Adalah suatu kenyataan bahawa usaha untuk membangunkan semula tamadun sesuatu ummah tidak terlepas dari sejarah kesarjanaan ummah itu sendiri. Dalam konteks ini, mengenali para ilmuwan dan kesarjanaan mereka dalam pelbagai bidang ilmu secara lebih dekat adalah aset utama dalam kerangka pembangunan tersebut. Mereka adalah insan-insan yang bekerja keras demi kerana Allah, agama dan perjuangan RasulNya, menepati tanggungjawab mereka sebagai pewaris para anbiya'.
Penulisan buku Ensiklopedia Fuqaha' ini adalah merupakan sebahagian daripada usaha untuk merekodkan peranan dan sumbangan para ulama' dan fuqaha' yang dikategorikan sebagai pemikir, pemimpin dan model kepada ummah. Dalam penulisan ini, penumpuan khusus diberikan kepada fuqaha' Mazhab Shafi'i, sesuai dengan kedudukannya sebagai salah satu daripada aliran Mazhab Ahli al-Sunnah wa al-Jama'ah yang menjadi ikutan penduduk rantau ini sejak dahulu lagi.
Pengalaman penulis sebagai tenaga akademik yang mengendalikan kuliah dalam kursus pembacaan Teks Fiqh mendapati sebahagian besar pelajar tidak mengenali tokoh-tokoh fiqh dan para perawi Hadith terkemuka yang disebut nama mereka di dalam kitab-kitab Fiqh yang muktabar di dalam Mazhab Shafi'i. Justeru, penerbitan buku ini akan membuka jalan mudah kepada para pembaca mengenali tokoh-tokoh tersebut, di samping mengetahui hasil penulisan mereka.
Ensiklopedia ini diterbitkan dalam beberapa jilid yang mengkategorikan tokoh-tokoh fiqh dan para perawi Hadith, mengikut kronologi tahun wafat tokoh-tokoh tersebut, di samping mengikut zaman masing-masing.
Semoga usaha ini akan dapat memberi manfaat dan membantu generasi kini dalam menimba ilmu dan mengenali tokoh-tokoh tersebut.

- Penerbit
KANDUNGAN
JILID 1
Bahagian I - Fuqaha' Zaman Sahabah
- Para Sahabat Besar
Bahagian II - Para Sahabat Lapisan Kedua
Bahagian III - Fuqaha' Zaman Tabi'in Dan Atba' Tabi'in
- Tabi'in Dan Atba' Tabi'in Kota Madinah
- Tabi'in Dan Atba' Tabi'in Kota Makkah
- Tabi'in Dan Atba' Tabi'in Negara Yaman
- Tabi'in Dan Atba' Tabi'in Negara Sham Dan Al-Jazirah
- Tabi'in Dan Atba' Tabi'in Negara Mesir
- Tabi'in Dan Atba' Tabi'in Kota Kufah
- Tabi'in Dan Atba' Tabi'in Kota Basrah
- Tabi'in Dan Atba' Tabi'in Kota Baghdad
- Tabi'in Dan Atab' Tabi'in Wilayah Khurasan
JILID 2
Bahagian I - Fuqaha' Mazhab Sl-Shafi'i
- Kumpulan Pertama
- Kumpulan Kedua
- Kumpulan Ketiga
- Kumpulan Pelapis Seterusnya (Ashab Al-Ashab)

Harga = RM15.00 / jilid
Penyusun = Dr. Haji Mat Saad Abdul Rahman (Matan Fellow Kanan Pusat Syariah, Undang-Undang Dan Sains Politik Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
Penerbit = Intel MULTIMEDIA AND PUBLICATION

0 Comments:
Post a Comment