Realiti masyarakat Malaysia hari ini yang pelbagai agama dan berbilang bangsa telah dihantui oleh gejala-gejala buruk yang melenyapkan ketenteraman hidup berkeluarga dan bermasyarakat. Gejala penipuan, rompakan, rogol, bunuh, anak muda yang liar, generasi tuan yang diibaratkan "harapkan pagar, pagar makan padi", penguasa yang gila kuasa dan harta, rasuah dan sebagainya yang memperlihatkan betapa kroniknya kestabilan masyarakat Malaysia dewasa ini.
Semakin luntur iman seseorang semakin jauhlah dirinya dari Allah Ta'ala dan Rasul-Nya, semakin hampirlah pula dirinya kepada iblis dan syaitan (dari kalangan jin dan manusia yang durjana).
Akibat mendekati dan mendapati musuh terlaknat itu, telah berlaku pelbagai gejala mungkar di dalam masarakat masakini. Antara kemungkaran yang berleluasa dewasa ini ialah kebiasaan mengkhianati saudara seagamanya dengan perantaraan makhluk halus, jin dan syaitan demi memuaskan nafsu, dengki dan dendam kesumat.
...Semoga amalan-amalan yang terdapat di dalam buku ini akan dapat dimanfaatkan oleh seluruh umat Islam di mana jua mereka berada. Semoga Allah menerima amal jariah dari para pembeli buku ini yang membantu secara tidak langsung bagi menjayakan pembangunan di Madrasah Zubaidiyah iaitu membina surau dan dewan baru.
Harga = RM10.00
Mukasurat = 122
Penulis = Ustaz Hanif Hj. Ghazali
Penerbit = Madrasah Zubaidiyah
0 Comments:
Post a Comment