Pages


Petikan Hadith Kelapan, Kitab "Empat Puluh Hadith Kelebihan Ilmu Dan Ulama'"

Kedai Buku Tinta Ilmu, Lot 2-8-8, Tingkat 1, Pusat Beli Belah Ole-Ole, Jalan Pinang A 18/A, Seksyen 18, 40200 SHAH ALAM, Selangor.

Monday, November 8, 2010

Etika Belajar & Mengajar Al-Quran

Dalam proses mempelajari, mengajar, membaca dan menghayati al-Quran, ada beberapa adab sopan dan cara-cara tertentu yang sesuai dengan kedudukan dan martabatnya sebagai Kitabllah. Adab tersebut perlu, agar tilawah yang dilakukan memberi kesan dan pengaruh positif terhadap hati dan jiwa. Keterangan lanjut mengenainya dijelaskan dalam buku ini yang disusun oleh Imam Nawawi r.hm. Dengan membaca karya terekemuka ini diharapkan agar kita menikmati kekhusyukan, kelazatan dan kefahaman, dalam interaksi kita dengan al-Quran.

Kandungan buku ini ialah terjemahan kepada ringkasan karya agung Imam Nawawi berjudul At-Tibyan fi Adab Hamalatil Quran ditambah dengan beberapa artikel pilihan yang berkenaan dengan etika membaca dan menghayati Kitabullah.

- Penerbit

KANDUNGAN

BAB SATU: Keutamaan Tilawah al-Quran Dan Orang Yang Menghafaznya
BAB DUA: Keutamaan Bacaan al-Quran Dan Orang Yang Membacanya
BAB TIGA: Memuliakan Dan Menghormati Ahlil Quran
BAB EMPAT: Adab Guru Dan Murid Terhadap al-Quran
BAB LIMA: Adab Orang Yang Mempelajari Dan Menghafaz al-Quran
BAB ENAM: Adab Membaca al-Quran
BAB TUJUH: Adab Terhadap al-Quran
BAB LAPAN: Ayat Dan Surah Yang Sunat Dibaca Pada Waktu-Waktu Tertentu
BAB SEMBILAN: Hukum Menyentuh al-Quran
BAB SEPULUH: Peranan al-Quran Dalam Memperbaiki Hati Mukmin

Harga = RM18.00 (Sem) RM20.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 148
Karya = Imam Nawawi
Susunan = Ahmad Asri Lubis Abu Samah
Penerbit = Yamani Angle Sdn. Bhd.

Membongkar Perancangan Israel Raya

Dalam buku ini, penulis mengungkap dua strategi besar yang akan menjadi pendokong utama rancangan Zionis Israel di Dunia Islam. Strategi pertama, Israel harus membangun dirinya sebagai negara paling kuat di rantau ini. Ertinya, Israel harus sangat berpengaruh pada dunia Arab secara politik, lobi dan terutama kekuatan ketenteraan. Strategi kedua, harus memecah-belahhkan negara-negara di Dunia Islam, terutama di Timur Tengah dan Asia Selatan menjadi negara-negara kecil, lemah yang berasaskan kesukuan dan terikat pada sentimen sektarian.

- Penerbit

KANDUNGAN
  • Pendahuluan
  • Bermula Daripada Mimpi Seorang Lelaki
  • Catatan Pedih Seorang Sultan
  • Negara Tanpa Bangsa Untuk Bangsa Tanpa Negeri
  • Memecahkan Kekuatan Dan Wilayah Islam
  • Deklarasi Balfour Dan Konspirasi Dunia
  • Perkembangan Jumlah Wilayah Pendudukan Israel
  • Hitler, Nazi Dan Konspirasi Holocaust
  • Tumbangnya Nazi Dan Misteri Kematian Hitler
  • Dari Inggeris Ke Amerika Syarikat
  • Deir Yassin: Pembunuhan Pertama Rakyat Palestin
  • Perisytiharan Kemerdekaan Negara Yahudi
  • Lobi Israel Dari Rumah Putih Hingga Pusat Pengajian Tinggi
  • Dari Ben Gurion Hingga Hingga Ehud Olmett
  • Mensasar Iran Dan Syria
  • Menghancurkan Negeri Mujahidin Afghanistan
  • Indonesia Dan Lobi Zionis
  • Bentuk Lain Pengkhianatan
  • Barack Obama Dan Harapan Dunia
  • Epilog Permulaan Dari Akhir Zaman
Harga = RM25.00 (Sem) RM28.00 (Sab/Sw)
Mukasurat = 263
Penulis = Herry Nurdi
Penerbit = Alam Raya Enterprise

Thursday, November 4, 2010

Urus Harta Sebelum Mati - Panduan Merancang Dan Mengurus Harta Bagi Mengelakkan Perpecahan Atau Konflik Keluarga

Kunci kepada buku ini adalah Ilmu faraid. Ilmu faraid akan menjadi penjana atau pun asas bagi anda untuk Merancang Harta Pusaka Semasa Hidup. Ilmu Faraid juga menjadi kunci bagi menguruskan Harta Pusaka apabila anda mati.

- Penulis

KANDUNGAN

BAHAGIAN 1
  • Faraid Menjana Perancangan Harta Pusaka?
  • Bagaimana Merancang Harta Pusaka?
  • Harta Sepencarian Dan Hibah
  • Muhasabah Sejenak
  • Kenduri Arwah Dan Khairat Kematian
  • Fatwa Merancang Pusaka
  • Merancang Pusaka
BAHAGIAN 2
  • Umat Islam Jahil Tentang Pengurusan Harta Pusaka
  • Ilmu Faraid Menyelamatkan Kita Daripada Dosa
  • Pengurusan Harta Pusaka Di Malaysia
  • Implikasi Seandainya Tidak Mengurus Harta Pusaka
  • Contoh Pengiraan Harta Pusaka Mengikut Ilmu Faraid
Harga = RM20.00 (Sem) RM23.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 142
Penulis = Ustaz Md Ghazali Ibrahim
Penerbit = Must Read Sdn Bhd

Wednesday, November 3, 2010

Palestin: Masalah Kita Bersama

Masalah Palestin bukan semata-mata masalah warga Palestin dan Arab saja, tetapi juga masalah bersama umat Islam di manapun berada. Al-Quds yang terletak di Palestin adalah kiblat pertama umat Islam, bumi tempat lahirnya para nabi dan rasul pilihan, kota ketiga yang diberkati dan dimuliakan Allah S.W.T. serta menjadi medan jihad di jalan Allah S.W.T.

Palestin kini diceroboh oleh Zionis dan telah diyahudikan terang-terangan, sementara penduduk Muslim di situ telah diseksa dan diusir, bahkan Yahudi sedang merancang untuk merobohkan Masjid Al-Aqsa. Oleh itu apakah mereka akan dibiarkan menginjak-injak harkat dan kehormatan umat Islam seluruhnya?

Buku ini berupaya mengemukakan pelbagai persoalan yang sewajarnya kita ketahui bersama sekaligus menjawab pelbagai dakwaan palsu penceroboh Yahudi itu.

- Penerbit

KANDUNGAN
  1. Al-Quds Menurut Keyakinan Umat Islam
  2. Al-Quds Diyahudikan Secara Terang-Terangan
  3. Hakikat Peperangan Antara Umat Islam Dan Israel
  4. Gugurnya Tuntutan Bangsa Yahudi Atas Al-Quds Dan Palestin Secara Umum
  5. Apakah Kita Tahu Musuh Kita?
  6. Inilah Musuh Kita
  7. Bahaya Zionis Terhadap Dunia
  8. Janganlah Kamu Lemah Dan Minta Damai Padahal Kamu Yang Berjaya
Harga = RM15.00 (Sem) RM18.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 166
Penulis = Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradhawi
Judul Asal = Al Quds; Qadhiyyatu Kulli Muslim
Editor = Rohaya Binti Ishak
Penerbit = Mutiara Ilmu Selekta Sdn Bhd

Tanda-Tanda Besar & Kecil Menjelang Hari Kiamat

Sesungguhnya Nabi Muhammad S.A.W. telah memberikan banyak peringatan kepada umatnya tentang datangnya hari kiamat, bahkan juga telah menjelaskan tanda-tanda akan datangnya hari tersebut. Buku ini memaparkan beberapa tanda-tanda kecil dan tanda-tanda besar akan berlakunya hari kiamat seperti yang diceritakan oleh Rasulullah S.A.W. melalui hadith-hadithnya.

- Penyusun


KANDUNGAN
  • Tanda-Tanda Hari Kiamat
  • Tanda-Tanda Besar Menjelang Hari Kiamat
  • Kedatangan Hari Kiamat
Harga = RM9.90
Mukasurat = 137
Penyusun = Abu Syakir
Penerbit = Perniagaan Jahabersa

Buku-Buku Lain Berkaitan Kiamat & Akhir Zaman

  1. 40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman
  2. Kiamat Hampir Tiba

Jom! Tanya Ustaz 2 - Menjawab Kemusykilan Adik-Adik!

Apa yang dihadapi oleh anak-anak dalam masalah kefahaman agama, terutamanya hal-hal yang melibatkan perkara fardu ain, mungkin masalah yang sama juga dihadapi oleh ibu bapa atau orang dewasa. Jadi, bacalah buku ini. Mudah-mudahan masalah anda akan terjawab.

- Penulis







KANDUNGAN
  • Bersuci & Hadas
  • Solat
  • Puasa Dan Zakat
  • Al-Quran
  • Akhlak Dan Pekerti
  • Umum
Harga = RM15.00 (Sem) RM17.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 150
Penulis = Ustaz Dr. Nik Yusri Musa
Penerbit = Galeri Ilmu Sdn. Bhd.

* Jom! Tanya Ustaz siri 1

Tuesday, November 2, 2010

Riba Dan Isu Kewangan Semasa - Keingkaran Menempah Ancaman

Umum telah pun mengetahui bahawa agama Islam amat tegas dalam amalan riba - iaitu amalan yang keji dan tergolong dalam salah satu DOSA BESAR. Dari segi bahasa sendiri digambarkan bahawa riba membawa maksud tambahan atau kenaikan, dan diperjelaskan dalam istilah riba iaitu bunga berganda yang membebankan.

Riba muncul dan bermaharajalela sejak zaman jahiliah lagi, yang mana ia jelas menunjukkan penindasan terhadap orang yang berharap dan orang yang miskin. Istilahnya - 'membantu kemudian membunuh'. Apabila Islam muncul, riba dikeji dan diperangi habis-habisan. Amalan riba diharamkan kerana tiada keadilan kepada orang yang memerlukan dan perlakuan riba itu adalah perbuatan zalim yang melampau. Kini pada akhir zaman, riba muncul semula tetapi dalam situasi yang 'berhemah' dengan simbolnya - 'mengikut kemampuan semasa'.

- Penulis

KANDUNGAN

BAB 1: PENGENALAN RIBA
Bahagian 1: Pendedahan Asas Berkaitan Riba
  • Definisi Riba
  • Hikmah Di Sebalik Pengharaman Riba
  • Perbezaan Riba Dan Jual Beli
  • Jenis Riba
  • Hukuman Riba Dalam Islam
  • Riba Sedikit Dan Banyak
  • Kedahsyatan Dosa Riba
Bahagian 2: Isu Berkaitan Riba
  • Zalim Bukan Penentu Riba
  • Pengajaran Daripada Hukum Musafir
  • Riba Di Antara Kerajaan Dan Rakyat Dibenarkan?
  • Adakah Mesti Tunai Untuk Elak Riba?
  • Nilai Masa Wang (Time Value Of Money) Di Antara Riba Dan Halal
  • Riba Dan Kaitannya Dengan Krisis Ekonomi Amerika
  • Riba Dan Akaun Pelaburan Emas
  • Caj Perkhidmatan Dalam Pinjaman
BAB 2: ISU-ISU KEWANGAN SEMASA
  • Mengapa Muslim Jauh Dari Bank Islam?
  • Bank Dan Rekod Senarai Hitam Pelanggan
  • Cabutan Bertuah Dan Bentuk Peraduan, Pertandingan Moden
  • Permainan Kutu Dan Cabutan Gilirannya
  • Kekerapan Beberapa Jenis Penipuan Kewangan Di Malaysia
  • Pembayaran Hutang Apabila Nilai Mata Wang Berubah
  • Meniru Dalam Peperiksaan
  • Minta Semula Hutang Yang Telah Dihalalkan
  • Pinjam Kemudian Jual, Ambil Untung Dan Komisyen Wakil
  • Kerjaya Juruwang Di Kedai Mini Yang Turut Menjual Arak
  • Caj Jaminan Pulang Hutang Dan Hukum Cagaran
  • Had Keuntungan Dalam Islam
  • Barang Cetak Rompak Dan Fotokopi Buku
  • Pembelian Guna Skim ESOS
  • Sekolah Dan Kupon Wajib
  • Beli Kereta Cara Islam Tapi Insurans Riba?
  • Haji Dalam Keadaan Hutang Atau Secara Berhutang
Harga = RM20.00 (Sem) RM22.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 167
Penulis = Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman
Penerbit = Telaga Biru Sdn Bhd

Monday, November 1, 2010

Panduan Memberi Nasihat Kepada Anak

KANDUNGAN

Nasihat-Nasihat Utama
  1. Kewajipan Dan Kelebihan Bersemangat Tinggi
  2. Menjaga Waktu Dan Mendapat Untung Setiap Saat
  3. Dengan Apa Yang Dibeli Kehidupan Abadi
  4. Kesedaran Selepas Kelalaian
  5. Program Pendidikan Siang Dan Malam
  6. Tuntut Ilmu Lebih Afdal Daripada Segala Solat Nafal
  7. Bila Sudah Betul Ketakwaan Mendapat Segala Kebaikan
  8. Ilmu Dan Amal Berkait Rapat Antara Satu Sama Lain
  9. Sifat Penasihat / Pendakwah Yang Bermanfaat
  10. Kisah Ringkas Rabiatul Addawiah Ummul Khair Binti Ismail
Harga = RM7.00
Mukasurat = 31
Penulis = Al-Imam Al-Hafiz Abu Al-Faraj Bin Al-Jauzi
Penerbit = Pustaka Haji Abdul Majid

Taktik & Strategi Berpolitik Gaya Khulafa Ar-Rasyidin

Mereka adalah khalifah-khalifah yang benar. Mereka mendapat asuhan kepimpinan langsung daripada tangan Rasulullah sendiri. Mereka mewarisi kepimpinan Rasulullah selepas baginda meninggal dunia dan berjaya mentadbir seluruh umat Islam sehingga mencapai kejayaan yang gemilang.

Taktik dan Strategi Berpolitik Gaya Khulafa ar-Rasyidin buku pertama yang membahaskan politik dan pemerintahan gaya Khulafa ar-Rasyidin. Turut memuatkan tip dan panduan
  • Bagaimana khalifah-khalifah Rasulullah menjalankan urusan pentadbiran
  • Bagaimana mereka menangani konflik
  • Apa pembaharuan yang mereka lakukan
  • Apa kejayaan-kejayaan yang dicapai sepanjang pemerintahan mereka
- Penerbit

KANDUNGAN

BAB 1: Pengenalan
BAB 2: Keperluan Sistem Khalifah
BAB 3: Khalifah Abu Bakar
BAB 4: Peruntukan Untuk Khalifah
BAB 5: Menghadapi Musuh Negara
BAB 6: Menghadapi Golongan Murtad
BAB 7: Tindakan Abu Bakar
BAB 8: Mengumpul Al-Quran
BAB 9: Kesan Peristiwa Murtad
BAB 10: Kehebatan Panglima Khalid
BAB 11: Mimpi Syurahbil
BAB 12: Sistem Khalifah

Harga = RM16.00 (Sem) RM18.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 225
Penulis = Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang
Penerbit = PTS Islamika Sdn. Bhd.

Angkara Black Metal: Apabila Syaitan Bertopengkan Muzik - Sebuah Pembongkaran Yang Amat Berani

Semuanya bermula sepertimana tugasan biasa. Budi Putra: wartawan bebas diminta menyiasat isu Black Metal di Sungai Petani, Kedah.

Budi Putra merasakan tugasnya itu semakin mudah apabila sudah ada anggota Balck Metal yang sedia membantu.Namun, rasa biasa itu menjadi luar biasa.

Rasa mudah itu menjadi sukar pada saat dia bertemu dengan seorang gadis yang punya rahsia besar berkenaan Black Metal. Pada saat misteri Black Metal semakin terkuak, gadis itu pula ditemui tidak bernyawa. Budi Putra kini di hujung jalan.

Segalanya umpama di hujung tanduk. Budi Putra perlu segera bertindak. Demi membonngkar sebuah kebenaran yang hakiki!

- Penulis

Harga = RM14.00 (Sem) RM16.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 202
Penulis = Ashadi Zain & Moh Dat Molok
Penerbit = PTS Fortuna Sdn. Bhd.

Baitul Maqdis: Sejarah Kejatuhan Palestin dan Kewujudan Israel

Telah berdekad lamanya Baitul Maqdis, di mana terletaknya Masjidil Aqsa dan Kubah Sakhrah, tempat permulaan Muhammad S.A.W. Mi'raj untuk bertemu Allah S.W.T. di Sidratul Muntaha, berada di bawah penguasaan Yahudi. Penjajahan Zionis Israel ini menjadi batu penghalang kepada kemerdekaan dan kemajuan rakyat Palestin. Penaklukan ini juga turut menyukarkan usaha untuk menyatupadukan umat Islam dalam satu kesatuan politik serantau yang berkenaan.

Berbagai bentuk penindasan dan kekejaman telah dilakukan regim Israel untuk menelan dan menjadikan Baitul Maqdis ibu kota negara haram mereka. Justeru, pembebasan Al-Quds bererti berjuang menentang reactionisme dan merampas kuasa dari tangan boneka imperialisme antarabangsa. Juga merupakan perjuangan untuk kebebasan manusia dari segala bentuk imperialisme dan facisme.

- Penerbit

KANDUNGAN
  • Kata-kata Aluan Yang Dipertua, Persatuan Ulama' Malaysia
  • Kata-kata Aluan Pengerusi Lajnah Penerbitan, Persatuan Ulama' Malaysia
  • Pertarungan Islam Dan Zionis: Baitul Maqdis dan Ketamakan Yahudi Sepanjang Sejarah - Dr. Muhammad al-Ramaadi
  • Sejarah Kejaatuhan Palestin dan Kewujudan Israel - Dr. Mohd Roslan bin Mohd Nor
  • Yahudi dan Bani Israel - Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri
  • Intifadah - Merintis Generasi Salahuddin Al-Ayyubi - Prof. Madya Dr. Zainur Rashid bin Zainuddin
  • Pengaruh Zionis di Dalam Organisasi Pentadbiran dan Perniagaan - Profesor Dr. Mohd Nazari bin Ismail
  • An Analytical Study Of Justice In The Behaviour of Caliph 'Umar In Islamic Jerusalem - Dr. Maher Y. Abu-Munshar
  • Masa Depan Baitul Maqdis Berdasarkan Hadith - Prof. Madya Dr. Fauzi Deraman
  • Gerakan Ulama' Dalam Menangani Isu Palestin - Hj. Abdul Ghani bin Samsudin
  • "Bumi Yang Dijanjikan" Menurut Yahudi dan Perbandingannya dari Sudut Pandangan Islam - Mohamad Fauzi bin Zakaria
Harga = RM20.00 (Sem) RM23.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 221
Penyelenggara = Dr. Abdul Karim Ali & Dr. Mohd Roslan Mohd Nor
Penerbit = Persatuan Ulama' Malaysia Dengan Kerjasama Yayasan Taqwa

Fikh Kerahsiaan Wanita

Sesungguhnya Allah telah menciptakan wanita sebagai makhluk yang menempati tahta keistimewaannya yang tersendiri. Kedatangan Islam tambah menjulang maruah wanita ke darjat yang sangat tinggi. Islam menyakskan betapa jatidiri wanita mempunyai pengaruh yang sangat "vital" dalam proses kelangsungan kehidupan manusia sejagat, malah prestasi sumbangannya menjadi indikator terpenting terhadap kualiti kesejahteraan hidup masyarakat. Tidak hairanlah, dengan kedudukan dan peranan yang begitu strategik, Islam memperuntukkan disiplin dan etika hidup khusus untuk kaum wanita demi memastikan kehormatan dan kebajikan dirinya terpelihara dengan sebaik mungkin.

Saidatina Aisyah, seorang "ikon" pejuang kemurnian peribadi wanita, merupakan orang yang paling mendalam ilmunya di dalam bidang "fikh wanita". Jelas, buku ini tiadalah mampu menggantikan Saidatina Aisyah dalam merungkai permasalahan wanita, namun buku ini bertindak sebagai petunjuk kepada hukum-hukum fikh yang khusus membicarakan persoalan alat sulit wanita bagi memimpin kaum wanita terus berada di dalam ketetapan syariat Islam, secara tersusun, ringkas tetapi padat. InshaAllah.

- Penerbit

KANDUNGAN
  1. Perbahasan Pertama : Hukum Bersuci, Aurat & Berkhatan Terhadap Faraj Wanita
  2. Perbahasan Kedua : Hadas-Hadas Yang Keluar Melalui Faraj
  3. Perbahasan Ketiga : Hukum Bersetubuh, Hukum Bersetubuh Ketika Wanita Hamil Dan Hukum Azal
  4. Pebahasan Keempat : Hukum-Hukum Yang Berkaitan Dengan Wanita Hamil
  5. Perbahasan Kelima : Hukum Melakukan Jenayah Ke Atas Kemaluan Wanita
Harga = RM20.00 (Sem) RM22.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 184
Penulis = Dr. Saadudin Mus'ad Hilali (Professor Fikh Perbandingan, Universiti Al-Azhar)
Penterjemah = Fauwaz Fadzil (BA Syariah Islam, Universiti Al-Azhar)
Penerbit = Pelima Media Sdn. Bhd.

Popular Posts

Borang Pesanan / Soalan / Pendapat

Nama:
Nombor Telefon:
Alamat Surat Menyurat:
Alamat Email:
Pesanan:

Home

IKLAN!!!

IKLAN!!!
Sticker Keyboard Arab. RM 7.00 je satu...