Pages


Petikan Hadith Kelapan, Kitab "Empat Puluh Hadith Kelebihan Ilmu Dan Ulama'"

Kedai Buku Tinta Ilmu, Lot 2-8-8, Tingkat 1, Pusat Beli Belah Ole-Ole, Jalan Pinang A 18/A, Seksyen 18, 40200 SHAH ALAM, Selangor.

Saturday, August 30, 2008

Hebatnya Mukjizat Nabi 4 - Pedang Tandan Kurma - Menarik!!!

Dalam peperangan Uhud, tentera Islam diserang hebat oleh tentera kafir Quraisy Makkah. Bilangan tentera kafir sungguh ramai dan dilengkapi dengan segala peralatan perang. Sedangkan tentera Islam serba kekurangan hingga ada Sahabat yang menggunakan tandan kurma sebagai ganti pedang. Namun hal ini tidak mematahkan semangat perjuangan mereka. Serangan musuh sungguh hebat sehingga Rasulullah S.A.W. terjatuh di dalam lubang perangkap. Namun baginda tetap dipelihara Allah. Baginda juga masih sempat menyembuhkan luka sahabatnya yang cedera. Baginda memperlihatkan mukjizatnya apabila tandan kurma di tangan seorang Sahabat telah bertukar menjadi pedang! Berjayakah Sahabat ini menewaskan musuh dengan pedang tandan kurma itu?

Ikuti kisah menarik ini dalam siri Pedang Tandan Kurmaa. Buku ini juga memuatkan tiga kisah menarik yang lain: Buta Dalam Celik, Ditemani Lelaki Misteri dan Akhlak Nabi Luar Biasa.

Harga = RM8.50
Mukasurat = 23 (Berwarna Penuh)
Penulis = Zuraimi Ismail
Penerbit = Galeri Ilmu Sdn Bhd

Hebatnya Mukjizat Nabi 3 - Bulan Purnama Terbelah Dua - Menarik!!

Bulan Purnama Terbelah Dua mengisahkan bagaimana Rasulullah S.A.W. berhadapan dengan pemerintah dari Syam bernama Raja Habib. Raja Habib tidak boleh menerima ajaran yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W. selagi baginda tidak mennunjukkan kehebatan mukjizatnya. Aneh sungguh permintaannya. Dia meminta baginda membawa turun bulan yang sedang mengambang! Bagaimana cara Rasulullah S.A.W. menunaikan permintaan Raja Habib? Apakah pula reaksi Raja Habib apabila berlaku perkara yang sungguh luar biasa sebagaimana yang dipintanya itu?

Ikutilah kisah menakjubkan ini dan tiga kisah menarik lain: Susu Kambing Kurus, Unta Besar Berleher Pendek dan Unta Benci Perbuatan Tuannya.

BONUS! Selain rangkaian kisah mendidik dan dihiasi ilustrasi menarik, anda juga dibekalkan dengan nota ilmu mengenai perkara pelik dan kejadian luar biasa.

Harga = RM8.50
Mukasurat = 23 (berwarna penuh)
Penulis = Zuraimi Ismail (Editor ASUH, majalah kanak-kanak berunsur Islam #1 di Malaysia)
Penerbit = Galeri Ilmu Sdn Bhd

Friday, August 29, 2008

Prinsip Dan Pengurusan Fatwa Di Negara-Negara ASEAN

KANDUNGAN

1- Kaedah-kaedah dan Adab-adab Mengeluarkan Fatwa - Dr. Uthman El-Muhammady, ISTAC, UIAM
2- Pengurusan Fatwa Muamalat Dalam Sistem Kewangan Islam - Y.A.A Datuk Sheikh Ghazali Haji Abdul Rahman, JKSM
3- Ke Arah Penyelarasan Fatwa: Masalah, Kemungkinan dan Cara Penyelesaian - Prof. Madya Dr. Ahmad Hidayat Buang, Universiti Malaya
4- Pengurusan Fatwa Di Malasia - S.S. Dato' Haji Nooh Gadot, Mufti Negeri Johor
5- Pengurusan Fatwa Di Indonesia - K.H. Ma'ruf Amin, Majelis Ulama Indonesia
6- Penguruan Fatwa Di Negara Brunei Darussalam - Haji Japar Bin Haji Mat Dain @ Maidin, Jabatan Mufti Brunei
7- Pengurusan Fatwa Di Singapura - Haji Mohd Murat Md. Aris, Majlis Ugama Islam Singapura
8- Penngurusan Fatwa Di Thailand - Dr. Ahmad Omar Chapakia, Kolej Islam Yala, Thailand
9- Pengurusan Fatwa Di Kemboja - Haji Mohammad Abdus Salam Bin Osman
10- Fatwa dan Cabaran Globalisasi - Prof. Suwito Rakiyo, Universiti Islam Negeri, Indonesia
11- Mekanisme Penerbitan Fatwa Di Internet dan Cabarannya: Satu Kajian Khusus Mengenai Isu-isu Fiqh Muamalat di Laman Islamweb.net - Dr. Mohamad Akram Laldin dan Dr. Mohd. Fuad Sawari, UIAM
12- Kepentingan Penyelidikan Dalam Pengeluaran Fatwa - Prof. Dato' Dr. Mahmood Zuhdi Ab. Majid, Universiti Malaya
13- Kebelbagaia Fatwa: Kekuatan dan Kelemahan? - Prof. Dato' Dr. Abdul Monir Yaacob, Universiti Malaya
14- Ke Arah Kerjasama ASEAN Dalam Pengurusan Fatwa: Pengalaman MABIMS - Dato' Hj. Wan Muhammad Bin Hj. Abd. Aziz, JAKIM
15- The Importance and Implication of Fatwa Towards Society - Prof. Dr. Ala'Eddin Kharofa
16- Fatwa Management in the Philippines - Prof. Dr. Aminoddin Bara, Mindanao State University, Philippines
17- The Implimentation of ICT in the Promulgation of Fatwa: Needs & Implication - Najwa Hayaati Binti Mohd Alwi, KUIM
18- نظرية الاجتهاد وعلاقتها بالفتوى - الأستاذ الدكتور الصادق عبد الرحمن الغرياني
19- عند ما تصبح الفتوى مطية للسياسة والمصالح - الأستاذ الدكتور محمد سعيد رمضان البوطي
20- دور مقاصد الشريعة في إصدار الفتوى - الأستاذ المشارك الدكتور محمد الحسن البغا

Harga = RM30.00
Mukasurat = 360
Penyunting = Prof. Dr. Hj. Abdul Samat Musa, Dr. Adel M. Abdul Aziz, Haliza Harun & Nik Salida Suhaila Nik Saleh
Penerbit = Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD) & Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM)

Tuesday, August 26, 2008

Murtad - Kedudukannya di Sisi Islam dan Perlembagaan Malaysia

Kebebasan beragama dan perlakuan murtad di kalangan orang Islam adalah isu yang sentiasa dibahas, sama ada di dada-dada akhbar ataupun dalam persidangan-persidangan yang berkenaan. Isu ini mendapat liputan dan menarik minat banyak pihak di dalam dan di luar negara. Buku ini adalah hasil perbaikan dua daripada tiga kertas kerja yang dibentangkan di dalam satu seminar berkaitan isu tersebut yang telah dianjurkan oleh Jabatan Undang-undang Awam bersama dengan Jabatan Undang-undang Islam di Kuliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada Disember 2004 lalu. Meskipun dihadkan oleh ruang penulisan yang agak terbatas, namun pelbagai persoalan mengenai murtad telah dibahas dan dikupas secara menarik dan padat oleh penyumbang-penyumbang tulisan di dalam buku ini. Ia termasuklah persoalan mengenai kedudukan murtad dalam Islam dikupas oleh Syamrahayu Abdul Aziz dan Mohd Hisham Mohd Kamal. Kemudian persoalan mengenai isu murtad dan kebebasan beragama dalam kerangka perlembagaan Persekutuan dikupas pula secara menarik dan analatikal oleh Abdul Aziz Bari.

Buku ini sesuai dibaca bukan sahaja oleh mereka yang mempunyai latar belakang undang-undang, tetapi juga sesuai dibaca oleh khalayak umum yang berminat.

- Penerbit

Harga = RM10.00
Mukasurat = 87
Penyunting = Farid Sufian Shuaib
Penerbit = Inel MULTIMEDIA AND PUBLICATION

Thursday, August 21, 2008

Cinta Di Rumah Hasan Al-Banna

Persoalan mendidik (mentarbiyah) anak-anak, adalah isu asas dalam kehidupan keluarga / rumah tangga dan bermasyarakat. Kerana ianya amat penting dalam menjaga kesinambungan generasi manusia sepanjang kehidupan manusia itu sendiri, sampai hayat dunia ini berakhir. Baik buruknya generasi baru, bahkan juga generasi tua amat bergantung kepada sistem dan falsafah pendidikan yang dilaluinya, termasuk persekitaran di mana dia berada.

As-Syahid Hasan Al-Banna, sebagai pewaris Nabi dan ulama mujtahid penyambung tugas penyampai Risalah Islamiyah ini, telah mengamalkan semaksima mungkin bagaimana praktikal dan amalan mendidik anak-anak yang beliau telah lakukan sendiri.

Justeru keteladanan yang telah ditunjukkan dengan nyata di dalam kehidupan keluarganya, terutama dalam pendidikan iman, ilmu dan akhlak, memberikan inspirasi hebat dalam kehidupan jemaah, terutama pelapis-pelapis besar yang mewarisinya, para ulama, pemikir, da'ie dan cendikiawan dalam medan dan rangkaian dakwah, sepetutnya terus menjadi pengajaran dan iktibar berharga bagi generasi kini, ulama, pendakwah dan aktivis gerakan Islam, khasnya pendidik dan orang tua dalam menghadapi cabaran dan tribulasi mewariskan perjuangan Risalah yang mulia ini kepada generasi akan datang.

- Penerbit

Harga = RM13.00 (Sem) RM15.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 75
Penulis = Mohammad Lili Nur Aulia
Penerbit = Alam Raya Enterprise

Wednesday, August 20, 2008

Jurnal Fiqh - Issue No. 2 / ISSN 1823-0894 / 2005

KANDUNGAN

ESSAYS

The Conception and Response of Muslim Community to Takaful Schemes: A Case Study in Bagan Serai, Perak - Idris Awang & Syukriyah Zakaria

Is Qisas (Just Retribution) for Intentionally Bodily Harm Entirely Based on Ijma'? - Muhammad Amanullah

الأسس العلمية لمنهاج البحث الأصولي : دراسة تحليلية - Najm-Aldeen K. Kareem al-Zanki

Ikhtilaf Fiqhi di Kalangan Aliran Syafi'iyyah dan Salafiyyah di Malaysia: Analisis Retrospektif Terhadap Faktor Pencetus - Saadan Man & Abdul Karim Ali

Riba dan Gharar Dalam Insurans: Satu Analisis Fiqh - Wan Marhaini Wan Ahmad, Asmak Abd. Rahman, Nor Aini Ali & Azizi Che Seman

COLLECTION OF FATWAS

BOOK REVIEWS

THESIS ABSTRACTS

REPORT ON WORKSHOP ON TEACHING USUL AL-FIQH

Harga = RM20.00
Mukasurat = 220
Penerbit = Jabatan Fiqh Dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur

Tuesday, August 19, 2008

Al-Bayan - Jurnal Al-Quran & Al-Hadith (Bil. 2 / Mei 2004 / Rabi'ul Awal 1425)

KANDUNGAN

1. Tafsir al-Nasafi dan Riwayat Isra'iliyyat - Abdul Rashid Ahmad

2. Dato' Yusoff Zaky Yacob dan Sumbangannya Kepada Bidang Tafsir al-Qur'an - Mohd Asmadi Yacob

3. Manusia Dalam al-Qur'an: Satu Kajian Dari Perspektif al-Mathal al-Sarih - Mohd Sukki Othman

4. Pembangunan Ummah Dari Perspektif al-Qur'an - Zulkifli Hj. Yusoff

5. Biografi Sayyid Muhammad Rasyid Rida - Mustaffa Abdullah

6. Ibn al-Salah dan Sumbangannya Dalam Pengajian Hadith - Fauzi Deraman

7. Discontinuity of Authority and It's Impact on Authenticity of Hadith - Habeeb Rahman Ibramsa

8. Beberapa Halangan Pembudayaan Pemikiran Kritis Dalam Masyarakat Menurut Perspektif al-Sunnah - Mohd Fauzi Hamat

9. Persoalan Sunnah Nabi S.A.W. Di Antara Tasyri'iyyah dan Ghayr Tasyri'iyyah: Satu Analisis - Abdul Karim Ali & Nasirudin Bin Hj. Ahmad

10. The Significance of Prohibition of Gharar Towards the Formulation of Esentials of Contract (Arkan) in Islamic Mu'amalat: An Analysis From The Qur'an and Hadith - Ahmad Hidayat Buang

11. Masyarakat Jahiliyyah vs Masyarakat Islam: Polimik Pemakaian Istilah Ke Atas Masyarakat Islam Masa Kini - Mohamad Kamil Hj. Ab Majid

12. عفاف عبد الغفور حميد - وسطية الإسلام في مواجهة الإفراط والتفريط

Harga = RM20.00
Mukasurat = 240
Penerbit = Jabatan Al-Quran & Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur

Monday, August 18, 2008

Pelaksanaan Hukuman Hudud Dalam Perundangan Islam Berteraskan Al-Quran Dan Al-Hadith

Buku ini menjawab dakwaan-dakwaan yang dibuat oleh mereka yang menolak hukuman Hudud dilaksanakan di negara ini. Di antara dakwaan mereka:-

1. Hukuman Hudud yang dicadangkan oleh "PAS" tidak menjamin keadilan, dan akan mencetuskan huru-hara.
2. Hukuman Hudud yang diluluskan oleh "PAS" bukan "Hudud Allah", tetapi adalah "Hudud PAS".
3. Di negara ini tidak boleh dilaksanakan Hukum Hudud, kerana rakyatnya terdiri dari masyarakat majmu' yang berbagai-bagai bangsa dan agama.
4. Kalau hukuman Hudud itu dikenakan ke atas orang-orang yang bukan Islam, huru-hara akan berlaku di negara ini.
5. Kalau hukuman Hudud itu hanya dikenakan ke atas orang-orang Islam sahaja - tidak dikenakan ke atas orang yang bukan Islam, hukuman itu adalah tidak 'adil dan adalah zalim.
6. Negara kita belum sampai masanya dilaksanakan hukuman Hudud, kerana tidak ada buku rujukan dalam perundangan Islam, dan tidak ada pakar dan ahli dalam perundangan Islam.

Dakwaan-dakwaan mereka sebagaimana tersebut jelas menunjukkan mereka itu bebal tentang hudud. Oleh itu saya merasa dipanggil dan dikejutkan oleh perasaan keimanan untuk menjelaskan dan menjawab dakwaan-dakwaan mereka itu di dalam buku ini. Dan saya merasa berdosa berdiam diri tanpa memberi penjelasan dan jawapan ke atas dakwaan-dakwaan mereka tentang Hudud, kerana dakwaan-dakwaan mereka itu natijahnya akan merosakkan 'aqidah orang-orang Islam dan orang-orang yang beriman. Oleh itu untuk menjaga 'aqidah kita tidak rosak dan tetap menjadi orang yang beriman hingga akhir hayat:

Bacalah dan hayatilah isi kandungan buku ini agar tidak terjerumus ke dalam lubang neraka yang disediakan ke atas mereka yang ingkar dan menolak hukum Allah.

- Penulis

KANDUNGAN

FASAL 1
- Ke'adilan Hukuman Hudud Secara Mutlaq

FASAL 2
- Orang Yang Menda'wa Hukuman Hudud Tidak Adil

FASAL 3
- Penjenayah Syar'iyyah Yang Dikenakan Hukuman Hudud

FASAL 4
- Hukuman Hudud Haq Milik Allah

FASAL 5
- Ke'adilan: Menjadi Asas Hukuman Hudud

FASAL 6
- Bukti Ke'adilan Hukuman Hudud

FASAL 7
- Pelaksanaan Hukuman Hudud

FASAL 8
- Orang Yang Bukan Islam Dikecualikan Dari Hukuman Hudud

FASAL 9
- Ke'adilan Allah Mensyari'atkan Hukuman Hudud

FASAL 10
- Menetapkan Dan Menentukan Hukuman Hudud

FASAL 11
- Kesimpulan Jawapan Kepada Da'waan Tentang Hudud
- Khatimah Pelaksanaan Hukuman Hudud

Harga = RM20.00
Mukasurat = 202
Penulis = Haji Sa'id Haji Ibrahim (Bekas Mufti Negeri Sabah)
Penerbit = Darul Ma'rifah

Jurnal Syariah (Jilid 7 / Bilangan 1 / Januari 1999)

KANDUNGAN

1. Implications and Consequences of Illegitimate Child (Walad al-Zina) in Islamic Law: A Classical View - Dr. Md. Som Sijimon
2. Batas-batas Pergaulan Antara Lelaki dan Perempuan Dalam Masyarakat Islam Kini: Satu Huraian Hukum Islam Semasa - Dr. Anisah Abd. Ghani
3. Sejarah Perlaksanaan Undang-undang Islam Di Pulau Pinang - Mardiana Abd. Rahim, Mazlipah Ibrahim, Mohd Nawawi Mohd Nordin dan lain-lain
4. Percukaian Tanah Menurut Perspektif Islam - Prof. Dato' Dr. Mahmud Saedon Awang Othman dan Dr. Muhammad Bin Ariffin
5. Muslim Marital Regulations: A Revisit in the Light of Existing Practices Among Some Muslim Communities in Ghana - Dr. M. Sey
6. Hudud Kelantan dan Pengislahannya - Prof. Madya Mohd Noor Deris
7. Perlembagaan: Isu Perlaksanaan Undang-undang Islam - Haji Hasan Bahrom
8. Nilai-nilai Semasa dan Setempat Dalam Penentuan Hukum: Satu Perbincangan Awal - Dr. Abdul Karim Ali
9. Laporan-laporan Kes
- Noh Atan lawan Shakila - Kes Rayuan Mal
- Noh Atan lawan Shakila - Kes Mal
- Abdul Rahman lawan Hasma Senawi - Kes Rayuan Mal
- Abdul Rahman lawan Hasma Senawi - Kes Mal

Harga = RM15.00
Mukasurat = 137
Penerbit = Bahagian Pengajian Syariah, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur

Kemuncup Dalam Perjuangan

Makhluk yang bernama PAS ini lahir setelah apa yang disebut politik Islam ini langsung tidak wujud di muka dunia seluruhnya. Kita pergi ke Timur Tenga, kita dapati sebutan politik Islam baru saja ada, setelah beratus tahun dinafikan dan dimusnahkan oleh penjajah. Pergilah ke dunia Islam manapun, sama ada di Mekah atau di Madinah, baik pun di Mesir atau Morocco, atau di negeri-negeri mana yang didiami oleh orang Islam, semua sekali dijajah oleh manusia kafir, dijajah oleh Perancis, dijajah oleh Inggeris, dijajah oleh Belanda dan dijajah oleh Portugis dan sebagainya.

Semasa penjajah mencemarkan cengkamannya dan cerpunya ke atas seluruh dunia Islam, satu hal yang diusahakan oleh mereka itu ialah melenyapkan apa yang disebut politik Islam. Mereka hanya menghidupkan ibadat Islam, bahkan kalau dapat ibadat sendiripun hendak dilenyapkannya. Tetapi oleh kerana usaha mereka untuk melenyapkan Islam diperingkat ibadat tidak berjaya, maka mereka biarkan ibadat itu hidup, tetapi politik Islam mereka lenyapkan secara perlahan-lahan, tetapi untuk dihapuskan habis-habisan dalam jangkamasa panjang.

- Penerbit

"PAS akan turut kekal sampai kiamat sekekalnya Al-Quran dan Hadis, InsyaAllah. Tetapi kalau PAS menyeleweng, tulis Al-Quran menjadi dasarnya, sedangkan pada amalannya berlainan dengan Al-Quran, berlainannya bermula dari cawangan, sampai kepada kawasan, sampai ke peringkat negeri dan sampai ke peringkat pusat. Ataupun penyelewengan bermula dari pusat sampai ke peringkat negeri dan seterusnya sampai kepada kawasan dan cawangan. Maka tidak ada sebarang unsur untuk kekalnya PAS. PAS boleh kekal dengan berkat dan tuah Al-Quran"

- Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat

Harga = RM17.00 (Sem) RM20.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 228
Karya = Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat
Penerbit = Anbakri Publika Sdn Bhd

Sunday, August 17, 2008

Jurnal Usuluddin (Bil. 12 / Syawal 1421 / Disember 2000)

KANDUNGAN

1. Metodologi Muhaddithin: Suatu Sorotan - Fauzi Bin Deraman
2. Penyelewengan Kitab Taurat dan Penjelasannya Di Dalam Al-Qur'an - Mustaffa Bin Abdullah dan RAP Ishkandar Shah Bin Raja Baharudin
3. Metodologi Penulisan Kitab Al-Jami' Karya Imam al-Turmudhi: Tumpuan Kepada Meriwayat Hadith Dalam Bab Tertentu - Ahmad Asmadi Bin Sakat
4. Aliran Al-Mujribah dan Kesan Pemikirannya Di Malaysia - Wan Z. Kamaruddin Bin Wan Ali
5. Epistemologi Islam Menurut Ibn Khaldun - Che Zarrina Sa'ari dan Mohd Kamil Hj. Ab. Majid
6. Herawi's Concept of Tawhid: An Observation Based on His Manazil Al-Sa'irin - Wan Suhaimi Wan Abdullah
7. Pemikiran Perbankan Islam: Sejarah dan Perkembangannya - Joni Tamkin Bin Borhan
8. The Nation of Ummah in a Multi Racial Society: The Malaysia Experience - Jaffary Awang
9. The Development of Muslim Settlement in Ghana: The Kamgbunli Experience Since 1901 - M.A. Sey
10. Sikap Islam Terhadap Isu Seni Figuratif - Nor Azlin Binti Hamidon
11. Sejarah dan Perkembangan Dakwah Di Jepun - Salih M. Samarrai (Terj: Aizan Bt Hj. Ali @ Mat Zin)

Harga = RM15.00
Mukasurat = 182
Penerbit = Bahagian Pengajian Usuluddin, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur

Kumpulan Hadis Nabawi Riwayat 10 Sahabat -Jilid 1

ISI KANDUNGAN

1 - Mutiara-Mutiara Indah Dari Hadis-Hadis Saidina Uthman Bin Affan R.A.

2 - Tujuan Yang Mulia Dari Sebahagian Hadis-Hadis Saidina Ali Bin Abi Thalib

3 - Tangga Untuk Menuju Kedudukan Yang Tinggi Dari Sebahagian Hadis-Hadis Saidina Abdullah Bin Mas'ud R.A.

4 - Curahan Rahmat Allah Dari Hadis-Hadis Saidina Jabir Bin Abdullah R.A.

5 - Pelajaran Yang Bermanfaat Bagi Orang Umum Dan Khusus Dari Sebahagian Hadis-Hadis Saidina Abdullah Bin 'Amru Bin 'Ash


Harga = RM15.00
Mukasurat = 220
Penulis = TG Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari
Penerbit = Pustaka Darussalam

Pengajian Al-Sunnah

Para muslimin memang mengambil berat terhadap Sunnah Nabi Muhammad S.A.W. terutamanya para Sahabat. Mereka bersungguh-sungguh memahami, mangamal, memelihara, mengumpul dan menyampaikan Sunnah semenjak awal kemunculannya lagi. Para penghafal dan penulis saling bantu membantu dalam usaha memastikan kemurnian dan ketulinan Sunnah tersebut. Ia terus dipelihara untuk tatapan umat Islam terkemudian. Mereka sangat mengambil berat, mulai dari menghafal sehingga kepada menulis dan membukukannya, selain daripada mengadakan penyelidikan dan penelitian yang sangat teliti dan terperinci serta cermat terhadap semua hadith-hadith Nabi S.A.W., sama ada berkaitan matannya mahupun sanadnnya. Kemudian mereka memberikan penilaian terhadapnya, sama ada sahih atau sebaliknya.

Dalam usaha menjaga kemunian Sunnah Nabi S.A.W., para ulama dengan berani dan berterus-terang mendedahkan golongan-golongan yang tidak bertanggungjawab dalam mmenyebarkan hadith-hadith palsu. Hasil usaha dan kepakaran mereka, maka muncullah pelbagai ilmu yang berhubung kait dengan Sunnah dan sampailah kepada kita dalam keadaan yang amat dipercayai sehingga kita tidak perlu lagi ragu-ragu menerimanya.

Di dalam penulisan ini akan diterangkan perkara-perkara yang perlu diketahui, termasuklah pengabdian ulama terhadap al-Sunnah dengan menyusun ilmu-ilmu yang bersangkutan dengan hadith ('Ulum al-Hadith). Mereka telah mencurahkan segala kepakaran masing-masing untuk menjamin keluhuran Sunnah Rasulullah S.A.W. yang menjad sumber perundangan Islam yang kedua selepas al-Quran.

Ilmu-ilmu tersebut meliputi dua tajuk utama, iaitu :-

1. Ilmu Hadith Riwayah
2. Ilmu Hadith Dirayah

Harga = RM12.50
Mukasurat = 115
Penyusun = Dr. Abdul Karim Ali & Mohd Noor Deris
Penerbit = Intel MULTIMEDIA AND PUBLICATION

Saturday, August 16, 2008

Solat & Keajaibannya - Karya Terakhir Ulama' Tersohor

Solat merupakan sarana bagi kita untuk berkomunikasi dengan Sang Pemilik Alam Semesta dan Penguasa Alam Raya. Tak terbayangkan betapa ajaib dan dahsyat ibadah yang satu ini apabila kita benar-benar mempraktikkan sesuai petunjuk Rasul-Nya. Dengan solat, kita sujud dan berdoa dengan hati yang paling khusyuk untuk memohon segala hal yang terbaik dari-Nya.

Bukankah dalam sebuah hadith Qudsi Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman, "Solat dibahagi dua bahagian antara Aku dengan hamba-Ku, separuh untuk-Ku dan separuh lagi untuk hamba-Ku. Untuk hamba-Ku, ia akan mendapat segala yang ia minta." (H.R. Muslim)

Dalam buku ini kita akan menemukan paparan penulis tentang berbagai rahsia dan keajaiban solat yang berhasil diungkap para pakar dan tokoh, bahawa solat dapat berfungsi sebagai Pedoman Hidup Sihat, Kunci Sukses Dunia Akhirat dan Resepi Bahagia.

- Penerbit

"Melampaui faedah-faedah duniawi, solat tetaplah bahan anugerah dari langit yang mempunyai falsafah amali yang lebih berdarjat. Ia adalah alat bertajalli. Ia talian komunikasi antara langit dan bumi dan seisinya. Solat adalah puncak segala hiburan."

- Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat

Harga = RM17.00 (Sem) RM19.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 154
Karya = Dato' Haji Ishak Baharom (Allahyarham) & Azrul Hakim Suradi
Penerbit = Anbakri Publika Sdn Bhd

Afkar - Jurnal Akidah & Pemikiran Islam ( Bil 2 / Rabi' al-Awwal 1422 / Jun 2001 )

Jurnal Afkar adalah suatu penerbitan yang diterbitkan oleh Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya pada bulan Rabi' al-Awwal setiap tahun. AFKAR menerbitkan makalah-makalah dalam Bahasa Melayu, Inggeris dan Arab dalam bidang-bidang pengkhususan akidah, pemikiran Islam, falsafah, tasawuf, mantik, perbandingan agama, aliran-aliran pemikiran moden dan semasa dan pemikiran Islam di alam Melayu. Makalah-makalah yang diterbitkan di dalam jurnal ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Jabatan dan penulis bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pandangan dan kenyataan mereka.

KANDUNGAN

1. Hubungan Antara Dhat dan Sifat Allah SWT Menurut Para Mutakallimun - Mohd Radhi Ibrahim
2. Islam : An Overview in History and Contemporary World - Hashim Musa
3. Insan Kamil : Ciri dan Proses Pembentukan - Zakaria Stapa
4. Perkembangan Tarikat Ahmadiyyah di Negeri Kelantan Darul Naim - Che Zarrina Sa'ari
5. The Classical Islamic Concept of Man as a "Small World?" - Yasien Mohamed
6. Beberapa Aspek Epistemologi al-Shaykh Zayn al-'Abidin b. Muhammad al-Fatani : Suatu Penelitian Awal Terhadap Karyanya 'Aqidah al-Najin fi 'Ilm Usul al-Din - Wan Suhaimi Wan Abdullah
7. Tema-tema Besar Pemikiran Muhammad al-Ghazali - Mohd Rumaizuddin Ghazali
8. Peranan dan Cabaran Ekonomi Islam Dalam Era Globalisasi : Suatu Analisis - Joni Tamkin b. Borhan
9. Cabaran-cabaran Pengajian Usuluddin dan Falsafah di Alaf Baru - Jawiah Dakir, Mazlan Ibrahim, Jaffary Awang dan Ibrahim Mohamed

Harga = RM20.00
Mukasurat = 181
Penerbit = Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur

Friday, August 15, 2008

55 Amalan Wali-Wali Allah

Sebagai seorang muslim / muslimah istimewanya sebagai seorang petugas di dalam gerakan Islam, kewajipan membersih, menyucikan jiwa (tazkiyatun nafs) dan memantapkannya adalah pra syarat untuk mencapai kejayaan menegakkan Islam di alam ini.

Proses penyucian dan pemantapan ini tidak hanya dilakukan oleh generasi mutakhir ini bahkan sejak zaman Rasulullah S.A.W. lagi.

Selain dari Al-Quranul Karim sebagai penjana kemantapan jiwa, generasi terdahulu juga telah membuktikan bahawa amalan-amalan yang telah ditinggalkan oleh Baginda Rasulullah S.A.W. telah mencerna kehidupan mereka sehingga menjadi generasi unggul.

Apakah generasi Islam kini tidak layak dan mampu memperolehi kedudukan yang sedemikian?

Jawapan yang pasti terhadap persoalan ini ialah sememangnya mereka mampu dan layak untuk mengulangi keunggulan generasi terdahulu tetapi dengan syarat mereka perlulah mengikuti jejak langkah generasi Islam terdahulu dalam usaha mencapai kejayaan sebagaimana ungkapan Imam Malik rhm :

ما صلح أخر هذه الأمة إلا بما صلح بها أولها

Maka risalah ini, Alhamdulillah telah cuba mengemukakan bentuk-bentuk amalan dan zikir-zikir yang telah menjadi amalan generasi Islam terdahulu.

Semoga para pembaca budiman turut mengambil manfaat dari risalah ini dan semoga Allah Ta'ala sentiasa memberkati hidup kita.

- Dr. Abdul Aziz Bin Hj. Hanafi

Harga = RM8.00
Mukasurat = 118
Penyusun = Ustaz Hanif Bin Hj. Ghazali
Penerbit = Madrasah Zubaidiyah

Thursday, August 14, 2008

Jurnal Fiqh - Issue No. 1 / ISSN 1823-0894 / January 2004

Kandungan :-

ESSAYS

- The Concept of Tajdid in the Reformist's Point oof View - Rahimin Affandi Abd Rahim

- The Validity of Salah according to al-Ghazali with Special Reference to the obligation to Observe Hudur al-Qalb throughout the Salah - Muhammad Amanullah

- الضوابط الشرعية لممارسة مهنة المحامات - Arif Ali Arif

- الحيل من منظور اسلامي - Shamsiah Mohamad

- الأحكام الشرعية بين الثبات والتغير - Qadir Salih Al-Zanki

FATWA-FATWA SEMASA / CURRENT FATWAS

- Fatwa-fatwa Klon - Noor Naemah Abdul Rahman

- Fatwa Mengenai Rawatan Hormon Bagi Wanita Menopos dan Darah Yang Keluar Semasa Mengambil Hormon - Anisah Ab. Ghani

- Fatwa Mengenai Alat-alat Muzik Dan Nyanyian - Anisah Ab. Ghani

Harga = RM20.00
Mukasurat = 160
Penerbit = Jabatan Fiqh Dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur

Tuesday, August 12, 2008

Malam Pertama Di Alam Kubur - Edisi Bahasa Indonesia

Kematian itu pasti. Ia tidak meleset meski hanya sedetik. Namun demikian, tak seorang pun tahu, kapan hari "H"nya. Ia bias datang menyerap dengan tiba-tiba. Ia misteri. Karenanya, setiap orang semestinya selalu siap. Dan tentu, husnul khatimah harus menjadi pilihan. Untuk mencapai itu, harus melalui jalan syariat; dengan menjalankan segala perintah dan menjauhi segala larangan Allah Ta'ala. Tanpanya, husnul khatimah itu nihil. Bukankah, perahu tak akan berjalan di daratan?

Buku ini adalah kompilasi dari tiga tulisan ulama-ulama terkemuka dari Nejed. Di dalamnya sarat dengan tadzkirah untuk mengingat kematian. Kita memang perlu nasehat, karena hiruk pikuk dunia kadang melalaikan. Bukankah, sudah menjadi sunnatullah bagi setiap orang; Iman itu pasang surut?, kadang bertambah dan kadang berkurang? Karenanya kita perlu pupukan, terutama ketika kondisi keimanan kita mengalami saat-saat kritis.

Kelebihan buku ini, para penulis tidak sekadar menuliskan sebuah teori-teori definitif, tapi sebentuk nasehat naratif dengan gaya bertutur, reflektif, penuh bahan renungan yang keluar dari bahasa hati, dikokohkan dengan ibrah dari kisah-kisah pilihan. Karenanya, buku ini tidak hanya enak dibaca, juga kita akan dibawa hanyut oleh perjalanan hati penulis.

- Penerbit

"Wahai orang tua yang telah bongkok punggungnya dan dekat ajalnya,
Apakah engkau telah bersiap-siap menghadapi malam pertama?
Wahai pemuda gagah yang berrgelimang harta dan sejuta asa,
Apakah engkau telah bersiap-siap menghadapi malam pertama?
Ia adalah malam pertama dengan dua wajah;
Mungkin menjadi malam pertama bagi malam-malam surga berikutnya,
Atau menjadi malam pertama bagi malam-malam neraka selanjutnya".

- Dr. A'idh Al-Qarni, M.A.

KANDUNGAN

PARIT KEMATIAN
Sketsa Akhir Kehidupan Orang-Orang Shalih
- Rasulullah
- Umar Bin Khattab
- Abdullah Bin Khudzafah
- Amr Bin Abdullah Bin Zubair
- Sa'ad Bin Abi Waqqash
- Harun Al-Rasyid
- Abdullah Bin Marwan
- Kisah Ibrahim Dan Ibunya
- Golongan Hitam Dan Kematian
- Sembilan Masalah Berkaitan Dengan Jenazah Dan Kubur

MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR

TRAGEDI ALAM KUBUR
Apakah Kita Beriman Kepada Hari Akhir?
Terapi Kerasnya Hati
Ziarahi Kubur!
Berbincang Dengan Kubur
Aqidah Ahlussunnah Wal Jama'ah Dalam Hal Adzab Kubur
Takut Adzab Kubur
Agar Selamat Dari Adzab Kubur
- Apakah Nafs (Jiwa) Sama Dengan Ruh, Atau Keduanya Berbeda?
- Apakah Run Akan Mati
- Apakah Adzab Kubur Bersifat Tetap Atau Sementara?
- Pascakematian Hingga Sebelum Datangnya Kiamat, Di Mana Ruh Berada?
- Apakah Mayit Tahu Kalau Ia Diziarahi Orang Yang Masih Hidup Dan Mengerti Salam Yang Diucapkan Kepadanya?
- Apakah Pertanyaan Di Kubur Hanya Khusus Bagi Umat Ini Atau Tidak?
- Siapa Yang Bisa Terbebas Dari Pertanyaan Kubur?
Seruan Sebelum Ajal Datang

Harga = RM9.00
Mukasurat = 136
Penulis = Dr. A'idh Al-Qarni, M.A., Dr. Muhammad Bin Abdurrahman Al-Uraifi & Syaikh Muhammad Husain Ya'qub
Edisi = Bahasa Indonesia (Klik Untuk Edisi Bahasa Malaysia)
Penerbit = Maktabah Sha'idul Fawa'id

Apa Ertinya Saya Menganut ISLAM? - Penting!!!

Agama Islam mempunyai penganut yang paling ramai di dunia. Namun begitu, ramai di kalangan umat Islam tidak memahami hakikat sebenar menjadi seorang penganut agama Islam. Salah satu sebab mengapa perkara ini berlaku adalah kerana mereka dilahirkan oleh kedua ibu bapa yang muslim dan menerima Islam sebagai warisan. Buku 'Apa Ertinya Saya Menganut Islam?' hasil tulisan Ustaz Fathi Yakan merupakan cetusan daripada pengalaman dakwah beliau. Ianya disusun supaya umat Islam dapat memahami dengan mudah apakah hakikat sebenar menjadi seorang Muslim. Buku ini dibahagikan kepada dua bahagian.

Pertama
Menerangkan sifat-sifat yang seharusnya ada pada setiap orang yang menganut agama Islam.

Kedua
Menjelaskan kewajipan beramal dengan amalan-amalan Islam serta kewajipan menggabungkan diri di dalam harakah Islamiah.

- Penerbit

Harga = RM7.50
Mukasurat = 254
Penulis = Ustaz Fathi Yakan
Penerbit = Pustaka Salam Sdn Bhd

Monday, August 11, 2008

Al-Bayan - Jurnal Al-Quran & Al-Hadith - Bil 1 (Mei 2003 / Rabi'ul Awal 1424)

Jurnal Al-Bayan adalah jurnal akademik tahunan yang diterbitkan oleh Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Ia menerbitkan makalah dan kajian ilmiah berkaitan pengajian Al-Qur'an dan al-Hadith serta ilmu-ilmu lain yang berkaitan dengannya dalam Bahasa Melayu, Inggeris dan Arab.

Kandungan :-

1. Sumbangan Tok Kenali Kepada Gerakan Tajdid Islam Di Kelantan - Abdul Hayei Abdul Sukor, (Ph.D)

2. Tafsir Al-Mawdu'i: Kajian Pensejarahan - Zulkifli Hj. Yusoff, (Ph.D)

3. Al-Qur'an: The Miracle of Miracles - Che Zarrina Binti Sa'ari, (Ph.D) & Joni Tamkin Bin Borhan, (Ph.D)

4. Al-Baghawi [433H - 516H]: Seorang Tokoh Tafsir - Abdul Rashid Ahmad, (M.A)

5. Aliran Tafsir Ibn 'Arabi: Satu Tinjauan Awal - Mustaffa Abdullah, (M.A)

6. Sumbangan Dato' Haji Muhammad Nor Bin Haji Ibrahim Kepada Bidang Tafsir dan Pengajian al-Qur'an - Mohamad Kamil Hj. Ab. Majid, (M.A)

7. Taghyir al-Munkar or Modifying the Abominable: An Introduction to the Perspective of al-Sunna - Ishak Hj. Sulaiman, (M.A)

8. The Reality of an Abrogation in the Qur'an: A Review of Surah al-Baqarah, 2: 106 - Wan Suhaimi Wan Abdullah, (M.A)

9. Pentafsiran Semula Al-Qur'an: Satu Penilaian - Abu Zaki Ismail, (M.A)

10. Beberapa Aspek Retorik Dalam Surah al-Ra'd - Nor Raudah Hj. Siren, (M.A) & Faridah Mohd Sairi

11. Syarat 'Adalah al-Rawi Dalam Kaedah Penerimaan Hadith dan Kepentingannya Dalam Pembinaan Ummah Berfikiran Kritis - Mohd Fauzi Hamat, (Ph.D)

12. Sejarah Perumbuhan dan Perkembangan Pengajian I'jaz al-Qur'an - Haziyah Bt Husin, (M.A)

Harga = RM20.00
Mukasurat = 212
Penerbit = Jabatan Al-Quran & Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Pengantar Ulum Hadis - Teks Pengajian Islam

Buku ini disusun khas untuk panduan pencinta ilmu dan dalam menangani kekurangan sumber dan kekurangan buku rujukan dalam bidang Ulum Hadis atau Mustalah al-Hadith khasnya bagi para pelajar yang menghadapi peperiksaan di peringkat Sekolah Menengah Tinggi, Kolej dan Universiti. Buku ini mengandungi perbincangan mengenai Hadis Dirayah dan Hadis Riwayah yang disusun di dalam bahagian-bahagian yang berasingan.

Semoga dengan penghasilan buku ini memberikan manfaat untuk semua dalam menegakkan Kalimah Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

- Penulis

Harga = RM15.00
Mukasurat = 240
Penulis = Rosmawati Binti Ali @ Mat Zin
Penerbit = Pustaka Salam Sdn Bhd

Fiqh Malaysia - Ke Arah Pembinaan Fiqh Tempatan Yang Terkini - Tertakluk Kepada Stok

Buku ini mengutarakan suatu gagasan idea untuk melahirkan hukum Islam berdasarkan pendekatan semasa dan setempat di Malaysia. Ia mengemukakan beberapa perbincangan melibatkan konsep fiqh Malaysia, cabaran semasa terhadap penerusan serta perlaksanaan konsep tersebut, pendekatan khusus dalam meralisasikannya yang melibatkan beberapa teori-teori tertentu seperti metode penafsiran nas, pemakaian qiyas, penggunaan maslahah serta 'urf dan sebagainya. Di samping itu beberapa permasalahan semasa yang melibatkan pemodifikasian terhadap beberapa hukum fiqh di Malaysia dikemukakan secara detil dan komprehensif.

Dalam bentuknya yang sedia ada, buku ini sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat umat Islam di Malaysia khususnya mereka yang cintakan perkembangan ilmu pengetahuan serta prihatin terhadap perkembangan hukum Islam semasa di Malaysia. Bagi para mahasiswa peringkat awalan dan lanjutan di innstitusi pengajian tinggi, buku ini merupakan rujukan utama terutama dalam mengemukakan tasawwur yang jelas terhadap peri pentingnya kewujudan fiqh Malaysia serta kelangsungannya. Begitu juga bagi golongan cendekiawan Islam di Malaysia. Buku ini akan membantu mereka membuat beberapa analisis berguna khususnya melibatkan pemodifikasian terhadap beberapa hukum fiqh di Malaysia.

- Penerbit

KANDUNGAN

BAB PERTAMA: KONSEP
- Fiqh Malaysia: Konsep dan Cabaran - Prof. Dato' Dr. Mahmood Zuhdi Hj. Ab. Majid
- Fiqh Malaysia: Suatu Tinjauan Sejarah - Dr. Rahimin Affandi Abdul Rahim
- Asas-asas Pembentukan Fiqh Malaysia: Satu Saranan - Shukeri Mohamad

BAB KEDUA: TEORI
- Faktor-faktor Semasa dan Setempat di Malaysia yang Boleh Mempengaruhi Penafsiran Nas Syarak dalam Menentukan Hukum - Dr. Abdul Karim Ali
- Perlaksanaan Qiyas dalam Faktor Semasa dan Setempat di Malaysia - Prof. Madya Dr. Mohd Daud Bakar
- 'Urf dan Adat Semasa di Malaysia sebagai Asas Penentuan Hukum yang Tidak Dinaskan - Prof. Madya Md. Saleh Bin Haji Md. @ Haji Ahmad
- Keterikatan Maslahah sebagai Sumber Hukum dengan Kepentingan Semasa dan Setempat di Malaysia - Prof. Madya Hj. Mohd. Noor Deris
- Maslahah dan Hubungannya dengan Nas Syarak dalam Pembinaan Hukum Islam Semasa di Malaysia - Ridzwan Ahmad
- Maqasid Shari'ah: Konsep dan Hubungannya dengan Nilai-nilai Semasa di Malaysia dalam Menentukan Hukum - Dato' Dr. Abdul Monir Yaacob

BAB KETIGA: PENDEKATAN
- Perubahan-perubahan Perlu dalam Fiqh Muamalat Berasaskan Teori Fiqh Malaysia: Satu Tinjauan - Prof. Madya Dr. Abdul Halim El-Muhammady
- Perubahan-perubahan Perlu dalam Fiqh Jenayah berasaskan Teori Fiqh Malaysia - Prof. Madya Datin Dr. Paizah Hj. Ismail
- Perubahan-perubahan Perlu dalam Fiqh Ibadat Berdasarkan Realiti Semasa di Malaysia - Dr. Anisah Ab Ghani
- Perubahan-perubahan Perlu dalam Fiqh Al-Ahwal Al-Shaksiyyah Berdasarkan Realiti Semasa dan Setempat - Puan Raihanah Hj Azahari

BAB KEEMPAT: BEBERAPA PERMASALAHAN
- Tajuk-tajuk Baru dalam Pengajaran Fiqh Berasaskan Keperluan Semasa di Malaysia - Hj Abdul Ghani Samsudin
- Hukuman Kesalahan Liwat: Antara Perbendaharaan Fiqh dan Realiti Hukumannya di Malaysia - Mohamed Azam Mohamed Adil
- Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 Kelantan: Satu Analisis dari Sudut Keterangan - Ruzman Md. Noor
- Fiqh Malaysia dan Cabaran Era Siber - Dr. Abd. Jalil Borham

Harga = RM20.00
Mukasurat = 308
Penyelenggara = Paizah Hj. Islmail & Ridzwan Ahmad
Penerbit = Akademi Pengajian Islam Universti Malaya & Al-Baian Corporation Sdn Bhd

Solat Jama'ah - Satu Huraian Menurut Mazhab Syafi'i - Terlaris!!!

Buku ini telah dicetak buat kali pertama pada Januari 1990 dan kali kedua pada Mei 1990, diterbitkan oleh HIZBI Shah Alam, Selangor. Kemudian setelah disemak semula didapati beberapa kesilapan cetak dan keetinggalan beberapa baris fakta penting. Oleh yang demikian maka pembetulan telah dilakukan dan beberapa penambahan ke atas cetakan yang lalu juga dimasukkan.

Walaupun demikian, kepada pembaca sekalian khususnya para ulama yang berwibawa kiranya terdapat lagi kesilapan dan kelemahan dalam buku ini, maka penulis mengharapkan supaya diperbetulkan dengan ikhlas dan penulis amat berterima kasih sekiranya tuan dapat memaklumkan kepada penulis agaar dapat diperbaiki dan kita akan perolehi manfaatnya bersama.

- Penulis

Harga = RM8.50
Mukasurat = 109
Penulis = Ustaz Haji Mohd. Saleh Bin Haji Ahmad
Penerbit = Intel MULTIMEDIA AND PUBLICATION

Saturday, August 9, 2008

Hebatnya Mukjizat Nabi 2 - Pokok Rekahan Batu - Menarik!!!

Abu Jahal dan rakan-rakannya ingin menduga Rasulullah S.A.W. melalui satu tipu muslihat. Abu Jahal meminta Abu Talib memberitahu anak saudaranya itu agar menunjukkan tanda-tanda kerasulannya. Abu Jahal menyangka Nabi tidak akan mampu melaksanakan permintaan itu. Mendengar permintaan Abu Jahal, Nabi S.A.W. telah berdoa kepada Allah. Tiba-tiba sebuah batu besar yang keras merekah. Dari dalam batu itu keluar sepohon pokok. Itulah yang dipinta oleh Abu Jahal. Tapi dia masih tidak berpuas hati. Kenapa? Apakah permintaan Abu Jahal seterusnya? Untuk mengetahui kesudahan kisah ini, milikilah buku Pokok Dari Rekahan Batu ini. Terdapat tiga lagi kisah menarik di dalamnya : Mana Pohon Itu?, Pokok Datang Menghadap dan Perigi Kering Memancut Air.

Harga = RM8.50
Mukasurat = 23 (berwarna penuh)
Penulis = Zuraimi Ismail (Editor ASUH, majalah kanak-kanak berunsur Islam #1 di Malaysia)
Penerbit = Galeri Ilmu Sdn Bhd

Hebatnya Mukjizat Nabi 1 - Tiba-tiba Kudanya Tersungkur - Menarik!!!

Tiba-tiba Kudanya Tersungkur mengisahkan tekad Surakah bin Ju'sum untuk menangkap Nabi S.A.W.. Dia mahu merebut hadiah lumayan yang ditawarkan oleh orang-orang kafir Quraisy kepada sesiapa yang berjaya membawa Nabi pulang ke Makkah. Hadiahnya adalah 100 ekor unta! Alangkah gembiranya hati Surakah apabila melihat kelibat Rasulullah S.A.W. ketika dalam perjalanan berhijrah ke Yasrib. Segera dia menghalakan kudanya ke arah tempat Rasulullah S.A.W. berehat. Ketika kudanya berlari kencang mnghampiri Nabi, tiba-tiba kuda itu rebah tersungkur. Apa yang berlaku kepada kuda itu? Apakah kesudahan kisah Surakah? Dapatkah dia menangkap Rasulullah S.A.W. dan memiliki hadiah lumayan?

Ikutilah kisah ini dan tiga kisah menarik yang lain : Bayi Luar Biasa, Isra' Mikraj dan Keagungan Al-Quran.

BONUS! Selain rangkaian kisah mendidik dan dihiasi ilustrasi menarik, anda juga dibekalkan dengan nota ilmu mengenai perkara pelik dan kejadian luar biasa.

Harga = RM8.50
Mukasurat = 23 (berwarna penuh)
Penulis = Zuraimi Ismail (Editor ASUH, majalah kanak-kanak berunsur Islam #1 di Malaysia)
Penerbit = Galeri Ilmu Sdn Bhd

Wednesday, August 6, 2008

75 Khutbah Jumaat Dari Masjidil Haram

Buku ini memuatkan 75 khutbah yang meliputi khutbah Jumaat, Aidil Fitri, Aidil Adha dan Istisqa (minta hujan). Khutbah-khutbah ini bukan sebarang khutbah; kerana ia disampaikan oleh ulama dan pakar dalam ilmu-ilmu Islam. Lebih dari itu, khutbah-khutbah ini disampaikan di Masjidil Haram, Makkah al-Mukarramah.

Justeru, kami berharap semoga buku ini menjadi suatu yang dapat membina, menumbuh dan meluaskan lagi kefahaman tentang Islam dan ajarannya. Mudah-mudahan buku ini dapat menjadi bahan bacaan yang bermanfaat bagi kaum Muslimin.

- Penerbit

Harga = RM17.50
Mukasurat = 375
Oleh = Dr. Muhammad Bin Abdul Wahab & Syeikh Abdullah Bin Muhammad Al-Khulaifi (Imam Dan Khatib Masjidil Haram)
Penerbit = Jasmin Enterprise

Terjemahan Kitab Al Qaulu Tam Fi Ahkam Al Makmum Wal Imam (Hukum Makmum & Imam)

Sebuah kitab yang menfokuskan hampir keseluruhan peraturan-peraturan menjadi imam dan makmum dan permasalahan-permasalahan berkaitan muwafiq dan masbuq. Buku ini juga sesuai dijadikan sebagai salah satu buku teks di dalam kelas ta'mir di masjid-masjid dan surau-surau. Kupasan yang dipersembahkan oleh pengarang bersifat komprehensif, padat dan mudah difahami. Sesiapa sahaja yang ingin mendalami pengetahuan agama disarankan agar memiliki buku ini. Huraian yang disajikan dilihat amat sesuai dibaca oleh seluruh umat Islam.


- Penerbit

"Kadang-kadang wajib bagi makmum mendahului imam iaitu seperti masalah apabila imam duduk bukan pada tempatnya seperti ia duduk pada rakaat yang pertama atau rakaat yang ketiga (kerana membaca tahiyyat awal) maka wajiblah makmum mendahuluinya iaitu terus berdiri dan menunggu imam dalam keadaan berdiri dan jika ia duduk serta imam nescaya batallah sembahyangnya dan disunatkan bagi makmum bahawa bertasbih (membaca tasbih) untuk menyedarkan imam supaya ia qiyam (berdiri)".

- Petikan bilangan 24 'Wajib Makmum Mendahului Imam'

Harga = RM15.00
Mukasurat = 159
Penterjemah = Dato' Syeikh Hj. Zakaria Bin Hj. Ahmad Wan Besar (Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah)
Penerbit = Pustaka Darussalam Sdn Bhd

Tuesday, August 5, 2008

Tinta & Minda Abdul Ghani Samsudin : Mengenai Islam, Ulama & Umara - Mesti Baca!!!

Buku ini dengan tajuk Tinta & Minda Abdul Ghani Samsudin : Mengenai Islam, Ulama & Umara merupakan sebahagian daripada pilihan kertas-kertas kerja beliau yang telah dibentangkan di pelbagai seminar dan majlis-majlis diskusi sepanjang beliau menjadi Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia (PUM), iaitu dari tahun 1997 hingga 2004.

Pada hemat kami, meskipun ada pandangan-pandangan dan tulisan beliau yang agak keras, kritikal dan "melawan arus", namun atas sifatnya sebagai seorang ulama, pembimbing dan aktivis masyarakat sejak zaman mudanya lagi, kami percaya teguran dan kritikan-kritikan yang ditulis dan disebutnya itu adalah ikhlas dan lahir dari jiwa beliau yang jernih. Bahkan, tidak dapat dinafikan bahawa tulisan-tulisan beliau sememangnya bermanfaat untuk dijadikan rujukan serta input bagi memperbaiki mana-mana kepincangan yang berlaku di dalam masyarakat kita dewasa ini. Sudah pasti sebagai seorang ulama, beliau tidak akan merasa selesa untuk bersikap diam membisu ketika melihat kepincangan-kepincangan berada di persada masyarakat.

Kami amat berharap dan yakin buku ini bakal memperkayakan lagi khazanah perbendaharaan ilmu kita. Mudah-mudahan Allah memberikan beliau kekuatan untuk terus menulis dan menyumbang kepada masyarakat, khususnya umat Islam di negara ini.

- Penyelenggara

Harga = RM25.00
Mukasurat = 235
Penyelenggara = Abdul Karim Ali & Baharom Kassim
Penerbit = Intel MULTIMEDIA AND PUBLICATION

Sifat-Sifat Pejuang Allah

Buku ini menjelaskan bahawa untuk menjadi pejuang Allah itu bukanlah mudah, malah pasti mengharungi pelbagai dugaan dan cabaran terlebih dulu sebelum boleh menyandang jawatan tersebut. Ini bererti syurga yang disediakan oleh Allah itu tidak mudah dimasuki begitu saja tanpa perjuangan dan orang yang berjaya dalam perjuangan itu adalah pejuang Allah.

Sifat-sifat dan ciri-ciri sebeginilah yang hendak dipupuk dan ditanam di kalangan anggota masyarakat, baik masyarakat pelajar sekolah menengah, maktab-maktab perguruan dan institusi pengajian tinggi. Bahkan juga kepada umat Islam yang mengaku beriman kepada Allah dan hari akhirat.

Dengan kemunculan buku ini diharap dapatlah sedikit sebanyak memenuhi keperluan dan tuntutan semasa bagi membekalkan anggota masyarakat sebagai warganegara Islam yang berfungsi dan bertanggungjawab melaksanakan hukum-hukum Allah sesuai dengan saranan Al-Quran.

- Penerbit

Harga = RM25.00
Mukasurat = 362
Penulis = Mohd. Ali Bin Abu Bakar
Penerbit = Al-Hidayah Publications

Saturday, August 2, 2008

Ilmu Tajwid - Menurut RIWAYAT HAFS 'AN 'ASIM Melalui TORIQ ASY-SYATIBIYYAH

Buku Tajwid ini meliputi perbahasan tentang ilmu tajwid menepati apa yang diriwayatkan bacaannya dari Rasulullah S.A.W. menurut Qiraat 'Asim seperti yang diRiwayatkan oleh Imam Hafs melalui aliran Imam Asy-Syatibiah, yang merupaan ikutan umat Islam di Malaysia khasnya dan sebahagian besar umat Islam di seluruh dunia. Sekaligus buku ini juga telah disusun menepati kaedah penulisan Al-Qur'an Resam Uthmani.

Buku ini adalah hasil usaha penulis setelah lama membabitkan diri bertahun-tahun dalam mengajar ilmu tajwid. Pada mulanya buku ini adalah dalam bentuk lembaran nota-nota yang diedarkan kepada pelajar-pelajar semasa penulis mengajar di Uniersiti Islam Antarabangsa Malaysia. Nota-nota itu telah dikembangkan isinya sambil diperbetulkan kesalahan-kesalahan yang terdapat padanya dari masa ke semasa dan dari tahun ke tahun.

Kemudian penulis terpaksa membuat beberapa kajian berdasarkan kitab-kitab induk ilmu tajwid dalam memastikan kesahihan fakta-fakta yang terdapat dalam buku ini.

Di samping itu, penulis selalu berhubung dengan Asy-Syeikh Muhammad Abdun Nabiy, seorang pensyarah ilmu Qiraat dan Al-Qur'an Uniiversiti Al-Azhar, Mesir, semasa beliau bertugas di Kelang, Selangor. Asy-Syeikh merupakan tempat rujuk utama penulis dalam memastikan kesahihan fakta-fakta dalam penulisan buku ini begitu juga dalam memastikan perkara-perkara yang kabur yang timbul hasil dari pmbacaan penulis melalui kitab-kitab induk ilmu Tajwid.

- Penerbit

Harga = RM20.00
Mukasurat = 341
Penulis = Ustaz Surur Shihabuddin Bin Hassan An-Nadawi
Penerbit = Pustaka Salam Sdn Bhd

Popular Posts

Borang Pesanan / Soalan / Pendapat

Nama:
Nombor Telefon:
Alamat Surat Menyurat:
Alamat Email:
Pesanan:

Home

IKLAN!!!

IKLAN!!!
Sticker Keyboard Arab. RM 7.00 je satu...