Pages


Petikan Hadith Kelapan, Kitab "Empat Puluh Hadith Kelebihan Ilmu Dan Ulama'"

Kedai Buku Tinta Ilmu, Lot 2-8-8, Tingkat 1, Pusat Beli Belah Ole-Ole, Jalan Pinang A 18/A, Seksyen 18, 40200 SHAH ALAM, Selangor.

Sunday, January 29, 2012

Islam Dan Nasionalisme

Fahaman nasionalisme telah menjadi ideologi perjuangan kebanyakan bangsa dan negara di seluruh dunia. Fahaman ini juga menjadi akidah perjuangan yang dijunjung tinggi, bukan sahaja kerana ianya dipergunakan dalam perjuangan kemerdekaan menentang penjajah asing yang zalim, tetapi fahaman nasionalisme ini diteruskan selepas penjajah itu keluar itu keluar dan negara berkenaan mencapai kemerdekaannya. Kadangkala fahaman  nasionalisme ini dijadikan teras negara sehingga ada yang terlanjur berlaku zalim pula apabila adanya masyarakat majmuk dalam negara itu atau negara jirannya. Semua ini berlaku walaupun dunia akhir zaman ini berada di puncak kemajuan teknologi, khususnya dalam lapangan perhubungan dan maklumat, sehingga dunia menjadi tanpa sempadan.

- Penerbit

KANDUNGAN
  • Muqaddimah
  • Kewujudan Bangsa
  • Hubungan Silaturrahmi
  • Kecintaan Kepada Bangsa
  • Perpaduan Umat
  • Umat Islam
  • Umat Manusia
  • Haram Zalim Terhadap Kaum Yang Lain
  • Fahaman Asabiyyah
  • Kebangsaan Yang Berteraskan Islam
  • Kejayaan Perpaduan Islam
  • Nasionnalisme Punca Utama Perpecahan Umat Islam
  • Kemerdekaan
Harga = RM5.00
Mukasurat = 50
Penulis = Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Bin Awang
Penerbit = Jundi Resources

Saturday, January 28, 2012

Menerokai Kegemilangan Saintis Islam

Islam tidak pernah kering dengan catatan perjalanan umatnya. Pada Zaman Kegemilangan, Islam telah melahirkan begitu ramai tokoh ilmuwan ulung yang berjaya mencetuskan idea untuk pembangunan ummah. Golongan ini membawa mercu budaya dan tamadun Islam ke seluruh dunia sehingga ia menjadi ikutan arus kemodenan negara Barat.

Hari ini kita banyak didedahkan dengan penemuan saintis Barat dan hanya sedikit tentang keagungan ilmuwan Islam. Malah, ramai yang tidak mengetahui bahawa ilmuwan ini telah mendahului saintis Barat dalam penemuan bebapa teori. Sudahnya, banyak ciptaan ilmuwan kita digunapakai dan Barat dengan mudah mengaku bahawa penciptaan itu milik mutlak mereka!

Rentetan daripada senario inilah, MENEROKAI KEGEMILANGAN SAINTIS ISLAM mengajak kita menyelami sendiri sejarah cendekiawan yang tidak pernah surut menyumbang ke arah kemajuan tamadun Islam. Juga membawa kita merentasi keagungan Al-Quran sebagai sumber sains serta membongkar sains para Nabi ALLAH. Iqra'... dengan Nama TUHAN agar ditemui kebenaran yang nyata.

- Penerbit

KANDUNGAN
  • BAB 1: Asal-Usul Sains
  • BAB 2: Kehebatan Kejadian Manusia
  • BAB 3: Mengapa Belajar Sains
  • BAB 4: Sains Dan Etika
  • BAB 5: Ciri-Ciri Saintis
  • BAB 6: Strategi Cemerlang Sains
  • BAB 7: Idola Dalam Sains
  • BAB 8: Sains Dan Hadiah Nobel
  • BAB 9: Kegemilangan Sains Tamadun Islam
  • BAB 10: Rahsia Pemakanan Saintis Islam
  • BAB 11: Rahsia Solat Dari Sudut Sains
  • BAB 12: Sains, Kreativiti Dan Inovasi
Harga = RM15.00 (Sem) RM18.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 282
Penulis = Dr. Yazid Abdul Manap (Pensyarah Jabatan Sains Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Temenggong Ibrahim, Johor)
Penerbit = Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd.

Saturday, January 21, 2012

Petunjuk Nabawi Bagi Hati

Buku Petunjuk Nabi (SAW) merupakan koleksi Hadith yang sangat diperlukan oleh Muslim hari ini dalam pertarungan keperibadian dan akhlak. Pertarungan pemikiran antara Islam dan agama serta pemikiran lain telah sampai ke penghujung dimana kesudahan pertarungan ini berpihak kepada Islam. Hasilnya, manusia dari segala agama dan pemikiran berbondong-bondong  telah menganut agama Allah. Dengan itu, pertarungan pertama kini ialah merubah agama ini dari alam pemikiran ke alam keperibadian dan akhlak, dari alam kemunduran ke alam pembangunan insan, dari era ketewasan ke era kemenangan, dari pengabdian sesama manusia dan dari material kepada pengabdian hanya kepada Allah Tuhan Sekalian Alam. Oleh itu, Hadith-Hadith yang dikumpulkan oleh Prof. Dr. Sharaf Qudha dalam buku ini merupakan sekumpulan hadith yang boleh mengetuk dan merawat hati mereka. Hadith-Hadith yang dipilih dari Sahih Al-Bukhari ini akan dapat merawat semua sebab penyelewengan yang terdapat pada manusia dalam kepelbagaian tahapnya dan memfokuskan secara khusus kepada hati. Dimana hati disebut sebagai seketul daging bagi satu jasad, jika elok daging tersebut maka sihatlah jasadnya dan begitulah sebalikya. Hadith-Hadith yang disebut dalam buku ini boleh melembutkan hati pembaca dan menghilangkan segala karat daki yang menjadi penghalang seseorang hamba dari Tuhannya. Seperti yang sedia dimaklumi, hati adalah mahkota kehidupan. Sesuatu yang sedia bertahta di hati amat sukar dikeluarkan. Bacalah buku ini dan anda akan rasai kelainannya.

- Penerbit

KANDUNGAN
  • Hadith 1: Ujian Dengan Nikmat
  • Hadith 2: Ujian Dengan Musibah
  • Hadith 3: Perbandingan Dunia Dan Akhirat
  • Hadith 4: Jadilah Kamu Di Dunia Ini Sebagai Anak Dagang
  • Hadith 5: Panjang Angan-Angan
  • Hadith 6: Sesiapa Yang Mengucap La Ilaha Illallah
  • Hadith 7: Bahaya Dunia
  • Hadith 8: Celaka Hamba Dinar
  • Hadith 9: Al-Mukthirun Merekalah Al-Muqillun Pada Hari Kiamat
  • Hadith 10: Amalan Seseorang Tidak Dapat Menajamin Syurga
  • Hadith 11: Harap Beriringan Dengan Perasaan Takut
  • Hadith 12: Larangan Dari Banyak Berkata Perkara Yang Tidak Berfaedah
  • Hadith 13: Sesiapa Yang Ingin Melakukan Kebaikan Dan Kejahatan
  • Hadith 14: Setiap Amalan Adalah Kesudahannya
  • Hadith 15: Uzlah
  • Hadith 16: Diangkatnya Amanah
  • Hadith 17: Wali-Wali Allah
  • Hadith 18: Perbandingan Ahli Syurga Dan Neraka
  • Hadith 19: Qisas Pada Hari Akhirat
  • Hadith 20: Orang-Orang Yang Masuk Syurga Tanpa Perhitungan Amalnya
  • Hadith 21: Syafaat Di Akhirat
Harga = RM30.00
Mukasurat = 270
Penulis = Dr. Sharaf Al-Qudha
Penterjemah = Prof. Madya Dr. Fauzi Deraman, Prof. Dato' Dr. Zulkifli Mohd Yusof & Prof. Madya Dr. Abdul Rashid Ahmad
Penerbit = Warisan Nabawi Enterprise & Centre of Quranic Research (CQR), Universiti Malaya, Malaysia

Saturday, January 7, 2012

Sabil Al-Muhtadin - Puasa Dan Iktikaf

SABIL AL-MUHTADIN bab PUASA DAN IKTIKAF ini adalah sorotan himpunan permasalahan tentang puasa dan iktikaf daripada kitab besar SABIL AL-MUHTADIN karangan KIAI AL-IMAM AL-ALLAMAH AL-HAMMAM AL-FAHHAMAH AL-SYEIKH MUHAMMAD ARSYAD BIN ABDULLAH AL-BANJARI yang telah disalin dan disusun semula oleh al-Ustaz Mohamad Haidzir bin Hussin bin Ibrahim, kemudian ia dipermodenkan bahasanya untuk mudah difahami oleh pembaca kontemporari tanpa berkurang maksud isi kandungan dan hukum hakamnya oleh al-Ustaz Fuad Ismail. Malah teks asal tulisan jawi masih dikekalkan untuk rujukan pihak pembaca yang memerlukannya.

Puasa sebenarnya adalah antara amal ibadah kemasyarakatan yang paling hampir pada hati umat Islam selepas solat. Namun untuk memperhiasi dan memperhalusi amalan berpuasa ini hingga menjadi satu "hidangan" yang cantik untuk dipersembahkan kepada Allah SWT perlu dititikberatkan tentang sunat, makruh dan sah batalnya. Buku ini menerangkan hukum hakam hingga kepada perkara yang remeh-temeh.

Sementara iktikaf pula merupakan suatu amal ibadah yang mungkin agak kurang difahami dan dihayati oleh umat Islam di Nuusantara ini. Justeru kitab ini mengetengahkan fakta dan ilmu amalannya agar iktikaf dalam erti kata sebenarnya dapat hidup subur dan dihayati oleh semua peringkat generasi.

- Penerbit

KANDUNGAN

Bahagian 1: Puasa
  • Bab 1: Pengenalan Puasa
  • Bab 2: Rukun Puasa, Syarat Puasa dan Perkara-Perkara Yang Berkaitan Dengannya
  • Bab 3: Syarat-Syarat Wajib Puasa Ramadan
  • Bab 4: Perkara-Perkara Yang Mengharuskan Berbuka Puasa
  • Bab 5: Sunat Yang Dilakukan Ketika Berpuasa
  • Bab 6: Fidyah Puasa Yang Wajb
  • Bab 7: Kafarah Jimak Ketika Puasa Ramadan
  • Bab 8: Puasa Sunat
Bahagian 2: Iktikaf
  • Bab 1: Pengenalan Iktikaf
  • Bab 2: Rukun Iktikaf
  • Bab 3: Perkara-Perkara Yang Membatalkan Iktikaf
Harga = RM26.00
Mukasurat = 215
Pengarang = Kiyai Al-Imam Al-Allamah Al-Hammam Al-Fahhamah Al-Syeikh Muhammad Arsyad Bin Abdullah Al-Banjari
Penyalin = Al-Ustaz Mohammad Haidzir Bin Hussin
Disunting Oleh = Datuk Hj. Md. Hashim YahayaPenerbit = Telaga Biru Sdn Bhd

*Sabil Al-Muhtadin - Korban, Akikah, Perburuan, Sembelihan Dan Pemakanan

Muhammad Rasul Terakhir Jilid 1 & 2

KANDUNGAN Jilid 1
KEHIDUPAN NABI MUHAMMAD DI MAKKAH
  • Kelahiran Nabi Terakhir
  • Di Perkampungan Bani Sa'd
  • Dari Kecil Hingga Dewasa
  • Tiga Tahun Pertama Kerasulan
  • Berdakwah Secara Terbuka
  • Rintangan Dalam Berdakwah
  • Tiga Tahun Dipulau
  • Mencari Sokongan Di Luar Makkah
  • Isra' Dan Mi'raj
  • Bantuan Dari Madinah
  • Hijrah Pengubah Sejarah


Harga = RM18.50
Mukasurat = 153 (Berwaarna Penuh)
Penyusun = Hairudin Bin Mohamed
Penerbit = Pustaka Salam Sdn Bhd

KANDUNGAN Jilid 2
KEHIDUPAN NABI MUHAMMAD DI MADINAH
  • Pembinaan Asas Sebuah Negara
  • Peperangan Badar Al-Kubra
  • Peperangan Bani Qainuqa'
  • Peperangan Uhud
  • Peperangan Bani Nadhir
  • Peperangan Ahzab
  • Peperangan Bani Quraizhoh
  • Berkahwin Dengan Zainab
  • Peperangan Bani Mustholiq
  • Perjanjian Hudaibiah
  • Menggempur Kubu Khaibar
  • Menghadapi Tentera Rom; Kuasa Besar Dunia
  • Mennguasai Makkah Tanpa Mencemari Kehormatannya
  • Pengajaran Di Hunain
  • Menghadapi Kuasa Besar Dunia
  • Pengisytiharan Kesempurnaan Islam Dan Kewafatan Rasulullah SAW
Harga = RM19.50
Mukasurat = 170 (Berwarna Penuh)
Penyusun = Hairudin Bin Mohamed
Penerbit = Pustaka Salam Sdn Bhd

Popular Posts

Borang Pesanan / Soalan / Pendapat

Nama:
Nombor Telefon:
Alamat Surat Menyurat:
Alamat Email:
Pesanan:

Home

IKLAN!!!

IKLAN!!!
Sticker Keyboard Arab. RM 7.00 je satu...