Pages


Petikan Hadith Kelapan, Kitab "Empat Puluh Hadith Kelebihan Ilmu Dan Ulama'"

Kedai Buku Tinta Ilmu, Lot 2-8-8, Tingkat 1, Pusat Beli Belah Ole-Ole, Jalan Pinang A 18/A, Seksyen 18, 40200 SHAH ALAM, Selangor.

Monday, October 26, 2009

Rabi'ah Al-Adawiyah & Mabuk Cintanya Kepada Sang Khalik

Baginya, kecintaan terhadap Tuhan melebihi segala yang ada, bahkan surga dan neraka pun bukanlah sesuatu yang dia ingini apa lagi dia takuti.

Dalam hatinya, seluruh penyembahan dan pengabdian semata-mata dia lakukan atas nama kecintaannya pada Keagungan Yang Mahasuci, bukannya orang lain.

Ketulusan cintanya pada Tuhan melebihi ketulusan cinta seluruh perempuan pada masanya hingga sekarang. Rabiah Al-Adawiyah bukanlah sekadar lagenda yang cukup untuk dibaca melainkan dia adalah keindahan anugerah yang pernah diberikan Tuhan untuk umat manusia.

- Penerbit

"Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati." Mafhum Surah Yunus: 62

KANDUNGAN

Bagian Pertama: Mimpi Ismail Bertemu Dengan Rasulullah SAW
Bagian Kedua: Rabi'ah Diculik
Bagian Ketiga: Rabi'ah Menjadi Penyanyi Di Majlis Dzikir
Bagian Keempat: Rabi'ah Menjadi Pengajar
Bagian Kelima: Rabi'ah Dipinang Raja
Bagian Keenam: Rabi'ah Tidak Mau Menikah?
Bagian Ketujuh: Rindu Akhirat
Bagian Kedelapan: Mendidik Hati
Bagian Kesembilan: Kezuhudan Rabi'ah
Bagian Kesepuluh: Ma'rifatullah
Bagian Kesebelas: Kesederhanaan Rabi'ah
Bagian Keduabelas: Sifat Sabar
Bagian Ketigabelas: Rabi'ah Menjadi Pemimpin Bagi Orang-Orang Shalih
Bagian Keempatbelas: Mimpi Rabi'ah
Bagian Kelimabelas: Rabi'ah Dan Ilmu Hakikat
Bagian Keenambelas: Sifat Ikhlas
Bagian Ketujuhbelas: Suri Teladan
Bagian Kedelapanbelas: Sifat Jujur
Bagian Kesembilanbelas: Sifat Keibuan
Bagian Keduapuluh: Rabi'ah Di Antara Orang-Orang Yang Mencintai Allah SWT
Bagian Keduapuluh Satu: Rasa Cinta
Bagian Keduapuluh Dua: Karamah
Bagian Keduapuluh Tiga: Karamah Para Sahabat Rasul
Bagian Keduapuluh Empat: Dunia Di Bawah Telapak Kakinya
Bagian Keduapuluh Lima: Ruhnya Bersama Malaikat Di Langit
Bagian Keduapuluh Enam: Rabi'ah Telah Tiada

Harga = RM30.00
Mukasurat = 277
Penulis = Abdul Mun'im Qandil
Penterjemah = Ust.Mohammad Yusron, Lc.
Penerbit = Citra Media (Indonesia)

Friday, October 23, 2009

Rahsia Cincin Nabi Dan Hukum Bercincin

Memakai cincin (bercincin) adalah merupakan suatu sunnah (Perjalanan Hidup) Nabi Muhammad Sallallaahu 'Alaihi Wa Sallam yang mulia lagi suci; bukan semata-mata berdasarkan tradisi.

Para sahabat Nabi S.A.W., terutamanya 'Abdullah Bin 'Umar, adalah seorang yang ingin benar-benar meniru sunnah Nabi S.A.W.; salin tak tumpah; di mana beliau bercincin dalam kehidupan sehari-hari; demikian juga 'Abdullah Bin Az-Zubair R.A. memakai cincin yang mengandung permohonan agar dijauhkan dari neraka.

Bagi Rasulullah S.A.W., cincin baginda adalah merupakan lambang 'aqidah (kepercayaan) dan politik (kekuasaan Islam), di mana menerusi copnya maka surat-surat rasmi baginda dianggap mempunyai kekuasaan (wibawa).

- Penerbit

KANDUNGAN

BAHAGIAN PERTAMA: TAJUK-TAJUK ASAL
1. Memakai Cincin Perak Di Tangan Kanan
2. Keharusan Bercincin Bagi Imam (Pemimpin)
3. Cincin Cop Nabi S.A.W.
4. Cincin Nabi Bertukar Tangan
5. Bercincin Di Kelingking Kiri
6. Bercincin Di Jari Kiri
7. Keharusan Bercincin Perak
8. Memakai Cincinn Perak
9. Memakai Cincin Di Kiri
10. Menyesuaikan Antara Banyak Riwayat Hadith
11. Bercincin Di Tangan Kanan
12. Galakan Pada Mata Cincin
13. Cop Surat-Surat
14. Menulis Pada Cincin
15. Hilangnya Cincin Cop Kerasulan Nabi S.A.W.
16. Bahayanya Cincin Emas
17. Aliran Al-Baihaqi: Memakai Cincin Di Tangan Kiri

BAHAGIAN KEDUA: TAJUK-TAJUK TAMBAHAN
1. Membuat Tulisan Pada Cincin
2. Hukum-Hukum Memakai Cincin
- Hukum Bercincin
- Hukum Bahan Pembuatan Cincin
- Hukum Mengenai Berat Bahan Cincin
- Hukum Bilangan Cincin
- Hadith-Hadith Memakai Cincin Pada Tangan Kanan
- Hadith-Hadith Memakai Cincin Pada Tangan Kiri
- Tinjauan Tangan Kanan Atau Kiri?
- Utama Bercincin Di Jari Kelingking
3. Cincin Hadiah Allah Sebelum Memasuki Syurga
4. Cop Cincin Rasulullah Pada Surat Baginda Kepada Muqauqis, Gabenor Rom Timur Di Mesir
5. Cop Cincin Rasulullah Pada Surat Baginda Kepada Hiraklius, Penguasa Rom Timur

Harga = RM5.00
Mukasurat = 55
Penulis = Imaamal-Baihaqi
Penterjemah Dan Tambahan = 'Abdullah Al-Qari Bin Hj. Salleh (A.Q.HA.S)
Penerbit = Al-Hidayah Publications

Thursday, October 22, 2009

Anda Bertanya Saya Menjawab Tentang Masalah Agama Bersama Prof. Dato' Paduka Dr. Mahmood Zuhdi

Buku ANDA BERTANYA SAYA MENJAWAB TENTANG MASALAH AGAMA BERSAMA PROF. DATO' PADUKA DR. MAHMOOD ZUHDI menjawab persoalan, masalah atau kemusykilan agama yang sering menghantui ramai orang. Antara aspek yang dijawab ialah:

- Persoalan peribadi
- Masalah ibu bapa dengan anak-anak dan akhlak remaja
- Hubungan sulit suami isteri
- Hubungan menantu, mentua dan ipar duai
- Kesempurnaan amal ibadah
- Hukum halal haram
- Hukum berkaitan dengan masalah kewangan kontemporari

Anda mungkin mengharungi banyak masalah dalam hidup ini. Anda tidak punya banyak tempat khusus untuk bertanya. Mungkin anda tidak punya banyak masa untuk bertanya. Pada masa yang lain anda malu untuk bertanya terutama persoalan yang melibatkan permasalahan yang sulit dan memalukan.

Maka buku ini diharap dapat membantu anda menyelesaikan masalah anda dengan jawapan daripada orang yang ahli dalam bidangnya.

- Penerbit

KANDUNGAN

1. Kemelut Peribadi
2. Ibu Bapa Dengan Anak
3. Suami Isteri
4. Menantu Dan Mentua
5. Amal Ibadat
6. Halal Dan Haram
7. Kewangan

Harga = RM20.00 (Sem) R22.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 240
Penulis = Prof. Dato' Paduka Dr. Mahmood Zuhdi Hj. Abdul Majid
Penerbit = Telaga Biru Sdn Bhd

Untukmu Wanita - Soal Jawab Isu-Isu Kontemporari Kaum Wanita Yang Harus Diketahui Oleh Semua Wanita, Ibu Dan Isteri

UNTUKMU WANITA - Hadiah istimewa buat insan bernama wanita. Menggarap pelbagai permasalahan wanita yang merangkumi isu aurat, maruah, munakahat dan juga rumah tangga.

Dipersembahkan dalam bentuk soal-jawab. Santai dan bersahaja. Dikukuhkan dengan dalil-dalil Al-Quran dan Hadis untuk rujukan dan bimbingan. Juga diselitkan kisah-kisah motivasi sebagai iktibar membentuk peribadi solehah.



"Wanita, dirimu begitu berharga.
Seindah-indah hiasan di dunia adalah Wanita Soleha.
Peribadinya terjaga dan terpelihara.

Duhai wanita, dalam kelembutanmu,
suburkan ketegasan, berlandaskan
ilmu keredhaan Tuhan."

- Penerbit

Wanita mempunyai peranan yang maha penting dalam kehidupan manusiawi. Sebagai ibu, isteri dan rakan seperjuangan kaum lelaki dalam menegakkan perintah dan larangan Islam di atas muka bumi. Rosaknya kaum wanita membawa seribu satu macam bencana buat dunia. Rosaknya wanita pasti akan meruntuhkan institusi keluarga dan membawa kehancuran sebuah negara. Wanita boleh menjadi punca dan sumber iman bagi kaum lelaki, boleh juga menjadi sumber dosa dan kebinasaan.

- Penulis

KANDUNGAN

Bahagian Satu: WANITA, Aurat Dan Maruah
Bab 1: Aurat Wanita: Apa Sudah Jadi?
Bab 2: Aurat Wanita Lebih Sukar, Adilkah?
Bab 3: Bolehkkah Wanita Bekerja?
Bab 4: Benarkah Berpakaian Hak Peribadi?
Bab 5: Wanita Tidak Perlu Bertudung: Bidasan Saya
Bab 6: Bertudung Sambil Menghina Hukum
Bab 7: Tiada Dakwah Wanita Melalui Nasyid
Bab 8: Boleh Percayakah Taubat Wanita Ini?
Bab 9: Wanita Naik Nafsu Akibat Dirogol
Bab 10: Nasihat Buat Gadis Hampir Terlanjur
Bab 11: Jagalah Maruah Dan Doa Elak Rogol

Bahagian Dua: WANITA Dan Munakahat
Bab 12: Perigi Cari Timba Dan Disiplin Dalam Bertunang
Bab 13: Apabila Tunang Ambil Kesempatan, Apa Tandanya?
Bab 14: Bolehkan Berkahwin Dengan Tunang Yang Pernah Berzina?
Bab 15: Mestikah Jodohnya Penzina Juga?
Bab 16: Ingin Calon Isteri Yang Bekerja Sahaja
Bab 17: Mestikah Turuti Tanda Istikharah?
Bab 18: Apabila Lelaki Guna Alasan Istikharah Untuk Paksa Kahwin
Bab 19: Fakta Penting Mengenai Penceraian
Bab 20: Kekeliruan Dalam Bab Rujuk
Bab 21: Adakah Jatuh Cerai Zihar Jika Suami Berkata ...
Bab 22: Bolehkah Lafaz Takliq Ditarik Semula?

Bahagian Tiga: WANITA Dan Rumah Tangga
Bab 23: Poligami Rahsia Demi Kebahagiaan Isteri Pertama?
Bab 24: Menonton Filem Lucah
Bab 25: Suami Membayangi Wanita Lain
Bab 26: Fahami Hukum Seks Oral
Bab 27: Hukum Onani (Masturbasi)
Bab 28: Seks Pada Bulan Ramadan
Bab 29: Zina Pada Siang Ramadan
Bab 30: Status Darah Sebelum Bersalin
Bab 31: Gugurkan Anak Berumur Tujuh Minggu Kerana Demam
Bab 32: Anak Perlukan Cara Baru
Bab 33: 'Ringan-Ringan' Dan Jagalah Zuriatmu!
Bab 34: Jangan Dayus Wahai Lelaki!

Harga = RM21.00 (Sem) RM23.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 214
Penulis = Ustaz Zaharuddin Abd Rahman
Penerbit = Galeri Ilmu Sdn Bhd

Wednesday, October 21, 2009

Belajar Dari Perang Uhud - Strategi Menghadapi Kekalahan

Kekalahan. Itulah kalimat yang tepat untuk menggambarkan keadaan umat Islam ketika ini. Nyaris di setiap sudut bumi, umat Islam ditindas. Walaupun tidak boleh disamakan dengan setara, tetapi situasi ini persis keadaan umat Islam pasca perang yang paling mengesankan berbanding siri-siri peperangan yang disertai Rasulullah SAW. Peperangan Uhud bukan sekadar meninggalkan kenangan getir yang pahit, bahkan penyesalan yang menyentak rasa.

Keluh kesah dan sesalan di atas kekalahan tidak memberi apa-apa manfaat. Paling penting, strategi teratur bagi menghadapi kekalahan. Allah SWT punya cara tersendiri mengajarkan hamba-Nya bagaimana menangani kekalahan. Maka, berbicaralah Allah SWT di dalam surah Ali Imran dari ayat 121 hingga 179. Apakah rahsia dan strategi menghadapi kekalahan? Dapatkan jawapan dan hikmahnya dalam naskhah ini. Bagi pembaca yang ingin mengetahui kisah tercetusnya perang Uhud, buku ini memaparkan secara rinci sirah peperangan ini.

- Penerbit

KANDUNGAN

BAB I: Pra Perang Uhud
Operasi Ketenteraan Sebelum Perang Uhud
1. Perang Bani Sulaim
2. Persekongkolan Membunuh Nabi SAW
3. Perang Melawan Yahudi Bani Qainuqa'
4. Perang Sawiq
5. Perang Ghathafan (Perang Dzi Amar)
6. Perang Bahrain
7. Ekspedisi Zaid Bin Harithah

Tindakan Tegas Terhadap Musuh
1. Pembunuhan Abu Afak
2. Pembunuhan Asma' Binti Marwan
3. Pembunuhan Ibnu Sunainah
4. Pembunuhan Ka'b Bin Al-Asyraf

Kenangan Penting
1. Pernikahan Nabi SAW dengan Aisyah
2. Wafatnya Putri Nabi SAW Ruqayyah
3. Pernikahan Fatimah Dengan Ali
4. Pernikahan Ummu Kulthum Dengan Usman
5. Pernikahan Nabi SAW dengan Hafshah Binti Umar

Riwayat Yahudi

BAB II: Perang Uhud
- Gerakan Akbar Untuk Sebuah Dendam
- Nabi Mencium Gerakan Musuh
- Madinah Bersiap Siaga
- Pasukan Makkah Terus Bergerak
- Rasulullah SAW Mengetuai Mesyuarat Tentera
- Pemeriksaan Pasukan Dan Berangkat Ke Medan Jihad
- Kaum Munafik Melakukan Khianat
- Mengatur Strategi Perang
- Muslihat Politik Musuh
- Pemicu Api Peperangan
- Pertempuran Mulai Berkobar
- Singa Allah SWT Menjemput Syahid
- Dari Pelukan Isteri Menuju Ke Medan Jihad
- Sumbangan Pasukan Pemanah
- Kemenangan Di Ambang Mata
- Dari Sini Kekelahan Itu Bermula
- Saat-Saat Paling Genting
- Berperang Sampai Titisan Darah Penghabisan
- Mencari Kepastian Tentang Sikap Kaum Musyrikin
- Mencari Korban Perang
- Mengumpulkan Dan Mengubur Syuhada'
- Jumlah Korban Dari Dua Pasukan
- Dari Golongan Muhajirin:
- Dari Golongan Anshar:
- Rasulullah SAW Berdoa
- Kembali Ke Madinah
- Perang Hamraul Asad

BAB III: Peristiwa Pasca Perang Uhud
1. Ekspedisi Abu Salamah
2. Ekspedisi Abdullah Bin Unais
3. Pengkhianatan Di Raji'
4. Tragedi Bi'ru Ma'unah
5. Perang Yahudi Bani Nadhir
6. Perang Nejed
7. Perang Badar Kedua
8. Perang Dumatul Jandal

BAB IV: Pengajaran Dan Hikmah Dari Medan Uhud
1. Pentingnya Musyawarah
2. Bahaya Kaum Munafik
3. Tidak Boleh Minta Bantuan Dari Orang Kafir
4. Kecanggihan Strategi Perang Rasulullah SAW
5. Kesalahan Kecil Akibat Buruk

Hikmah Ilahiyah Bagi Kaum Yang Kalah
1. Mengembalikan Rasionaliti Umat
2. Memulihkan Kepercayaan Diri Kaum Muslimin
3. Menghiburkan Kaum Muslimin
4. Menanamkan Kembali Obesiti Utama
5. Bahaya Pergantungan (Figura)
6. Menjelaskan Persepsi Tentang Kematian
7. Mengembalikan Kesedaran Sejarah

Harga = RM16.00 (Sem) RM19.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 186
Penulis = Hepi Andi Bastoni
Penerbit = Kemilau Publika Sdn Bhd

Aminah: Ibu Muhammad S.A.W.

Cerita mengenai bonda junjungan besar Nabi Muhammad SAW jarang kita baca mahupun kita dengar secara terperinci. Buku "Aminah - Ibu Muhammad s.aw." dibawa kepada pembaca untuk mengetahui dengan lebih dekat siapakah Aminah yang sering disebut dalam sirah nabawiyyah.

Buku ini menceritakan tentang riwayat hidup Aminah sejak kecil hingga dia wafat. Pengorbanannya memelihara Muhammad tanpa suami adalah contoh terbaik buat mereka yang kehilangan suami.

- Penerbit

KANDUNGAN

- Si Kecil Yang Cantik
- Rahsia
- Menjelang Tengahari
- Jiwa-Jiwa Yang Memberontak
- Pilihan
- Jalan Keluar
- Pertunangan Dan Pesta Pernikahan
- Perpisahan Pertama
- Yang Hilang
- Kembali
- Hingar Bingar
- Pancaran
- Perayaan
- Anak Yatim Yang Fakir
- Keberuntungan
- Perpisahan Kedua
- Pertemuan
- Tekad Bulat
- Keberangkatan
- Rencana Jahat
- Perjalanan Panjang

Pautan : Aminah: Bunga Kaum Quraisy

Harga = RM14.00
Mukasurat = 151
Penulis = Abdul Salam Al-Asyri
Penterjemah = Hamzah Bin Raden Anwar
Penerbit = Al-Hidayah Publications

Friday, October 16, 2009

Perisai Kebal Untuk Menangkis Kejahatan Jin & Syaitan

FADHILAT AMALAN

1. Untuk melindungi diri dari kejahatan jin, iblis & syaitan.
2. Agar terpelihara dari tipu daya musuh & bala bencana.
3. Agar dihindari dari sakaratul maut & seksa kubur.
4. Dilapangkan fikiran, dikuatkan iman & menang dalam perjuangan.
5. Disembuhkan dari penyakit, rasa malas, rendah diri dan lain-lain sifat mazmumah.

Harga = RM29.90
Mukasurat = 758
Karya = As-Syeikh Wahid Abd. Salam Bali
Penerbit = Penerbitan Nurulhas

Palestin Tak Pernah Gentar!: Fatwa Kontemporari Dan Penyelesaiannya

Buku Palestin Tak Pernah Gentar! Fatwa Kontemporari Dan Penyelesaiannya ini dikemukankan supaya umat Islam dapat menyedari akan bahayanya gerakan Zionis dan betapa rakusnya mereka dalam misi memusnahkan Islam dan umatnya. Mereka begitu bernafsu untuk memperhambakan seluruh umat agar tunduk dan patuh kepada agenda mereka. Bahasa yang paling sesuai digunakan untuk mereka adalah perang dan jihad seperti mana yang diusulkan para ulama dan juga pemimpin Islam seperti mana kaedah disebut "Pedang hendaklah diselesaikan dengan pedang". Ini kerana makin dilarang, dikeji dan dicerca semakin menjadi-jadi tindakan kekejamannya. Semoga umat Islam bangkit begitu juga masyarakat dunia, bagi menyekat kezaliman Israel di muka bumi ini. Semoga buku ini menjadikan kita kasih kepada bumi Palestin dan warganya di samping semangat ukhwah Islamiah serta ta'awun dapat disuburkan lagi. Menjadi harapan kita semua agar umat Islam sentiasa mendapat pemeliharaan Allah SWT dan Baitul Maqdis menjadi milik umat Islam kembali. Amin.

- Penulis

"Memburu Menang Atau Syahid"

KANDUNGAN

Bab 1: Yahudi, Zionisme Dan Freemason
- Sejarah Yahudi
- Yahudi Musuh Utama
- Identiti Yahudi Dewasa Ini
- Ringkasan 12 Jenayah Yahudi Dalam A-Quran
- Apa Itu Zionisme?
- Apa Kaitan Freemason Dengan Yahudi?

Bab 2: Perebutan Baitul Maqdis Di Palestin
- Pembukaan Kota Baitul Maqdis
- Saiydina Umar R.A. Menemui Kedudukan Masjid Al-Aqsa
- Petanda Bangsa Yahudi Tersingkir
- Masjid Al-Aqsa Dan Ukurannya
- Pendirian Ulama Berkenaan Masjid Al-Aqsa Dan Al-Quds
- Palestin Bumi Islam
- Sejarah Pengambilan Bumi Palestin Oleh Yahudi
- Kenapa Semua Yahudi Tidak Berpindah Ke Palestin?

Bab 3: Yahudi Pengganas Dan Penghancur Manusia
- Sejarah Kezaliman Yahudi
- Syaitan Berkata-Kata Dalam Kitab Talmud
- Keganasan Ajaran Talmud
- Antara Kesesatan Terang-Terangan Di Dalam Kitab Talmud
- Tipu Daya Dan Perancangan Yahudi
- Protokol-Protokol Yahudi
- Keputusan-Keputusan Muktamar Zionis Pertama Dan Pembongkaran Protokol-Protokol Yahudi
- Konspirasi Antarabangsa

Bab 4: Dunia Menjadi Saksi, Yahudi Menghisap Darah Gaza
- Sejarah Gaza
- Resolusi Kerajaan Malaysia Terhadap Serangan Israel Di Gaza
- Pendapat Tokoh Dan Pemimpin Berhubung Isu Palestin

Bab 5: Fatwa Ulama
- Tindakan / Serangan Berani Mati (Amaliah Istisyahadiah)
- Hujah Ulama (Dr. Yusuf Al-Qaradhawi) Dalam Mengharuskan Jihad Berbentuk Serangan Berani Mati
- Pendapat Ahli Fiqah
- Menyentuk Isu Palestin Supaya Dibebaskan Daripada Cengkaman Israel
- Hukum Menghadiri Muktamar "Madrid" Dan Berdamai Dengan Israel
- Hukum Yang Disepakati Oleh Para Ulama Berdasarkan Dalil-Dalil

Bab 6: Penyelesaian Isu Palestin
- Cara Rasulullah SAW Menyelesaikan Isu Yahudi
- 12 Langkah Praktikal Untuk Terlibat Dalam Jihad Di Palestin
- Sejauh Mana Peranan Barrack Hussien Obama Dalam Isu Palestin?
- Kerinduan Umat Islam Terhadap Bumi Palestin
- Sekatan Senjata Ke Gaza, Satu Penyelesaian Atau Konspirasi?
- Adakah Orang Yahudi Berjaya Menegakkan Kerajaan Mereka?

Lampiran 1: Antara Produk AS Yang Diboikot Oleh Para Ulama
Lampiran 2: Secangkir Pengalaman Di Bumi Gaza
Lampiran 3: Cebisan Sajak Dan Puisi Palestin
Lampiran 4: Kata-Kata Pemimpin

Harga = RM20.00 (Sem) RM22.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 200
Penulis = Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri & Fatimah Syarha Mohd. Noordin
Penerbit = Telaga Biru Sdn Bhd

Thursday, October 15, 2009

Penggunaan Bahan-Bahan Yang Haram & Najis Dalam Makanan & Ubat-Ubatan

Umat Islam perlu kepada pendedahan isu-isu baru yang mempunyai hubungan secara langsung dengan kehidupan mereka.

Satu Pembahasan Mengenai Bahan-Bahan Haram & Najis Yang Digunakan Di Dalam Pemprosesan Makanan & Ubat-Ubatan Semasa Menurut Perspektif Islam

KANDUNGAN

Bab 1: Qaedah Asal Sesuatu Itu Adalah Halal Dan Suci
- Pengertian Qaedah Ini Dan Sandarannya
- Sokongan-Sokongan Terhadap Qaedah Ini

Bab 2: Teori Perubahan Zat (Al-Istihalah)
- Konsep Teori Perubahan Zat
- Sandaran Teori Perubahan Zat Sesuatu
- 'Ulama' Yang Berpegang Dengan Teori Perubahan Zat
- Sokongan Daripada Teks Fiqh

Bab 3: Teori Hancur Zat (Al-Istihlak)
- Konsep Teori Hancur Zat
- Sandaran Teori Hancur Zat
- 'Ulama' Yang Berpegang Dengan Teori Hancur Zat
- Sokongan-Sokongan Daripada Teks Fiqh

Bab 4: Teori Dharurah Dan Hajat Untuk Berubat
- Definisi Dharurah
- Konsep Teori Dharurah
- Sandaran Teori Dharurah
- 'Ulama' Yang Berpegang Dengan Teori Dharurah
- Ukuran Fiqh Terhadap Keadaan Dharurah

Bab 5: Adakah Arak Najis Dari Segi 'Ainnya?
- Ijtihad Ulama

Bab 6: Adakah Benda-Benda Yang Memabukkan Itu Najis? Apakah Hukum Mengambilnya?
- Hukum Mengambil Benda-Benda Yang Memabukkan

Bab 7: Penggunaan Alkohol Athyl
- Hubungan Alkohol Athyl Dengan Arak
- Hukum Penggunaan Alkohol Di Dalam Pemprosesan Membuat Minyak Wangi Dan Ubat-Ubatan
- Adakah Harus Meminum Ubat-Ubatan Yang Mengandungi Kuantiti Kecil Alkohol?
- Adakah Harus Megambil Makanan Yang Mengandungi Kuantiti Tertentu Alkohol?

Bab 8: Kenajisan Bangkai Dan Hukum Keju Yang Diperbuat Daripada Pepsin Bangkai
- Sejauh Manakah Kenajisan Bangkai Menurut Perspektif Islam
- Hukum Keju Yang Bercampur Dengan Pepsin Bangkai

Bab 9: Penggunaan Bahan-Bahan Yang Terdapat Pada Badan Khinzir Di Dalam Pemprosesan Makanan, Ubat-Ubatan Dan Lain-Lain
- Pengharaman Dan Kenajisan Khinzir
- Penggunaan Bahagian-Bahagian Khinzir Di Dalam Proses Pengeluaran Makanan Masakini
- Makanan-Makanan Yang Dicampurkan Dengan Lemak Khinzir Di Dalam Pemprosesannya
- Gelatin Yang Dikeluarkan Daripada Khinzir
- Hukum Keju Yang Diperbuat Daripada Pepsin Khinzir
- Penggunaan Bahan-Bahan Khinzir Di Dalam Rawatan Perubatan Masakini
- - Penggunaan Insulin Yang Berasal Daripada Khinzir
- - Penggunaan Kulit Khinzir Di Dalam Pembedahan Penampalan Kulit
- Penggunaan Bahan-Bahan Daripada Khinzir Di Dalam Industri-Industri Yang Lain
- - Pertama: Kulit Khinzir Yang Disamak
- - Kedua: Mengambil Manfa'at Daripada Bulu Khinzir
- - Ketiga: Sabun Yang Diperbuat Daripada Lemak Khinzir
- - Keempat: Ubat Gigi Yang Mengandungi Sesetengah Bahan Yang Diambil Daripada Khinzir
- - Kelima: Bedak Dan Krim Yang Dimasukkan Lemak Khinzir

Bab 10: Penyulingan Air Kumbahan Melalui Teknik Moden

Bab 11: Pemakanan Binatang Dengan Makanan-Makanan Najis

Bab 12: Penggunaan Bahan-Bahan Yang Memabukkan Di Dalam Rawatan Perubatan Dan Ubat-Ubatan

Bab 13: Rawatan Menggunakan Emas

Harga = RM14.00
Mukasurat = 158
Penulis = Dr. Nazih Hammad
Penterjemah = Dr. Basri Bin Ibrahim Al-Hasani Al-Azhari
Penerbit Al-Hidayah Publishers

Rahsia & Keberkatan Air Zam-Zam: Sejarah, Nama-Nama, Fadhilat Dan Khasiatnya

Allah Taala telah menjadikan khasiat dan keberkatan yang tidak ternilai ke atas air zam-zam ini. Rasulullah sendiri pernah menyebutkan dalam hadith baginda yang bermaksud "Sesungguhnya ia amat diberkati; minuman yang lazat dan ubat kepada penyakit".

Sekiranya anda meminumnya dengan niat untuk menghilangkan dahaga maka Allah Taala akan menghilangkan dahaga itu, sekiranya anda meminumnya dengan tujuan untuk berubat maka Allah akan menyembuhkan penyakit itu dan sekiranya anda meminumnya dengan harapan atau hajat tertentu maka nescaya Allah akan memakbulkan hajat tersebut. Benarlah apa yang telah disabdakan oleh Nabi Muhammad S.A.W. "Air zam-zam ialah air yang untuk apa ia diminum". Itulah air yang turut dimuliakan oleh Baginda S.A.W. Lalu bertambahlah keberkatan yang telah sekian ada.

- Penulis

KANDNGAN

Bahagian Pertama: Sejarah Air Zam-Zam
- Kisah Air Zam-Zam
- - Cerita Jurham Dan Zam-Zam Selepas Ismail A.S.
- - Ucapan Mudhadh Bin Amru Tentang Kaum Jurham
- - Masa Penggalian Perigi Zam-Zam

- Abdul Muttalib Menggali Semula Perigi Zam-Zam

- Nazar Abdul Muttalib Sekiranya Perigi Itu Sempurna Digali

- Jangkamasa Kewujudan Air Zam-Zam Di Muka Bumi

- Perigi Zam-Zam Dan Mata Air Yang Memancarkannya

Bahagian Kedua: Nama Zam-Zam
- Nama Zam-Zam

Bahagian Ketiga: Fadhilat, Khasiat Dan Keberkatan Air Zam-Zam
- Fadhilat, Khasiat Dan Keberkatan Air Zam-Zam
- - Air Zam-Zam Mata Air Syurga
- - Air Zam-Zam Kurniaan Allah Yang Paling Utama Kepada Kekasihnya Ibrahim A.S.
- - Air Zam-Zam Punca Kehidupan Di Mekah
- - Air Zam-Zam Bukti Yang Nyata Di Baitullah
- - Air Zam-Zam Air Terbaik Di Muka Bumi
- - Munculnya Air Zam-Zam Dengan Perantaraan Jibril A.S.
- - Air Zam-Zam Muncul Di Tempat Paling Mulia Di Muka Bumi
- - Air Zam-Zam Digunakan Untuk Membersihkan Jantung (Hati) Nabi Muhammad S.A.W.
- - Air Yang Diberkati Oleh Rasulullah S.A.W.
- - Makanan Yang Lazat Dan Mengenyangkan
- - Ubat Segala Penyakit
1. Tertelan Jarum Di Kerongkong
2. Ahmad Bin Hanbal Berubat Dengan Air Zam-Zam
3. Lemah Anggota Badan
4. Ibnu Al-Qayyim Berubat Dengan Air Zam-Zam
5. Imam Zainuddin Berubat Dengan Air Zam-Zam
6. Menyembuhkan Penyakit Rabun Dan Buta
7. Sembuh Dari Penyakit Edema Atau Dropsy
8. Sembuh Dari Penyakit Gagap
9. Sembuh Dari Penyakit Barah
10. Syeikh Abdul Rasyid Ibrahim At-Tatari Sembuh Dari Banyak Penyakit Setelah Meminum Air Zam-Zam
11. Menyembuhkan Penyakit Terlalu Kerap Membuang Air Kecil
- - Ubat Kulit Yang Melecur
- - Air Zam-Zam Dapat Menghilangkan Sakit Kepada Dan Menajamkan Penglihatan
- - Air Zam-Zam Adalah Air Yang Untuk Apa Ia Diminum
a. Waktu Meminum Air Zam-Zam Adalah Masa Dikabulkan Semua Doa
b. Contoh Beberapa Orang Yang Telah Meminum Air Zam-Zam Dan Niat-Niat Mereka
c. Masyarakat Jahiliyyah Sebelum Kedatangan Islam
d. Air Zam-Zam Rasanya Seperti Madu Dan Susu Bergantung Kepada Untuk Apa Ia Diminum
e. Hikmah Di Sebalik Doa Yang Lambat Dimakbulkan
- - Tadhallu' Air Zam-Zam Tanda Keimanan Dan Pengampunan Daripada Kemunafikan
- - Perisa Khusus Air Zam-Zam
- - Percubaan Musuh Islam
- - Air Zam-Zam Minuman Orang Yang Baik
- - Melihat Air Zam-Zam Adalah Ibadah
- - Air Zam-Zam Hidangan Yang Paling Utama
- - Air Zam-Zam Tidak Pernah Kering
- - Air Zam-Zam Menguatkan Badan
- - Air Zam-Zam Lebih Disukai Oleh Ulama Ahli Kitab Dari Emas
- - Di Dalam Kitab Ahli Kitab Dinyatakan: Sesiapa Yang Menyiramkan Air Zam-Zam Ke Atas Kepalanya Maka Dia Tidak Akan Ditimpa Kecelakaan

Bahagian Keempat: Hukum Fiqh Yang Berkaitan Dengan Air Zam-Zam
- Beberapa Masalah Fiqh Yang Berkaitan Dengan Air Zam-Zam
- - Sunat Meminum Air Zam-Zam
- - Sunat Meminum Air Zam-Zam Bagi Jemaah Haji Dan Orang Yang Mengerjakan Umrah Selepas Mengerjakan Tawaf Dan Sebelum Melakukan Sa'ie
- - Sunat Meminum Air Zam-Zam Bagi Jemaah Haji Dan Orang Yang Mengerjakan Umrah Sebelum Meninggalkan Baitullah Al-Haram
- - Adab Meminum Air Zam-Zam
- - Minum Air Zam-Zam Sama Ada Duduk Atau Berdiri
- - Sunat Menyuapkan Air Zam-Zam Ke Mulut Bayi Yang Baru Lahir
- - Hukum Sunat Dan Pahala Meminum Air Zam-Zam
- - Sunat Mendahulukan Orang Yang Bermusafir Minum Air Zam-Zam

- Beberapa Masalah Fiqh Tentang Bersuci Dengan Air Zam-Zam
- - Sunat Menyiramkan Air Zam-Zam Ke Atas Kepala Dan Badan
- - Sunat Berwudhuk Dengan Air Zam-Zam
- - Larangan Membersihkan Najis Dengan Air Zam-Zam
- - Mandi Dan Mengangkat Hadas Besar Dengan Air Zam-Zam
- - Tidak Boleh Bertayammum Selagi Ada Air Zam-Zam

- Beberapa Masalah Lain Dalam Fiqh Yang Berkaitan Dengan Air Zam-Zam
- - Digalakkan Membawa Air Zam-Zam Dari Mekah Ke Tempat-Tempat Lain
- - Hukum Menjual Air Zam-Zam

Harga = RM10.00
Mukasurat = 167
Penulis = Sa'id Muhammad Yahya Bakdasy
Penerbit = Berlian Publications Sdn Bhd

Al-Muwattho' - الموطأ




















Harga = RM46.00
Mukasurat = 528 (Kulit Tebal)
Karangan = Imam Malik Bin Anas (Bahasa Arab)
Penerbit = Dar El-Hadith (Kaherah)

Popular Posts

Borang Pesanan / Soalan / Pendapat

Nama:
Nombor Telefon:
Alamat Surat Menyurat:
Alamat Email:
Pesanan:

Home

IKLAN!!!

IKLAN!!!
Sticker Keyboard Arab. RM 7.00 je satu...