Pages


Petikan Hadith Kelapan, Kitab "Empat Puluh Hadith Kelebihan Ilmu Dan Ulama'"

Kedai Buku Tinta Ilmu, Lot 2-8-8, Tingkat 1, Pusat Beli Belah Ole-Ole, Jalan Pinang A 18/A, Seksyen 18, 40200 SHAH ALAM, Selangor.

Friday, March 26, 2010

Bersahabat Dengan Jin

Bersahabat dengan Jin adakah ianya dibenarkan dalam Syariat Islam, jika boleh adakah ianya mendatangkan manfaat? Bersahabat dengan sesama manusiapun terkadang wujud masalah, apatah lagi bersahabat dengan jin, yang sememangnya berlainan kejadiannya.

Topik buku ini termasuk topik hangat yang bersentuhan dengan akidah Muslim. Ada sebahagian orang yang tersesat kerana pemikiran yang salah tentang jin, sehubungan dengan kewujudan, asal-usul, perkahwinan, kemampuan, tempat tinggal mereka dan pelbagai masalah yang bersifat khusus tentang Jin, Iblis, Ifrit dan Syaitan.

Pastinya kita harus melihat dan menyedari pada beberapa hakikat nyata, iaitu:
  1. Tidak ada tempat untuk mendustakan kewujudan jin.
  2. Jin diciptakan sebelum penciptaan manusia.
  3. Jin berkahwin sesamanya dan beranak-pinak.
  4. Jin meninggal dunia seperti manusia.
  5. Jin menetap di reruntuhan, perkuburan, tempat-tempat sampah-sarap, tempat najis dan kotor.
  6. Jin tidak berada di tempat-tempat yang di dalamnya biasa disebut nama Allah dan dibacakan Al-Quran.
  7. Jin memiliki kemampuan untuk membentuk dirinya dalam pelbagai bentuk.
  8. Sebenarnya jin merupakan makhluk yang lemah.
  9. Jin dibebani kewajipan (mukallaf) seperti manusia.
  10. Setiap manusia memiliki pendamping daripada golongan jin.
  11. Tujuan dan matlamat jin (syaitan) ialah menjerumuskan manusia dalam kemusyrikan.
KANDUNGAN

- Mengenali Al-Imam As-Suyuty
- Bab Pertama: Alam Jin
- Bab Kedua: Khabar Berita Yang Disampaikan Oleh Jin
- Bab Ketiga: Pengkhabaran Perihal Syaitan Dan Iblis

Harga = RM30.00
Mukasurat = 331
Karya = Al-Imam As-Suyuty
Penterjemah = Kathur Suhardi (Darul Falah, Jakarta)
Penerbit = Pustaka Dini

0 Comments:

Popular Posts

Borang Pesanan / Soalan / Pendapat

Nama:
Nombor Telefon:
Alamat Surat Menyurat:
Alamat Email:
Pesanan:

Home

IKLAN!!!

IKLAN!!!
Sticker Keyboard Arab. RM 7.00 je satu...