Pages


Petikan Hadith Kelapan, Kitab "Empat Puluh Hadith Kelebihan Ilmu Dan Ulama'"

Kedai Buku Tinta Ilmu, Lot 2-8-8, Tingkat 1, Pusat Beli Belah Ole-Ole, Jalan Pinang A 18/A, Seksyen 18, 40200 SHAH ALAM, Selangor.

Friday, April 30, 2010

Amalan & Wirid Mudah Bersalin

Pencapaian ilmu kedoktoran moden pada zaman ini mampu untuk mengatur kelahiran bayi menurut kepentingan dan kemasalahatan tertentu. Sehingga usaha yang dilakukan oleh ahli perubatan tersebut dapat membantu keselamatan dan kebaikan ibu dan bayi dan mengurangkan risiko yang akan terjadi. Akan tetapi tidak semua usaha yang dilakukan itu pasti dan tepat terjadi sesuai dengan perhitungan yang diharapkan.

Sebagai hamba Allah yang sentiasa bersyukur kepadaNya, hendaklah mempersiapkan diri dengan panduan dan pedoman sunnah yang dapat membantu individu memperlancarkan lagi harapannya. Untuk membantu agar seorang wanita hamil memiliki kekuatan semangat dan mudah menghadapi keadaan sedang bersalin, hendaklah mengamalkan berbagai doa dan wirid-wirid tertentu serta surah dan ayat-ayat dalam Al-Quran.

Semoga buku ini dapat dijadikan sebagai bahan bacaan dan amalan bagi wanita yang sedang mengandung dan hampir bersalin agar mudah menghadapi saat melahirkan anak. Insya Allah.

- Penulis

KANDUNGAN

BAHAGIAN PERTAMA: WIRID-WIRID WANITA
  1. Wirid-Wirid Daripada Al-Qur'an
  2. Wirid-Wirid Daripada Hadith Nabi S.A.W.
  3. Jampi-Jampi Sumber Aathaar
  4. Jampi-Jampi Pemudah Bersalin
  5. Panuan Dan Nasihat (Penutup)
BAHAGIAN KEDUA: LIKU-LIKU BERSALIN
  1. Arah Dan Sikap
  2. Sekitar Kesukaran Bersalin
  3. Secebis Organ Pelanjut Dzuriat
  4. Proses Penciptaan Manusia
  5. Pembantu-Pembantu Mudahnya Bersalin
  6. Jampi-Jampi Pemudah Bersalin
  7. Makanan Dan Ubat Mudah Bersalin
Harga = RM13.00
Mukasurat = 196
Penulis = Abdullah Al-Qari B. Hj. Salleh (A.Q.HA.S)
Penerbit = Al-Hidayah Publishers

Wednesday, April 28, 2010

Teman Bidadari - Siri 100 Pahlawan Syurga - Jilid 3

KANDUNGAN

Pahlawan 67: Talhah Bin Ubaidillah
Pahlawan 68: Tufail Bin Amr Al-Dausi
Pahlawan 69: Thabit Bin Qais
Pahlawan 70: Thumamah Bin Uthal Al-Hanafi
Pahlawan 71: Ubadah Bin Shamit
Pahlawan 72: Ubai Bin Ka'ab
Pahlawan 73: Umair Bin Sa'ad
Pahlawan 74: Umair Bin Wahab Al-Jumahi
Pahlawan 75: Abdullah Bin Rawahah
Pahlawan 76: Abdullah Bin Salam
Pahlawan 77: Khalid Bin Walid
Pahlawan 78: Khalid Bin Said Bin Ash
Pahlawan 79: Khubaib Bin Adi
Pahlawan 80: Miqdad Bin Amir
Pahlawan 81: Mu'az Bin Jabal
Pahlawan 82: Mu'awiyah Bin Abu Sufyan
Pahlawan 83: Mush'ab Bin Umair
Pahlawan 84: Nu'aim Bin Mas'ud
Pahlawan 85: Nusaibah Binti Ka'ab
Pahlawan 86: Qais Bin Saad Bin Ubadah
Pahlawan 87: Rabi'ah Bin Ka'ab
Pahlawan 88: Abdullah Bin Ummi Maktum
Pahlawan 89: Abdullah Bin Zubair
Pahlawan 90: Zaid Bin Khair
Pahlawan 91: Khabbab Bin Arath
Pahlawan 92: Hindun Binti Utbah
Pahlawan 93: Huzaifah Ibnul Yaman
Pahlawan 94: Imran Bin Hushain
Pahlawan 95: Hakim Bin Hazam
Pahlawan 96: Al-Barra' Bin Malik
Pahlawan 97: Ashim Bin Thabit
Pahlawan 98: Al-Khansa' Binti Amr
Pahlawan 99: Abu Lubabah Bin Abdul Munzir
Pahlawan 100: Abdullah Bin Jahsi

Jilid 1 - Singa Siang Hari - Siri 100 Pahlawan Syurga
Jilid 2 - Penegak Kebenaran - Siri 100 Pahlawan Syurga

Harga = RM34.00 (Sem) RM36.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 304
Penulis = Harun Arrasyid Haji Tuskan
Penerbit = Yamani Angle Sdn Bhd

Penegak Kebenaran - Siri 100 Pahlawan Syurga - Jilid 2

Seratus orang yang dipaparkan dalam siri ini ialah ikon atau hero umat Islam. Sejarah hidup dan peribadi mereka menjadi ikutan umat Islam hingga akhir zaman. Peribadi ulung yang tiada bandingan ini menjadi pencetus dunia dan kehidupan Islam sejagat.

Pada hari ini ketika manusia seantero dunia berkiblatkan Barat, siri ini datang untuk memberi contoh teladan yang boleh menjadi alternatif ikutan umat Islam. Apakah keistimewaan 100 orang pahlawan syurga ini?

- Penerbit

KANDUNGAN

Pahlawan 34: Abu Hurairah Al-Dausi
Pahlawan 35: Abu Ayub Al-Ansari
Pahlawan 36: Abu Musa Al-Asy'ari
Pahlawan 37: Abu Sufyan Bin Harith
Pahlawan 38: Abu Talhah Al-Ansari
Pahlawan 39: Abu Ubaidah Bin Jarrah
Pahlawan 40: Abul Ash Bin Rabi'
Pahlawan 41: Bilal Bin Rabbah
Pahlawan 42: Ammar Bin Yasir
Pahlawan 43: Ummu Sulaim Binti Milhan
Pahlawan 44: Uqbah Bin Amir Al-Juhani
Pahlawan 45: Usaid Bin Hudhair
Pahlawan 46: Usamah Bin Zaid
Pahlawan 47: Utbah Bin Ghazwan
Pahlawan 48: Amr Bin Jamuh
Pahlawan 49: Dhihya Bin Khalifah Al-Kalabi
Pahlawan 50: Fairus Al-Dailami
Pahlawan 51: Habib Bin Zaid
Pahlawan 52: Sa'ad Bin Mu'az
Pahlawan 53: Sa'ad Bin Ubadah
Pahlawan 54: Said Bin Amir Al-Jumahi
Pahlawan 55: Sa'ad Bin Abi Waqqash
Pahlawan 56: Sa'id Bin Zaid
Pahlawan 57: Salamah Bin Al-Akwa
Pahlawan 58: Salamah Bin Qais Al-Asyja'i
Pahlawan 59: Salim Maula Abu Hanifah
Pahlawan 60: Salman Al-Farisi
Pahlawan 61: Uthman Bin Mazh'un
Pahlawan 62: Wahsyi Bin Harb
Pahlawan 63: Sumaiyah Binti Khaiyath
Pahlawan 64: Shuhaib Bin Sinan
Pahlawan 65: Suhail Bin Amr
Pahlawan 66: Suraqah Bin Malik

Jilid 1 - Singa Siang Hari - Siri 100 Pahlawan Syurga
Jilid 3 - Teman Bidadari - Siri 100 Pahlawan Syurga

Harga = RM36.00 (Sem) RM38.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 342
Penulis = Harun Arrasyid Haji Tuskan
Penerbit = Yamani Angle Sdn Bhd

Kewajipan & Keunggulan Sembahyang Jama'ah Menurut Al-Qur'an & As-Sunnah

Sembahyang Jama'ah (Jemaah) adalah merupakan sebesar-besar sunnah (perjalanan) Junjungan Nabi Muhammad S.A.W. yang ditinggalkan baginda kepada umatnya dan juga merupakan setinggi-tinggi syi'ar (lambang) keagungan agama yang dibawa oleh baginda yang perlu dihidup, dipupuk dan diteruskan oleh generasi-generasi kemudian. Sembahyang Jama'ah merupakan ibadah kerana adanya hubungan antara imam dengan makmum. Hubungan itu terjalin dalam hakikat niat yang terbit di lubuk sanubari makmum ketika mengikuti imam. Jika sekadar mengerjakan solat beramai-ramai namun tidak ada yang berperanan sebagai imam dan makmum, maka tidaklah dinamakan dengan sembahyang Jama'ah.

Semoga buku ini dapat memberi panduan dalam menyirami benih ketakwaan terhadap individu yang mencintai sembahyang berjama'ah. InsyaAllah.

- Penerbit

KANDUNGAN

Bahagian Pertama: Pengertian Sembahyang Jemaah
Bahagian Kedua: Hukum Sembahyang Jemaah
Bahagian Ketiga: Faedah-Faedah Sembahyang Jemaah
Bahagian Keempat: Kelebihan Sembahyang Jemaah
Bahagian Kelima: Kelebihan Berjalan Kaki Ke Masjid Kerana Berjemaah
Bahagian Keenam: Adab Berjalan Kaki Untuk Sembahyang Jemaah
Bahagian Ketujuh: Cara Sembahyang Jemaah

Harga = RM10.00
Mukasurat = 147
Penulis = Dr. Sa'iid B. 'Ali Al-Qahtaani
Alihbahasa = Syeikh 'Adullah Al-Qari B. Hj. Salleh (A.Q.HA.S)
Penerbit = Al-Hidayah Publishers

Keistimewaan-Keistimewaan Al-Quran

Sebagai petunjuk untuk orang yang bertaqwa, Al-Qur'an tidak mengandungi keraguan sedikitpun di dalamnya. Lahirnya keyakinan bahawa Al-Qur'an tidak mengandungi keraguan ini memerlukan proses tersendiri, yakni pemahaman dan pengetahuan tentang Al-Qur'an itu sendiri. Dengan jalan ini, orang yang menjadikan Al-Qur'an sebagai petunjuk tidak sekadar kerana doktrin Islam mengharuskan demikian, akan tetapi kerana kesedaran aktif yang tumbuh daripada pengetahuan dan pemahaman bahawa Al-Qur'an memang patut diyakini.

Buku karya ulama besar, Sayyid Muhammad Alwi Al-Maliki ini mengantar kita untuk mengetahui dan memahami beberapa keistimewaan yang dimiliki Al-Qur'an. Sehingga dengan membaca huraian buku ini insyaAllah kita akan meyakini Al-Qur'an secara sedar dan menjadikannya sebagai penyuluh kehidupan.

- Penerbit

KANDUNGAN

BAHAGIAN 1: KEISTIMEWAAN KHUSUS

Bab 1: Pendahuluan Metod Ilmiah Dalam Al-Quran
Bab 2: Gaya Bahasa Al-Quran
Bab 3: Keutamaan Al-Quran

BAHAGIAN 2: KEISTIMEWAAN UMUM

Bab 4: Sujud Tilawah
Bab 5: Memerdukan Suara
Bab 6: Mazhab-Mazhab Qiraat
Bab 7: Teladan Yang Ditujukkan Rasulullah SAW Dalam Membaca Dan Mendengar Al-Quran
Bab 8: Bahasa Al-Quran
Bab 9: Mengagungkan Kitab Yang Agung
Bab 10: Keberkatan Al-Quran
Bab 11: Ilmu-Ilmu Al-Quran
Bab 12: Tafsir Ar-Ra'yi

BAHAGIAN 3: KEISTIMEWAAN BEBERAPA AYAT DAN SURAH

Bab 13: Keistimewaan Beberapa Ayat Dan Surah

Harga = RM17.00 (Sem) RM20.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 161
Penulis = Sayyid Muhammad Alwi Al-Maliki
Editor Bahasa Melayu = Qurrotul Aien Bt Fatah Yasin
Penerbit = Alam Raya Enterprise

Friday, April 23, 2010

Rahsia Penyelamat Milik Harta: Bagaimana Mendapat Kembali Barang Yang Dicuri Dan Hilang?

KANDUNGAN

  1. Hakikat Harta Menurut Al-Quran & Al-Hadis
  2. Harta Adalah Amanah Dan Ujian Allah
  3. Kenapa Perlu Kita Memelihara Harta?
  4. Punca-Punca Berlaku Kemusnahan Alam
  5. Doa Bagi Menghadapi Kemusnahan Alam
  6. Memohon Keberkatan Daripada Allah
  7. Memohon Keberkatan Dengan Bismillaah
  8. Ucapan Bismillaah Dan Salam Kepada Ahli Rumah
  9. Doa Kebaikan Harta
  10. Ucapan Semasa Merasa Keluarbiasaan Sesuatu
  11. Zikir Pemadam Kebakaran
  12. Dasar-Dasar Keselamatan Harta Benda
  13. Rahsia-Rahsia Keberkatan - Selamat
  14. Perbuatan Mencuri Berdosa Besar
  15. Wirid Harian Pencegah Kebakaran & Kecurian
  16. Mempertahankan Harta Dengan Ayat Al-Kursi
  17. Memelihara Harta Dengan Doa Tawakkal
  18. Tindakan Nabi & Para Sahabat Bila Kecurian
  19. Pemagar Rumah Dan Kebun
  20. Pagar Rumah Dan Kebun Secara Hikmat
  21. Bacaan Menangkap Pencuri
  22. Cara-Cara Mengesan Pencuri
  23. Rahsia Mendapat Kembali Barang Curian - Terhilang
  24. Azimat Keselamatan Dari Pencuri
  25. Atasi Teknik Pencuri & Perompak Kini
  26. Jangan Terperangkap Dengan Penipuan
  27. Bacaan Menahan Temak Yang Terlepas
  28. Benteng Bandar Dan Bangunan
  29. Keselamatan Kenderaan
  30. Nikmat Terpelihara Sebab Bersyukur
  31. Hak Harta Dibelanja Bukan Disimpan
  32. Kaya Berterusan Dengan Surah Al-Waaqi'ah
Harga = RM14.00 (Sem) RM16.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 200
Penulis = Abdullah Al-Qari B. Hj. Salleh (A.Q.HA.S)
Penerbit = Al-Hidayah Publication

Pahlawan ISLAM Kontemporari: Para Peminang Bidadari

Darah yang mengalir membasahi bumi Tuhan harus dibayar. Tangisan hiba dan teriakan kanak-kanak yang dahagakan kasih sayang ayah yang syahid perlu ditebus. Simpang siur bunyi dentuman bom, tebaran periuk api dan deruman kereta kebal harus diganti dengan keamanan. Terlalu lama rakyat Checknya, Palestin dan Iraq hidup di atas bara kesengsaraan. Yahudi, Amerika dan Israel terus menerus menjadi kuku tajam yang merobek maruah Islam.

Ketika maruah Islam terus dirobek dan dihina maka lahirlah insan-insan yang telah Allah pilih dan tiupkan paluan jihad dalam dada mereka. Justeru, atas kesedaran untuk memperkenalkan 10 orang mujahidin kontemporari abad ini maka lahirlah buku ini.

- Penulis

KANDUNGAN
  • Lelaki Yang Meminang Bidadari: Dzokhar Musayevich Dudayev
  • Lelaki Yang Sangat Merindukan Syurga: Ibnul Khattab
  • Menyusul Kaki Menunggu Di Taman Syurga: Abdallah Syamil Salmanovich Basayev
  • Guru Para Syuhada: Hasan Al-Banna
  • Lelaki Yang Bersyahadat Dengan Hidupnya: Sayid Qutb
  • Lelaki Yang Menjadikan Jihad Sebagai Urusan Keluarga: Syeikh Abdullah Yusuf Azzam
  • Pemuda Permata Hati Bidadari: Yahya Abdul Latiff Ayyash
  • Pemilik Kerusi Roda Yang Bergelora Jiwanya: Syeikh Ahmad Yassin
  • Aku Memilih Mati Di Depan 'Apache': Abdul Aziz Rantisi
  • Lelaki Yang Meminang Bidadari: Khalid Ahmad Sawki Islambouli
Harga = RM15.00 (Sem) RM18.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 136
Penulis = Atriza Umar
Penerbit = Rijal Media

Bagaimana Mengurus Harta Pusaka - Panduan Langkah Demi Langkah Merancang Serta Mengurus Harta Pusaka Orang Islam Dan Bukan Islam

Pertelingkahan dalam mewarisi harta pusaka antara ahli keluarga dapat diselesaikan sesudah membaca Bagaimana Mengurus Harta Pusaka. Ia lengkap dengan panduan mengikut undang-undang Islam dan sivil bagi merungkai segala kekeliruan dalam menyelesaikan peninggalan harta si mati.

- Haji Abdullah Muhammad, Pengarah Seksyen Pembahagian Pusaka Kecil, Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian Persekutuan

KANDUNGAN

Bab 1: Perancangan Harta Pusaka
Bab 2: Pengurusan Dan Undang-Undang
Bab 3: Akta Harta Pusaka Kecil
Bab 4: Isu-Isu Harta Pusaka
Bab 5: Faraid
Bab 6: Akta Pembahagian Dan Wasiat
Bab 7: Budaya Harta Pusaka
Bab 8: Panduan Umum

Harga = RM19.00 (Sem) RM22.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 136
Penulis = Mohd. Fitri Abdul Rahman
Penerbit = PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Wednesday, April 21, 2010

Cinta Di Langit Gaza

Cinta, sebuah perkataan yang memaknai kehidupan manusia. Ianya klise yang sentiasa diulang dan diperdagang, cinta akan membawa pemiliknya berusaha dan berkorban untuk mencapai citra dan nuansa yang dihajatinya. Buku ini diletakkan tajuk 'Cinta Di Langit Gaza', bertemakan misi membantu manusia yang dihempap derita. Melepasi garisan Gaza yang terbakar dan musnah adalah kemuncak kepada perjalanan hidup saya, kehadiran di bumi Isra' itu sangat meruntun jiwa dan meninggalkan kesan yang sangat mendalam. Secara jujur rasa cinta pada bumi rebutan itu telah menyelinap urat darah dan dalam denyut nadi saya, cinta menyebabkan kita merasa rindu. Merindui sebuah kebebasan kepada Al-Quds, kiblat pertama umat Islam, juga kerinduan hidup di bawah Syariat Islam. Saya jatuh cinta dengan kebaikan penghuni Gaza yang santun dan berpegang dengan agama, terutama akhlak para pejuang yang bergabung dalam HAMAS. Terbit daripada perasaan cinta yang halus ini saya meninta sketsa pengalaman yang paling berharga, untuk berbahagi dengan anda semua.

- Penulis

Harga = RM20.00 (Sem) RM25.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 291
Penulis = Ustaz Riduan Mohamad Nor
Penerbit = Jundi Resources

Aisyah R.A. Isteri Pilihan - Siri Keluarga Rasulullah S.A.W.

KANDUNGAN
  • Membesarkan Isteri Terbaik
  • Pernikahan Yang Penuh Berkat
  • Kedudukan Aisyah Di Hati Rasulullah S.A.W.
  • Berkat Dan Kurniaan Allah Yang Diberi Kepada Umat Islam Melalui Aisyah R.A.
  • Doa Daripada Rasulullah S.A.W.
  • Karekter Dan Keunggulan Aisyah R.A.
  • Hubungan Rasulullah S.A.W. Dengan Aisyah R.A. Sebagai Suami Isteri
  • Karekter Dan Keperibadian Aisyah R.A.
  • Kedalaman Ilmu Aisyah R.A.
  • Ilmu Aisyah Dan Peranannya Dalam Mendidik Umat
  • Aisyah R.A.; Ahli Ijtihad Dan Juru Fatwa
  • Belajar Menyelesaikan Masalah Daripada Aisyah R.A.
  • Hari Aisyah R.A. Meninggal Dunia
  • Senandung Ummul Mukminin Aisyah R.A.
Harga = RM10.00 (Sem) RM12.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 172
Penulis = Ahmad Bin Salim Badawilan
Penterjemah = Nabilah Abd. Jalil
Penerbit = Al-Hidayah Publication

Friday, April 16, 2010

Terapi Solat Tahajud Bagi Penyembuhan Kanser

Kepedihan kanser menyentuh banyak orang dengan berbagai cara. Kanser menimpa tua dan muda; yang kaya dan yang miskin; kanser tidak pilih bulu. Kanser bukan sahaja merampas harga diri orang yang menderitanya, menghancurkan tubuh manusia, dan merobek-robek keluarga. Tetapi juga membuat orang yang menderitanya menghargai peristiwa sehari-hari yang kelihatan tidak penting; tenggelamnya matahari, makan malam dengan orang tersayang, berubahnya daun-daun musim gugur. Bagi orang yang hidup dengan kanser, setiap saat itu berharga, setiap nafas kehidupan.

Harapan baru muncul bagi orang-orang yang selama ini menderita kanser. Satu kajian menunjukkan bahawa solat tahajud ternyata dapat digunakan sebagai alternatif meningkatkan dan memperbaiki daya tahan tubuh imunisasi dan menghilangkan penyakit kanser. Apabila kita melakukan solat tahajud dengan tepat, maksima dan khusyuk, maka kadar kortisol dan berbagai hormon lain dalam tubuh akan normal. Normalnya sekresi berbagai hormon tubuh melalui jalur hiphotalamic-pituatery-adrenal dapat memperbaiki daya tahan tubuh. Baiknya sistem daya tahan tubuh tidak hanya dapat menghindarkan serangan penyakit, tetapi juga menyembuhkan berbagai macam penyakit, diantaranya penyakit kanser.

- Penerbit

KANDUNGAN
  • Tahajud Membuat Orang Optimis Sehingga Bebas Kanser
  • Mengapa Solat Tahajud Dapat Menyembuhkan Kanser?
  • Tahjud Hindarkan Stres Penyebab Kanser
  • Tahajud Mengandungi Kekuatan Dan Doa Yang Menyembuhkan
  • Mengenali Lebih Dalam Tentang Kanser
Harga = RM29.00 (Sem) RM32.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 320
Penulis = Imam Musbikin
Penerbit = Alam Raya Enterprise

Kenal Pembeza Hak & Batil

Harus diingat betapa dalam dunia yang serba canggih kni, pelbagai kekeliruan disogokkan oleh musuh Islam. Terkadang ada kalimah yang disangka benar, tetapi ia mengandungi kebatilan. Ada juga perbuatan kelihatan santun, tetapi sarat dengan kemungkaran. Semua ini andai tidak mampu diperhalusi berdasarkan Furqaan yang telah diwahyukan Allah pasti akan membawa kehancuran kepada umat Islam.

Justeru, hasil kupasan mengenai Furqaan diharap akan dapat menjelaskan lagi beberapa perkara yang harus dijadikan amalan hidup umat masa kini.

Tok guru membawa kita mengenali sudut hak dan batil yang sesungguhnya. Mari kita selak naskhah ini, agar dapat kita menerobos celahan kesamaran.

- Penerbit

KANDUNGAN
  • Al-Quran Adalah Peringatan Untuk Seluruh Manusia
  • Tuduhn-Tuduhan Palsu Daripada Orang-Orang Kafir Terhadap Al-Quran
  • Kehairanan Orang Kafir Tentang Diutusnya Rasul Dari Kalangan Manusia Biasa
  • Soal Jawab Allah SWT Dengan Sembahan-Sembahan Orang Kafir Pada Hari Kiamat
  • Keadaan Manusia Yang Tidak Beriman Kepada Al-Quran Pada Hari Kiamat
  • Pengajaran Dari Kisah Umat Yang Terdahulu
  • Tanda-Tanda Kekuasaan Allah Dalam Alam Semesta
  • Sifat-Sifat Hamba Allah SWT Yang Mendapat Kemuliaan
Harga = RM15.00 (Sem) RM18.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 156
Karya = Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat
Penerbit = Rijal Media

Isteri Dan Puteri Rasulullah

Buku ISTERI DAN PUTERI RASULULLAH ini bermula dengan membawa prospektif dan senario kaum wanita sebelum Islam daripada pelbagai bangsa dan agama di dunia. Kemudian dibentangkan profil dan ciri-ciri wanita Muslimah.

Seterusnya dipersembahkan riwayat hidup dan keistimewaan para isteri Rasulullah SAW serta perbandingannya dengan peranan Muslimah kontemporari. Berikutnya digarap peranan Rasulullah SAW yang menjadi figur untuk melahirkan contoh wanita pendidik dan pejuang yang menanamkan keberanian dan kejujuran kepada generasi akan datang.

Buku ini disudahi dengan menyenaraikan peranan Baginda sebagai bapa dan ketua keluarga yang mampu untuk memimpin ahli keluarga serta masyarakat ke arah melahirkan generasi pelapis yang sanggup untuk memikul tugas mengembalikan agama Islam dianuti oleh pengikut-pengikut yang bertakwa supaya Islam itu sekali lagi menuju ke zaman keagungannya.

- Penulis

KANDUNGAN

Bab 1: Kedudukan Wanita Sebelum Islam
Bab 2: Isteri-Isteri Rasulullah
Bab 3: Rasulullah SAW Sebagai Suami
Bab 4: Puteri-Puteri Rasulullah SAW
Bab 5: Rasulullah Sebagai Ayah

Harga = RM23.00 (Sem) RM25.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 166
Penulis = Muhammad Mahdi Al-Istambuli & Musthafa Abu Nashr Al-Syilby
Penerbit = Telaga Biru Sdn Bhd

Hukum Harta Pusaka Dan Ilmu Faraid

Buku ini mengutarakan permasalahan dan penyelesaian hukum harta pusaka dan ilmu Faraid dengan jelas dan disertakan dengan contoh masalah. Ini merupakan kumpulan daripada seminar dalam masalah ilmu Faraid (ilmu pusaka). Dengan terbitnya buku ini maka ia dapat memberi manfaat kepada semua pembaca dengan susunan ayat yang sangat mudah untuk difahami. Buku ini diterangkan dengan mudah dan jelas.

Diharapkan agar buku ini dapat memberi manfaat kepada seluruh pembacanya dan semoga Allah SWT sentiasa menunjukkan jalan kebenaran kepada kita, kerana sesungguhnya Dia Maha Mendengar dan Mengabulkan doa. Semoga Allah mencurahkan selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad SAW dan keluarga serta para sahabatnya semua.

- Penerbit

KANDUNGAN

BAHAGIAN PERTAMA: PROF DR WAHBAH ZUHAILI

Bab 1: Ilmu Waris (Al-Faraidh)
Bab 2: Ahli Waris
Bab 3: Al-Ashabaat
Bab 4: Al-'Aul
Bab 5: Ar-Raad
Bab 6: Al-Hisab (Penghitungan)
Bab 7: Al-Munaskhat
Bab 8: At-Takharuj

BAHAGIAN KEDUA: SYAIKH MUHAMMAD ALI SHABUNI

Bab 1: Ayat-Ayat Mengenai Mawarith
Bab 2: Aturan Waris Di Dalam Islam
Bab 3: Furudh (Bahagian Yang Di Tentukan) Di Dalam Al-Quran
Bab 4: Asabah Dan Jenis-Jenisnya
Bab 5: Mahjub Di Dalam Waris
Bab 6: Hak Waris Datuk Bersama Saudara
Bab 7: Hukum 'Aul Dan Rad
Bab 8: Penghitungan Dan Cara Mentashihkan Masalah

Harga = RM18.00
Mukasurat = 286
Penulis = Prof Dr Wahbah Zuhaili & Syaikh Muhammad Ali Shabuni
Penterjemah = Hj. Abdul Rahman B. Mohd. Adil
Penerbit = Pustaka Azhar

Thursday, April 15, 2010

Amalan Ketika Mengandung & Setelah Bersalin Serta Panduan Menamakan Bayi

Mengandung merupakan harapan dan cita-cita sebuah perkahwinan. Waktu mengandung juga banyak merubah emosi dan fizikal setiap isteri ataupun suami. Oleh sebab itu, banyak amalan-amalan yang harus kita lakukan semasa mengandung agar zuriat yang akan lahir nanti menjadi generasi yang cemerlang baik di dunia mahupun di akhirat.

Ibu yang bijaksana tidak akan mengabaikan kesihatan dirinya. Semasa pantang ia akan mengamalkan berbagai kaedah kesihatan agar tubuhnya sihat dan cergas. Di samping itu ia juga menjaga emosinya agar tidak terganggu ketika proses kehamilan dan kelahiran yang akan ditempuhinya. Setelah cahaya mata yang ditunggu-tunggu lahir ke dunia, ibu dan ayahya akan memberikan nama yang baik untuk anak kesayangan mereka.

Buku ini memudahkan kita melakukan amalan semasa mengandung dan menjaga kesihatan ketika pantang, serta memberi nama pada bayi. Semoga ada manfaatnya untuk kita semua, insya Allah.

- Penerbit

KANDUNGAN

Bab 1: Bimbingan Bagi Wanita Mengandung
a. Merancang Kehamilan
b. Perubahan Emosi Dan Fizikal Ketika Mengandung
c. Mengidam Ketika Mengandung

Bab 2: Beberapa Masalah Ketika Mengandung
a. Sakit Pinggang
b. Sembelit
c. Kejang
d. Pening Dan Pitam
e. Buasir
f. Pedih Ulu Hati
g. Urat Bersimpul

Bab 3: Amalan Semasa Mengandung
a. Banyak Bertaubat
b. Menutup Aurat
c. Banyak Membaca Ayat Al-Quran
d. Membaca Doa-Doa

Bab 4: Beberapa Pedoman Wanita Mengandung
a. Nasihat-Nasihat Untuk Isteri Hamil
b. Adab Isteri Kepada Suami Ketika Mengandung
c. Pemakanan Untuk Wanita Mengandung

Bab 5: Mengatasi Sakit Bersalin
a. Membuat Beberapa Perancang
b. Doa-Doa Menjelang Bersalin
c. Doa Selesai Bersalin Dengan Selamat
d. Mendidik Anak Ke Arah Diredhai Ilahi

Bab 6: Amalan Suami Ketika Isteri Mengandung
a. Kemesraan Suami Terhadap Isteri Ketika Mengandung
b. Adab Suami Terhadap Isteri Ketika Mengandung
c. Dorongan Suami Semasa Isteri Mengandung
d. Masalah Bayi Lahir Menjadi Kenan

Bab 7: Tanggungjawab Bapa Terhadap Kelahiran Anak
a. Menanam Uri
b. Mengazan Dan Mengqamatkan Bayi
c. Mendoakan Anak
d. Panduan Menjaga Anak
e. Penyembelihan Aqiqah
f. Mengkhatankan Anak
g. Mendidik Moral Anak
h. Beberapa Nasihat Luqman Terhadap Anaknya

Bab 8: Kesihatan Ibu Setelah Bersalin
a. Memakan Jamu Tradisional
b. Memakan Ulam-Ulam Segar
c. Memakai Pilis
d. Memakai Bedak Sejuk
e. Bertungku
f. Berbengkung
g. Perubahan Emosi Semasa Dalam Pantang

Bab 9: Petua-Petua Masa Mengandung Dan Masa Pantang

Bab 10: Menjaga Kesegaran Jasmani Ketika Mengandung
a. Senaman Ringan
b. Senaman Bagi Wanita Mengandung

Bab 11: Pemulihan Kesihatan Setelah Melahirkan
a. Rawatan Semasa Nifas
b. Perkara Yang Diperhatikan Semasa Nifas
c. Cara Merawat Buah Dada
d. Senaman Sesudah Melahirkan

Bab 12: Panduan Menamakan Bayi
a. Nama-Nama Pilihan Untuk Bayi Lelaki
b. Nama-Nama Pilihan Untuk Bayi Perempuan
c. Nama-Nama Yang Dilarang

Bab 13: Surah-Surah Pilihan

Harga = RM13.00
Mukasurat = 377
Penulis = Abu Afiqah
Penerbit = Darul Nu'man

Al-Hikam - Terjemahan

Membicara dan menghurai dan memberi petunjuk yang amat berguna dan amat perlu setiap umat Islam memahami demi menyempurna aqidah dan amalan seharian. Merangkumi lebih 200 topik penting diperkatakan dan dihurai dengan jelas.


Amat berguna sebagai rujukan lengkap dalam mendalami hakikat ilmu ketuhanan. Dengan adanya edisi Bahasa Melayu ini diharapkan akan menambah manfaat kepada pembaca di Malaysia.

- Penerbit

Harga = RM16.00
Mukasurat = 335
Karya = Syaikh Ibnu Atho'illah
Penterjemah = H. Salim Bahreisy

Fiqh Kenegaraan

Buku ini merupakan gambaran umum tentang fiqh kenegaraan dalam Islam; Apakah kedudukannya? Apakah hukum mengaplikasikannya? Apakah kriteria dan keistimewaannya? Adakah ianya merupakan asas kepada negara bertamadun yang berdiri di atas disiplim Islam, atau asas kepada negara teokrasi dan menjatuhkan hukuman atas nama Tuhan? Apakah sikap negara Islam terhadap kemajmukan parti, demokrasi serta peranan kaum wanita dan golongan bukan Islam dalam politik? Bolehkah satu jemaah Islam ikut serta dalam sistem negara yang bukan Islam? Isu-isu hangat dan sensitif lain yang serupa dengan perkara-perkara di atas turut dibincangkan dalam buku ini.

- Penerbit

KANDUNGAN

Bahagian 1: Kedudukan Negara Dalam Islam
Bahagian 2: Kriteria Negara Yang Dibina Oleh Islam
Bahagian 3: Sifat Negara Islam
Bahagian 4: Menuju Ke Arah Fiqh Politik Yang Berwibawa
Bahagian 5: Sikap Negara Islam Terhadap Demokrasi, Kemajmukan Parti, Kedudukan Wanita Dan Golongan Bukan Islam

Harga = RM25.00
Mukasurat = 320
Penulis = Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradhawi
Penterjemah = Arsil Ibrahim
Penerbit = Blue-T Publication Sdn Bhd

Makna Sebenar Bid'ah: Satu Penjelasan Rapi

Persoalan bid'ah menjadi perbahasan ulama sejak silam hingga ke hari ini. Buku ini cuba mengupas makna sebenar bid'ah berpandukan kajian ilmiah yang mantap dan terperinci serta diperjelaskan dengan begitu rapi. Setiap hujah bersumberkan dalil-dalil Al-Quran, Al-Hadith dan Al-Athar serta mengambil pandangan jumhur ulama Ahli Sunnah Wal Jama'ah (Al-Asha'irah).

Silsilah keturunan pengarang kitab ini sampai kepada Rasulullah S.A.W.. Beliau membawa kita menghayati pengertian sebenar bid'ah dan menolak persepsi aliran yang menganggap bahawa amalan-amalan baik yang berlaku selepas kewafatan Rasulullah S.A.W. sebagai bid'ah dan mengancam kesucian serta ketulinan agama.

Beliau dapat membuktikan segala amalan-amalan baik yang telah diamalkan oleh umat Islam selama ini sebagai amalan yang didasarkan dari dalil-dalil yang jelas. Beliau juga berjaya membongkar pandangan aliran moden yang telah telah mengeksploitasi dari kejahilan umat kepada pandangan-pandangan yang kononnya sebagai pembaharuan (tajdid).

Kita mohon perlindungan daripada Allah S.W.T. agar tidak tergolong di kalangan mereka yang memperjuangkan sesuatu semata-mata kerana ideologi yang dipegang. Sanggup menyalahgunakan fakta sedangkan ianya telah dipersetujui oleh majoriti ulama yang muktabar.

Moga buku ini menjadi sumber rujukan utama kepada umat Islam terutama di Malaysia bagi menjawab sebarang persoalan berkaitan isu ini. Kepada Allah kita mohon petunjuk dan perlindungan, kepada-Nya kita semua akan kembali dan dihitung setiap amalan serta mendapat balasan yang setimpal di hari akhirat kelak - Amin.

- Penerbit

KANDUNGAN

BAB 1 - Pengertian Bid'ah

BAB 2
- Bid'ah Berkaitan Akidah Dan Syariat: Bid'ah Yang Berkaitan Dengan Perkara Usuluddin (Akidah)
- Bid'ah Yang Berkaitan Dengan Perkara Furu' (Syariat)

BAB 3 - Beberapa Perkara Baru Yang Diada-Adakan Oleh Para Sahabat R.A. Selepas Zaman Nabi S.A.W.

BAB 4 - Masjid Yang Terdapat Kubur Di Dalamnya

BAB 5 - Penjelasan Tentang Sampainya Pahala Al-Quran Kepada Si Mati

BAB 6
- Kesunnahan Mengangkat Kedua-Dua Tangan Semasa Berdoa Selepas Sembahyang Fardu Bagi Sesiapa Yang Mahu Berbuat Demikian

- Mengangkat Kedua-Dua Tangan Ketika Berdoa Selepas Sembahyang Fardu Oleh Al-'Allamah Al-Muhaddith Muhammad Bin Maqbul Al-Ahdal Al-Husaini Al-Shafie

- Perbincangan Tentang Hadith Da'if Oleh Al-Shaikh Muhammad Zaki Ibrahim

Harga = RM20.00
Mukasurat = 244
Penulis = Al-Shaikh Al-Hafiz Abu Fadl Abdullah Al-Siddiq Al-Ghumari
Disemak Oleh =
1. Dato' Hj. Mohd Murtadza Hj. Ahmad (Mufti Negeri Sembilan Darul Khusu)
2. Datuk Hj. Md Hashim Hj. Yahya (Bekas Mufti Wilayah Persekutuan/Pensyarah UIAM)
3. Dato' Hj. Saleh Haji Ahmad (Bekas YDP PUM/Pensyarah UIAM)
4. Dato' Dr. Wan Zahidi Wan Teh (Mufti Wilayah Persekutuan)
Penerbit = Middle East Global (M) Sdn. Bhd.

Monday, April 5, 2010

Beribadah Selazat Coklat - Tip Bagaimana Dapat Menikmati Amal Soleh Tanpa Bosan, Lemah Dan Malas

Coklat itu enak! Rasanya lazat bukan main! Tetapi dapatkah kita beramal soleh sehingga merasakan kelazatan yang luar biasa? Dapatkah amal soleh dilakukan tidak terasa sekadar ibadah rutin yang biasa? Pergi ke masjid, solat jemaah, puasa sunat dan bersedekah adalah contoh-contoh amalan badah yang rutin. Bolehkah kita mengubahnya menjadi sebuah kelazatan ibadah yang sangat nikmat?

Jika anda susah untuk mencari jawapannya dan tidak ada waktu untuk mencari jawapan, maka setidaknya biarlah buku ini membantu anda mewujudkan bibit-bibit kenikmatan beribadah. Bacalah petikan kata-kata ulama yang sangat bermanfaat dalam buku ini. Juga terkandung petikan firman-firman Allah berkenaan ibadah. Siapkan diri anda untuk perubahan yang maksimum. Jadikan ibadah anda sesuatu yang bukan sekadar ibadah yang membosankan. Tukarkan ibadah yang hambar kepada ibadah yang hangat dan menusuk jiwa. Semoga hati anda kembali segar dan hijau untuk menjalankan ibadah sehari-hari.

- Penulis

KANDUNGAN
  1. Adakah Lazat Sama Ertinya Dengan Nikmat?
  2. Adakah Terdapat Hubungan Antara Nikmat Amal Soleh Dengan Nikmat Dunia?
  3. Seperti Nikmat Apakah Amal Soleh Itu?
  4. Resipi Mantap Yang Melazatkan Amal Soleh
  5. Apa Yang Akan Anda Rasakan?
  6. Halangan Daripada Memperoleh Nikmat Dalam Beramal Soleh
  7. Lazatnya Beribadah
  8. Nasihat Berharga
  9. Bersyukur Dengan Meninggalkan Maksiat
  10. Manusia Perlu Berusaha
  11. Pandangan Islam Terhadap Ilmu-Ilmu Praktikal
  12. Peradaban Islam
  13. Di Manakah Kaum Muslimin?
  14. Sekularisme: Gelombang Ateisme
Harga = RM14.00 (Sem) RM17.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 136
Penulis = Sami Bin Muhammad Bin Jadullah 'Isham Hasanain
Penterjemah = Ahmad Faroq & Hasmariza Md Hashim
Penerbit = Rijal Media

Samudera Cinta Sarah Dan Ibrahim Alaihis Salam - Siri Rumah Tangga Para Nabi

Sebagaiman kisah Sarah dan Ibrahim A.S. yang penuh dengan romantika dan perjuangan. Di dalamnya kita boleh menikmati sekaligus merasakan betapa besar gelora perjuangan keluarga mereka dalam membangun peradaban baru berlandaskan Tauhid. Berbagai persoalan keluarga seperti tidak punya anak pada masa yang lama, atau adanya wanita lain dalam rumahtangganya, serta persoalan-persoalan lain, tetapi mereka mampu melaluinya, kerana semua itu ada dalam serambinya cinta. Kecintaan mereka yang besar hanya kepada Allah SWT semata, bagaikan gelombang yang mengheret semua persoalan di dalam serambi cinta mereka, ini menjadikan jalan bagi datangnya keredhaan Allah SWT. Dalam kisah Sarah - Ibrahim A.S. terkandung banyak pengajaran dan keteladanan, buat mereka yang sedang resah dan gelisah, untuk segera melakukan perubahan dan suasana baru dalam rumah tangga mereka.

- Penulis

KANDUNGAN

  1. Rumah Tangga Perjuangan
  2. Berhala
  3. Kegemparan Besar Di Wisma Berhala
  4. Tanda Keagungan Mukjizat
  5. Hancurnya Puncak Kesombongan
  6. Kekuatan Doa Isteri Setia
  7. Puncak Kemuliaan Wanita
  8. Percikan Api Cemburu
  9. Lembah Yang Diberkati
  10. Puncak Keagungan Pengorbanan
  11. Kurnia Berlimpah-Limpah
  12. Syurga Merindukan Mu!
Harga = RM14.00 (Sem) RM17.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 121
Penulis = Ibnu Sahid As-Sundy
Penerbit = Alam Raya Enterprise

Friday, April 2, 2010

Biografi Imam At-Tirmizi - Hafiz Yang Cerdik, Salaf Yang Fakih Dan Pengumpul Kitab-Kitab Sunnah


KANDUNGAN

Bab 1: Zaman At-Tirmizi
Bab 2: Kehidupan At-Tirmizi
Bab 3: Pencarian Ilmu
Bab 4: Murid-Murid At-Tirmizi
Bab 5: At-Tirmizi Seorang Yang Fakih
Bab 6: At-Tirmizi Dan Ulama Pada Zamannya
Bab 7: Karangan-Karangan Imam At-Tirmizi
Bab 8: At-Tirmizi Dan Ilmu Al-Jarah Wa At-Ta'dil
Bab 9: Industri Hadis At-Tirmizi
Bab 10: Istilah-Istilah At-Tirmizi Dalam Menghukumkan Hadis

Harga = RM18.00 (Sem) RM20.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 265
Penyusun = Iyad Khalid At-Thiba'
Penerbit = Al-Hidayah Publications

Imam An-Nawawi - Syeikhul Islam, Tokoh Para Fukaha & Hadis


KANDUNGAN

Bab 1: Zaman An-Nawawi
Bab 2: Keluarga, Kelahihran Dan Perkembangannya
Bab 3: Rihlah Menuju Damsyik Dan Ilmu Yang Dicapai
Bab 4: Guru-Gurunya
Bab 5: Kepakaran An-Nawawi Dalam Ilmu Dan Atsar-Atsarnya
Bab 6: Madrasah Sebagai Tempat Tinggal, Pemerhatian Dan Tempat Pembelajarannya
Bab 7: Seorang Pendidik Yang Zuhud
Bab 8: Menyuruh Kepada Yang Makruf Dan Mencegah Yang Mungkar
Bab 9: Sanjungan Ulama Terhadapnya
Bab 10: Bentuk Penampilan Dan Perkataan Mengenainya
Bab 11: Karya-Karyanya
Bab 12: Murid-Muridnya
Bab 13: Wafatnya An-Nawawi Dan Pendapat Mengenainya

Harga = RM16.00 (Sem) RM18.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 217
Penyusun = Abdul Ghani Ad-Duqur
Penerbit = Al-Hidayah Publications

Popular Posts

Borang Pesanan / Soalan / Pendapat

Nama:
Nombor Telefon:
Alamat Surat Menyurat:
Alamat Email:
Pesanan:

Home

IKLAN!!!

IKLAN!!!
Sticker Keyboard Arab. RM 7.00 je satu...