Pages


Petikan Hadith Kelapan, Kitab "Empat Puluh Hadith Kelebihan Ilmu Dan Ulama'"

Kedai Buku Tinta Ilmu, Lot 2-8-8, Tingkat 1, Pusat Beli Belah Ole-Ole, Jalan Pinang A 18/A, Seksyen 18, 40200 SHAH ALAM, Selangor.

Friday, March 25, 2011

Khutbah Rasulullah - Wasiat Agung Buat Umat Tercinta

..Alangkah indahnya jika ucapan dan pidato Rasul mulia ini dapat kita tatap kembali bagi mengisi rongga hati kita yang lompong. Justeru, buku ini disusun dengan menghimpunkan pidato, syarahan dan teguran Rasulullah kepada sahabat-sahabatnya. Bagi memudahkan pembaca umum, buku ini disusun mengikut bab tertentu, seperti akidah, akhirat, kematian, syurga dan neraka, pemimpin dan kepimpinan serta wasiat yang ditujukan khusus kepada sahabat-sahabat tertentu.

Walau pun tidak mendengar dari lidah suci Rasulullah sendiri, sekurang-kurangnya pembaca dapat memanfaatkan inti sari khutbahnya dalam kehidupan seharian.

- Penyusun

KANDUNGAN

BAHAGIAN 1: Khutbah Penting Rasulullah
BAHAGIAN 2: Pemimpin Dan Kepimpinan
BAHAGIAN 3: Kematian Dan Kubur
BAHAGIAN 4: Tanda-Tanda Kiamat Dan Akhirat
BAHAGIAN 5: Syurga
BAHAGIAN 6: Neraka
BAHAGIAN 7: Akhirat
BAHAGIAN 8: Wasiat Dan Pesanan Rasulullah
BAHAGIAN 9: Jihad

Harga = RM19.00 (Sem) RM21.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 283
Penyusun = Rohidzir Rais
Penerbit = PTS Islamika Sdn Bhd

Keanehan Orang Warak - Menyingkap Sifat Warak, Subahat Dan Kisah-Kisah Lucu Mengenainya

Buku ini menyingkap kisah orang warak yang boleh mencuit hati dan mengukir sedikit senyum pembaca atau pendengarnya kerana dirasa aneh atau melucukan. Ini disebabkan orang warak itu terutama yang berada di peringkat wara'ul muttaqin dan wara'us siddiqin sangat ketat dalam membentengi diri mereka daripada perkara subahat yang halus-halus. Kisah-kisah orang warak yang kelihatan aneh atau lucu tetapi dapat dijadikan teladan untuk generasi sepanjang zaman. Malah ia tetap segar untuk dijadikan selingan oleh para penulis, guru, penceramah dan pendakwah.

- Penulis

KANDUNGAN

BAB SATU
WARAK DAN SUBAHAT
  • Pengertian Warak
  • Tingkat-Tingkat Warak
  • Pengertian Subahat
  • Jenis-Jenis Subahat
  • Peringatan Tentang Warak
  • Kata-Kata Hikmah Tentang Warak
BAB DUA
KISAH ANEH ORANG WARAK
  1. Guru Tidak Pandai Meludah, Calon Murid Lari
  2. Tidak Mahu Berguru Kepada Yang Menipu Binatang
  3. Akibat "Mahu Makan" Pemberian Syaitan, Kena Pulau
  4. Sanggup Berlapar Kerana Pinggan "Tak Bersih"
  5. Penjaga Kebun Delima Tidak Mahu Rasa Delima
  6. Menunjuk-Nunjuk Cubaan Allah?
  7. Ibu Tidak Tahu Padang Ragut Kambing, Anak Tak Jadi Minum Susu
  8. Yang Disewa Rumahnya, Bukan Debu-Debunya
  9. Terjual Barang Cacat, Seluruh Hasil Jualan Disedekahkan
  10. Takut Pada Bau Wangi 1
  11. Takut Pada Bau Wangi 2
  12. Rahsia Lengan Baju Besar Sebelah
  13. Mengembalikan Hadiah Setelah Mati
  14. Sepanjang Jalan Yang Nampak Hanya Ibu Jari Saja
  15. Kuda Bekerja Lebih Masa, Dapat Ganti Rugi
  16. Minta Subang Berlian, Dapat Bara Api
  17. Kerana Sudah Tidak Berduit, Saku Dibuang
  18. Anak Raja Menjadi Buruh Kasar
  19. Salah Guna Selawat, Kedai Ditutup
  20. Berpantang Makan Kambing Seumur Kambing
  21. Berpantang Makan Ikan Seumur Ikan
  22. Tak Mahu Tumpang Walau Hanya Bayang-Bayang
  23. Tidak Mahu Marah Peribadi Di Premis Awam
  24. Penjual Hendak Murah, Pembeli Pula Hendak Mahal
  25. Bagi Nabi Hadiah, Bagiku Jadi Rasuah
  26. Radar Makan Subahat
  27. Cara Agar Tidak Rakus Dalam Kenduri
  28. Kisah Jubah Seorang Ketua Negara Bertubuh Besar
  29. Ketua Negara Takut Mengambil Gaji
  30. Padah Makan Siang Hari Di Kawasan Puasa
  31. Melepaskan Batuk Di Tangga
  32. Ketua Negara Mengejar Anak Unta
  33. Tolak Sedekah Kerana Menyangka Akan Mati
  34. Takut Salah Guna Cahaya Lampu
  35. Tuan Rumah Mati, Lampu Terus Dipadamkan Serta Merta
  36. Menyumbat Telinga Ketika Mendengar Bunyi Kompang
  37. Minta Mati Apabila Persediaan Makanannya Habis
  38. Menangis Sebelum Makan
  39. Orang Soleh Yang Tidak Boleh Jadi Saksi
  40. Menjolok Tekak Si Bayi
  41. Padah Memberi Hadiah Kepada Penguasa Warak
  42. Tidak Mahu Tumpang Cahaya Lampu
  43. Penguasa Jangan Pentingkan Perut Sendiri
  44. Habuk Timbangan Ganggu Sakaratulmaut
  45. Tidak Mahu Terima Sagu Hati Ceramah
  46. Hidangan Haram Untuk Tuan Rumah
  47. Mengeluarkan Susu Dari Dalam Perut
  48. Kembalikan Saja Wangmu Ke Tempat Asal
  49. Tidak Sempat Makan Hadiah, Sudah Kena Marah
  50. Haidmu Bukan Di Tangan
  51. Aku Tidak Menyusu Kepada Orang Lelaki
  52. Malu Kepada Ahli Kubur
  53. Tidak Mahu Menolong Kerana Takut Berdosa
Harga = RM6.00
Mukasurat = 69
Penyusun = Ahmad Muhammad (Ibnu Shafa)
Penerbit = Pustaka Syuhada

At Tibyan Dalam Mentafsirkan Al-Qur'an Surah As Saff

Kitab tafsir ini mengandungi mutiara yang berharga sebagai bekalan di jalan dakwah, menjelaskan kepada kita tentang kewajipan amal jamaie sebagai jalan untuk meninggi dan memperkasakan agama Islam. Kitab ini juga menjelaskan tentang generasi Al-Quran dan para Rasul yang dihadapkan dengan pertembungan iman dan kufur, hak dan batil. Islam yang diserukan mendapat hambatan dan kekangan namun perjuangan ini terus mendapat dokongan pencinta kebenaran. Islam tidak mampu disirnakan oleh musuh Allah SWT walaupun pelbagai modus operandi yang mereka melakukan, cahaya Islam terus menerangi buana ini, menerjah kuping telinga manusia.

- Penerbit

KANDUNGAN
  1. Ayat-Ayat Surah As Saff Sepenuhnya
  2. Muqaddimah
  3. Kewajipan Mengotakan Apa Yang Dikata (Tafsir Ayat 1 Hingga 3)
  4. Wajib Berada Di Dalam Jamaah Islamiyah (Tafsir Ayat 4)
  5. Pengajaran Dari Kisah Kaum Yang Menolak Kebenaran (Tafsir Ayat 5 Hingga 6)
  6. Kemenangan Hanya Diperolehi Melalui Pengorbanan (Tafsir Ayat 7 Hingga 14)
Harga = RM10.00 (Sem) RM12.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 78
Penulis = Tuan Guru Dato' Seri Hj. Abdul Hadi Awang
Penerbit = Jundi Resources

Dakwah Fardiah

Saya ingin berpesan secara ringkas: Setiap mereka yang melaksanakan dakwah fardiah hendaklah menentukan tempoh masa tertentu untuk dia membawa seorang mad'u ke jalan dakwah. Dia hendaklah berfikir, tekun dan menggunakan sepenuh tenaganya untuk menjayakannya. Dia hendaklah menganggapnya sebagai ujian bagi dirinya... Kejayaan dakwah fardiah yang dilakukan bermakna dia telah berjaya menambah bilangan pekerja Islam; pembawa panji-panji jihad di jalan Allah; bermakna dakwah dapat disebarkan dengan cepat; bermakna meramaikan bilangan muslimin (betul-betul muslim) dan memperkuatkan kekuatan mereka; bermakna kita telah mara ke hadapan untuk merealisasikan cita-cita muslimin...

- Penulis

KANDUNGAN
  1. Berdakwah Kepada Allah (Dakwah Fardiah)
  2. Uslub Dan Marhalah
  3. Beberapa Pesanan Khusus Mengenai Dakwah Fardiah
  4. Ciri-Ciri Penting Daie
Harga = RM2.50
Mukasurat = 39
Penulis = Mustafa Masyhur
Penterjemah = Ustaz Mohd Asri Hashim
Penerbit = Pustaka Salam Sdn Bhd

Saturday, March 19, 2011

Menerjang Badai: 60 Tahun Mempersada Perjuangan

Buku ini diluncurkan untuk merancakkan medan perbincangan yang sihat, menyegarkan budaya intelektual, berdebat dengan sumur akal yang jernih yang jauh dari sentimen melulu dan emosi yang meledak. Saya percayai alaf baru ini adalah milenium yang baru yang maklumat tidak lagi boleh disembunyikan di dalam 'tempayan emas', langit terbuka telah memuntahkan jutaan maklumat di hujung jari. Generasi 'Y' yang melatari fenomena dunia langit terbuka ini sudah tidak mampu untuk disuap dengan maklumat yang bersifat sehala. Kelompok ini mesti dimenangi oleh gerakan Islam dengan maklumat yang telus tetapi beradab, mereka tidak boleh dibiarkan meraba-raba dan membuat telahan tentang cermin perjalanan gerakan Islam.

- Penulis
  • Menjawab Buku Menuju PAS Baru, Tulisan Dr. Mujahid Yusof Rawa
  • Tribut Buat Semua Pemuda-Pemuda PAS Yang Membentengi Wadah Ini
KANDUNGAN
  1. Menelusuri Sejarah PAS
  2. Burhanuddin: Islamis Yang Progresif
  3. Zulkifli Muhammad: Pelengkap Perjuangan
  4. PAS Dan Kebangkitan Islam
  5. Dewan Pemuda Terus Mengasak
  6. Peningkatan Gerakerja Dakwah
  7. Fenomena Penjelasan Batas-Batas Iman Dan Kufur
  8. Tangkapan-Tangkapan ISA Terhadap Aktivis PAS Dalam Dekad 80-an
  9. Era Haji Yusof Rawa
  10. Pemerintahan PAS Di Kelantan
  11. 60 Tahun Mempersada Perjuangan; Satu Rumusan
  12. Menerjang Badai: Segmen Ke-2
  13. Bibliografi
  14. Biografi Penulis
Harga = RM20.00 (Sem) RM22.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 201
Penulis = Riduan Mohamad Nor
Penerbit = Jundi Resources

Tuesday, March 8, 2011

Aku Dan Al Ikhwan Al Muslimun

"Aku ingin berterus terang mengatakan, bahawa aku memperoleh manfaat agama yang begitu besar dari Al-Ikhwan Al-Muslimun. Aku memperoleh faedah yang sangat banyak dari dakwah Ikhwan. Dakwah Ikhwan telah memperluas cakerawala fikiranku memahami Islam secara utuh, sebagaimana disyariatkan Allah SWT, sebagaimana tertera dalam kitab-Nya, seperti diserukan Rasul-Nya dan difahami oleh para sahabatnya. Islam adalah agama dan dunia, dakwah dan negara, aqidah dan syariat, ibadah dan kepimpinan..."

- Prof. Dr. Yusuf Al Qaradhawi

Harga = RM25.00 (Sem) RM28.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 364
Penulis = Prof. Dr. Yusuf Al Qaradhawi
Editor Bahasa Malaysia = Qurratul Aien Binti Fatah Yasin
Penerbit = Mutiara Ilmu Selekta Sdn Bhd

Fiqh Masyarakat Bukan Islam Di Malaysia

Malaysia dibentuk dari kepelbagaian penduduk sebagai warganegaranya, serta masih mengekalkan Islam dan Melayu sebagai teras dan asas kewujudan. Suasana kehidupan pluralistik agama sebegini pastinya menuntut suatu kefahaman dan toleransi hidup bermasyarakat antara penganut Islam dan bukan Islam yang mencabar. Justeru bagi umat Islam, fikah sebagai salah satu cabang ilmu merupakan panduan yang membimbing hidup bermasyarakat mengikut keperluan semasa tersebut. Ia bertujuan untuk mencari penyelesaian bersepadu bagaimana menangani permasalahan yang timbul khususnya berkaitan isu-isu hubungan antara anggota masyarakat, terutama perkara-perkara yang menyentuh sensitiviti orang Melayu, hak bukan Islam, hak asasi manusia secara keseluruhan serta kesan yang timbul dari segi aqidah, syariat dan akhlak. Isu-isu sebeginilah diharap dapat membantu untuk membentuk gagasan Fiqh Masyarakat Bukan Islam dalam konteks Malaysia, khususnya berdasarkan prinsip-prinsip yang muktabar untuk memberikan panduan kepada umat Islam dan bukan Islam.

- Penyelenggara

KANDUNGAN
  1. Ucaptama: Pengantar Fiqh Masyarakat Bukan Islam - Professor Dr. Sheikh Wahbah Mustafa al-Zuhayli
  2. Hubungan Masyarakat Islam Dan Masyarakat Bukan Islam Dalam Konteks Sejarah Islam - Dr. Mohd Roslan Mohd Nor
  3. Konsep Kerakyatan Orang Bukan Islam Dalam Politik Islam Moden: Satu Kajian Berdasarkan Fiqh Ahl Dhimmah - Dr. Hj. Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri, Muhammad Adli Musa
  4. Hak-Hak Mengamalkan Ajaran Agama Masyarakat Bukan Islam Dalam Sebuah Negara Islam - Zahari Mahad Musa
  5. Islam Dan Toleransi Budaya Dalam Masyarakat MajmukDi Malaysia: Beberapa Catatan - Dr. Mohd Nor Manuty
  6. Prinsip Berinteraksi Dengan Non Muslim Dalam Konteks Malaysia - Mohammad Nidzam Abdul Kadir
  7. Perayaan Bukan Islam Dalam Sebuah Negara Islam - Dr. Basri bin Ibrahim
  8. Kecelaruan Fahaman Liberal Dalam Fiqh: Satu Kajian Mengenai Hukum Wanita Islam Berkahwin Dengan Non-Muslim - Muhammad Atiullah bin Othman, Mohd Nor bin Daud
  9. Bukan Islam Dan Kehakiman Dalam Islam - Tan Sri Sheikh Ghazali bin Hj. Abd. Rahman
  10. Penglibatan Orang Bukan Islam Dalam Sistem Kehakiman Syariah: Bukan Islam Sebagai Saksi Di Mahkamah Syariah Malaysia - Prof. Madya Dr. Zulfakar Ramlee Saad
  11. Jizyah Kepada Warga Negara Bukan Islam Analisa Kemungkinan Pelaksanaan Dalam Realiti Malaysia - Prof. Madya Dr. Ahmad Zaki bin Ibrahim
  12. Isu-Isu Berkaitan Masyarakat Bukan Islam Dalam Fatwa Di Malaysia - Rumaizi bin Ahmad
  13. Dasar Fiskal Dan Kewangan: Hubungannya Dengan Pembangunan Sosio-Ekonomi Umat Dan Negara - Prof. Madya Dato' Dr. Haji Hailani bin Muji Tahir
  14. Kerangka Asas Dalam Pembinaan Hukum Fiqh Masyarakat Bukan Islam Masa Kini - Dr. Luqman Haji Abdullah
  15. Siyasah Syar'iyyah Dalam Membentuk Gagasan Fiqh Masyarakat Majmuk - Prof. Madya Dr. Shukeri Mohamad
Harga = RM27.00 (Sem) RM30.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 254
Penyelenggara = Abdul Karim Ali & Rumaizi Ahmad al-Mustapha
Penerbit = Persatuan Ulama' Malaysia Cawangan Selangor

Solat Berjemaah: Asas Kekuatan Peribadi, Masyarakat Dan Ummah - Jilid Baru

KEBAIKAN SOLAT BERJEMAAH

Solat berjemaah mengajar kita prinsip mengiktiraf hak orang lain. Seorang imam tidak boleh memimpin solat sesuka hati tanpa persetujuan makmum dan mengambil kira keupayaan makmum.

Muaz bin Jabal pernah ditegur Nabi semasa menjadi imam kerana memanjangkan solatnya. Justeru, imam harus mengambil kira agar solat, doa atau khutbahnya (jika solat Jumaat) tidak terlalu panjang demi menjaga kemaslahatan umum. Semakin tinggi kehalusan budi dan seni berbahasa maka semakin tinggi jugalah sesebuah tamadun itu.

Seperti kata seorang budayawan, "Umat yang ada akar dan jati diri itu adalah umat yang ada identiti budaya yang tinggi." Maka solat berjemaah mendidik umat untuk berbudaya tinggi. Tinggi budaya adalah salah satu ciri yang perlu ada bagi sesebuah tamadun yang terbilang.

- Tuan Guru Sheikh Haji Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki

KANDUNGAN

BAB 1: Kaitan Dan Hikmah Solat Berjemaah Dengan Isu Semasa, Sosial Dan Sejarah
BAB 2: Kelebihan Solat Berjemaah
BAB 3: Ganjaran Solat Berjemaah Sebanyak 27 Kali Ganda
BAB 4: Kisah Kesungguhan Dan Keprihatinan Rasulullah SAW Dengan Solat Berjemaah
BAB 5: Keprihatinan Salafussoleh Dengan Solat Berjemaah
BAB 6: Hukum Solat Berjemaah Mengikut Pandangan Ulama

Solat Berjemaah: Asas Kekuatan Peribadi, Masyarakat Dan Ummah - Jilid Awal

Harga = RM26.00 (Sem) RM28.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 224
Penulis = Ustaz Mohammad Subki & Abdul Rahman Al-Hafiz
Penerbit = Telaga Biru Sdn. Bhd.

Tuesday, March 1, 2011

Bila YB Berbicara Parlimen Islam

Cabaran pentadbiran berkonsepkan Islam begitu kuat dirasakan pada masa kini dengan berbagai halangan dan rintangan yang perlu ditempuh oleh seorang pejuang Islam. Justeru buku ini menjelaskan fungsi dan peranan mereka serta memapar penerapan nilai-nilai Islam yang perlu ada dalam sesebuah sesebuah pentadbiran yang dinamik, efektif dan relatif. Oleh itu, perlunya usaha menjelaskan tentang matlamat dan halatuju yang dimainkan oleh perwakilan Islam tersebut untuk menafikan tanggapan masyarakat yang memandang sinis tentang keupayaan sistem Islam. Moga usaha tersebut berhasil dengan bantuan Allah S.W.T.

Justeru, peranan dan fungsi siasah ini perlu difahami oleh semua yang terlibat secara langsung atau tidak bagi menjayakan visi dan misi sesebuah gerakan Islam, supaya setiap gerak kerja yang dilakukan mampu difahami, dilaksanakan dan pentingnya dijelaskan kepada masyarakat umum. Oleh itu, pendekatan terhadap keupayaan melaksanakan sesuatu perkara itu bukanlah nilaian utama sebaliknya bergantung sejauh mana perwakilan umat Islam itu berjaya meyakinkan sistem pentadbiran yang ada demi kesejahteraan negara.

- Penerbit

KANDUNGAN

BAHAGIAN PERTAMA
Konsep Dan Pandangan Mengenai Fiqh Politik Dan Parlimen
  1. Kenapa Aktivis Islam Mesti Menyertai Dewan Legislatif?
  2. Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Politik Menurut Islam?
  3. Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Parlimen?
  4. Faktor-Faktor Kejayaan Aktivis Islam Dalam Kegiatan Parlimen
  5. Beberapa Aspek Keunggulan Kegiatan Aktivis Islam Dalam Parlimen
  6. Penyertaan Aktivis Islam Dalam Parlimen Menggugurkan Anggapan Keganasan Projek Islam
  7. Penyertaan Dalam Parlimen Sebagai Salah Satu Pilihan Projek Islam, Bukan Merupakan Ganti Kepada Seluruh Pilihan Yang Sedia Ada
  8. Beberapa Contoh Pencapaian Kegiatan Aktivis Islam Dalam Parlimen
  9. Hubungan Antara Kegiatan Parlimen Dan Matlamat-Matlamat Berperingkat
  10. Antara Kegiatan Parlimen Dan Fiqh At-Taskhir (Manfaat)
  11. Kepentingan Pematangan Antara Berbagai Kumpulan Islam Dan Bukan Islam
  12. Membuat Pakatan Dengan Berbagai Kumpulan Islam Dan Bukan Islam
  13. Beberapa Rintangan Tempatan Dan Global Yang Menghalang Penyertaan Aktivis Islam Dalam Parlimen
  14. Sikap Aktivis Islam Dalam Parlimen Terhadap Konspirasi Barat Dan Zionisme
  15. Antara Kegiatan Aktivis Islam Dalam Parlimen Dan Projek Islam Antarabangsa
  16. Peranan Tanzim (Perancangan Dan Pertubuhan Gerakan Islam) Dalam Mencapai Kejayaan Kegiatan Aktivis Islam Pada Parlimen
BAHAGIAN KEDUA
Beberapa Langkah Dalam Menghadapi Pilihan Raya
  1. Nasihat-Nasihat Syar'ie Untuk Para Pengundi Dalam Pilihanraya
  2. Tetap Berjuang Sehingga Mencapai Kejayaan Atas Izin Allah
  3. Seruan Kepada Seluruh Penyokong Kami Di Tripolis Dan Wilayah Utara
  4. Sekalung Janji Dan Terima Kasih
  5. Apa Yang Berlaku Setelah Menyatakan Sokongan Terhadap Projek Politik Islam
  6. Membina Lubnan Merupakan Projek Islam Kami
BAHAGIAN KETIGA
Lampiran Dokumen
  1. Alasan-Alasan Syar'ie Yang Membenarkan Penyertaan Dalam Pilihanraya
  2. Program Pilihanraya Bagi Calon-Calon Parti Al-Jamaah Al-Islamiah
Harga = RM17.90
Mukasurat = 165
Penulis = Fathi Yakan
Penterjemah = Asep Sobari
Penerbit = SYABAB Global

Baldatun Tayyibatun Model Andalusia - Sejarah Perkembangan Dan Kejatuhan Pemerintahan Islam Di Andalusia: Teladan Dan Sempadan

Andalusia pernah berperanan memberi impak yang besar kepada umat Islam. Ia melonjakkan tamadun umat dengan perkembangan di dalam pelbagai bidang keilmuan sehingga lahir pelbagai tokoh yang dihormati masyarakat Timur hingga ke Barat. Namun, kegagalan umat Islam mempertahankan kedaulatan Andalusia telah menjadi sempadan yang pahit untuk dirungkai. Apapun, pengalaman dan pengajaran jatuh bangun Andalusia cukup penting untuk dikaji bagi mengambil iktibar dan menjadikannya panduan dalam menghadapi cabaran semasa. Buku ini merupakan himpunan pengajaran dari pengalaman Andalusia dalam merentasi sejarah kegemilangan umat Islam seketika dahulu.

- Penyelenggara

KANDUNGAN
  1. Baldatun Tayyibah: Kenapa Andalusia? - Mohamad Zamri Bin Mohamed Shapik
  2. Sejarah Perkembangan Dan Kejatuhan Pemerintahan Islam Di Andalusia: Teladan Dan Sempadan - Dr. Mohd Roslan Mohd Nor
  3. Faktor-Faktor Kejatuhan Andalusia - Dr. Khalif Muammar
  4. Peranan Dan Kewarganegaraan Bukan Islam Di Bawah Kerajaan Islam Andalusia - Prof. Madya Dr. Ahmad Zaki Berahim @ Ibrahim
  5. Perkembangan Fiqh Di Andalusia - Hasnan Kasan
  6. Kewujudan Sains Dan Teknologi Di Andalusia - Dr. Mohd Roslan Mohd Nor
Harga = RM16.00 (Sem) RM19.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 108
Penyelenggara = Mohd Roslan Mohd Nor & Mohamad Zamri Mohamed Shapik
Penerbit = Persatuan Ulama' Malaysia Cawangan Selangor

Popular Posts

Borang Pesanan / Soalan / Pendapat

Nama:
Nombor Telefon:
Alamat Surat Menyurat:
Alamat Email:
Pesanan:

Home

IKLAN!!!

IKLAN!!!
Sticker Keyboard Arab. RM 7.00 je satu...