bernilai dalam ilmu pembahagian harta pusaka. Perintis dalam metodologi yang amat sistematik. Penerangan yang amat jelas dan penggunaan bahasa yang mudah. Dikarang berdasarkan kepada kajian mendalam daripada lapan belas kitab al-Fara'id. Himpunan maklumat daripada sebahagin besar kitab-kitab muktabar silam. Dihiasi dengan maklumat terkini daripada penulis hasil pengalaman beliau dalam mengajar ilmu ini. Dilengkapi dengan jadual dan gambarajah yang seragam untuk memudahkan pemahaman konsep. Contoh penyelesaian dengan gambarajah melebihi seratus dua puluh masalah. Disesuaikan dengan kaedah matematik moden. Maklumat yang lengkap dan padat membolehkan pelajar memahami tanpa merujuk kepada kitab lain. Kupasan yang ringkas dan tidak perlu panjang. Sesungguhnya inilah karya yang dinantikan. Penulis telah memerah keringatnya dalam usaha menyusun buku ini. Lalu lahirlah sebuah buku yang amat penting dalam pengajian agama al-Islam dengan limpahan kurnia tawfiq dan hidayah daripada Allah S.W.T.. Sesungguhnya masyarakat al-Islam perlu mengambil berat terhadap ilmu ini sebagai menyahut sabda al-Nabi Muhammad S.'A.W..

"Pelajarilah ilmu al-Fara'id dan ajarkanlah ianya kepada manusia. Sesungguhnya daku akan diwafatkan dan ilmu ini akan pupus sehingga berlaku pertelingkahan dalam pembahagian harta pusaka dan mereka tidak mendapati seseorang yang dapat menyelesaikan masalah tersebut"

- Penerbit

Harga = RM25.90
Mukasurat = 213
Penulis = Al-Syaykh 'Abduh Bin Salim al-Himsi
Penerbit = Pertubuhan Sinar Damsyik Malaysia (PERSIDAM)

Tuesday, September 9, 2008

Pengertian Tauhid

Sepatah Kata Dari Penterjemah

Segala puji bagi Allah S.W.T., selawat dan salam buat Rasulullah S.A.W. serta keluarga dan para sahabatnya.

Persoalan akidah merupakan persoalan terpenting di dalam kehidupan individu Muslim, ia sewajarnya diambil dari sumber yang sah dan terjamin. Bagi setiap individu Muslim yang telah terseret jauh ke dalam arus jahiliah sama ada dari sudut pemikirannya atau akidahnya hendaklah kembali semula dengan mengimani dan mengamali ajaran Islam yang sebenarnya.

Kandungan buku "Pengertian Tauhid" (Hakikatul Tauhid) ini adalah antara buku-buku yang menyeru ke arah matlamat ini. Semoga individu Muslim dapat membaca dan menatapinya.

Saya bersyukur kepada Allah kerana telah memberikan ketabahan dan kesabaran buat saya dalam menyelesaikan terjemahan buku ini. Kelemahan-kelemahan dari sudut terjemahannya mungkin terdapat di dalamnya. Oleh itu saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada para pembaca yang bermurah hati membuat teguran dan pembetulan semoga kesempurnaannya dapat dihasilkan... InsyaAllah.

Wassalam.

Harga = RM6.00
Mukasurat = 112
Penulis = Dr. Yusuf Al-Qardawi
Penerjemah = Abdul Majid Bin Abdullah
Penerbit = Pustaka Salam Sdn Bhd

Pemikiran Islam Dan Cabaran Semasa

Buku ini merupakan himpunan kertas kerja yang telah dibentangkan dalam Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan I anjuran Jabatan Akidah Dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya pada tahun 2003. Peghasilan buku ini adalah antara lain untuk menonjolkan kekuatan ilmiah dan pengaruh tradisi ilmu berteraskan akidah dan pemikiran Islam tulen dalam menangani cabaran ummah semasa, khususnya dalam era globalisasi. Di samping itu, ia diharap dapat menyumbang ke arah usaha membangun pemikiran ummah secara bersepadu berteraskan disiplin pemikiran Islam yang menggabungkan antara pemikiran klasik dan moden yang kongruen dengan roh dan falsafah ajaran Islam.

KANDUNGAN

- Akidah Islam dan Keyakinan Muslim: Antara Kekuatan Mencabar atau Sasaran Pencabar - Wan Suhaimi Wan Abdullah
- Pendekatan Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah Dalam Masalah Kepimpinan Yang Tidak Memenuhi Syarat - Mohamad Zaidi Abdul Rahman

- Metod Pendalilan al-Burhan Dalam Pemikiran Logik dan Kepentingannya Dalam Pembangunan Ummah Berfikiran Kritis - Mohd Fauzi Hamat
- Berfalsafah Islam Suatu Kewajipan - Mohd Fakhrudin Abdul Mukti
- Logik dan Analisa Ilmiah Dalam Pemikiran Islam - Muhammad Zainy Utman

- Peranan dan Sumbangan Pendekatan Tasawuf Dalam Menghadapi Cabaran Era Globalisasi dan Faham Pasca Moden - Zakaria Stapa
- Peranan Tasawuf Dalam Pembangunan Spiritual Umat Islam di Malaysia - Che Zarrina Binti Sa'ari
- Amalan-amalan Kaum Sufi: Satu Tinjauan Terhadap Beberapa Fatwa Ibn Taymiyyah (1263-1328) - Rushdi Ramli

- Ke Arah Memantapkan Gerakan Dakwah di Malaysia: Cabaran dan Penyelesaian - Mohamed Asin Dollah
- Pemikiran Syeikh Ahmad al-Fathani Dalam Ekonomi Islam - Joni Tamkin Borhan
- Menangani Cabaran Globalisasi: Satu Analisis Terhadap Pemikiran Reformis Semasa - Rahimin Affandi Abd. Rahim
- Beberapa Aspek Pembaharuan Muhammad Rashid Rida dan Sumbangannya Kepada Pembangunan Ummah - Mustaffa Abdullah
- Budaya 'Kenal-Mengenali' Dalam Pembinaan Ummah Sejagat - Khadijah Mohd Khambali @ Hambali
- Kebebasan Memberi Pandangan Dalam Isu-isu Agama Islam: Kajian Terhadap Fatwa-fatwa Jabatan Mufti Negeri-Negeri di Malaysia - Ahmad Hidayat Buang
- Riwayat Hidup, Pemikiran dan Perjuangan Pak Natsir - Abdur-Razzaq Ali & Badlihisham Mohd Nasir
- Perbezaan Pendapat: Adab dan Pengeksploitasiannya Ke Arah Yang Lebih Positif - Mohamad Kamil Hj. Abd Majid
- Hadith Nabi S.A.W.: Di Antara Serangan Musuh dan Kekeliruan Pendokong - Fauzi Deraman
- Pemikiran Politik Ibn Khaldun - Ezad Azraai Jamsari & Jaffary Awang
- الإسلام والتحديات المعاصرة - Irfan 'Abd al-Hamid Fattah

Harga = RM40.00
Mukasurat = 391
Penerbit = Jabatan Akidah Dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur

Sunday, September 7, 2008

Proses Pembinaan Negara Islam

Kandungan buku ini adalah teks ucapan al-Ustaz Abu Al-A'la Al-Maududi yang disampaikan pada 12hb September 1940 kepada penuntut-penuntut dan pensyarah-pensyarah Universiti Islam Aligarh, sebuah pusat pengajian ilmu Islam yang ulung. Ucapan ini telah disampaikan di tengah-tengah kemuncak sengketa sengit antara penggerak fahaman kebangsaan Hindu dan Islam di Republik India. Ucapan al-Ustaz Al-Maududi ini bertujuan menyedarkan umat Islam tentang ciri-ciri Dakwah Islam sebenar yang bersifat terbuka dengan jatidiri yang unggul dan tidak taksub. Sememangnya, tokoh ini mampu untuk memimpin manusia yang ingin mendengar dan ingin mengamalkan nasihat ke arah jalan yang betul. Namun bagi orang yang memejamkan matanya akan mendapat kerugian jika menyangka mereka telah mencapai kejayaan.

Ucapan ini telah diterbitkan dalam bahasa Urdu dan berpuluh-puluh ribu salinan teks ucapan ini telah diedarkan. Seperti risalah-risalah dakwah al-Ustaz Al-Maududi yang lain, ucapan beliau ini juga telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris dan ke dalam bahasa-bahasa India yang lain.

Terjemahan dalam bahasa Arab pula telah diterbitkan oleh Dar Al-'Urubah Lil Dakwah Al-Islamiah buat pertama kali pada tahun 1946. Risalah ini kemudiannya diulang cetak sebanyak dua kali di Kaherah pada tahun 1950 dan juga di Damsyik.

Kini Dar Al-Su'udiah Lil Nasyr Wa Al-Tauzi' membentangkan kepada sidang pembaca cetakan keempat edisi baru dengan tujuan menyebar luaskan pemikiran al-Ustaz Al-Maududi untuk dimanfaatkan seluas mungkin. Secara langsung penerbitan buku ini juga bagi menampilkan peribadi seorang tokoh Islam terulung yang memiliki akidah dan keimanan yang tulus dan mantap.

- Penerbit

Harga = RM4.50
Mukasurat = 77
Ucapan / Karya = Sayyid Abu Al-A'la Al-Maududi
Penerbit = Pustaka Salam Sdn Bhd

70 Amalan Untuk Bertemu Rasulullah S.A.W.

Kasih dan cinta kita kepada seseorang akan membuahkan rindu di hati. Runtunan jiwa untuk menatap wajah insan yang diikasihi akan terus bergelora selagi impian itu tidak kesampaian. Begitulah keadaan diri kita terhadap baginda Rasulullah S.A.W. jika cinta dan kasih kita benar-benar dilimpahkan kepada baginda. Rasa kagum dan cemburu pasti menguasai diri apabila insan lain mampu menatap wajah baginda.

Buku ini hanya memuatkan sebahagian daripada amalan-amalan yang dikumpulkan. Namun begitu saya mendoakan keberkatan daripada amalan-amalan ini akan melahirkan generasi bertakwa dan menjunjung tinggi peribadi dan perjuangan baginda Rasulullah S.A.W.

Amalan para solehin ini akan mendekatkan diri kita kepada baginda S.A.W.. Segala amalan kebaikan yang dilakukan hendaklah diamalkan dengan penuh keikhlasan. Oleh itu jika ada di kalangan pembaca yang telah mengamalkan amalan-amalan yang terdapat di dalam buku ini tetapi tdak mencapai hajat untuk menemui dan menatap wajah baginda Rasulullah, maka janganlah berputus asa. Jika kita tidak dikurniakan nikmat bertemu baginda pun sudah memadai kita dikurniakan nikmat sering berzikir kepadaNya dan berselawat ke atas Nabi S.A.W..

- Penulis

Harga = RM10.00
Mukasurat = 70
Penulis = Ustaz Hanif Hj. Ghazali
Penerbit = Madrasah Zubaidiyah

Saturday, September 6, 2008

Fiqh Siasah Menurut Imam Syahid Hassan Al-Banna

Kajian tentag warisan yang ditinggalkan oleh Imam Hassan Al-Banna wajar diberi perhatian terutamanya Fiqh Siasah beliau. Beliau merupakan mujaddid (reformis) kurun ke-20. Beliau amat bimbangkan tentang permasalahan dunia Islam serta keadaan umat Islam terutamanya konspirasi ke atas negara-negara Islam.

Dakwah yang dibawa oleh Hassan Al-Banna adalah dakwah Islam yang komited dengan Islam dari segi akidah, syariat dan peraturan hidup. Beliau telah berusaha menerangkannya darai pelbagai aspek sama ada siasah, dakwah, gerakan (harakah), penyusunan (tanzim) ataupun ekonomi (iktisad).

Imam Hassan Al-Banna amat faham tentang kebenaran, beliau ialah ahli siasah (politik) yang mahir, berpengalaman, pintar dan berkebolehan. Perkara ini diakui oleh Tantawi Jauhari yang berkata "Pada pandanganku Hassan Al-Banna aalah lebih hebat dari Jamaluddin Al-Afghani dan Muhammad Abduh. Beliau adalah contoh gabungan ketakwaan dan kepintaran siasah yang menakjubkan. Beliau berhati Saidina Ali dan berakalkan Muawiyah. Aku melihat pada beliau sifat-sifat pemimpin yang telah kehilangan dari dunia Islam".

- Penerbit

Harga = RM11.00
Mukasurat = 205
Penulis = Dr. Muhammad Abdul Qadir Abu Faris
Penterjemah = Mohammad Zaini Yahaya
Penerbit = Pustaka Syuhada

Membangun Institusi Masjid - Penting!!!

Institusi masjid merupakan institusi yang paling penting dalam kehidupan umat Islam. Ia merupakan lambang kesucian dan keagungan Islam itu sendiri. Sebarang kecacatan yang berlaku di institusi ini akan turut memberi kesan kepada umat Islam. Oleh itu kepekaan umat Islam terhadap pembangunan masjid perlu ditinigkatkan bagi menjamin keutuhan institusi ini. Masjid adalah milik umat Islam bersama.

Buku ini membincangkan asas-asas untuk mencapai matlamat masjid sebagai pusat pembagunan masyarakat Islam. Ia perlu ditatapi untuk mendapat gambaran sebenar tentang masjid, khususnya dari sudut peranan dan kedudukannya dalam masyarakat. Maklumat-maklumat yang diperolehi dapat membantu bagi memperbaiki program yang dirancang, di samping sebagai garis panduan yang baik untuk menjamin keberkesanan fungsinya.

Usaha mengemukakan buku ini, hasil daripada himpunan kertas kerja yang pernah dianjurkan oleh Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya ini, amat dialu-alukan kerana ia merupakan pendedahan hasil kajian yang dilakukan oleh para sarjana terhadap perkembangan pembangunan masjid di Malaysia masa kini. Data-data yang diperolehi akan membantu masyarakat dan jabatan-jabatan yang berkait dengan institusi suci ini memperbaiki program yang dirancang, seterusnya memperolehi garis panduan yang baik untuk menjamin keberkesanan fungsi institusi ini.

Antara kajian yang dilakukan oleh para sarjana tersebut merangkumi aspek memahami fungsi masjid sebagai institusi kemasyarakatan, pengurusan masjid, program masjid, komunikasi masjid dan pembangunan fizikal masjid masa kini.

- Penulis

KANDUNGAN

- Konsep dan Falsafah Masjid
- Cara Berpakaian Pegawai Masjid
- Komunikasi Masjid
- Status Imam di Malaysia
- Keberkesanan Program Masjid: Kajian Umum Masjid-Masjid Di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur
- Pembangunan Ekonomi Masjid
- Retorik Pengucapan Khutbah Jumaat di Surau Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (APIUM)
- Pembangunan Minda Pegawai Masjid
- Pembangunan Masjid dan Halangannya
- Peranan Masjid Dalam Pembangunan Insan Remaja
- Melawat Masjid bagi Non Muslim: Suatu Kajian Dari Sudut Hukum dan Kesannya Terhadap Dakwah
- Memperkasa Aktiviti Masjid Sebagai Medium Dakwah
- Peranan Masjid dalam Pembangunan Personaliti Wanita Islam
- Program Dakwah Masjid Abu Bakar, Temerloh, Pahang: Kajian Mengenai Sambutan Dan Masalah
- Daya Tarik Masjid: Masjid Sebagai Pusat Perpaduan dan Pembangunan Komuniti Islam Di Malaysia
- Kajian Keberkesanan Penyampaian Khutbah Jumaat di Masjid-Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur: Satu Tinjauan Awal

Harga = RM17.00
Mukasurat = 203
Penulis = Norrodzoh Hj. Siren & Yusmini Md. Yusoff
Penerbit = Jabatan Dakwah Dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur & Intel MULTIMEDIA AND PUBLICATION

Friday, September 5, 2008

Islam Dan Politik Kenegaraan

Buku kecil ini merupakan satu kajian mengenai negara dan status individu (rakyat) menurut syariat Islam. Analisanya berdasarkan kepada nas-nas Al-Qur'an, Hadith Nabawi, imbauan-imbauan sejarah dan ijtihad-ijtihad para fuqaha.

Perbincangan telah dibahagikan kepada tiga bab iaitu :-

* Penjelasan mengenai negara menurut syariat Islam, statusnya, ciri-ciri khasnya dan tujuan-tujuan mendirikan negara.
* Penjelasan mengenai undang-undang, statusnya dan hak-hak individu dalam sebuah negara Islam.
* Huraian tentang hak-hak negara terhadap warganya.

Kajian dan tulisan terjemahan ini disusun oleh penulisnya, Dr. Abd Karim Zaidan, seorang tokoh yang begitu dihormati keilmuannya dalam bidang syariat Islam, dengan maksud untuk membuktikan keunggulan dan keutamaan syariat Islam dalam bidang kenegaraan.

Mudah-mudahan dengan terjemahan ini akan memperkayakan lagi khazanah ilmu yang harus dimiliki oleh umat Islam keseluruhannya terutama di negara ini.

- Penerbit

Harga = RM12.00
Mukasurat = 104
Penulis = Dr. Abd. Karim Zaidan
Penterjemah = Ustaz Haji Abdul Ghani Samsudin
Penerbit = Persatuan Ulama' Malaysia

Isu-isu Gender : Perspektif Ulama al-Azhar

PERSOALAN GENDER merupakan antara persoalan yang sukar dikupas. Kesukarannya bukan disebabkan kepayahan yang melingkari permasalahan tersebut, tetapi berpunca dari sensitiviti masyarakat terhadapnya. Terdapat perbincangan yang bersikap berat sebelah dengan meletakkan segala kelebihan berpihak kepada kaum lelaki. Pada masa yang sama wujudnya persepsi, sama ada di kalangan sebahagian kecil umat Islam, mahupun sebahagian kalangan non-Muslim, bahawa ajaran-ajaran yang terdapat di dalam Islam cenderung dilihat mendiskriminasikan kaum wanita, seoalah-olah ajaran Islam selalu berpihak kepada kaum lelaki. Tambahan pula, dengan semakin ramai orang yang bercakap mengenai Islam dan mewakili pihak Islam, maka semakin kompleks pula persoalan gender ini.

Keadaan menjadi lebih rumit apabila dicanang pendapat "nas Al-Qur'an mungkin satu tetapi tafsiran terhadapnya boleh beribu. Nas Al-Sunnah mungkin sahih, tetapi tafsirannya boleh berbagai..."

Buku ini cuba mencari jalan keluar terhadap persoalan ini. Perbincangannya bermula dengan menyingkap peranan wanita dalam paradigma feminisme Barat dan Tradisi Islam. Selanjutnya dikemukakan bagaimana Islam melihat persoalan-persoala ini dengan nilai keadilan gender. Malah, perbincangan para sarjana Muslim yang tersohor tentang topik gender turut dimuatkan dalam buku ini. Ada empat tokoh besar yang ditelusuri oleh penulis tentang minda mereka mengenai pemikiran gender di Mesir dan perkembangan di al-Azhar.

Tiga isu yang sering menjadi perbincangan mengenai gender "panas" telah juga dikutip dan dibentangkan. Isu poligami, hak cerai isteri dan kepimpinan rumahtangga dikupas dalam buku ini. Di sini para pembaca akan dapat melihat bagaimana para ulama berfikir. Usaha penulis bukan untuk menzahirkan kontradiksi antara sesama mereka tetapi untuk menunjukkan bagaimana perbincangan yang sihat sepatutnya berlaku dalam masyarakat umat Islam dalam menangani permasalahan yang sensitif seperti ini.

- Penulis

Harga = RM15.00
Mukasurat = 170
Penulis = Zulkili Haji Mohd Yusoff (PhD) & Aunur Rafiq (MA)
Penerbit = Intel MULTIMEDIA AND PUBLICATION

Popular Posts

Borang Pesanan / Soalan / Pendapat

Nama:
Nombor Telefon:
Alamat Surat Menyurat:
Alamat Email:
Pesanan:

Home

IKLAN!!!

IKLAN!!!
Sticker Keyboard Arab. RM 7.00 je satu...