Pages


Petikan Hadith Kelapan, Kitab "Empat Puluh Hadith Kelebihan Ilmu Dan Ulama'"

Kedai Buku Tinta Ilmu, Lot 2-8-8, Tingkat 1, Pusat Beli Belah Ole-Ole, Jalan Pinang A 18/A, Seksyen 18, 40200 SHAH ALAM, Selangor.

Wednesday, May 28, 2008

Ensiklopedia Fuqaha'

Adalah suatu kenyataan bahawa usaha untuk membangunkan semula tamadun sesuatu ummah tidak terlepas dari sejarah kesarjanaan ummah itu sendiri. Dalam konteks ini, mengenali para ilmuwan dan kesarjanaan mereka dalam pelbagai bidang ilmu secara lebih dekat adalah aset utama dalam kerangka pembangunan tersebut. Mereka adalah insan-insan yang bekerja keras demi kerana Allah, agama dan perjuangan RasulNya, menepati tanggungjawab mereka sebagai pewaris para anbiya'.

Penulisan buku Ensiklopedia Fuqaha' ini adalah merupakan sebahagian daripada usaha untuk merekodkan peranan dan sumbangan para ulama' dan fuqaha' yang dikategorikan sebagai pemikir, pemimpin dan model kepada ummah. Dalam penulisan ini, penumpuan khusus diberikan kepada fuqaha' Mazhab Shafi'i, sesuai dengan kedudukannya sebagai salah satu daripada aliran Mazhab Ahli al-Sunnah wa al-Jama'ah yang menjadi ikutan penduduk rantau ini sejak dahulu lagi.
Pengalaman penulis sebagai tenaga akademik yang mengendalikan kuliah dalam kursus pembacaan Teks Fiqh mendapati sebahagian besar pelajar tidak mengenali tokoh-tokoh fiqh dan para perawi Hadith terkemuka yang disebut nama mereka di dalam kitab-kitab Fiqh yang muktabar di dalam Mazhab Shafi'i. Justeru, penerbitan buku ini akan membuka jalan mudah kepada para pembaca mengenali tokoh-tokoh tersebut, di samping mengetahui hasil penulisan mereka.

Ensiklopedia ini diterbitkan dalam beberapa jilid yang mengkategorikan tokoh-tokoh fiqh dan para perawi Hadith, mengikut kronologi tahun wafat tokoh-tokoh tersebut, di samping mengikut zaman masing-masing.

Semoga usaha ini akan dapat memberi manfaat dan membantu generasi kini dalam menimba ilmu dan mengenali tokoh-tokoh tersebut.

- Penerbit

KANDUNGAN
JILID 1

Bahagian I - Fuqaha' Zaman Sahabah
- Para Sahabat Besar

Bahagian II - Para Sahabat Lapisan Kedua

Bahagian III - Fuqaha' Zaman Tabi'in Dan Atba' Tabi'in
- Tabi'in Dan Atba' Tabi'in Kota Madinah
- Tabi'in Dan Atba' Tabi'in Kota Makkah
- Tabi'in Dan Atba' Tabi'in Negara Yaman
- Tabi'in Dan Atba' Tabi'in Negara Sham Dan Al-Jazirah
- Tabi'in Dan Atba' Tabi'in Negara Mesir
- Tabi'in Dan Atba' Tabi'in Kota Kufah
- Tabi'in Dan Atba' Tabi'in Kota Basrah
- Tabi'in Dan Atba' Tabi'in Kota Baghdad
- Tabi'in Dan Atab' Tabi'in Wilayah Khurasan

JILID 2

Bahagian I - Fuqaha' Mazhab Sl-Shafi'i
- Kumpulan Pertama
- Kumpulan Kedua
- Kumpulan Ketiga
- Kumpulan Pelapis Seterusnya (Ashab Al-Ashab)

Harga = RM15.00 / jilid
Penyusun = Dr. Haji Mat Saad Abdul Rahman (Matan Fellow Kanan Pusat Syariah, Undang-Undang Dan Sains Politik Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
Penerbit = Intel MULTIMEDIA AND PUBLICATION

Sunday, May 25, 2008

Al-Quran Mushaf Tajwid Berserta Terjemahan Ke Dalam Bahasa Malaysia






















Harga = RM148.00
Penerbit = Darul Fikir Kuala Lumpur
Ciri-ciri = Empat warna iaitu Merah, Hijau, Biru dan Hitam;
Terjemahan menurut mukasurat asal Al-Quran Rasm Uthmani;
disediakan panduan tajwid berwarna.

Tuesday, May 20, 2008

121 Sifat Utama Nabi Sallallahu Alaihi Wa Sallam - Terlaris!!

"Dan bahawa sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) mempunyai akhlak yang sangat-sangat mulia" - mafhum surah Al-Qalam : 4


"Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) pada hari akhirat serta dia menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (pada masa susah dan senang)". - mafhum surah Al-Ahzab : 21

Harga = RM12.00
Mukasurat = 175
Penulis = Ustaz Safwan Fathy
Penerbit = Persatuan Ulama' Malaysia dan Intel MULTIMEDIA AND PUBLICATION

Hukum Hakam Haid

"Isu darah haid, adalah antara isu yang biasa didengar oleh umat Islam. Namun begitu masih terdapat di kalangan anak-anak remaja yang tidak memahami perkara ini dengan baik, walaupun mereka sudahpun merancang untuk mendirikan rumah tangga. Malah yang lebih mendukacitakan, ada yang langsung tidak mengambil berat tentang perkara ini. Lebih malang lagi ialah ialah ada sesetengah remaja wanita yang tidak memahami langsung tentang persoalan ini.

Kegagalan mengetahui perkara-perkara awal ini akan menyebabkan ibadah yang mereka lakukan terdedah kepada kecacatan dan seterusnya ditolak oleh Allah s.w.t. Tidak ada seorangpun dari kalangan kita yang mahu melihat ibadahnya ditolak oleh Allah s.w.t. pada hari kiamat nanti. Kerana itu perkara yang berhubung kait dengan haid perlu diketahui dengan jelas oleh umat Islam. Sesetengah ulama membenarkan para isteri yang tidak mengetahui tentang haid keluar dari rumahnya walaupun tanpa kebenaran dari suaminya semata-mata untuk mempelajari tentang selok belok haid tersebut."

-Penulis

Harga = RM12.00
Mukasurat = 136
Penulis = Dr Basri Ibrahim Al-Hasani Al-Azahari
Penerbit = Darul Fuqaha & Bayt Al-Hikmah

Friday, May 16, 2008

40 Amalan Penerang Hati & Penguat Ingatan

Faktor-faktor Penguat Ingatan :-
1. Menjauhi maksiat.
2. Bersungguh-sungguh dan istiqamah.
3. Sedikit makan dan minum.
4. Memperbanyakkan ibadah sunat seperti solat Tahajjud, berpuasa dan lain-lain.
5. Selalu membaca Al-Quran.
..dan banyak lagi tips dan doa yang terdapat di dalam buku ini.

Harga = RM8.00
Mukasurat = 88
Penyusun = Ustaz Hanif Hj. Ghazali
Penerbit = Madrasah Zubaidiyah

50 Pelindung Diri & Kediaman Dari Kejahatan Manusia, Jin, Toyol, Pencuri dan Binatang Buas

Realiti masyarakat Malaysia hari ini yang pelbagai agama dan berbilang bangsa telah dihantui oleh gejala-gejala buruk yang melenyapkan ketenteraman hidup berkeluarga dan bermasyarakat. Gejala penipuan, rompakan, rogol, bunuh, anak muda yang liar, generasi tuan yang diibaratkan "harapkan pagar, pagar makan padi", penguasa yang gila kuasa dan harta, rasuah dan sebagainya yang memperlihatkan betapa kroniknya kestabilan masyarakat Malaysia dewasa ini.
Semakin luntur iman seseorang semakin jauhlah dirinya dari Allah Ta'ala dan Rasul-Nya, semakin hampirlah pula dirinya kepada iblis dan syaitan (dari kalangan jin dan manusia yang durjana).
Akibat mendekati dan mendapati musuh terlaknat itu, telah berlaku pelbagai gejala mungkar di dalam masarakat masakini. Antara kemungkaran yang berleluasa dewasa ini ialah kebiasaan mengkhianati saudara seagamanya dengan perantaraan makhluk halus, jin dan syaitan demi memuaskan nafsu, dengki dan dendam kesumat.
...Semoga amalan-amalan yang terdapat di dalam buku ini akan dapat dimanfaatkan oleh seluruh umat Islam di mana jua mereka berada. Semoga Allah menerima amal jariah dari para pembeli buku ini yang membantu secara tidak langsung bagi menjayakan pembangunan di Madrasah Zubaidiyah iaitu membina surau dan dewan baru.
Harga = RM10.00
Mukasurat = 122
Penulis = Ustaz Hanif Hj. Ghazali
Penerbit = Madrasah Zubaidiyah

Wednesday, May 14, 2008

Zikir dan Wirid Berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah

Sebuah buku ringkas yang memaparkan nas-nas Al-Quran dan As-Sunnah mengenai zikir dan wirid yang lazimnya diamalkan oleh sebahagian besar umat Islam di Nusantara bagi menolak sebarang keraguan dan ketidakpastian dalam mengamalkannya.
- Penulis
Harga = RM5.00
Mukasurat = 16
Penulis = Ustaz Fazlul Rahimi Maarop
Penerbit = U Wise Enterprise

Risalah Ahkam

"...sebenarnya semua tajuk yang terdapat dalam buku ini adalah merupakan koleksi karangan penulis yang terdiri daripada beberapa artikel dalam Jurnal Syariah dan Monograf Syariah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM) serta beberapa kertas kerja yang telah dibentangkan pada beberapa seminar dalam dan luar negara sepanjang perkhidmatan penulis sebagai pensyarah di APIUM.

Oleh kerana penulisan-penulisan tersebut hanya dapat dimanfaatkan oleh sebahagian kecil masyarakat sahaja khususnya para peserta persidangan dan sebahagian mahasiswa di pusat pengajian tinggi, penulis berpendapat ada baiknya kalau ianya dibukukan serta disebarkan dengan lebih meluas supaya dapat dimanfaatkan oleh pembaca yang ingin menambah pengetahuan agamanya.

Selari dengan isi kandungan buku ini yang menyetuh hal ehwal hukum-hukum Islam, maka penulis menamakan buku ini RISALAH AHKAM."

- Penulis

KANDUNGAN

Kehakiman Islam
- Kelayakan Seorang Hakim (Qadi) Menurut Pandangan Islam
- Kebebasan Institusi Kehakiman Dalam Islam
- Pengaruh Budaya Tempatan Dalam Menentukan Kredibiliti Qadi Atau Hakim
- Al-Bayyinah (Keterangan) Dan Beban Pembuktian: Teori Dan Amalan Di Mahkamah Syariah
- Kaedah-Kaedah Penyelesaian Pertikaian Dalam Islam: Tumpuan Kepada Konsep Tahkim
- Tahkim Dalam Penyelesaian Syiqaq
- Konsep Al-Yamin Dan Pelaksanaannya Di Mahkamah Syariah
- Perlantikan Wanita Sebagai Hakim / Kadi Di Dalam Sistem Kehakiman Islam

Metodologi Hukum
- Peranan Ijtihad Sebagai Pemangkin Ke Arah Kegemilangan Ilmu Islam
- 'Urf Dan Adat Semasa Sebagai Asas Penentuan Hukum Yang Tidak Dinaskan
- Penggunaan Taqlid Dan Talfiq Dalam Fatwa: Satu Penilaian
- Khilaf 'Ulama Dalam Hukum Fiqh: Sebab Dan Adab-Adabnya

Mu'amalat Islam
- Ke Arah Penghyatan Sistem Mu'amalat Islam
- Mu'amlat Maliyyah Semasa: Satu Pengenalan
- Konsep Dan Etika Perniagaan Menurut Perspektif Islam

Ibadat / Umum
- Konsep Penentuan Waktu-Waktu Solat
- Penentuan Hukum Syara' Dalam Taksiran Zakat Perniagaan
- Zakat Hutang Menurut Pandangan Fuqaha'
- Rukhsah Dalam Ibadat: Satu Huraian Ringkas
- Kesaksian Dalam Perkahwinan: Hukum Dan Kelayakan Saksi

Harga Kulit Tebal = RM40.00
Harga Kulit Nipis = RM30.00
Mukasurat = 344
Penulis = Haji Mohd. Saleh Haji Ahmad
Penerbit = Intel MULTIMEDIA AND PUBLICATION

Tuesday, May 13, 2008

Undang-undang Keluarga Islam : Aturan Perkahwinan

BUKU Undang-undang Keluarga Islam : Aturan Perkahwinan ini membincangkan secara mendalam mengenai aturan-aturan yang berkaitan dengan perkahwinan secara menyeluruh dan beberapa isu semasa tentang perkahwinan yang berlaku di dalam masyarakat sekarang ini, khususnya di dalam masyarakat Islam di Malaysia.
Penumpuan perbincangan di dalam buku ini menjurus kepada aturan-aturan, syarat-syarat serta hak dan tanggungjawab dua insan, bermula dari peringkat sebelum berlangsungnya perkahwinan sehingga kepada perkara yang perlu diberi perhatian, terutama jika berlakunya perpisahan di antara pasangan suami isteri.
Buku Undang-undang Keluarga Islam : Aturan Perkahwinan ini diterbitkan khusus untuk mereka yang bakal melangsungkan perkahwinan dan mereka yang berada di alam perkahwinan, di mana buku ini daapat dijadikan panduan untuk membimbing ke arah membentuk sebuah keluarga Islam yang bahagia di atas asas-asas Islam yang suci murni.
Harga = RM15.00
Mukasurat = 288
Penyusun = Dr. Mat Saad Abd. Rahman
Penerbit = Intel MULTIMEDIA AND PUBLICATION

Monday, May 12, 2008

101 Amalan Pemurah Rezeki & Pelaris

"Buku ini mengandungi amalan-amalan untuk memperolehi limpahan rezeki melalui kaedah-kaedah diakui keberkesanannya.

Dengan harapan rezeki penyusun yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kewangan Madrasah Zubaidiyah akan digandakan oleh Allah Ta'ala melalui usaha kecil ini.

Dan juga melalui keberkatan amalan yang diamalkan oleh pembaca melalui amalan-amalan yang terdapat di dalam buku ini.

Semoga rezeki penyusun dan pembaca yang mengamalkan kandungan buku ini akan dipermudah dan digandakan oleh Allah Ta'ala. Amin.

Kita hanya mampu berusaha namun hasilnya adalah ketentuanNya."

- Penyusun

Harga = RM12.00
Mukasurat = 142
Penyusun = Ustaz Hanif Hj. Ghazali
Penerbit = Madrasah Zubaidiyah

Mencari Kebenaran - Suatu Dialog Islam-Kristian

"Adalah diharapkan buku komik ini secara tidak langsung menjadi salah satu bahan dakwah yang bermanfaat terutama bagi menyanggah dakyah missionari Kristian yang tersebar secara sulit dan terang di kalangan masyarakat Islam pada masa ini. Komik yang berbentuk dialog ini, kebanyakannya mengandungi hujah-hujah untuk menyanggah pihak Kristian adalah dipetik daripada kitab Bible sendiri. Ini bersesuaian dengan firman Allah yang bermaksud :
"Jangan kamu berdialog dengan Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) melainkan dengan cara yang terbaik.." (Al-Quran, 29:46)"
- Haji Ahmad Awang, Yang DiPertua Persatuan Ulama' Malaysia.

Terbaru, buku ini diterbitkan dalam versi bahasa Inggeris dengan judul Searching For The Truth - A Dialogue Islam-Christianity.

Harga = Bahasa Melayu RM3.00 (122 mukasurat)
Bahasa Inggeris RM10.00 (122 mukasurat)

Penerbit = Persatuan Ulama' Malaysia (PUM)

65 Amalan Pelembut Hati

Ini adalah buku kelapan terbitan Madrasah Zubaidiyah yang diusahakan untuk memenuhi permintaan masyarakat yang berada di dalam situasi ketakutan apabila anak-anak yang ditatang tiba-tiba menjadi seperti binatang! Rumahtangga yang aman damai tiba-tiba hancur berkecai! Sahabat handai tiba-tiba memusuhi sesama sendiri!

Buku ini mengandungi amalan-amalan untuk melembutkan hati sesiapa yang kita harapkan kebaikan untuk dirinya. Adalah bersalah jika ada di kalangan pembaca menganggap dan mengamalkan kandungan buku ini untuk tujuan kejahatan.

- Penyusun

KANDUNGAN

- Menambah Kasih Sayang
- Disayangi Pasangan
- Mengharmonikan Suami Isteri
- Menjalinkan Kasih Sayang
- Menyatukan Kembali Pasangan
- Rumahtangga Menjadi Kucar Kacir
- Mengelak Perceraian
- Mendamaikan Suami Isteri Atau Saudara
- Doa Nabi Untuk Mendamaikan Suami Isteri
- Memulihkan Hubungan
- Memperbaiki Hubungan
- Menjalinkan Hubungan Dan Menambah Kasih Sayang
- Isteri Suka Melawan Suami
- Rumahtangga Yang Damai
- Melembutkan Hati Pasangan Atau Anak-Anak
- Anak Nakal
- Solat Hajat
- Anak Lari
- Surah Ar-Rahman
- Membuang Tabiat Suka Berjalan
- Pasangan Atau Anak Degil
- Ayat Futuh
- Solat Hajat
- Ayat Pelembut Hati Daripada Baginda Nabi
- Surah Nuh
- Meredakan Kemarahan
- Melembutkan Hati Pembesar Atau Majikan
- Mengadap Orang Berpangkat Atau Garang
- Ayat Kursi
- Untuk Disayangi
- Melemahkan Manusia Bengis
- Menjauhkan Segala Kejahatan
- Menjinakkan Manusia Bengis
- Menundukkan Orang Zalim
- Membungkam Mulut Orang Yang Suka Menghina
- Surah Al-An'am
- Surah Al-Fil
- Musuh Menjadi Kawan
- Nama Allah: Al-Mutakabbir
- Nama Allah: Al-Muhshi
- Nama Allah: Al-Rauf
- Doa Penyejuk Mata
- Manambah Kasih, Membuang Marah Dan Melembutkan Hati
- Doa-Doa
- Tasbih Nabi Yunus
- Mendamaikan Yang Bertelagah
- Berdepan Dengan Manusia Kasar
- Doa Nabi Isa
- Ayat Dan Doa Pelembut Hati
- Amalan Untuk Temuduga
- Ayat "Salam-Yasin" Untuk Yang Degil
- Mengembalikan Ahli Keluarga Yang Lari Daripada Rumah
- Surah At-Taubah: Melahirkan Anak Yang Menjauhi Maksiat
- Surah An-Naml: Melahirkan Anak Yang Berdisiplin

Harga = RM10.00
Mukasurat = 96
Penyusun = Ustaz Hanif Hj Ghazali
Penerbit = Madrasah Zubaidiyah

Wirid Dan Doa Harian

Buku Wirid Dan Doa Harian ini merupakan kumpulan doa yang diambil dari al-Quran dan al-Sunnah yang diulangi bacaannya setiap pagi dan petang untuk memperolehi kebaikann yang berkekalan di dunia dan akhirat.
Rasulullah s.a.w. telah mengajar umatnya pelbagai doa yang indah dan mustajab untuk menghadapi pelbagai keadaan yang ditempuhi oleh seseorang muslim sejak ia mula menjadi manusia mukallaf sehingga ia menghadapi sakratul maut.
Oleh yang demikian, besarlah harapan kami agar ianya menjadi amalan harian bagi pembaca, sekaligus memberi manfaat demi menghadapi cabaran bagi meneruskan kehidupan di dunia ini serta mendapat keredhaan Allah SWT di akhirat kelak. Insya Allah.
"Demi masa sesungguhnya manusia sentiasa berada dalam kerugian kecuali mereka yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati dengan kebenaran dan kesabaran"

-Penyusun

Harga = RM8.00
Mukasurat = 109
Penyusun = Salbiah binti Omar & Ahmad Hasan bin Mohd Nazam
Penerbit = Intel MULTIMEDIA AND PUBLICATION & WDH PROACTIVE SDN BHD

Saturday, May 10, 2008

Salam Buat Semua. Moga Bermanfaat.

Assalamualaikum w.b.t.
Semoga kemunculan ini memberi manfaat kepada kita semua. Kemunculan yang bukan sekadar ada macam takde.. Saling membantu antara kita mudah-mudahan diberkati Allah..amiin

Popular Posts

Borang Pesanan / Soalan / Pendapat

Nama:
Nombor Telefon:
Alamat Surat Menyurat:
Alamat Email:
Pesanan:

Home

IKLAN!!!

IKLAN!!!
Sticker Keyboard Arab. RM 7.00 je satu...