Pages


Petikan Hadith Kelapan, Kitab "Empat Puluh Hadith Kelebihan Ilmu Dan Ulama'"

Kedai Buku Tinta Ilmu, Lot 2-8-8, Tingkat 1, Pusat Beli Belah Ole-Ole, Jalan Pinang A 18/A, Seksyen 18, 40200 SHAH ALAM, Selangor.

Thursday, September 4, 2008

Duka Acheh Luka Kita

Ingatan kita seakan disentap kuat terhadap Acheh dengan tragedi 26 Disember 2006 lalu yang menggegar dunia. Walaupun di penjuru alam lain turut diasak dengan tsunami namun ianya tidak sama dengan simpati kita yang mendalam terhadap Acheh. Ya, Acheh bukan nama asing bagi sebahagian besar kita yang sejarahnya kita terpaksa menekuninya dari celah-celah lembaran buku Tamadun Islam sama ada di bangku sekolah atau Universiti. Acheh adalah warna warni kehidupan yang ditoreh dengan darah merah pertembungan. Mulai perang panjang menentang kafir Belanda, perlaksanaan Daerah Operasi Militer (DOM) di zaman Soeharto yang tidak sedikit menelan korban sehingga api kebencian tidak mampu dipadam dalam masa terdekat. Kini bumi Acheh sebahagiannya menjadi padang jarak padang tekukur dengan korban tsunami lebih daripada 200,000 orang manakala ratusan ribu yang lain kehilangan tempat berteduh dan mata pencarian.

Sungguh teman! Duka Acheh adalah luka kita bersama kerana kita mengusung panji aqidah yang satu. Bukankah bumi ini pernah bersimbah dengan darah syuhada menentang penjajah kafir Belanda dan di dada bumi pernah tertegak ketuanan Islam yang namanya wangi ke seluruh alam. Taman-taman ilmunya pernah dilestarikan oleh ulama-ulama besar seperti Sheikh Samsuddin Al-Sumaterani, Sheikh Abdul Rauf Singkel, Sheikh Hamzam Fansuri. Dari kolam madrasah dan pesantrennya pernah mengalirkan ilmu ke pelosok nusntaranya ketika kafir Portugis menerjah rakus Aqidah Umat Islam. Dalam lipatan sejarahnya pula, ibu-ibu menghayun buaian tidak lupa mengalunkan syair Hikayat Perang Sabil:

"mati syahid sakit tiada,
sama seperti mengerta kuku,
jangan katakan mati mereka,
mujahid abid hidup selalu"

- Penulis

Harga = RM10.00
Mukasurat = 91
Penulis = Riduan Mohamad Nor
Penerbit = Penerbitan Hemah

Wednesday, September 3, 2008

Catatan Pilu Tragedi Gempa Bumi Pakistan

Pakistan dengan pantas mencuri perhtian media antarabangsa, foto-foto bangunan berserakan, mayat, mangsa yang merintih kesakitan, mangsa yang terselamat dan puluhan keajaiban yang berlaku adalah sajian berita yang melariskan akhbar. Pakistan dengan pantas diterpa oleh agensi-agensi PBB dan NGO-NGO kemanusiaan untuk menyalurkan bantuan dan menguruskan agenda tersembunyi. Kejadian gempa ini berlaku di saat umat Islam menjalani ibadah puasa, Ramadhan yang turut memahat sejarah di sepanjang dunia dengan Badar Al-Kubra, Nuzul Al-Quran, Fathu Makkah, pembunuhan ke atas Saiyidina Ali, kewafatan Khadijah, kewafatan Aisyah, penaklukan Al-Quds oleh Sultan Salahuddin Al-Ayyubi, Perang Ramadhan Arab-Israel dan ratusan memorial sejarah yang lain.

Gerak gempa bumi pada awal Ramadhan 2005 yang tidak sampai tiga saat telah meninggalkan kesan yang mendalam dengan mengorbankan hampir 87,000 di Wilayah India dan Pakistan, juga meranapkan hampir 90 peratus Bandar Balakot dan Muzaffarabad yang sebelum ini memukau pandangan mata sehingga Kashmir pernah dinobat sebagai 'The Heaven of The Earth'. Semenjak kejadian gempa itu liputan meluas media telah menarik simpati dunia terhadap pengunsi khemah pelarian dan kem-kem pelarian yang menampung ratusan ribu mangsa.

- Penulis

Harga = RM10.00
Mukasurat = 96
Penulis = Riduan Mohd Nor
Penerbit = Penerbitan Hemah

Penghinaan Terhadap Rasulullah S.A.W. - Implikasi Hukum, Menelusuri Sejarah Dan Isu Kontemporari

Sesungguhnya kejayaan seseorang manusia di atas muka bumi Allah Subhanahu Wa Ta'ala adalah dengan petunjuk yang telah diurunkan Allah Subhanahu Wa Ta'ala melalui Al-Qur'an dan dengan panduan sunnah Baginda Sallahu 'Alaihi Wa Sallam. Kefahaman yang jelas tentang kedua-dua panduan ini merupakan satu perkara yang wajib kepada seluruh Umat Islam pada hari ini supaya mereka tidak tersasar dari jalan yang sebenar. Kesesatan umat Islam pada hari ini adalah berpunca dari kelalaian mereka sendiri dalam memahami panduan tersebut. Musuh-musuh Islam bertepuk sorak dan berpesta bila melihat umat Islam pada hari ini semakin jauh dari ajaran Al-Qur'an dan Al-Sunnah. Sedarkah kita semua wahai muslimin dan muslimat sekalian keadaan ini? Hari Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam masih lagi diejek sedemikian rupa. Apa perasaan kita? Kecintaan kita terhadap Baginda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam dapat dikenalpasti melalui pertanyaan dan muhasabah kita terhadap diri sendiri, renunglah sejenak, pasti anda akan ketahui di mana kedudukan anda dalam mencintai Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan Rasul-Nya.

Kebiadaban musuh Islam pada hari ini semakin menjadi-jadi terutama dalam menghina keperibadian Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam. Golongan ini tidak lain dan tidak bukan hanya merupakan Barua dan Wak Yeh kepada Yahudi dan Kuffar Jahiliah satu masa dahulu. Di zaman perutusan Nabi Sallallahu 'Allaihi Wa Sallam telah diejek sedemikian rupa bahkan Nabi-Nabi sebelum Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam lagi telah diperlakukan pelbagai perbuatan yang tidak senonoh dan menyakiti mereka.

Allah Subhhanahu Wa Ta'ala keemudiannya menimpakan kepada golongan ini azab yang pedih hasil penghinaan dan ejekan terhadap para utusan Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

- Penulis

"Kami MembelaMu Wahai Rasulullah"

Harga = RM10.00
Mukasurat = 104
Penulis = Riduan Mohamad Nor & Mohd Asri Mat Daud
Penerbit = MHI Publication

Monday, September 1, 2008

Hukum Jampi Dan Pakai Tangkal

Perbahasan tentang azimat dan tangkal mempunyai kaitan rapat dengan sifat Allah. Ini kerana sifat-sifat kesempurnaan Allah menegaskan bahawa: pergantungan dan tawakkal yang mutlak hanya kepada Allah. Dengan sebab itu, azimat dan tangkal tidaklah diizinkan dengan sewenang-wenangnya.

Azimat dan tangkal ini bermacam-macam. Ada yang dibuat dari benda yang kecil seperti jarum, rambut, pecahan kaca dan lain-lain, lalu dibungkus dengan kain merah atau hitam sebesar kotak mancis atau lebih kecil.

Tangkal misalnya, dengan memakaikan kalung hitam pada anak kecil, dengan keyakinan bahawa kalung hitam itu boleh menolak penyakit cacing. Ada pula yang memotong kepala kerbau, kemudian kepala kerbau ini dibuang di tengah lautan supaya selamat jika mencari ikan di laut.

Ada lagi, waktu memotong hujung kemaluan si anak, di luar rumah dipotong pula ayam sampai putus lehernya, dan kepala ayam ini dicampakkan ke atas atap rumah. Maksudnya supaya anak yang disunat selamat dan tidak sakit-sakit. Inilah contoh azimat dan tangkal yang sangat dicela oleh Rasulullah S.A.W.

Buku ini ditulis dengan harapan dapat menjawab persoalan tangkal azimat berkaitan dengan hukum dan juga perlaksanaannya.

- Pengarang

Harga = RMM10.00
Mukasurat = 64
Pengarang = Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (Pensyarah Kanan Uniti)
Penerbit = Darul Fuqaha Enterprise

Pengantar Ilmu Mantik

Apabila diteliti tentang konsep keistimewaan dan kelebihan manusia berbanding makhluk lain ialah akal pemikiran. Berpandukan akal, manusia dapat mencari ilmu serta memandu mereka ke arah yang baik dan menilai mana yang benar dengan yang salah. Kesesatan dan kemusnahan manusia juga disebabkan mereka tidak menggunakan akal untuk tujuan yang baik. Lantaran itu akal yang bersifat positif jika diarah untuk kebaikan, menjadikan seseorang itu mulia, sekiranya pula diarahkan untuk tujuan kemaksiatan dan kejahatan, menyebabkan manusia itu binasa dan hina.

Al-Qur'an menyebut banyak kali berkaitan dengan akal dan Allah menyatakan tentang bukti-bukti kekuasaanNya untuk manusia memikirkan dengan menggunakan akal untuk mengkaji, mencari ilmu dan mengukuhkan keimanan kepadaNya.

Buku ini disusun khas untuk panduan pencinta ilmu dan dalam menangani kekurangan sumber dan kekurangan buku rujukan dalam bidang Mantiq khasnya dan bagi para pelajar yang menghadapi peperiksaan di peringkat Sekolah Tinggi dan Universiti. Melalui buku ini, penulis membuat susunan yang lengkap, kemas, tersusun dan olahan bahasa yang mudah difahami berserta contoh semasa.

Buku ini mengandungi perbincangan mengenai Mantiq Qadim dan Hadith yang disusun di dalam bahagian-bahagian yang berasingan.

- Penulis

Harga = RM20.00 (cetakan terbaru harga telah dinaikkan RM3 kepada RM20.00)
Mukasurat = 259
Penulis = Ab. Latif Bin Muda & Rosmawati Binti Ali @ Mat Zin
Penerbit = Pustaka Salam Sdn Bhd

Empat Puluh Hadits Akhlak Mulia

Akhlak mulia adalah buah daripada iman yang terhunjam di lubuk hati. Orang yang sempurna imannya mesti sempurna akhlaknya. Sebaliknya orang yang runtuh akhlaknya menunjukkan atas keruntuhan iman yang ada di dalam dadanya.

Akhlak mulia adalah ciri utama bagi setiap muslim, kerana hakikat iman apabila wujud di dalam hati, ia akan dapat memelihara segala tindakan dan perbuatan seseorang. Dan orang yang beriman bahawa Allah Ta'ala itu mengetahui segala perbuatannya, dan ia beriman bahawa Allah Ta'ala akan membalas segala perbuatan yang dilakukannya itu pada hari kiamat nanti, sudah pasti ia tidak berani melakukan sebarang maksiat, baik terhadap Allah seperti meninggalkan sembahyang, mahupun terhadap makhluk seperti mengambil hak orang lain.

Buku ini memaparkan kepada kita contoh-contoh yang ideal dari ketinggian akhlak Rasulullah S.A.W. dan memuatkan tunjuk ajar yang baginda berikan untuk membimbing kita ke arah kesempurnaan akhlak yang merupakan gambaran luar terhadap kekuatan iman yang hunjam di dalam hati...

- Penyusun

Harga = RM6.00
Mukasurat = 106
Penyusun = Ahmad Fahmi Zamzam
Penerbit = Khazanah Banjariah

Hebatnya Mukjizat Nabi 5 - Mata Air Mukjizat - Menarik!!!

Satu pasukan perang dari Rom sedang bergerak menuju ke sebelah utara Madinah. Bilangan mereka sangat besar dan mereka sedang bersiap sedia mahu melancarkan serangan ke atas kaum Muslimin. Sebelum mereka tiba Madinah, Rasulullah S.A.W. memerintahkan kaum Muslimin menyekat kemaraan tentera musuh itu. Oleh kerana tentera Rom terlewat kerana menhadapi masalah dalaman tentera Muslimin sampai dahulu di daerah bernama Tabuk. Tentera Muslimin juga menghadapi kesulitan kerana berdepan dengan musim kemarau. Kesulitan yang paling ketara ialah kekurangan bekalan air. Bagaimanakah Rasulullah S.A.W. mengatasi masalah yang dihadapi oleh 40 ribu anggota tenteranya?

Bacalah buku Mata Air Mukjizat ini. Ikuti juga tiga cerita menarik yang lain : Makanan Sedikit Tetapi Berlebihan, Bongkar Rancangan Sulit dan Melembutkan Batu Keras.

Harga = RM8.50
Mukasurat = 23 (Berwarna Penuh)
Penulis = Zuraimi Ismail
Penerbit = Galeri Ilmu Sdn Bhd

Saturday, August 30, 2008

Hebatnya Mukjizat Nabi 4 - Pedang Tandan Kurma - Menarik!!!

Dalam peperangan Uhud, tentera Islam diserang hebat oleh tentera kafir Quraisy Makkah. Bilangan tentera kafir sungguh ramai dan dilengkapi dengan segala peralatan perang. Sedangkan tentera Islam serba kekurangan hingga ada Sahabat yang menggunakan tandan kurma sebagai ganti pedang. Namun hal ini tidak mematahkan semangat perjuangan mereka. Serangan musuh sungguh hebat sehingga Rasulullah S.A.W. terjatuh di dalam lubang perangkap. Namun baginda tetap dipelihara Allah. Baginda juga masih sempat menyembuhkan luka sahabatnya yang cedera. Baginda memperlihatkan mukjizatnya apabila tandan kurma di tangan seorang Sahabat telah bertukar menjadi pedang! Berjayakah Sahabat ini menewaskan musuh dengan pedang tandan kurma itu?

Ikuti kisah menarik ini dalam siri Pedang Tandan Kurmaa. Buku ini juga memuatkan tiga kisah menarik yang lain: Buta Dalam Celik, Ditemani Lelaki Misteri dan Akhlak Nabi Luar Biasa.

Harga = RM8.50
Mukasurat = 23 (Berwarna Penuh)
Penulis = Zuraimi Ismail
Penerbit = Galeri Ilmu Sdn Bhd

Hebatnya Mukjizat Nabi 3 - Bulan Purnama Terbelah Dua - Menarik!!

Bulan Purnama Terbelah Dua mengisahkan bagaimana Rasulullah S.A.W. berhadapan dengan pemerintah dari Syam bernama Raja Habib. Raja Habib tidak boleh menerima ajaran yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W. selagi baginda tidak mennunjukkan kehebatan mukjizatnya. Aneh sungguh permintaannya. Dia meminta baginda membawa turun bulan yang sedang mengambang! Bagaimana cara Rasulullah S.A.W. menunaikan permintaan Raja Habib? Apakah pula reaksi Raja Habib apabila berlaku perkara yang sungguh luar biasa sebagaimana yang dipintanya itu?

Ikutilah kisah menakjubkan ini dan tiga kisah menarik lain: Susu Kambing Kurus, Unta Besar Berleher Pendek dan Unta Benci Perbuatan Tuannya.

BONUS! Selain rangkaian kisah mendidik dan dihiasi ilustrasi menarik, anda juga dibekalkan dengan nota ilmu mengenai perkara pelik dan kejadian luar biasa.

Harga = RM8.50
Mukasurat = 23 (berwarna penuh)
Penulis = Zuraimi Ismail (Editor ASUH, majalah kanak-kanak berunsur Islam #1 di Malaysia)
Penerbit = Galeri Ilmu Sdn Bhd

Friday, August 29, 2008

Prinsip Dan Pengurusan Fatwa Di Negara-Negara ASEAN

KANDUNGAN

1- Kaedah-kaedah dan Adab-adab Mengeluarkan Fatwa - Dr. Uthman El-Muhammady, ISTAC, UIAM
2- Pengurusan Fatwa Muamalat Dalam Sistem Kewangan Islam - Y.A.A Datuk Sheikh Ghazali Haji Abdul Rahman, JKSM
3- Ke Arah Penyelarasan Fatwa: Masalah, Kemungkinan dan Cara Penyelesaian - Prof. Madya Dr. Ahmad Hidayat Buang, Universiti Malaya
4- Pengurusan Fatwa Di Malasia - S.S. Dato' Haji Nooh Gadot, Mufti Negeri Johor
5- Pengurusan Fatwa Di Indonesia - K.H. Ma'ruf Amin, Majelis Ulama Indonesia
6- Penguruan Fatwa Di Negara Brunei Darussalam - Haji Japar Bin Haji Mat Dain @ Maidin, Jabatan Mufti Brunei
7- Pengurusan Fatwa Di Singapura - Haji Mohd Murat Md. Aris, Majlis Ugama Islam Singapura
8- Penngurusan Fatwa Di Thailand - Dr. Ahmad Omar Chapakia, Kolej Islam Yala, Thailand
9- Pengurusan Fatwa Di Kemboja - Haji Mohammad Abdus Salam Bin Osman
10- Fatwa dan Cabaran Globalisasi - Prof. Suwito Rakiyo, Universiti Islam Negeri, Indonesia
11- Mekanisme Penerbitan Fatwa Di Internet dan Cabarannya: Satu Kajian Khusus Mengenai Isu-isu Fiqh Muamalat di Laman Islamweb.net - Dr. Mohamad Akram Laldin dan Dr. Mohd. Fuad Sawari, UIAM
12- Kepentingan Penyelidikan Dalam Pengeluaran Fatwa - Prof. Dato' Dr. Mahmood Zuhdi Ab. Majid, Universiti Malaya
13- Kebelbagaia Fatwa: Kekuatan dan Kelemahan? - Prof. Dato' Dr. Abdul Monir Yaacob, Universiti Malaya
14- Ke Arah Kerjasama ASEAN Dalam Pengurusan Fatwa: Pengalaman MABIMS - Dato' Hj. Wan Muhammad Bin Hj. Abd. Aziz, JAKIM
15- The Importance and Implication of Fatwa Towards Society - Prof. Dr. Ala'Eddin Kharofa
16- Fatwa Management in the Philippines - Prof. Dr. Aminoddin Bara, Mindanao State University, Philippines
17- The Implimentation of ICT in the Promulgation of Fatwa: Needs & Implication - Najwa Hayaati Binti Mohd Alwi, KUIM
18- نظرية الاجتهاد وعلاقتها بالفتوى - الأستاذ الدكتور الصادق عبد الرحمن الغرياني
19- عند ما تصبح الفتوى مطية للسياسة والمصالح - الأستاذ الدكتور محمد سعيد رمضان البوطي
20- دور مقاصد الشريعة في إصدار الفتوى - الأستاذ المشارك الدكتور محمد الحسن البغا

Harga = RM30.00
Mukasurat = 360
Penyunting = Prof. Dr. Hj. Abdul Samat Musa, Dr. Adel M. Abdul Aziz, Haliza Harun & Nik Salida Suhaila Nik Saleh
Penerbit = Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD) & Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM)

Tuesday, August 26, 2008

Murtad - Kedudukannya di Sisi Islam dan Perlembagaan Malaysia

Kebebasan beragama dan perlakuan murtad di kalangan orang Islam adalah isu yang sentiasa dibahas, sama ada di dada-dada akhbar ataupun dalam persidangan-persidangan yang berkenaan. Isu ini mendapat liputan dan menarik minat banyak pihak di dalam dan di luar negara. Buku ini adalah hasil perbaikan dua daripada tiga kertas kerja yang dibentangkan di dalam satu seminar berkaitan isu tersebut yang telah dianjurkan oleh Jabatan Undang-undang Awam bersama dengan Jabatan Undang-undang Islam di Kuliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada Disember 2004 lalu. Meskipun dihadkan oleh ruang penulisan yang agak terbatas, namun pelbagai persoalan mengenai murtad telah dibahas dan dikupas secara menarik dan padat oleh penyumbang-penyumbang tulisan di dalam buku ini. Ia termasuklah persoalan mengenai kedudukan murtad dalam Islam dikupas oleh Syamrahayu Abdul Aziz dan Mohd Hisham Mohd Kamal. Kemudian persoalan mengenai isu murtad dan kebebasan beragama dalam kerangka perlembagaan Persekutuan dikupas pula secara menarik dan analatikal oleh Abdul Aziz Bari.

Buku ini sesuai dibaca bukan sahaja oleh mereka yang mempunyai latar belakang undang-undang, tetapi juga sesuai dibaca oleh khalayak umum yang berminat.

- Penerbit

Harga = RM10.00
Mukasurat = 87
Penyunting = Farid Sufian Shuaib
Penerbit = Inel MULTIMEDIA AND PUBLICATION

Popular Posts

Borang Pesanan / Soalan / Pendapat

Nama:
Nombor Telefon:
Alamat Surat Menyurat:
Alamat Email:
Pesanan:

Home

IKLAN!!!

IKLAN!!!
Sticker Keyboard Arab. RM 7.00 je satu...